Monday, September 22, 2008

Kaedah solat dalam pesawat terbang.

Dibolehkan solat dalam kenderaan samada kereta, teksi, bas ekspres, perahu, kapal selam, kapal terbang dan apa jua medium pengangkutan. Dalil yang membolehkan ialah hadith berikut daripada Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhu di mana telah bertanya seorang sahabat kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Bagaimanakah cara saya bersolat dalam perahu ? Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menjawab: Bersolatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.[10] Hadith di atas adalah sebagai dalil bolehnya bersolat di atas kenderaan tidak kira apa jenis kenderaan itu kerana pelajaran hadith (illat) bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah kebolehan perlaksanaan solat di atas kenderaan.[11]

Jikalau solat secara berdiri di atas kenderaan adalah berbahaya atau menyukarkan maka boleh bersolat secara duduk, diteladani dari perbuatan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas kenderaan tunggangan mereka. Kesukaran yang dihadapi itu tidaklah sampai ke tahap darurat tetapi adalah memadai dengan sesuatu yang memberatkan. Hadith berikut menerangkan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan sahabatnya pernah solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari terperangkap dalam cuaca hujan lebat - Ya'la bin Murrah radiallahu-anhu menerangkan bahawa para sahabat pernah beserta Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang beliau berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.

Kemudian datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang muadzzinnya lalu ia azan dan iqamah lantas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terus maju dengan kenderaannya dan solat berjamaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi isyarat yang sujudnya lebih rendh dari rukuknya.[12]

Dua hadith di atas jelas membolehkan solat-solat fardhu dilaksanakan di atas kenderaan dan jikalau seseorang itu menghadapi suasana kesukaran maka boleh dilaksanakan secara duduk. Demikianlah teladan yang diriwayatkan dari para sahabat seperti Anas bin Malik, Jabir, Tawus, Zaid dan lain-lain, radiallahu-anhum.[13] Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesukarannya itu adalah benar-benar ikhlas dan ia tidak perlu diulangi. Akan tetapi jikalau tidak menghadapi kesukaran dan dia bersolat secara duduk di atas kenderaan maka solatnya itu adalah tidak sah kerana dianggap sengaja mengabai serta meremehkan rukun kewajipan solat. Demikian menurut ijma' para fuqaha Mazhab Shafie, Maliki, Hanbali dan lain-lain.[14]

Imam an-Nawawi mensyarahkan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafie), apabila seseorang bersolat fardhu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak.

Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Shafie jika orang yang sedang solat itu sedang kepeningan (mabuk laut) umpamanya maka bolehlah dia mengerjakan solat fardhunya sambil duduk kerana dia di pandang sebagai tidak upaya berdiri. Dan jika angin bertiup dan beralih haluan kapal lalu beralih juga mukanya dari arah qiblat wajiblah dia memutarkan badannya ke arah qiblat itu dan terus mengerjakan solat.[15]

Kaedah menunaikan solat fardhu di atas pesawat terbang adalah sama dengan kaedah solat di darat. Hanya apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi. Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain, iaitu:

1. Hendaklah berusaha sekuat mampu bagi mencari tempat untuk bersolat dengan sempurna. Bertanyalah kepada anak kapal akan ruang sebaiknya untuk bersolat dan jikalau ruang itu digunakan oleh mereka dalam kesibukan kerja-kerja kabin maka tunggulah hingga kerja mereka berkurang atau selesai. Satu alternatif lain ialah memilih penerbangan dengan syarikat Muslim kerana anak-anak kapalnya akan lebih memahami kehendak kita dan berusaha menolong berbanding dengan syarikat penerbangan non muslim.

2. Jikalau sedang solat dan pesawat bergoyang sedikit maka dibolehkan berpegang atau bersandar sebentar kepada dinding atau kerusi bagi mengimbangkan diri, mengingatkan kepada sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang solat dengan bersandarkan tiang di kala umurnya sudah lanjut.

3. Jikalau pesawat banyak bergoyang sehingga membimbangkan maka dibolehkan solat duduk dengan rukuk secara membongkok dan sujudnya seperti biasa hingga ke lantai pesawat. Jikalau sedang bersolat secara berdiri dan dipertengahannya pesawat mula bergoyang maka teruslah solat dengan duduk sehingga habis tanpa perlu dimulakan semula.

