Thursday, May 28, 2009

Syahmi, pegi la cakap sikit Pasal Palestin dekat depan...


Rakan2 terus mendesak untuk ku kehadapan,
Jarak waktu diantara dua lecture boleh lah dikatakan sesuai
memberi pengisian sempena minggu "Palestine Evergreen" ini...


Hmm,
Berfikir-fikir seketika,
ku cuba melangkahkan kakiku,
Jantung semakin berdebar-debar,
Namun akhirnya ku mengalah,
Tidak jadi untuk melangkah kehadapan...
Bukan tidak berani,
Tetapi takut tidak sempat untuk aku mentajdid niat
sebelum melangkah kehadapan kelas...



Teringat pada kata2 "Muslim perlu Berbeza ",
YA, aku tidak mahu kalamku nanti menjadi "Halwa Telinga"
yang hanya sedap didengar manusia,
seperti yang biasa dilontarkan dari ummat manusia,
tetapi akhirnya tiada perubahannya,
Hanya untuk menambahkan "Thiqah" kepada penglontar kata-kata itu...
Maaf sahabat2, kerana aku tidak mampu ketika itu.




PALESTIN...
Kata2 yang mampu membuatkan diri yg keras ini menangis,
Kata2 yang mampu memberikan diri yang lemah ini kembali bersemangat,
Kata2 yang pernah mengubahku pada suatu masa dulu...


Sedih diriku ini,
pabila semangat Palestin hanya tenggelam timbul hanya seketika,
teringat kembali peristiwa dimana "palestin dibantai" teruk oleh ZIONIS
Ketika itu kita mampu menangis,
kita mampu rasa geram,
kita mampu bangun subuh semata-mata untuk membaca Qunut Nazilah bersama IMAM,
Sungguh sedih sekali perasaan itu hanya seketika...


Sedih diriku ini,
kerana rasa kasih manusia pada palestin hanya seketika,
Pergi ke ceramah palestin,
seperti merasai apa yang dirasai oleh saudara di Palestin sana,
Setelah 2 hari,
Hidup seperti biasa tanpa ada perubahan,
walaupun perubahan yg kecil dalam diri...





Teringat kata2 seorang sahabat ketika berada di "PALESTINE NIGHT BOOM..."
"kita sekarang ni ada perasaan ni(semangat utk membebaskan palestin)
tapi esok, ada lagi x? "
persoalan yang sungguh menyentuh hati...


Dan kini tibalah pula...
Minggu "Palestine Evergreen",
cukup, cukup, cukup
aku tidak mahu menjadi seperti dahulu,
Hanya panas untuk beberapa ketika,
akhirnya kembali menjadi sejuk,
tanpa meninggalkan sedikit bara api untuk dibawa untuk seterusnya...





Jadi disini, APa yang KITA BOLEH LAKUKAN?
APa yang KITA BOLEH LAKUKAN?
APa yang KITA BOLEH LAKUKAN?



pernah juga keliru diri ini,
betul juga apa yang boleh kita lakukan selain doa dan sedekah?

TP akhirnya persoalan ini terjawab,
bila semakin diri ini meluaskan pembacaan,
bila diri ini mula duduk dan bersama2 berbincang ,
bila diri ini BOLEH melupakan niat untuk hidup sama seperti orang lain,
yang mempunya banyak masa lapang,
dan bebas melakukan apa sahaja yg disukai...
semoga ini dapat membantu persoalan ini..



1. Perjuangan Islam terletak pada jiwa2 syabab, seperti antum semua

2. Apabila semakin ramai manusia yang rasakan cinta pada Agama dan sanggup berkorban kerananya

3.Apabila semakin ramai manusia dapat memahami dan mendalami Islam yg sebenar-benarnya

4. Apabila semakin ramai manusia yakin dan beriman dengan "JALAN INI"

5. Apabila ada jiwa2 yang sanggup mengorbankan segala-galanya demi ALLAH dan Rasulnya

6. Apabila manusia mampu menjauhkan diri dari sifat "wahn", cintakan dunia dan takutkan mati

........


Bagaimana untuk kita semua lakukan semua ini,

1. Pelajarilah islam dengan hati, bukan hanya semata2 untuk menjadi modal untuk kita berkata2

2. Tingkatkan AMALAN sehingga akhnya kita merasakan diri kita dekat pada ALLAH

3. Ilmu Fardhu kifayah jangan dilupa, Belajarlah bersungguh-sungguh dalam bidang anda, jika perubatan -makan berusahalah untuk menjadi seorang Doktor yg terbaik, jika kejuruteraan - Berusahalah bersungguh2 sehingga akhinya mampu menjadi lebih maju dari BARAT
(Ingatlah sunnatullah~ ALLAH memberi kejayaan kepada mereka yang berusaha)

4. Tarbiyah diri, Keluarga, Ahli bait, Mereka yang dekat dengan anda & Sesiapa sahaja yang anda jumpa.

5. Sertailah mana2 jemaah yang mampu mendekatkan diri anda dengan ALLAH & ISLAM...dan yang mampu membantu anda untuk melakukan semua yang dikatakan diatas...

