Monday, September 14, 2009

Qiyamullail fil Masr..(Gama' Ibrahim-iskandariah)


















Lailatul Qadr


Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Lailatul Qadr - Rahmat dari ALLAH

Jika kita lihat sendiri, Allah s.w.t. dengan rahmatnya menurunkan lailatul Qadr kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w. atas beberapa sebab

1.Umat ini pendek umurnya
2.Umat ini lemah tubuh badannya
3.Umat ini sibuk kehidupannya
4.Umat ini cepat letih
5. dan sebagainya



*hanya dengan Rahmat dari ALLAH s.w.t. , ALlah menurunkan Lailatul Qadr supaya berpeluang mendapat ganjaran pahala seperti umat2 sebelumnya yang:-
-kuat badannya
-panjang umurnya
-kuat tubuh badannya
-lapang hidupnya



Hikmah dirahsiakan kehadirannya

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.



Menurut jumhur ulama,

Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.


Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.



3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

*p/s-marilah sama2 kita mencari lailatul Qadr yg dikurniakan khas Buat Ummat Nabi Muhammad ini , bukan hanya ke SOGO, KAMDAR dan sibuk memikirkan persiapan hari raya sahaja...rebutlah peluang ini sebaik-baiknya..Mungkinkah masih ada lagi Ramadhan buat kita pada tahun-tahun hadapan? wallahu a'lam

rujukan

www.zaharuddin.net dan www.harakahdaily.net

-selamat Beramal dan semoga bertemu Lailatul Qadr yang indah- islahmujahidin


Sunday, September 13, 2009

Hypothesis is Not Accepted..


Hypothesis- 1 Jam bole sampai Bangi dari Rawang..

Sebelum bergerak..
pagi-Di Ym
Aiman- "mana ada satu jam..biasanya 1jam 40 min"
Daus Kadok- "kalau KTM x sempat la"
Azaharul SKSB- "Kalau tak 'jam' bole la (kalau naik kereta)"
Abu- merepek..haha
..............................................................................................................................

Petang - masih lagi bertugas(+ragam budak2)

"Cikgu hari ni xyah belajar ye, penat laa..."
"Hmm, ok kita boleh rehat,hari ni saya ajar sikit je pastu bagi Homework, pastu rehatla, boleh?"
"BOOLEEHHH"
*haha, sebenarnya ayat je, yela silibus pun banyak x habis lagi..5 min lg nak abis masa baru dapat rehat, sian diorang

...........................................................................................................................

* Perjalanan kali ni memang mencabar dan menguji kesabaran
- Pukul 8.12pm baru sampai, terus solat (Alhamdulillah sempat solat..)
- Aiman jemput naik kereta Kelisa
-Sampai2 je makanan dah abis, orang lain "errkkk, alhamdulillah !!!"(adeh sedih)
-Jumpa Ammar, n schoolmate die yg tengah blaja kat Jordan ("oh, hang lagi? macam mana boleh sesat sini hah Hilmi (IntergomB)")
-Lapar la syeikh, makan dulu laa..(walaupun solat dah nak start, nanti kalau x khusyuk macam mana?...alasan)
..............................................................................................................................

Program pun Bermula...
Inilah sedikit sebanyak isi yang sempat saya salin dan ingat..
semoga semua mendapat manfaat
*PA system kurang memuaskan, jadi kurang sikit isi yang dapat disalin

Panel 1(seorang Pensyarah)
-Di Universiti, lebih dekat dengan student, dan jalan da3wah ada disitu
- Dimana-mana pun kita berada jalan da3wah tetap terbuka luas

Panel 2(Dr Azizi)
-career seorang Dr merupakan satu peluang da3wah dan mudah untuk berukhuwah
-Di mana-mana pun position anda dalam bidang kedoktoran, tetap peluang besar dalam idang da3wah ini
-Mesti menjadi seorang pencetak dan bukan hanya dicetak (mencetak manusia-seperti yang dikatakan Asy-syahid Imam Hassan al-banna)
-Jaga each area on this medicine field
-Semasa berkerja mesti berdisiplin
-Develop reputation dan menjadi orang yang diperlukan

Panel 3 (Gp)
-"Sebelum bercakap tentang kerjaya doktor, kita bercakap dulu tentang Medical Student"

