Sunday, August 31, 2008

Nasihat yang tidak dapat ku lupakan....



jam 2.32- 26hb julai 2008

Seperti biasa ku akhiri waktu rehatku di musolla. Mungkin sangat sebahagian yang menggunakan kemudahan ini untuk bertemu dengan Allah s.w.t. bagi melaksanakan amanah dan perintahnya. Mungkin kita sering terfikir tentang bagaimana kolej yang mengandungi kira-kira 3000 orang pelajar tetapi hanya sedikit yang menggunakan kemudahan ini untuk menunaikan kewajiban solat. Betul apa yang dikatakan oleh nabi muhammad s.a.w. mafhumnya- bahawa mereka yang mengamalkan ISLAM pada akhir zaman tersisih/bagai menggenggam bara api...
InsyaALLAH, sama-samalah kita doakan supaya kita semua senantiasa dibawah naungan keredhaan ALLAH

PERBUALAN YANG SANGAT BERMAKNA
Kami berbicara sebentar dengan ustaz selepas daripada berakhirnya tazkirah selepas solat. ALHAMDULILLAH, ku ucapkan SYUKUR setinggi-tingginya ke Hadrat ILAHI keranaNya telah membukakan pintu hatiku untuk berbual sebentar dengan ustaz. Dalam perbualan penuh bermakna itu sempat ustaz selitkan tentang kami yang akan ke MESIR nanti. Ustaz sangat menekankan mengenai niat untuk kesana. Bahawa kami tidak sepatutnya niat untuk ke sana untuk semata-mata menjadi doktor sebaliknya gunakan kesempatan mempelajari ilmu perubatan itu untuk mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t. Alhamdulillah , akhirnya ku sedari itu. Walaupun nampak seperti kecil pada kita, namun bagi seorang muslim yang beriman, niat sangat memainkan peranan penting dalam mendapatkan keredhaan ALLAH s.w.t.

Harapan...
agar kita dapat bersama-sama senantiasa tidak lupa untuk mencari keredhaan ALLAH dimana-mana dansetiap masa kita berada. Semoga amalan kita diterima, dan tidak sia2 :p

Monday, August 25, 2008

Daku Manusia Biasa....


"Semakin ku lupakan perasaan itu, semakin itulah ia datang. Aku sentiasa berdoa pada ALLAH s.w.t. agar dijauhkan dari perasaan tersebut. Bukanlah niatku agar perasaan itu terus hilang dari sisiku selama-lamanya. KERANA AKU MANUSIA BIASA yang mempunyai fitrah, tetapi aku berdoa agar perasaan itu dapat ditangguhkan sehingga waktunya yang sesuai dimana aku mampu untuk mendirikan sunnah nabi yang sangat mulia itu, iaitu melalui alam perkahwinan" bisik Hassan sendirian.

Namun begitu, perasaan cinta itu sangat mendidik kesabaran. Apabila bertemu, Hassan hanya mampu menundukkan pandangan. Bukanlah kerana lemahnya kepada wanita, namun hanya bimbang hatinya dicuri sehingga menyebabkan cintanya pda ALLAH s.w.t. semakin pudar dan akhirnya hanyut dikala melayari dunia yang fana ini.

Carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah padaNya
carilah cinta yang hakiki
yang hanya padanya yang Esa
Carilah cinta yang abadi
yang ada hanyalah padaNYA
carilah kasih yang kekal selamanya
yang ada hanyalah pada TUHANMU....

Hatinya benar-benar tersentuh
pabila membaca tulisan ini.
serangkap sajak atau apa-apa sahaja,
namun sangat bernilai buatnya...

Namun akhirnya barulah dia sedar, bahawa ketinggian cinta itu terletak pada keredhaan-Nya.

"YA ALLAH, andainya ada satu waktu atau sedetik saat dimana aku benar-benar ikhlas, dimana aku benar-benar merasakan keagungan-MU kerana aku sering ragu akan keikhlasanku sendiri, maka Kau matikanlah aku disaat itu ya ALLAH, agar aku bisa meraih semulia-mulia kematian. Kematian di saat aku cinta pada-MU" Barakallahufik

Thursday, August 21, 2008

Terimalah taubatku...



AKU INGIN BERTAUBAT?

