Wednesday, December 30, 2009

Slide Histo...cane nak detect ??


Bismillahirrahmanirrahim,
ni ada ana sediakan beberapa gamba and slide untuk exam Histo nanti
semoga bermanfaat
maaf sbb gaya penulisan
x seberapa
sbb tgh penat sgt ni..
hehe


Gambo : palatine tonsil
cane nak tau ? - ada non-keratinize stratified squamous epithelium
-pastu macam ada jalur2 merah



Gambo : Aorta H&E
cane nak tau - slide paling senang kot
-ade lubang besar n wavy bundle elastic fibre

Gambo : Spleen H & E
ni bukan gambo microscope, tp gambo slide
-xyah tgk microscope pun dah tau
-ada bintik2 macam demam campak yg kita kene mase kecik2 dulu

Gambo : Lymph node H&E (atas slide bukan microscopic view)
tgk die nye border, smooth kan? (jd bukan thymus)
-xde bintik2 chicken box(pox), so bkn spleen
-gelap kat border luar je, xde incomplete capsule


Gambo : spleen (microscopic view)
cane nak tau ?
-ade bintik2 bnyk2
- ada central artery
-xde cortex and medulla
Gambo :Lymph node H&E
cane nak detect?
-ada lymphoid follicle
-ada C.T capsule
Cortex kat peripheral jee..
Gambarnya : Medium size artey and vein (orcein)
mcm mana nak tau ek ?
- ada 2 lubang , satu patent satu lg collapse
-kalau ada 2 vessel tu insyaALLAH laa
-igt, tulih orcein sbb colour die brick-red

Gambar ini ialah : Thymus H&E
cane ye kamu boleh tau?
-incomplete lobulation
-nampak ada makhluk xde nucleus (Hassal corpuscles)
-border die bergigi-gigi

Gamba : medium size artery and vein H&E
apa sebab?
-ada 2 vessel
-warna x secerah orcein (agak pudar disitu..)

Gambar: Thymus jugak H&E
tp gambar diambil lebih dekat ngan peripheral
-so, nampak la interlobular septum

SPECIAL STAIN
1. Aorta (VVG)-colour ungu-->hitam
2. Aorta (Orcein)-brick red
(beza sket ngan H&E sebab orcein stain lebih utk elastic fibre je mende lain x nampak sgt)

3. Spleen(silver)- kuning-->brown
4. Lymph Node (silver)-->kuning -->brown
5. medium size artery and vein (orcein) --> brick red
6.medium size artery and vein (VVG)-->ungu --> hitam

*Pesanan dari pihak penaja,
hafal slide dari luar microscope dulu
sebab lg banyak membantu
and masa exam kita kurang masa utk cari2
structure in the microscope


Picture pulak ..!!


Lymph Node
-smooth border
- xde interlobular septum
-cortex tepi, medulla tengah

Lymph node jugak
-tp gamba lebih magnified
-ade lymphoid follicle
-Gamba ni lebih kepada peripheral side dekat cortex

Thymus
- interlobular septum
-incomplete lobulation
-cortex bukan kat tepi je, tgh pun ada sket2

Thymus
-boleh terus tgk hassal's corpuscle kot
yg lain x jelas sgt..

Hassal corpuscle
-not true cells
-keratohyalin granules and cytokeratin filaments

Palatine tonsil
-ada primary crypt and secondary crypt
-non-keratinize stratifued squamous epithelium

Spleen
-yg warna biru tu (white pulp)
yg warna merah (major-red pulp)
-ada bintik2

Spleen
ingat jgn tertukar ngan palatine tonsil !!!!!
-xde non-keratinize stratified squamous epithelium
-xde 1ry n 2ry crypt
-tp ade CT trabeculae

Monocyte
JGN tertukar ngan basophils !!!
-sbb ni xde granule
-dia nye nucleus agak besar
-and nucleus ada kidney @ horse shoe shaped

Lymphocyte
-pun xde granule
-nucleus mendominasi cell
-warna biru

Neutrophils
2->5nuclear lobulations
-ade drumstick appendage (Barr's body)
Bnyk granule tp warna neutral with H&E


Basophil
-kitir awi granule warna biru
-granule dia pun tutup wajah nucleus dia
-nucleus die kalau nampak S-shape

Platelets
-makhluk kecil tp penting dalam badan kita (subhanallah)
-kecil sgt dibandingkan dengan cell2 lain
Eosinophil
-bnyk granule bintik2 warna merah
C-shape nucleus

med size artery sahaja (xde vein)
-sbb internal n external elastic dia terpisah
-bukan aorta sbb wavy bundle kat media xnampak sgt