MEDICAL STUDENT
-Mesti ada peribadi Da'ie sebelum bercakap tentang Da3wah
-Mesti berjaya menjadi seorang doktor(lulus dalam peperiksaan)
-Kehidupan kita seluruhnya adalah ibadah dan letakkan dakwah itu "first thing"
-Selepas da3wah barulah kerjaya, rumah tangga dan sebagainya
-Kursus dan program sepatutnya tidaklah menjadi penghalang dalam menuju cita2 kita dan mesti letak priority untuk join program

DOKTOR
Doktor mesti ada kefahaman yang jelas bahawa "mereka tidak boleh menyembuhkan kecuali dengan izin ALLAH s.w.t"

Panel 4
-Housemen sekarang 2 tahun, banyak cabaran
-Kita hendaklah "menjadi seorang permandu dan bukannya penumpang", yang membawa orang lain ke jalan ALLAH

Sesi Soal jawab
S1-Cabaran masa Housemenship mematikan tarbiyah?
J - Kerja 7hari seminggu(xde masa rehat@ cuti), cuti setiap 4bulan 10 hari sahaja (macam mana nak kawen kalau mcm ni? haha)
- Adalah training dan ujian "Da3wah dan tarbiyah ini adalah sesuatu yang kita mahukan, menguji komitmen kita dalam da3wah dan tarbiyah"
-Yang penting , JANGAN PONTENG!!!
-perlu ada jati diri

s2- Career yang paling sesuai untuk mentarbiyah?
J - Semua career ada masalah masing2,tak kiralah eng, lawyer mahupun doktor(kurang masa dengan keluarga)
-Career Dr memang sesuai dengan field tarbiyah ini
-Tingkatkan reputation anda !

s3- Sejauh manakah kelebihan specialist di luar negara?
J-Di UK @ ireland, ketika umur baru 28 tahun
-Boleh jimat masa sebanyak 4 tahun
-tp pengalaman kurang (pengalaman boleh dicari)

s4-Masalah confidential pesakit, cnth: zina, samada report @ diamkan diri?
J-ada community yg bincangkan
-Fiqh perubatan

s5-Kekuatan untuk kekal dalam perubatan?
J- Kebersamaan itu penting, datang usrah walaupun hanya tidur(terlalu penat)
-"Baik pergi dan tidur daripada x pergi"
-Kita x boleh lari dari diri kita sendiri
-Pergi dengan rasa rendah diri kepada ALLAH s.w.t
-Kita kene ada target Group kita
-Neurologist n psychiatry-treat pesakit mental(bukan target group, tp masing2 ada jln tersendiri)

*Actually ada bebarapa persoalan yang telah saya sediakan sebelum sampai lagi, namun disebabkan kalau tanya pasti akan terlepas KTM, saya membatalkan niat untuk bertanya doktor yg hebat2 didepan...

.................................................................................................................................

Sebaik sahaja program habis,
terus cuba untuk lari...
Cubaan gagal kerana dipanggi oleh ustaz Halim untuk bergambar sekali...

lepas habis bergambar,
terus mengajak Aiman ke Ktm..
Alhamdulillah, sempat dapat train last dari seremban ke Rawang
..............................................................................................................................
Kira2 pukul 1.00 pg baru sampai Rawang (bertolak pukul 11.30)
Jalan dah kosong, nak guling2 atas jalan pun boleh,
bahaya jugak kawasan ni malam2 sebenarnya,

*Jadi nak cerita kat sini sebenarnya..Rawang-Bangi 1jam 30min sekurang-kurangnya, mana ada satu jam...ingat ni pesanan...

sekian

Thursday, September 10, 2009

A letter for you (wriiten by NuFas)

This is a letter, written my friend..(ex-semashurian)

i copied This Letter from her blog
I do really hope that All of you can understand the messages inside this letter..
Perjalanan menjadi seorang Muslimah..

A letter for you

Assalamualaikum to my fellow sisters and brethrens, who will be one of the occupants in Jannah, insyaAllah.

First of all, this is a letter that I composed to all viewers. A letter full of my real thoughts and dwellings, a letter of hope and pain, a letter of almost the truth. So here goes nothing.


Bismillahirrahmanirrahim,

Dear brothers and sisters,
The thing that triggered me to write such a letter is a post, that I read on someone’s blog. It reminded me, well, of about everything . Every single thing that I worked for, every single thing that I fought for. Yes, my story had started long enough, ever since I was back in high school.


2007....


