Saya mulakan entry saya pada kali ini dengan NAMA ALLAH yg MAHA AGUNG
22-24hb July menyaksikan suatu temasya yg gemilang dan insyaALLAH berkekalan dalam ingatan selama-lamanya. Sudah hampir 3 tahun saya mempelajari ilmu2 tentang ukhuwah. Akhinya dapat juga kami praktikkannya dalam tempoh 3 hari yg cukup bermakna ini.
Destinasi pertama kami adalah syati' Ageba (teluk ajaib)
Dengar kata , pada waktu senja ada nampak 7 warna di laut 2. tp x tau laa, kami sampai pd tengahari. Tp memang, subhanallah memang cantik pemandangannya.
Kami terus ke Hammam Cleopatra. sesampai shj disana kami cuba diterangkan oleh seorang pak arab , "Cleopatra bathroom" katanya. dan kami pun balas "Laah, Cleopatra toilet" (laah tu tambah je , haha ). Disini mmg nampak kebjaksanaan manusia dizaman lama menggunakan alam semulajadi memandangkan kekurangan teknologi.
Sampai kami di syaah(rumah sewa)
mcm2 prob jd, rumah kami banjir (dah la sewa mahal pun kene banjir ke - Le400 satu malam satu rumah), dah la kali ni giliran saya dan aiman khalifah masak, kesian grup kami makan lambat. tp xpe semuanya telah tercatat...
Program seterusnya, taaruf sambil makan. Best gak r, tau mcm2 background family. dan mcm2 lg.
Outdoor
1. Impulse - menguji Delay di Neuromuscular junction anda
2. Bola jaring air
3. Sendu sendak
4. Bola sepak pantai
5. makan tembikai sampai abes
dan sebagainya, dah lupa dah
2. sketsa
3. Nasyid
4. pHotography
5. BBQ
dan sebagainya
Ustaz Suhail - Group ana, rempah BBQ sedap hehe...yg penting ustaz Suhail adalah antara ustaz yg mampu menyentuh hati ana dalam tazkirahnya. jadang2 sehingga boleh ana mengalirkan air mata. Teringin utk hebat berkata2 seperti ustaz. "Dari hati jatuh ke hati". Dan ustz juga telah membuka mata ana bahawa perkahwinan ini mampu melancarkan dakwah islamiyah bkn sahaja menjadi pendorong pemberi semangat...
2. Dr Fadhil (sgt rapat ngan kitorang dengan pelbagai cerita dari medic sampai la kemana2 ntah xtau+ yg penting kita sama2 makan bnyk...hehe)
3. Dr Fitri (Semangat berpasukan yg tinggi, mmg respect sbb mampu bergaul dengan kami seakan2 kawan yg rapat)
4.Dr Din(antara kem komanden terbaik pernah saya jumpa setakat ini)
5.Dr Anas (Terima kasih sebab menangkan bola tp bg soalan kuiz yg susah gile)
6.Dr Mat (Nice Shot, haha watak terbaik dalam seumur hidup ini...sgt kreatif 10/10 kalau jd judge)
7. Dr Che (Semangat berpasukan yg tinggi, semangat nak menang walaupun akhirnya kecundang...jgn marah hehe :D)
selaku org yg suka melaksanakan prog sayu beri markah penuh untuk protokol dan susunan jadual