4. Jikalau goyangan pesawat adalah keterlaluan hingga terbitnya tanda 'Pasang tali pinggang keselamatan' atau 'Fasten seat belt' maka sebaiknya ialah duduk dahulu dan bersolatlah kemudian apabila suasana kembali tenang. Memaksa diri beribadat sehingga mendatangkan kecederaan bukanlah sesuatu yang dicenderungi agama malah akan dipertangunggkan jikalau kecederaannya itu menyebabkan dia tidak dapat meneruskan ibadah yang lain, meninggalkan amanah tanggungan dan menyusahkan pula orang lain. Jikalau goyangan pesawat berlanjutan sehingga dijangka akan melewati waktu solat (contohnya solat subuh) maka laksanakanlah ia secara duduk di kerusi sendiri.

5. Jikalau tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat ditempat duduk sendiri dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk. Perintah menghadap qiblat tetap hadir sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Jikalau terdapat dua pilihan, satunya ialah boleh menghadap ke arah qiblat tetapi solatnya harus secara duduk manakala yang kedua ialah boleh solat secara sempurna tetapi tidak dapat menghadap qiblat melainkan di takbir yang pertama maka hendaklah dia mengutamakan solat menghadap qiblat sekalipun secara duduk kerana solat secara duduk sememangnya dibolehkan oleh nas yang jelas di kala kesukaran manakala solat tanpa menghadap qiblat dengan sempurna adalah satu kebolehan yang diijtihadkan. Sila ulangkaji dan bandingkan huraian antara bab ini dengan bab sebelum.

Jikalau terdapat dua pilihan di mana kedua-duanya boleh didirikan solat secara sempurna, pilihan pertama ialah solat di atas pesawat manakala pilihan kedua ialah solat di atas darat maka kedua-duanya mempunyai keutamaan yang sama tarafnya. Dalilnya ialah riwayat berikut: Abdullah bin Abi Utbah radiallahu-anhu menerangkan - Aku pernah menyertai Jabir bin Abdillah, Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah radiallahu-anhu dalam satu kapal. Maka mereka bersolat secara berdiri berjamaah, yang seorang mengimami yang lain padahal mereka sanggup mendarat di pantai.[16] Akan tetapi hendaklah diutamakan suasana yang memungkinkan solat itu didirikan di awal waktu mengingatkan keafdalannya dan tambahan lagi mungkin sahaja solat yang tangguhkan itu akan terhalang oleh sesuatu yang tidak dijangka.

Sekali lagi dinyatakan bahawa seseorang itu wajib berlaku benar dalam kaedah penunaian solatnya samada berdiri atau duduk, samada di ruang terbuka atau di kerusi asal. Tidak sah solat orang yang sengaja hendak solat secara duduk atau sengaja enggan mencari suasana yang memungkinkan solatnya menjadi sempurna. Jikalau semua alternatif dan usaha telah dilakukan maka hendaklah dia tetap melaksanakan solatnya itu dalam cara yang termampu dan ia tetap dikira sah tanpa perlu diulangi atau diqadha.

Kesimpulan

1. Solat di atas pesawat terbang atau apa-apa jua medium pengangkutan adalah dibolehkan.

2. Perlaksanaan solat di atas pesawat adalah tetap wajib seperti kaedah yang biasa kecuali jikalau menghadapi kesukaran maka dibolehkan duduk dan sebagainya selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi.

3. Solat sebegini adalah sah dan tidak perlu diulangi.

4. Sementara itu tidak sah solat secara duduk jikalau tiada kesulitan untuk melaksanakannya secara berdiri. Malah dia dikira berdosa kerana sengaja meremehkan perintah agama.



[10] Maksud hadith riwayat Imam al-Bazzar dan Daruquthni, disahihkan oleh Imam al-Hakim mengikut syarat-syarat Bukhari dan Muslim dan dipersetujui oleh Imam adz-Dzahabi akan kesahihannya, dihujahkan oleh Shaikh Nasiiruddin Albani dalam The Prophet's Prayer Discribed, pg 5 tanpa komentar tambahan ; demikian juga oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 2/265-266.