My friend was fasting. I felt excited because I tried fasting too and it’s in the fasting month, yes, I remembered it well. I followed my Muslim friends where I woke up early for sahur and break my fast at Maghrib. I was doing it because I thought it would be fun and why not, since I was dead eager to know how it’s like. Until one day, still in that month, my Muslim friend told me, though hesitant, something regarding the fact that I’m fasting. It broke my heart and it took me ages to recover and I nearly feel angered. Know what she told me?


“Ko tau tak yang ko puasa ni ko tak dapat pape? Macam kitorang, kitorang dapat pahala, tapi ko dapat lapar je.”

To which I retort “Xpela, aku saje je, takkan x boleh?”



Though the way she said it seems harsh, but it’s the truth. And that got me thinking. I thought about it every single night before I slept, to which I held up the palms of my hand facing my face and hoped silently that Allah hears my prayer, which is “ please Ya Allah, please grant only this, eventhough I’m still not a Muslim, please Ya Allah, please grant this prayer. I really want to be a Muslim. Ease my journey towards becoming a Muslim.” And afterwards I would cry, because I was really hoping, that somehow, Allah let it easy for me, and grant that prayer. And Alhamdulillah, now, I AM a Muslim, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, and I will never stop saying it, because I was really thankful. The feeling was like, as if someone just saved you from a tragic death, or from drowning. Yes, I was drowning back then. I was flailing my arms desperately, for someone to save me, and Allah did. Subhanallah...i was saved, my brothers and sisters, I was saved.


Back then, there is someone that I felt dearly of, he accepted the fact that I want to be a Muslim, eventhough they thought it was just rumours back then. I was so desperate, for someone to take me seriously and eventhough there was not much that anyone can do, since we’re still in school, there are a few that believed my intention was serious, and that meant a lot to me.
I’ll cut to the chase. I still felt strongly towards this person and I always will. He meant a lot to me and I hoped to be by his side one day, but that is for Allah to decide. For now, I’ll just keep it to myself and strived to live in this world, being a gharib person and fight my way to Jannah.




Dear brothers and sisters,


Do you not know how much pain it caused me? How many tears are shed because of this journey I chose? Do you? It was so difficult for me to trust the right person, because not everyone can understand. I was pained when you left me when I’m in need. I was stressed up when I couldn’t get my iqra’ right. You say, be patient, take it slowly. But if you are in my position, how can I take it slowly? I need to know everything in a short period of time because once I’m back at home, it’s over. I have to go undercover even with my own family and I couldn’t learn anymore, not live like I do here. Usrah? That is going to be impossible once I’m back to my family’s side. I felt oppressed enough when I couldn’t wear the hijab and how do you think I would feel when I can’t do the rest??


To this, I have something to say, appreciate your freedom of performing your prayers, cherish your jamaah prayers with your family, value the freedom of wearing the hijab because there are other people who has great difficulty even to say Bismillah in front of their own family.


I felt pity to those who had the knowledge but don’t apply them.


I felt sick when I think of them who claimed to be free when they don’t want to abide.


It might anger some people when I wrote this, but keep in mind, this is my blog, this is a piece of my mind, and I have been keeping this inside long enough. I hope, this post might open your eyes on the revelation of the anxiety that feeds on me day by day. You say I’m cruel when I kept this a secret from my parents. Cruel? I’m not doing it to save myself, I just can’t bring myself to hurt them. Hurting them is the last thing that I want to do. Only Allah knows how tempted I am to tell them, each day, but the thing holding me back is the thought of my parents being hurt and sad because of me, their first child and only daughter.


Do you know how much I hate myself for keeping this a secret? And you tell me that I’m heartless and I was being selfish. To calm myself, I kept thinking, only Allah knows, only Allah knows, over and over again.


Offended? Think of how much I was offended first.


For those, my true friends, who helped me a lot, who didn’t leave me when I’m in need, who stayed by my side when I’m in my most vulnerable state, thank you for not leaving me all alone. There are a few type of people that I won’t forget for the rest of my life :

1) The ones who always annoy me

2) The ones who pretended to be nice to me but left me when I’m in need

3) The ones who kept hurting me with their words

4) The ones who took advantage of me

5) The ones who helped me a lot =)


I preferred no. 5 to be more but unfortunately, the rest won the amount battle. I am not saying this to show how “holy” I am, but as I’ve said, this is my thoughts and the truth isn’t always that pretty.


Think what you want, believe what you want, say what you want but I’ll still be writing.


