Sunday, November 30, 2008

Ya Allah..Dimanakah hambaMu ini ???



Sedih, Kecewa dan agak terkilan dengan diri sendiri,
rasa begitu lemah sekali diri ini,
kehidupan di Mesir ini, banyak mentarbiyahkan jiwa dan membersihkan hati,
itulah perkara yang menjadikan diri ini selesa disini,
Tarbiyahlah menyambungkan hati ini dan seakan-akan memberi rahmat kepada jalan hidupku disini...


kadang-kadang, ku ke pantai menenangkan jiwa,
deruan ombak yang memukul pantai seakan-akan mendengarkan perasaanku ini...
Yang paling mengecewakan diri ini sekali,
adalah, daku lebih memikirkan masalah peribadi sahaja berbanding masalah yg lebih besar, iaitu masalah Ummat...


"Agama Islam hanya akan terbela apabila apabila ada dikalangannya mereka yang mempelajari Islam dan MENYEBARKANNYA pada mereka yang lain"


(perang salib)


Sungguh malu akan diriku jika dibandingkan mereka yang sebelumku:
1) Sultan Mehmed AL-fatih= membuka kota constantinople ketika masih remaja ( dalam lingkungan 18 tahun)
2) Usamah bin Zaid= menjadi panglima tentera menentang Byzantine(Rom Timur) ketika umurnya 18 tahun
3)Salehuddin al-Ayyubi = menghabiskan masa mudanya membina angkatan tentera menentang tentera salib
4) Ana= hanya termenung sendirian, memikirkan masalah sendiri, tiada sumbangan dalam sejarah Islam (sekarang dipenghujung 18 tahun)


(YES of course, Islam will dominate world)

Diamanakah Hambamu ini ya YA ALLAH,
~Ampunkanlah daku~

Sunday, November 16, 2008

KEHIDUPAN DI PERANTAUAN...

Debu-debu Mesir...
Alhamdulilah, kerna akhirnya dapat kembali menulis diruangan ini. Pada kali ini, insyaALLAH ana akan menulis serba sedikit pendapat ana ketika di bumi Mesir ini sekadar menambah semangat buat diri ini dan rakan2 pembaca sekalian....

Letih, Penat, Malas....keluhan pelajar Malaysia disini lebih2 lagi di Universiti Iskandariah. Kuliah 6 hari seminggu seakan-akan membuatkan mual akan proses pembelajaran. Tapi apakan daya, Kita merancang dan ALLAH yang menentukan segala-galanya. Kadang-kadang terdengar juga keluah pelajar2 M'sia disini "Mengesal aku datang sini, kalau aku tahu baik belajar di Malaysia aje..". Ana tidak mahu menolak terus pandangan tersebut, kerana kekadang, ana sendiri merasakan tekanan kerana jadual masa yang begitu ketat sekali disini. Hanya ada hari Jumaat sahaja untuk menyelesaikan beberapa perkara penting, terutama QAda' tidur..hehe(amalan biasa para pelajar), futsal, kemas rumah, beli barang dapur dan sebagainya. Tapi tidak mengapa sahabat2, ini semua ujian dari ALLAH s.w.t. Ingatlah Allah berfirman dalam Quranul karim "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..."- Al-Baqarah,286...

Terimalah sedikit buah tangan dari ana ....

(Masjid AMru =masjid tertua mesir)
(Hari Raya di Hayyu Asyir)
(Keadaan Malam di Cairo)
(Di Atas bangunan ARMA)
(Hari Raya kedua- Rumah Duta)
(Tauzi' ke Alexandria)
(Lecture Hall-Uni ALex)
(Rumah tumpangan sementara sebelum dapat Rumah)
[Rumah Abang Hanif]

(Mandi -manda di MIAMI, ALEXANDRIA)

Tamatlah kisah, ingatlah sahabat. kemasyghulan (kesibukan) kita disini sekejap je. Ingatlah saudara2 kita di Palastine. Mereka lebih hebat diuji dari kita. Marilah kita Gegarkan Uni Alex...insyaALLAH, walaupun sibuk mana, ana akan cuba untuk tulis blog ni. InsyaALLAH...
Niatkan bahawa kita berada dan belajar disini
"hanya semata-mata kerana ALLAH s.w.t n kerana sayangkan Rasulullah"
wasalam
islahmujahidin@gmail.com