[11] Prof. Dr. Hasbi ash-Shiddieqie - Koleksi Hadith-hadith Hukum, 4/425.

[12] Maksud hadith riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 4/174 ; dan oleh Imam Tirmizi dalam Sunannya, no: 0407; disahihkan oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 2/268-270.

[13] Imam Ibnu Qudamah - al-Mughni, 2/323 ; Imam Ibnu Taimiyah - Ikhtiarat al-Ilmiyyah, ms 74.

[14] Prof. Dr. Hasbi ash-Shiddieqie - Koleksi Hadith-hadith Hukum, 4/424

[15] Imam an-Nawawi -Majmoo Syarh al-Muhaddzab, 3/241-243.

[16] Maksuh riwayat yang dibukukan oleh Imam Sa'id ibnu Manshur dalam kitab Sunannya, dikutip oleh Shaikh-ul-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam al-Muntaqa al-Akhbar min Ahadith Sayyid al-Akhbar, 1/662.


dirujuk dari laman web : http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg24.htm

semoga bermanfaat buat semua....

sekian,

islahmujahidin@gmail.com

Monday, September 15, 2008

PERHATIAN : Rebutlah peluang ini sebelum terlambat.

Terbuka kepada semua.
Kerana semuanya LAYAK.EMPAT GANJARAN LUMAYAN :

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc dan tanpa diduga bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil.Anda tidak perlu bawa pingat.Anda tidak perlu bawa wang atau harta yg banyak.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atauseksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal (fotokopi tidak diterima).

PANEL/PENEMUDUGA:Munkar dan Nakir.ENAM SOALAN BOCOR:1. Siapa Tuhan anda?2. Apa Agama anda?3. Siapa Nabi anda?4. Apa Kitab anda?5. Di mana Kiblat anda?6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:Anda hanya perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Dia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Dia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:Hadis Hassan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasullah SAW:"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu.Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat....Insya' Allah.Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya." Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki) !

AYUH, BANGKITLAH SEBELUM DIRIMU DIBANGKITKAN

Siapakah dia ...
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Thursday, September 11, 2008

Musim-musim Iman


MUSIM PANAS
Panas Sang suria menyinar terik. Menyuntik nur buat siang yang makin panjang.Teruja insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. Kain menyaluti tubuh kian singkat. Pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gelak ketawa bagai tiada noktahnya. Hanyalah kebahagian fana yang bersemayam di jiwa. Alpa.


MUSIM LURUH
Rendang pohon mula kekuningan.Gugur akhirnya menyembah bumi. Entah apa nasibnya? Di jalanan menjadi mangsa derapan kaki.Atau di sungai mengalir entah ke mana penghujungnya. Bayu bersuara lagi. Daunan terus terpisah dari perdunya.Tinggal hanya ranting sepi tiada seri. Tandus.


MUSIM SALJU
Air semalam mengalir deras. Namun kini, membeku bagai tida nyawa. Sapaan malam tiba lebih awal dan pertemuan kali ini lebih lama. Insan lebih tega berselimut melayan lena. Sunyi sepi. Hanya desiran angin menjadi halwa telinga. Dingin.



MUSIM BUNGA
Kuntum demi kuntum bunga tumbuh memekar. Warna – warni menghiasi laman hijau. Lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bunga. Selamat tinggal kesuraman semalam. Keceriaan kali ini disulami kicauan burung dan rama – rama berterbangan. Jua hilai tawa si cilik bermain diulit kegembiraan. Tersusup ketenangan. Iman dan musim – musimnya Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati.

Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman! Jika hari ini imanmu musim bunga.. Esok lusa mungkin bertukar rupa. Namun, mari kita sentiasa berusaha, ke arah memastikan iman kita sentiasa di musim bunga. Amin!

DIPETIK DARI LAMAN WEB www.iluvislam.com
http://searching4true.blogspot.com/

Sesudah Asar...


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja Disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk Memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk menCabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

KENAPA DAKU GAGAL ???


Bagi setengah manusia kejayaan dunia menjadi ukuran namun bg mereka yg celik mata hati akan memandang nun jauh kehadapan yg kejayaan sebenar bukan di sini.. sekadar pinjaman.. dan menilai kejayaan seseorg itu bila dia menjadi hamba yg ta'at kpn perintah Allah SWT..