Now, before you think I’m complaining too much, you might want to read more. Ever since I’ve embraced Islam, I never felt this way. This feeling is, how should I say it, is very genuine. It feels like pure love. What I meant is that, I never thought that I could love somebody this way. Islam taught me that love isn’t only meant to be all that lovey-dovey stuff, but it taught me about ukhuwwah, it taught me about love amongst Muslims, and it helped me a lot. Ever since I became a Muslim, my relationship with my friends became better, and I’ve opened my eyes to see that there are a lot of people who are willing to help me for the sake of the religion. I’ve never felt this way and plus, my relationship between my family members improved and I was so thankful for that. I never thought that one day, I would be talking about mundane things with my mum, because before, if I were to call home, our conversation would normally revolve around my academic well-beings, my financial status and all that serious stuff. My family were never like real families. We’re academic-based and my parents were so strict about it. But now, ever since I learnt that Islam taught us that we should obey our parents, never raise your voice when talking and etc., and I applied it whenever I’m having conversation with my mum and my mum kind of, soften up a little bit and started being buddies with her only daughter, that is me. I felt so blessed with this gift, that is the journey of being a Muslim. I never met people that love each other, not because of money, not because they’re pretty and all that, but because of Allah, and that amazes me most. I was so overwhelmed with my founding that I felt calm and tranquil.

The thing that I enjoy most of being a Muslimah is that :

1) I get to go to usrah

2) I get to go to “tautan ukhuwwah” programmes

3) I get to wear the hijab and be protected from unauthorized eyes

4) I get to fast and experience the happy sensation of breaking fast afterwards

Etc. Etc. Etc.

I love my new life, I love the new me. Yet, somehow, certain people can’t resist of making my life miserable. Well, that’s life. But I have a new target in life now.

1) Finish my iqra’ study
2) Pass A-levels cut off point
3) Be husnul zhon(seriously, please do so)
4) Go to india
5) The rest awaits...

Last but never the least,

Dear brothers and sisters, especially those who are also in the journey towards Jannah,

To those who worked their bones just for Allah, keep it up. It is people like you that inspire the others to follow your lead, eventually.

I have high respect to those who can still take care of themselves, be it physically or mentally, but most importantly, spiritually. With that, let’s all become a professional Muslim and insyaAllah, one day, one of us or more might bring change to this world polluted with secularism, corruption and hedonism.

To end this post, this a special song that I dedicated to all of you...



Kembali

(Far East)


~Ya Allah...

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah,
Terangilah ku dengan nur iman-Mu,
Hanya Engkau tempat aku berserah,
Mohon maghfirah di dalam syahdu...

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,
Ampunilah segala dosaku,
Laksana buih di laut memutih,
Hanyut ditelan gelombang nafsu...

Hari-hari yang telah aku lalui,
Inginku tinggalkan terus bersemadi,
*Ingin aku, kembali kepada fitrah insani,
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi,
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu,
Dosa noda nafsu durjana...

Terimalah taubatku Ya Allah,
Pimpinlah daku ke jalan redhaMu,
Moga sinarMu terangi hidupku,
Di dalam kegelapan...

Aku kan kembali padaMu rabbi,
MenghadapMu Ya Rabbul Izzati,
Segala ketentuanku pasrahkan,
Di hujung penghayatan...

*
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,
Ampunilah segala dosaku,
Laksana buih di laut memutih,
Hanyut ditelan gelombang nafsu...

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah..........



Understand the song, enjoy it. Till we meet again. Too-loo~

Wassalam.

Sunday, September 6, 2009

"Hidup Adalah Untuk memberi sebanyak-banyaknya..."

"Hidup adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya, Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya...", Kata Pak Arfan (Petikan dari kisah Laskar Pelangi)


Ost Laskar Pelangi-Sahabat Kecil

Saya tertarik sekali dengan kisah ini,
Lebih menarik dari kisah "ayat-ayat cinta"

Begitu bnyak pengajaran yang ditonjolkan,
sangat menarik dan menyentuh hati..
Kisah seorang guru, seorang guru besar dan 10 pelajar yang benar2 ikhlas dalam memberi dan menimba ilmu...
membuatkan saya lebih mengagumi cerita ini...

Saya amat tertarik dengan watak Pak Arfan yang begitu Ikhlas dalam perjuangannya untuk mendidik anak2 kecil yang miskin dan mempertahankan sebuah sekolah yang usang dan hampir roboh.