Ku mengimbau kembali kepada sirah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Fikiran tertumpu pada sahabat yang sangat ku hormati dan kagumi, iaitu saidina Umar al-khattab yg lebih dikenali dengan gelaran Al-farouk (pemisah hak dan batil). Terpaku seketika bila mengenangkan tentang betapa hebat nikmat keAmpunan daripada ALLAH s.w.t."PengampunanMu ALLAH, lebih besar dari segala Dosa kami".

SAIDINA UMAR
dahulunya hanyalah seorang pengembala kambing di padang pasir(sesetengah riwayat), dan kemudian ALLAH angkat dan tinggikan darjatnya kepada seorang pemimpin yang agung dan sangat terkenal pada zamannya dan sehingga kini. Dalam riwayat hadis (maafkan saya kerana x mengkaji sama ada hadis ini hadis sahih/hasan/dhaif atau maudu')mafhumnya-"Jika ada seorang nabi selepas aku, maka Umarlah orangnya." Jika kita lihat kembali pada sirah, Umar ketika sebelum menerima cahaya Islam baginda penah menimbus anak kandung perempuannya sendiri hidup-hidup, hanya kerana malu pada masyarakat ketika itu yang sangat menghina pada sesiapa yang melahirkan ANAK PEREMPUAN.
MENGAPA BEGINI wahai saudara seISLAMku? Inilah membuktikan keMAHA AGUNGNYA ALLAH dan MAHA PENGAMPUNNYA kepada hamba-hambanya.


DIRI ini..
Daku ingin bertaubat YA ALLAH, tapi..... Begitu banyak sekali alasan kita pada yang Maha Esa. MENGAPA?
-adakah kita meyakini bahawa esok masih lagi milik kita?
-adakah kita meyakini bahawa jam selepas ini masih lagi milik kita?
-adakah kita meyakini bahawa minit/saat selepas ini masih milik kita?

Huwallahu a'lam...
Inilah manusia, dan sememangnya diri kita sendiri kadang-kadang tidak lari dari semua ini.

SECUBIT GARAM..
mungkin disini saya ingin berkongsi pada saudara/ri yang Dirahmati ALlah sekalian insyaALLAH..
Pengalaman di SEKOLAH MENENGAH sememangnya tidak dapat saya lupakan. Dan memang tidak dinafikan bahawa kehidupan di SEMASHUR banyak mengajar dan mendidik jiwa ini mengenal ISLAM. Dahulunya, sememangnya amat jahil diri ini tentang ISLAM, namun akhirnya telah ku jumpa sinar ISLAM itu, yang sangat-sangat INDAH lagi berseri. Walaupun pada masa sekarang ini, ilmu yang didada terlalu sedikit jika dibandingkan dengan saudara dan saudari sekalian, namun ALHAMDULILLAH diri ini amat bersyukur kerana dibukakan pintu Hati untuk menyayangi dan mendalami ISLAM jika dibandingkan dengan kehidupan sebelumnya, sekali lagi ALHAMDULILLAH. DAN SAYA SENTIASA BERDOA AGAR ALLAH s.w.t. mengampunkan dosa-dosaku yang lalu. Daku amat yakin bahawa ALLAH sentiasa membukakan pintu taubatnya selagi diri ini masih hidup.

SEARCHING 4 TRUE..
InsyaALLAH, marilah kita sama-sama mengislahkan diri kita dan merapatkan diri kita pada ALLAH s.w.t. dengan menjadikan ISLAM ini sebagai Ad-din (yakni cara hidup yang jitu dan unggul). BERTAUBATLAH SELAGI MANA NYAWA TIDAK SAMPAI DI KERONGKONG..

Ilahi lastu lil firdausi ahlan,
wala aqwaa 'alannaaril jahimi,
fahabli taubatan waghfir zunubi,
fa innaka ghafiruddzambil 'adzimi...

sekian, wallahu a'lam..
wasalam

Wednesday, August 13, 2008

Hari ini 11 julai.....


hMM....
terasa sungguh berat untukku menulis pada hari ini...
jam dikala ini telah meninjukkan jam 1.15 pagi...
entah mengapa sukar sekali untuk mendapat ilham untuk menulis, mungkin disebabkan kegundahan hati ini...
sememangnya, saya tiada tempat untuk meluahkan perasaan ini, bukan tidak percaya pada sesiapa, tetapi saya hanya mengharapkan pengaduan ini didengari pada ALLAH s.w.t.

