Friday, January 30, 2009

Bila Sepasang Mata Menjadi Hadiah...




Ingatkah dikau dimana di dalam sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah?
Kenapakah engkau mengikutku?
Aku tertarik dengan kecantikanmu
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu sesalan
bila bungkusan merah diterima ditangan

Muslimat,

Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
tetapi dengan menjaga peribadimu
Wahai muslimat
Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
memaniskan muka
menghadiahkan senyuman
meramahkan bicara
kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelakiYang sememangnya diciptakan Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Apatah lagi lelaki ini
Yang engkau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan
yang boleh dibelek-belek dan dipilih-pilih

Benar
Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Illahi
dan keinsafan seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi sufi

Muslimat
Begitulah jalanmu
Begitulah perjuanganmu
Tundukkanlah pandanganmu
Keraskanlah suaramu
Seriuskanlah perwatakanmu
tampilkanlah ketegasanmu
Bila engkau di depan atau di belakang
Atau di kiri atau di kanan lelaki
Walau atas apa alasan sekalipun
ketuk keegoan mereka
Bangunkanlah mereka daripada mimpi
Jelaskanlah dengan amalmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan adalah palsu
Bahawa di sini tiada kebahagian
hanya kehancuran

Muslimat
Inilah jalanmu
Lalu mungkin
Engkau akan melihat
Dikalangan remaja ini
Akan lahir Rijalaludin
Berjiwa pejuang
Sebagaimana lahirnya
Sebagaimana bangkitnya
Da'i bernama Hassan Al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah.

- Anonymous -

Monday, January 26, 2009

Special song for You.....



Salam, to All my frenz..where are u all now?
Don't worry
where ever you are what ever u do..u are all always in my heart...
Seriously, I always miss u guys...
Simply, it is just to express my feeling...
I would like to make a request for You all to hear this song...
It's a very2 nice song, I like it very much...
Hope that you will enjoy this song...

Song entitled - Asma ALLAH, by Sami Yusuf
Ya Allah, Barakallahu fikuu....
Allah will help the person who help The way's of Islam

Wednesday, January 14, 2009

Palestin oh Palestin !!!



Hari ini kumulakan seperti biasa,
Selimut yang tebal ku tinggalkan. Sememangnya sukar untuk meninggalkan selimut yang amat menyelesakan di musim yang sejuk di bumi Mesir ini. Ku saluti, badanku ini dengan wudu' untuk bertemu dengan Ilahi.

Pintu rumah dibuka dengan berhati-hati, mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Ahhhh, subhanALLAH angin yang nyaman mengelus lembut di badan yang kerdil ini. Jubah yang dipakai utk mencontohi Rasulullah s.a.w. itu seakan-akan mahu diterbangkan angin yang bergerak kencang dari Laut Meditteranean itu. Membuatkan langkahku semakin pantas menuju Masjid Ibnu Taimiyah.

Suaranya begitu lembut sekali. Begitu tenang dan tartil bacaannya. membuatkan jemaah begitu selesa dengannya. Ku cuba untuk mengikuti maksud bacaan Imam tersebut. Walaupun ilmu bahasa Arabku masih ditahap yg lemah, namun kucuba menghayati bacaan tersebut.



Ya mujriyassahab, wahazimal ahzab..........ALLAHUMMANSSURIL ISLAM fi kulli makan, ALLAHUMMANSSURIL ISLAM FIL FALESTIN...aku tersentak dengan bacaan QUNUT tersebut. Ayat tersebut seakan-akan menggoncangkan dadaku. Fikiranku melayang ke Palestin. Ya ALLAH, bantulah mereka. Jadikanlah mereka hamba yang Bersabar dan kekalkanlah mereka dan aku dalam IMAN sehingga akhir hayat kami. Menyedari fikiranku melayang begitu jauh, aku kembali beristighfar kpd ALLAH. AMpunkanlah aku kerana kelalaianku. Solatku diteruskan hingga keakhirnya...

Sepanjang perjalananku ke rumah, ku habiskan berfikir "Bagaimana dengan keadaanku yang lemah begini untuk membantu palestin?" Ku lahirkan persoalan ini bertubi-tubi kedalam diriku. Terlalu banyak dosaku...terlalu banyak kelemahanku...terlalu lemah imanku...terlalu kotor hatiku...BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU MEREKA YA ALLAH?

[bersambung...]

Saturday, January 10, 2009

Khutbah : Palestin memanggil kamu pulang kepada Islam



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.
Firman Allah SWT:




"Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau" [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail `alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu `alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT:
"Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku" [al-Israa' 17: 5]

Sidang Jumaat, rahimakumullah…

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.
Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Sidang Jumaat sekalian,
Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah 'sumbangan' Yahudi.

Kerosakan demi kerosakan.
Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.
Jamaah kaum Muslimin sekalian,
Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?
Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.
Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.
Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.

Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.

Firman Allah SWT:

"Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai" [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.
Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam telah bersabda:
Daripada Abu Sa'eed al-Khudri radhiyallahu `anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman

[Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu `alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.