Saya berfikir dan hanya mampu berfikir..mampukah saya menjadi begitu ikhlas dan hebat seperti mereka dalam mendidik generasi seterusnya yang mampu menjadi penerus tarbiyah di Bumi ALLAH ini...

yang lemah
-islahmujahidin-

Friday, September 4, 2009

Aku, Malaysia Dan Kecewa...

Sekarang masih lagi berada di tengah-tengah musim panas
dan sekarang juga sudah sebulan di Malaysia
Namun ada satu dua perkara yang menjadi kekecewaan dalam diri ini...

Kecewa 1
- Biasalah adat melayu, solat tarawikh hari pertama penuh macam nak runtuh masjid. tapi selang beberapa hari, sorang-sorang makin hilang batang hidungnya di surau2 dan masjid2. (Ntah la kene baham harimau ke apa x tau)

Kecewa 2
-Kalau di Mesir, pantang ada sikit pun ruang antara jemaah kat dalam saff, tp kat malaysia letak beruang antara jemaah pun muat lagi kot (Takut sangat duk rapat2, putuskan saff xpe kot...panas)

Kecewa 3
- Imam tarawikh pun baca surah pendek je, x sempat lagi habis baca suratul fatihah dah ruku3. X sempat nak tadabbur sikit2 ayat2 yang dibacakan. Kalau kat mesir selagi x habis satu ain xkan ruku3 punyalah (Ni x boleh komen lebih2 mungkin malaysia belum lg ramai yg faham bahasa arab, makin panjang baca semakin kuyu mata - salimatussadr)

Kecewa 4
- Masyarakat M'sia memandang Bulan Ramadhan macam bulan2 biasa je. Kalau kat Mesir sana , Bulan Ramadhan ni, sume orang macam tiba2 je jadi baik je, pijak semut pun x mati (walaupun kat bulan lain semuanya macam beruang yang sukakan duit dolar)

Kecewa 5
- Mesir merupakan negara miskin. Tp di bulan Ramadhan kareem ini, akan ada satu pertubuhan disana bernama "Maidaturrahman" yang beri makan orang puasa. Malaysia Negara kaya ?
(Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa akan dapat pahala seperti orang yang dia beri makan itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka)

Kecewa 6
- Bazar Ramadhan tempat nak cari makanan atau tempat untuk promosi makanan syaitan? saya pun x tau. Aurat lelaki, aurat perempuan langsung x jaga. Habis kurang pahala orang yang pergi bazar ramadhan 2. Baik xyah pergi Bazar ye dok? (Islahkan diri kita dalam bulan Ramadhan ni, jaga aurat naa...)

Kecewa 7
- Rancangan Televisyen pun x tapis. Habis orang melayu kita, semakin lama semakin sekular. Makin jauh dari ciri-ciri Muslim. (xkan nak tgk warta berita, bila iklan terus tutup mata @ tutup tv, susah gak)

Kecewa terakhir
- Kecewa dengan diri sendiri...kerana satu pun saya x mampu untuk mengubahnya, hanya mampu kecewa dan kecewa..dan hanya menulis dalam Blog usang ni sahaja..

sekian sahaja entry kali ni,
semoga ALLAH membantu kita mengislahkan diri kita dalam bulan rahmat ini...

"Di dalam Bulan Ramadhan ini ada 3 fasa, fasa yg pertama - Rahmah, fasa kedua - maghfirah dan fasa terakhir - Pembebasan dari Api Neraka"
"semoga kita berjaya mencapai ketiga2 fasa ini"

-islahmujahidin-

Tuesday, September 1, 2009

Buat Mereka yang bertuah : Semoga diperkuatkan

RESULT BARU KELUAR...
Namun biasalah, ada mereka yg ALLAH telah pilih dan bernasib baik
untuk kembali awal ke bumi Anbiya'
dan ALLAH pilih utk mereka kembali mengulangkaji semula
apa yang telah dipelajari sem lalu,
Agar ilmu itu mereka boleh gunakan sebagai fardhu kifayah
membantu umat Islam yg dalam kesusahan dan kesakitan



Ini adalah sedikit sebanyak dari saya
Untuk memberi sedikit semangat
dan sedikit kekuatan untuk bekalan...

Hayati liriknya,
wallahu a'lam

yg lemah
-islahmujahidin-