Lagu "taubat oleh opick" berulang-ulang kali ku ulang, sangat menyentuh jiwa.entah mengapa hati ini seakan-akan sebak walaupun mendengar lagu ini berulang-ulang kali tatkala ini.mungkin disebabkan dosa yang terlalu banyak yang sememangnya tidak mampu diampunkan oleh sesiapa melainkan ALLAH s.w.t yg maha Agung lagi maha pengampun..

Ku cuba mencari punca kegundahan ini.Tiba-tiba,teringat kembali peristiwa hari ini di kolej. Seperti biasa apabila ada masa ku terluang, akan ku lakukan kegemaranku iaitu "chatting" menggunakan yahoo messenger.tiba-tiba "buzz" terpampang di skrin laptopku. Tanda-tanda seperti seorang sahabat ingin menyapaku.Tetapi, pada namanya tidak menunjukkannya seperti sedang "online".Namun, seperti biasa akan kumulai dengan 'salam'.Dia pun membalas salamku itu . entah mengapa dia mengatakan bahawa "ini adalah kali last kita cet", tetapi daku tidak kisahpun. Setelah sekian lama bersembang, sahabat itu bertanya samada ku telah membaca e-mel darinya. Serta merta selepas itu, ku buka inbox dan membaca e-mel yang dimaksudkan. E-mel yang dimaksudkan adalah berkenaan "zina hati". Sungguh hebat ulasan pada e-mel itu dan ku baca dengan penuh khusyuk.

Akhirnya, barulah ku sedari bahawa hasratnya itu adalah supaya dapat menjauhkan diri daripada maksiat. Bukanlah ku merasa sedih, bahkan tetapi sungguh terharu. Bukan mengapa, tapi kini lebih ku yakin bahawa hidayah ALLAH itu boleh datang kepada sesiapa yang diinginiNYA. KU BERDOA PADA ALLAH S.W.t. DAPAT MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADAKU AGAR DAPAT MENJADI INSAN YANG DAPAT BERJUANG PADA JALANNYA DAN MENDAPAT KEREDHAANNYA DIDUNIA DAN AKHIRAT...

Monday, August 11, 2008

UKHuwAH sEjaTi...


Saya menekan "on button" pada laptop acer aspire 4920 kepunyaan Ayah. Entah kenapa saya merasakan kunjungan rakan saya sebentar sahaja td merupakan sangat bermakna bagi diri ini. Mengingatkan kembali memori indah yang sama-sama kami bina di UIA Pj suatu ketika dulu."ukhuwah fillah".
Sahabat-sahabat ini banyak memainkan peranan penting dalam hidup ini.
Lagu- Melodi Indah - Amar dan Untukmu Teman - brothers mengingatkan kembali bertapa indahnya pertemuan kami di UIA suatu ketika dulu.Saya bergitu bersyukur pada ALLAH s.w.t. kerana memberikan saya kesempatan untuk berada di UIA. Semoga pertemuan dan perpisahan kami diredhai ALLAH selamanya. InsyaALLAH...

Thursday, August 7, 2008

Taubatku

TAUBAT...

Wahai TUHAN jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

Wahai TUHAN aku lemah
hilang berlumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi, izinkanlah
aku kembali padaMu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Berikanlah aku kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...
dan meski tak layak
sujud padaMu

Dan sungguh tak layak aku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang Maha Pengampun Dosa

Berikanlaha aku kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali kepadaMu
ampunkanlah aku

Terimalah taubatku
aku ingin kembali
kembali kepadaMu
ampunkanlah aku.........

taubat
-oPICK-

Wednesday, August 6, 2008

Ana seorang MUSLIM !!!

MENGAPA SAYA SEMAKIN JAUH DARIPADA ISLAM?

Sebenarnya ini merupakan satu persolan yang perlu dirasakan penting bagi setiap manusia yang bergelar "MUSLIM."
saya masih teringat akan kata-kata ustaz semasa masih di bangku sekolah dahulu mengenai kata-kata saiydina Ali(karamallahu wajhah) iaitu "Seseorang itu masih lagi berada dalam neraka jika mereka menyangka diri mereka boleh berada di syurga dengan amalan mereka (Huallahu a'lam).."
kata-kata ini sebenarnya sangat mendalam jika dihayati oleh mereka yang memikirkan..
jadi, marilah kita bersama-sama menghayati akan maksud kata-kata saiydina Ali ini...