Persoalannya knp kita mesti gagal?? kerana sememangnya Allah menjadikan kehidupan ini utk diuji.. spt firman Allah di dlm surah al-Mulk ayat 1 dan 2 "Maha suci Allah yg menguasai (segala) kerajaan dan dia maha berkuasa di atas setiap sesuatu, yg menjadikan mati dan hidup utk menguji kamu siapakah yg di antara kamu yg plg baik amalannya"

Kegagalan adalah ujian.. dan jgn dilupa KEJAYAAN jgk ujian.. betapa ramai mereka yg berjaya ttp angkuh dgn kejayaan mereka dan menjadikan mereka makin jauh drpd Allah Ta'ala.. apakah kejayaan sebegini yg kita impikan?? Tidak, kerana kejayaan yg sebenar-benarnya adalah di negeri sana yg kekal abadi..

Apakah mereka yg gagal di dalam hidup merupakan org yg gagal di sisi Allah??
Apakah org yg berjaya di dlm hidup merupakan org yg dinilai berjaya di sisi Allah??

Penilaiannya adalah di sisi Allah.. usahalah dgn segigih mampu dan serahkan kejayaan dan kegagalan kepadaNya bersama dgn sejuta pengharapan..

Monday, September 8, 2008

Hadirlah cinta ku....


"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

Kursus Intensif Bahasa Arab Tamat...


(Backdrop Dinner)


PULANG KE KAMPUNG HALAMAN...
Setelah berada di kuantan selama kira-kira dua bulan, tibalah masanya untuk ku pulang ke kampung halaman. Perasaannya gembira idak terkata, memandangkan kami hanya dibenar untuk pulang hanya sekali dalam tempoh 2 bulan tersebut. Pengalaman selama menuntut ilmu di Kolej Shahputra, Kuantan sememangnya tidak dapat kulupakan, bukan kerana suasana kolej, tetapi pengalaman semasa menuntut ilmu disinilah telah menjadikan diri ini begitu cinta kepada bahasa al-quran (Bahasa Arab). Walaupun buat masa sekarang ku hanya mampu menuturkan beberapa ayat sahaja.

(Bergambar bersama monyet di TC)

Tetapi, tidak mengapa, daku akan terus berusaha memantapkan bahasa arabku supaya mudah untuk membaca dan menterjemah kitab-kitab ulama'-ulama' terdahulu. "Allah mencampakkan hidayah kedalam diri manusia ialah dengan mencampakkan rasa cinta kepada ilmu dalam diri manusia." InsyaALLAH, daku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kunci kepada Iman ini.

(mencari ketenangan)

PERJALANAN YANG SUNGGUH MEMENATKAN
Tamatnya majlis makan malam perpisahan menandakan bahawa kursus bahasa arab kami sebelum ke Mesir telah berakhir. Begitu penat rasanya menjayakan majlis ini. Kami sampai dirumah kira-kira jam 1 pg. Setelah puas berbual, kami melelapkan mata. Keluarga datang mengambilku kira-kira jam 4.00 ptg keesokan harinya. Tidak terus kembali ke rumah, kami sekeluarga singgah sebentar di Teluk Cempedak. Begitu indah sekali ciptaan ALLah, sungguh gembira melihatnya.Kami berehat sebentar di RnR Temerloh untuk solat dan makan. Rezeki dari ALLAH, dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sama perjalanan di perhentian ini. Kami meneruskan perjalanan kira-kira pukul 8.30 mlm.

(Sarapan terakhir sebelum masuk bulan ramadhan)