6. Semoga ALLAH membantu dan memberkati antum semua

Sekian sahaja kali ini,
Semoga kalam ini dapat memberi kesan dan perubahan kepada sesiapa sahaja yg membacanya,
Bukan hanya membazirkan masa dirimu yang amat berharga...

"Segala yg baik itu datang dari ALLAH "
-Segala kelemahan harap dimaafi...

hamba yang lemah
-islahmujahidin-

Tuesday, May 26, 2009

TabibBOOM - fINaL NiGhT-



Setelah 3 jam penat lelah..
baru siap Video ni...

Silalah menikmati video ini,
semoga mendapat iktibar dari cerita ini..

Syukran buat yg menjayakan cerita ini,
semoga ALLAH membalas jasa antum semua
Tidak Lupa juga kepada Group TABIBOOM
korang semua "THE BEST"

Friday, May 15, 2009

Tangisan Seorang wanita...




Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:




"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.




"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.



"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."



ALLAH S.W.T berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu" "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."



tidakkah Kau tahu: " Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada." Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah..., ...Setiap Wanita itu Cantik...


Air mata seorang wanita adalah anugerah yang diberikan kepadanya untuk digunakannya setiap
ketika ia inginkan...

Wednesday, May 13, 2009

Petua Nak Belajar MEDIC...




Fisrt sekali,
soalan cepumas...
Sape kata Medic ni senang?

-Haha, jawapan dia lecturer r, sebab dia dah katam buku berapa kali...

Hmm...
Ada sikit kot petua untuk belajar Medic ni..
mmg la susah, tp kene ada skill la utk belajar...
Bukan nak cakap terer pun dalam bidang medic ni,
cuma nak kongsi sikit apa yang ada dalam otak ni...

Petua 1
-Haa, mende ni la kita paling selalu lupa nak buat. apa dia?
Baca DOA, penting untuk KEBERKATAN ILMU...

Petua 2
-Kat dalam kelas @ LECTURE tumpu habis-habisan supaya
kat umah @ asrama nanti xperlu hardwork sangat utk
memahamkan apa yg Dr cakap kat kelas nanti...
(cume cover sket apa yg DR tertinggal cakap @ kita tiba2 x focus dalam kelas)

Petua 3
- Jangan malu2 @ segan2 nak tnya DR kalau x faham.
"Malu bertanya Sesat Jalan.."(kalau x tau , amik teksi ek..)
lagi2 dalam kelas praktikal, amik kesempatan tanya mende yg x faham...
kalau tangguh2 lg susah nanti.

Petua 4
-Kalau belajar 2 fokus la. jangan belajar sambil bukak YM @ friendster
@tgk movie...
mmg r susah cam 2, lg2 nak mengahafal mende yg kita x penah dengar
sebelum ni...

Petua 5
- Jangan la nak kutuk Dr @ apa2 r.. Tp, kalau nak ajuk sikit2 tu xpe r,
biar senang sikit ingat...contohnya ABBBBduction...ADDDddduction
@ sebagainya...kan senang ingat nanti
(Biar letak semua mende2 basic ni dalam minda bawah sedar)

Petua 6
-Jangan la nak lemah semangat @ mental down...sume orang same je,
sakit hati gak "kalau dah baca pastu lupa balik..." Biasa r 2, dah mmg fitrah manusia..




Petua 7
- Tanya member , ajar member... lagi senang ingat kalau camni...
kalau lupa masa exam, nanti korang bole cari balik dalam minda yg lepas,
(mcm muke orang yg korang tnya dulu-hensem ke x, tempat korang tnya)
serious membantu...

Petua 8
- Jaga masa...Bukan la maksudnya xleh main @ sebagainya...pandai2 r jaga masa,
ada waktu main, waktu belajar, waktu mengelamun dan sebagainya...


Petua 9
- Jangan tangguh2 nak ulangkaji, nanti kalau tangguh2makin bnyak nak kene study,
mcm Tuan punya BLog ni..(padan muka, sape suruh tangguh2...)

Petua 10
-Kalau dah dapat result 2, jangan r kecewa kalau dapat rendah dan janganlah riya'
kalau dapat markah tinggi...BUat bese2 sudah, itu yg kita usaha,
REZEKI 2 bergantung kepada ALLAH...