Sidang Jumaat rahimakumullaah,
Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.

Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.
Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.

Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.

Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.

Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.

Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:

"Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya" [Al-Israa' 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.
Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.

Laporan http://www.ifamericansknew.org/ menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Sidang Jumaat sekalian,
Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu `alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.

Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.
Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?
Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Kaum Muslimin rahimakumullaah,
Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk "Antara Ilusi dan Realiti"� (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah)�, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung "pemimpin"tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya "seorang patung". Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.
Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.
Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

"Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali .." [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!



ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/

Surau (Jumaat) al-Munir,

Sri Kembangan12 Muharram 1430H / 9 Januari 2009

Wednesday, January 7, 2009

Pengganas Yahudi menyerang DUNIA

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Tiada kata yang dapat menggambarkan sakit hati dan kemarahan kita terhadap Yahudi di ketika ini. Sudah masuk hari ketiga Palestin diserang.



Laporan berita BBC sebentar tadi ( 29 Dis 08 jam 10 pm waktu UK) memaparkan petikan ucapan Setiausaha Agung United Nation, Ban Ki-Moon yang amat tidak waras lagi tidak beraqal. Namun sejuta maki hamun kita masih belum mampu membantu rakyat Muslim Palestin.
Mr Ban said he was "deeply alarmed" by the escalation of violence in Gaza. While recognising Israel's right to defend itself from militant rocket attacks, he condemned its "excessive use of force". (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/7803711.stm)
Laporan bertulis BBC itu tidak memasukkan ucapan awal Ban yang mengecam Hamas sebagaimana yang disiarkan dalam berta mereka. Namun anda boleh mendengar sendiri ucapannya di link BBC di atas.
Ban berkata :-
"Kami mengecam serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, dalam pada masa kami mengakui hak Israel untuk mempertahankan dirinya, kami turut mengecam serangan besar-besaran yang dilakukan Israel
"Nada selari tanpa aqal ini sebenarnya dikarang oleh White House sebagaiman dilaporkan oleh White House.The White House, meanwhile, said Monday that Israel was not looking to "retake" the Gaza Strip and was only acting to defend its citizens (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)
Demikianlah rupa United Nation yang begitu menikus dalam kenataaannya sehingga menafikan fakta, mujur laporan berita BBC kelihatan lebih rasional dengan kelihatan tidak berpuasa hati dengan serangan Israel, ia juga mendedahkan betapa rakyat Palestin di Gaza yang dipenuhi dengan orang awam diserang.
Laporan mereka turut mendedahkan beberapa kawasan Israel yang diserang namun dengan jelas pengulas mengatakan, perasaan takut di kawasan Israel terlalu sedikit berbanding suasana menakutkan di Gaza.
KEMATIAN DAN KEMUSNAHAN
Di Gaza, dilaporkan sekitar 350 orang Palestin telah maut dimamah senjata dan sebahagian dari jumlah tersebut disahkan dengan rasmi adalah orang awam, kanak-kanak dan wanita serta orang awam tanpa senjata. Sekitar 1550 orang pula cedera. Manakala menurut laporannya hanya 4 orang Yahudi maut dalamserangan balas HAMAS.
Sebuah keluarga diragut hidup mereka di waktu sedang tidur apabila rumah mereka terkena serangan bom, dinding runtuh dan hanya seorang sahaja yang selamat.
OBJEKTIF SERANGAN
Berita BBC turut melaporkan, pihak Yahudi dilaporkan sengaja menyerang besar-besaran bagi meningkatkan rasa keyakinan terhadap pertahanan dan ketenteraan mereka serta menimbulkan rasa takut di kalangan musuhnya, terutamanya Hamas dan Hizbullah.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Yahudi, Haim Ramon ; Objektif utama mereka pula adalah menjatuhkan kerajaan pimpinan HAMAS, DAN MEREKA HANYA AKAAN BERHENTI SERANG APABILA KERAJAAN DIAMBIL OLEH SESIAPA SELAIN HAMAS!. (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)
Motif tersirat adalah pembersihan etnik Palestin dari muka bumi.! Bukankah dahulu US dan kuncunya sibuk mempromosikan demokrasi ? dan HAMAS adalah kerajaan yang sah di pilih melalui sistem tersebut! Justeru mengapa diganggu dan ingin dijatuhkan secara keji!.
Jurucakap tentera Israel, Avi Benayhu pula melaporkan serangan ini hanya baru di peringkat permulaan, berates-ratus kereta kebal Israel sedang berbaris di sempadan menunggu isyarat serang. Moga mereka hancur sebelum sempat menyerang.
YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST
Benar, itulah Yahudi Israel jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika
Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...
(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and
(ii) appears to be intended
• to intimidate or coerce a civilian population;
• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or
• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.
Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila memulakan serangan tanpa sebarang perbincangan dengan kuasa dunia uyang lain.
BANTUAN TERPANTAS KITA
La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.
Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
Sumber :
30 Disember 2008