BERTEMU DENGAN SAHABAT_SAHABAT PERJUANGAN
Pulang dari Bandar Kuantan, tidak terus ku pulang ke rumah. Ingin ku manfaatkan seboleh-bolehnya untuk bertemu dengan sahabat-sahabat dan kenalan di Gombak. Memang telah kami berjanji untuk bersama-sama berkumpul untuk qiyamullail pada malam 31 ogos yang lalu. Tatkala orang lain sibuk melaungkan "merdeka". Inilah merdeka bagi kami, membebaskan jiwa dari kekotoran.Walaupun pada mulanya, seramai kira-kira 7 orang ikhwah yang akan hadir, namun akhirnya hanya 4 orang sahaja (Hilmi,Syed Abu ,Hanif dan Khaled )yg hadir.Namun, perasaan ini sangat gembira dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat. Dan pada waktu itu baru ana mengetahui bahawa salah seorang ikhwah baru sahaja kehilangan nendanya "Inna lillahi wa inna lillahi raaji3un". Kami mulakan seperti biasa dengan berbual, bertanyakan khabar dan sebagainya. Sungguh Bersyukur kerana sahabat-sahabat, fikrahnya semakin hebat. Berkatakan tentang Islam seperti ustaz-ustaz.

(berkesempatan melawat rumah Beijing)

Alhamdulillah. Akhirnya akibat tidak tahan kepenatan, kami pun tidur. Program diteruskan sehingga sarapan pagi. Dan pada waktu itu juga ku memutuskan untuk sekali lagi tidak terus pulang ke rumah. sebaliknya, menziarah sahabat yang berada di UIA Petaling Jaya.


(Gambar di LRT Pasar Seni)
alangkah indahnya jika seni diletakkan pada tempat yang sepatutnya

UIA PETALING JAYA
Perjalanan kira-kira 1 jam. menaiki lrt dari Terminal Putra ke Pasar seni. Kemudian tukar, menaiki bas rapid KL U85 pula menuju ke UIA. Walaupun kami hanya sempat selama 3 minggu bersama di UIA. Tp, ukhuwahnya sangat berkesan, sehingga sekarang. Masih lagi merasakan rindu di UIA. Rindu dengan sahabat-sahabat dan rindu dengan suasana Islam di sana. Sesampainya disana daku disambut sebagai seorang tetamu yang istimewa. Bagai seorang yang baru pulang dari tempat yang jauh sahaja rasanya. sempat juga melepaskan mengantuk di katil sahabat. kira-kira 1/2 jam juga tertidur. Dapat juga akhirnya nikmat tidur di UIA. Kenangan di bilik suatu ketika dulu, memang tidak dapat dilupakan. Kami berkongsi wang untuk membeli perkakas-perkakas malah bahan makan dan minuman. Dipendekkan cerita, kami menyambung perbualan kami di kafeteria. Sungguh bertuah nasibku, memandangkan hari ini, hari terakhir sebelum masuknya bulan puasa, maknanya dapatlah daku melepaskan kerinduan pada AISKRIM DI AIKA CAFE tersebut. Memang terasa berat untuk pulang, setelah berjumpa dengan rakan-rakan. Tetapi inilah dia lumrah, setiap pertemuan, mesti ada perpisahan. Tetapi tidak mengapa, Daku yakin dan pasti bahawa "Pertemuan dan Perpisahan kerana ALLAH, Pasti ada ganjaran sebaliknya." Bukanlah kerana terlalu mengejarkan ganjaran, tetapi inilah ukhuwah. Innal muslimin Ikhwah, SEMOGA IKATAN PERSAHABATAN INI BERKEKALAN...
sekian, wasalam(Di UIA PJ)
hanya sempat mengambil satu gambar sahaja kerana h'set kehabisan bateri
islahmujahidin@gmail.com

Friday, September 5, 2008

Video- Saat2 Indah Bersama Di Kolej

Tontonilah jika Saudara/saudari Tidak sibuk =)


(part 1)




(Part 2)

Atas permintaan sahabat di Kolej untuk meng-upload video ke internet, akhirnya berjumpa juga cara untuk melaksanakannya. Alhamdulillah, setelah memikirkan pelbagai cara untuk meng-upload video ini akhirnya berjumpa juga akhirnya. Maaf jika terpaksa menggunakan blog ana untuk memasukkan video ini. Puas memikirkan jalan untuk memuat naik video ke internet seperti menggunakan youtube dan sebagainya, malangnya tidak berjaya. Sekali lagi ingin MEMOHON MAAF jika kualiti video dan tempat ia dipamerkan kurang memuaskan.



Video ini adalah hasil daripada sumbangan gambar-gambar dari sahabat. Video yang melambangkan ukhuwah kami bersama...

islahmujahidin@gmail.com