* Yang kene repeat paper 2, jangan sedih2...korang power, seriously ...
Tambah sikit effort je, insyaALLAH 4.00 flat
** Yang dapat tinggi 2, kekalkan usaha disertakan niat yg betul, insyaALLAH berjaya dunia & akhirat

Saturday, May 9, 2009

Lagu Tema Hidupku...Hayati liriknya

Kawan… Dunia Kita Memang Berbeza
Jalan Kita Melencong Dan Lurus
Namun Matlamat Kita Tetap Sama
Jadilah Insan Yang Tulus

Hidupku Aku Yang Rasakan
Bukan Seperti Yang Kau Andaikan
Tak Seindah Yang Kau Anggapkan
Tapi Cukup Untukku Dendangkan
Lagu Ini Aku Tulis Hari Ini
Sekadar Untuk Sendiri Renungi
Bukan Saling Menyalahi
Tiada Sebab Yang Tersembunyi

Duniaku…
Tak Seindah Pandanganmu
Namun Cukup Untukku
Dendangkan Padamu
Lagu Ini Hari Ini…

Mereka Semua Tak Peduli
Apa Yang Telah Aku Lalui
Ada Yang Hanya Tahu Mengeji
Syukur Masih Ada Yang Mengingati
Kawan, Lihat Diriku Ini
Kita Hanya Beza Rupa Hakikatnya Sama

Tak Hindar Salah PadaNya
Bukankah Kita Telah Berjanji Pada Dia
Untuk Saling Menyanyangi
Kasihnya Bawa Kita Ke Sana…

Duniaku…
Tak Seindah Pandanganmu
Namun Cukup Untukku
Dendangkan Padamu
Lagu Ini Hari Ini…
…Untuk Kita Renung Kembali
Bila Tiba Masanya Nanti
Apakah Kau Masih Mendengar Lagu Ku Ini?

Ingatlah Kita Suatu Hari Nanti
Semua Pasti Pergi Tiada Terkecuali
Pergi Ke Sana Menemui Guru Sejati
Dia Yang Bersemayam Di Arasy Yang Abadi

Waktu Itu Lagu ini Tiada Erti Lagi
Dan Pastinya Tiada Yang Mendengari
Asalkan Siapa Yang Ada Sekarang
Bisa Menilai Yang Boleh Dan Yang Terlarang

Janji Dari Ilah mu Pasti Hadir
Dunia Ini Pasti Berakhir
Ingatlah Wahai Semua Musafir
Hari Yang Akhir… Hari Yang Akhir... Kian Menghampir…

Minggu yg sangat menguji...

Bukan sengaja nak tulis tentang perihal peribadi kat sini...
maafkan ana,
Tp memang betul, amat menyakitkan sekali minggu ini...
mengapa?
masalah yang ana rasa amat jarang sekali timbul
atau
memang x sangka sekali untuk timbul di ALEXANDRIA akhirnya telah muncul...

"Kita tak Boleh lari dari masalah, tetapi kita perlu menyelesaikan masalah"
masalah tidak akan selesai hanya dengan melarikan diri.
Kalau melarikan diri pun, ALLAH tetap akan uji kita dengan "perkara yg sama" sebelum kita diuji dengan perkara yang baru...

Doakan ana menghadapi ujian ini...
Semoga terus tabah dan mampu bertahan dalam masalah ni tanpa menggunakan nafsu, dan sebaliknya menggunakan akal fikiran yg waras...

apa masalahnya?
hmm, biar ana sendiri dan ALLAH yg mengetahui...
sekian dulu, nak baca buku....

haa, sebelum tu...(dengarkan dulu lagu ini)
lagu yg boleh kene ngan tema untuk kali ini...

Friday, May 1, 2009

Hijrah ini memang payah...




Hijrah ini memang payah,
puas ku mencari jalannya,
ke sini dan kesana ku mencari,
adakah masih ada jalan untuk kesana...


Hijrah ini memang payah,
kekadang kurasa lemah untuk meneruskannya,
tapi nasib ku punyai sahabat,
yang sentiasa menunjukkan jalan untuk kesana...




Hijrah ini memang payah,
puas ku lupakan jalan hidupku yg semalam,
Namun Nafsu dan perasaan tetap tidak mahu mengalah,
aku semakin pasrah...

Hijrah ini insyaALLAH mudah,
jika diriNYA yg kuhadirkan utama dalam hati ini,
Namun aku tidak pasti ,
Apakah mampu untuk ku lakukannya...


Hari semalamku penuh dengan onak duri,

Aku ingin mengubahnya,

Biarpun lebih daripada duri yg kuterima,

Agar aku mudah jalanku ke sana...




Hijrah ini memang payah,
Untuk aku terus istiqamah,
mengejar Cinta DariNYA,
bukan dengan menjual cintaku pada dunia....


-islahmujahidin-