MENGAPA SAIYDINA ALI BERKATA DEMIKIAN?

Allah s.w.t menjadikan Syurga dan Neraka atas kehendak-Nya sendiri. Dan dengan ini, maka ALLAH s.w.t bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang diinginiNya untuk masuk kedalam syurga-Nya. Kesimpulan yang boleh dibuat dari ayat ini adalah "Kita dimasukkan syurga bukan kerana kita mempunyai pahala yang banyak, bahkan tetapi kita dimasukkan dalam syurga ALLAH s.w.t atas keredaan-Nya..."
Saya teringat akan suatu kisah yang diceritakan oleh ustaz dan seringkali diulang oleh rakan-rakan dalam tazkirah-
"Didalam sebuah kampung, terdapat seorang ahlil abid(ahli ibadah) yang sgt kuat ibadahnya pada ALLAH s.w.t. Beliau beribadah setiap hari dan setiap ketika walaupun disekelilingnya adalah ahli maksiat yang senantiasa membuat kefasikan kepada ALLAH s.w.t.Tatkala malaikat diperintah untuk menurunkan bala kepada perkampungan tersebut, maka malaikat memohon supaya bala' tersebut ditangguhkan.ALLAH s.w.t dengan kekuasaanNYA menolak permohonan tersebut bahkan meminta malaikat mula timpakan bala'(azab dunia) pada ahlil abid tersebut"

-jika ingin diriwayatkan, memang terlalu banyak cerita berkenaan ahli Abid yang sangat kuat Ibadahnya pada ALLAH s.w.t tetapi akhirnya dimasukkan juga ke dalam neraka ALLAH s.w.t.Manakala, ada juga riwayat yang menceritakan bahawa seorang ahlil maksiat yang akhirnya bertaubat, kembali kepada ALLAH dan akhirnya dikurnai Syurga yg senantiasa diidam-idamkan oleh umat ISLAM.
Apa yang cuba saya ketengahkan dan tekankan ialah mencari keredaan ALLAH s.w.t. adalah sgt penting bagi setiap ummat ISLAM.
"Tiadanya redha ALLAH terhadap perbuatan seseorang itu, maka sia-sialah Amalannya"

DI MANA KITA?

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi ALLAH, Raja yang sebenarnya, tiada Tuhan selainNYA, TUHAN (yg mempunyai) Arasy yg Mulia"

Ingatlah wahai sahabat-sahabat, bahawa sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang sangat sementara. Kita diciptakan dan diberi AMANAH oleh ALLAH s.w.t. dan setiap manusia itu tidak boleh lari daripada AMANAH tersebut iaitu :-

1. ABDI- "Dan aku tidak ciptakan manusia dan jin, melainkan untuk beribadat padaKU"

2. Dai'- Adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk berdakwah supaya ALLAH dan RasulNYA diletakkan paling utama dalam SETIAP hati manusia.

3. Khalifah - untuk menjadi pentadbir di Bumi ALLAH ini. Umat Islam perlulah menjadi pemimpin kepada dunia. Ingatlah kembali pada peristiwa isra' wal mikraj bahawa NABI MUHAMMAD menjadi Imam kepada NABI-NABI sebelumnya ketika solat di masjidil Aqsa (menunjukkan bahawa ummat Islam perlulah menjadi pemimpin kepada DUNIA ini)

MARILAH KITA !!!

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa dan memohon petunjuk daripada ALLAH s.w.t. agar dikurniakan taufik dan hidayahnya untuk sama-sama kita berhijrah kepada kebaikan. Moga-moga amalan kita, keluarga dan masyarakat kita semua diterima dan ditempatkan bersama-sama manusia yang Soleh kelak, iaitu tempat tinggal agung yg kekal selama-lamanya yakni di SYURGA ALLAH s.w.t.

wassalam
-islahmujahidin@gmail.com

ANTARA NAFSU DAN AKAL...

Assalamualaikum...Sedikit ilmu untuk difikirkan..

Nafsu manusia merupakan kekuatan dari dalam yang mendorong dan mengetahui kefasikan dan cara menjauhinya. Dengan kata lain, ia merupakan nafsu yang mengilhamkan kefasikan dan kejahatan. Allah menceritakan dua sifat nafsu ini dalam al-Qur'an, sebagai berikut:

“Dan nafsu serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan nafsu itu.” (Q.s. asy-Syams: 7-9).

Nafsu disebutkan dalam ayat tersebut sebagai sumber semua keburukan dan kesalahan bagi manusia. Kerana memiliki sifat seperti itu, nafsu merupakan salah satu di antara musuh manusia yang sangat berbahaya. Nafsu itu bersifat sombong dan mementingkan diri sendiri; ia selalu ingin memuaskan kehendaknya dan kesombongannya. Ia hanya memperhatikan keperluannya sendiri, kepentingannya sendiri, dan hanya mencari kesenangan. Ia berusaha melakukan apa saja untuk memperdayakan manusia, Kerana nafsu selalu tidak mungkin dapat memenuhi keinginannya melalui cara yang benar. Ucapan Nabi Yusuf menjelaskan keadaan ini dalam al-Qur'an, sebagai berikut:

“Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan, Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.s. Yusuf: 53).

Bahawa nafsu seseorang dengan kuat mengilhamkan perbuatan fasik dan jahat merupakan rahasia penting yang diungkapkan kepada orang-orang beriman, dan takut kepada Allah. Dengan diungkapkannya rahasia ini, mereka dapat mengetahui bahawa nafsu tidak pernah berhenti bekerja, sekalipun hanya sedetik. Melalui godaan, ia selalu berusaha menjerumuskan manusia dari jalan Allah. Berdasarkan rahasia ini, nafsu tidak akan pernah diam; ia akan selalu membenarkan perbuatannya dalam keadaan apa saja, ia akan selalu mencintai dirinya sendiri melebihi yang lain, ia semakin sombong, menginginkan benda apa saja dan menginginkan kenikmatan. Pendek kata, ia berusaha dengan cara apa saja agar seseorang melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hal-hal yang diridhai Allah.

Sesungguhnya, perilaku dan perbuatan orang-orang kafir yang tidak sesuai dengan ajaran al-Qur'an sepenuhnya dibentuk oleh nafsu mereka. Kerana tidak takut kepada Allah, orang-orang kafir tidak memiliki kehendak untuk mengikuti hati nurani mereka, tetapi lebih cenderung untuk mengikuti nafsu mereka. Percekcokan, konflik kepentingan, dan ketidakbahagiaan yang melanda masyarakat dan agama diabaikan, berakar dari individu-individu yang terjerat oleh nafsu mereka dan kepentingan diri mereka, sehingga akibatnya, mereka kehilangan sifat-sifat manusia seperti kasih sayang, saling menghormati, dan pengorbanan.

Itulah sebabnya mengapa rahasia yang diungkapkan oleh Allah ini sangat penting. Jika seseorang mencamkan rahasia ini dalam hatinya, ia dapat mewaspadai nafsu dan melakukan perbuatan yang benar. Nafsu dapat ditundukkan dengan melakukan hal-hal yang bertentangan dengan apa yang diperintahkan. Misalnya, ketika nafsu memerintahkan untuk bermalas-malas, kita harus bekerja lebih keras. Ketika nafsu memerintahkan untuk mementingkan diri sendiri, kita harus lebih banyak berkorban. Ketika nafsu memerintahkan untuk berbuat kikir, kita harus menjadi lebih dermawan.

Di samping sisi nafsu yang jahat, dari surah asy-Syams kita mengetahui bahawa Allah juga mengilhamkan kepada nafsu hati nurani yang menjadikan seseorang dapat mengendalikan nafsunya agar tidak memuaskan keinginannya yang rendah. Iaitu, di samping nafsu itu mendordong kepada kefasikan, ia juga mendorong kepada kebajikan. Setiap orang mengetahui akan bisikan ini dan dapat mengenali perbuatan fasik dan perbuatan baik. Namun, hanya orang-orang yang takut kepada Allah yang dapat mengikuti hati nurani mereka.

Dipetik dari tulisan 'BEBERAPA RAHSIA AL-QURAN'

Semoga dapat membantu kita berfikir. Wallahu'alam...


Hidupku membina tembok keimanan, mencari keyakinan, menjadi manusia ada pegangan dan berubah untuk kebaikan..