Med size artery and vein
-no 1 tu=internal elastic lamina
-no 2 tu =elastic fibre of tunica media
-gamba belah kanan =med size vein
vein=media 30% adventitia 70%

Aorta
-wavy bundle elastic fibre
-media 70% adventitia 30 %

Med size artery and vein
-mereka memang pasangan yg x boleh dipisahkan
-satu patent satu collapse
artery 2, 50%-media 50%-adventitia

RBC
sume orang tau insyaALLAH
biconcave shape

insyaALLAH ni je kot yg bakal ditanya
jd study elok2
semoga dapat membantu agama ALLAH kelak


Katakanlah : "Dialah ALLAH yg Maha Esa." ALLAH adalah Tuhan yg bergantung kepadaNYA segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, Dan tiada siapa pun yg setara dengan-NYA"

(al-ikhlas 1-4)
amalkan ayat ini insyaALLAH
sekian sahaja untuk kali ini
wallahu a'lam
-islahmujahidin-

Monday, December 28, 2009

Dapat Hadiah .. :-)

Harini aku dapat hadiah...
Bukan selalu aku dapat hadiah
terharu pula rasanya...
Puas aku membelek2 hadiah ni
Puas hati,
lain daripada yg lain

Dan aku bertanya pada diriku sendiri
"Mampukah aku? mampukah aku ?"
menjaga hadiah ini dengan sebaik-baiknya
Ya, Aku akan cuba yg terbaik
bersama-sama dengan hadiah ini hingga keakhirnya




Inilah hadiahnya ....



Semoga perubahan bersama2 diri kita
insyaALLAH
-islahmujahidin-

Thursday, December 24, 2009

Hari Asyuraa

HARI ‘ASYUURAA’ ----- SEJARAH DAN KELEBIHANNYA

Perkataan ‘Asyuuraa’ (عاشوراء)diambil dari lafaz Al-‘Aasyir (العاشر)yang membawa maksud sepuluh. Ini berketepatan dengan hari itu iaitu hari yang kesepuluh dari bulan Muharram. Dalam penggunaan istilah Islam, bilangan hari keesokannya diambil dari malam sebelumnya. Ini bermakna setelah berlalu malam ‘Asyuuraa’ barulah terbitnya fajar siang hari ‘Asyuuraa’. Ini bersesuaian juga dengan penggunaan pada bulan Ramadhan. Sebagai contoh, kita akan melalui malam ke-27, barulah keesokan harinya dinamakan hari ke-27 Ramadhan.

SEJARAH PUASA HARI 'ASYUURAA’

عن عائشة قالت: كان قريش تصوموا عاشوراء في الجاهلية، وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه. فلما هاجر الى المدينة صامه وأمر بصيامه. فلما فرض شهر رمضان قال: من شاء صامه ومن شاء تركه.

(رواه البخاري ومسلم وأحمد ومالك وأبو داود والترمذي وابن ماجه)

Dari Aisyah berkata: Kaum Quraisy mereka berpuasa ‘Asyuuraa’ pada zaman jahiliah, dan Rasulullah saw juga berpuasa. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah baginda berpuasa dan menyuruh sahabat yang lain berpuasa. Apabila difardhukan puasa Ramadhan baginda berkata: Barangsiapa yang mahu berpuasa (‘Asyuuraa’) maka teruskanlah, barangsiapa yang tidak mahu maka tinggalkanlah. (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Malik, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)

عن ابن عباس قال: قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم عاشوراء، فقال: ما هذا؟ قالوا: يوم صالح، نجى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال النبي: أنا أحق بموسى منكم، فصامه وأمر بصيامه. (رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبو داود وابن ماجه)

Dari Ibnu Abbas berkata: Setibanya Rasulullah saw di Madinah, dilihatnya penduduk Yahudi Madinah berpuasa ‘Asyuuraa’. Bertanya Rasulullah: Apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari yang Allah swt menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Nabi Musa. Rasulullah berkata: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu semua. Maka berpuasalah Rasulullah dan disuruh sahabat yang lain berpuasa. (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

++ Nabi saw berpuasa ‘Asyuuraa’ sebelum diangkat menjadi Rasul kerana mengikut adat penduduk Makkah. Sesudah menjadi Rasul, baginda berhenti dari berpuasa ‘Asyuuraa’ kerana menganggap ia adalah amalan jahiliah penduduk Makkah. Namun setelah tiba di Madinah, baginda mengetahui bahawa berpuasa ‘Asyuuraa’ merupakan daripada syariat Nabi Musa, maka baginda berpuasa dan disuruh juga sahabat yang lain. (Rujukan: Al-Muntaqa Syarah Muwattho’)

++ Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu semua…Kata-kata Rasulullah ini dituju kepada Yahudi Madinah. Mereka beriman dengan Nabi Musa, namun mereka merubah segala syariat Nabi Musa sewenangnya. Manakala Nabi Muhammad beriman dengan Nabi Musa, baginda mengikut syariat Nabi terdahulu selagi mana tidak diwahyukan perkara baru untuk menggantikan syariat tertentu yang terdahulu. (Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

++ Sejarah membuktikan Baginda tiba di Madinah pada bulan Rabiul Awwal, maka bagaimana hadis ini menjelaskan baginda melihat penduduk Madinah berpuasa ‘Asyuuraa’? Jawapannya, maklumat ini disingkap dari kata-kata sahabat, mereka berkongsi maklumat dengan Rasulullah tentang amalan penduduk Madinah. Maka apabila baginda mengetahui mereka mengamalkan puasa ‘Asyuuraa’, maka ditanyalah baginda dengan lebih lanjut. Maka tercetuslah hadis di atas. (Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

KELEBIHAN BERPUASA HARI ‘ASYUURAA’

عن أبي قتادة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم يوم عرفة، فقال: يكفر السنة الماضية والباقية، وسئل عن صوم يوم عاشوراء، فقال: يكفر السنة الماضية، وسئل عن صوم يوم الإثنين، فقال: ذلك يوم ولدت فيه، وبعثت فيه، وأنزل علي فيه. (رواه مسلم)

Dari Abi Qatadah berkata: Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari Arafah, baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ditanya tentang puasa hari ‘Asyuuraa’, baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lepas. Ditanya tentang puasa hari Isnin, baginda menjawab: Itulah hari aku dilahirkan, hari aku diangkat menjadi Rasul, dan hari diturunkan Al-Quran padaku buat kali pertama. (Riwayat Muslim)

++ -- Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil sahaja. Jika seseorang itu tidak mempunyai dosa kecil, moga-moga diringankan dosa besarnya. Jika tiada juga dia berdosa besar, akan diangkat darjat & martabatnya di sisi Allah azza wajall --.

SUNNAH NABI DALAM BERPUASA ‘ASYUURAA’

عن ابن عباس قال: لما صام رسول الله يوم عاشوراء، وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال: إذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع. قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله. (رواه مسلم وأبو داود)

Dari Ibnu Abbas berkata: Ketika Rasulullah saw berpuasa hari Asyuraa’ dan menyuruh sahabat yang lain berpuasa juga, mereka berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya ini adalah hari kebesaran Yahudi dan Nasrani. Maka berkata Rasulullah: Jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa juga pada hari yang ke-9 pada tahun hadapan. Berkata Ibnu Abbas: Rasulullah saw tidak berkesempaian untuk menunaikannya kerana telah wafat sebelum itu. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

++ Pendapat Imam Asy-Syafie dan Imam Ahmad, disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan juga ke-10 berdasarkan pada hadis ini. (Rujukan: Taudih Al-Ahkam Min Bulughil Maram, karangan Abdullah Al-Bassaam)

++ Jika tidak berpuasa pada hari ke-9, disunatkan oleh mazhab Asy-Syafie untuk berpuasa pada hari ke-11. Malah Imam Asy-Syafie ada menyebut dalam kitab Al-Umm disunatkan juga berpuasa pada ketiga-tiga hari ini sekali gus, ke-9, ke-10 dan ke-11. Keempat-empat mazhab melainkan Al-Hanafiyyah mengatakan tiada salahnya berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja, tiada makruhnya sama sekali, ia dibolehkan. (Rujukan: Fiqhul Islam Wa Adillatuh karangan Wahbah Zuhailiy)

++ Maka kaedah berpuasa untuk hari ‘Asyuuraa’ mengikut keutamaan:

1) Hari ke-9 + hari ke-10 + hari ke-11.

2) Hari ke-9 + hari ke-10.

3) Hari ke-10.

(Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

Saturday, December 19, 2009

Mari belajar Sejarah Islam =)



1924-soldier of ALLAH


The truth about the state
It wasn't always like this
Let us look back in time
History reminds us
One army
One land

One central authority
Crushing the romans
persians put in fear
The Ummah like a Lion
No need to shed a tear


When the village was attacked by the kufar
The Khalife heard
The sister cry &
Prepared for war
Attacking the city

Destroying it
from existence
Lesson # 1
Don't ever
Mess with Muslims

The Imam of the Ummah is a shield where he protects the Ummah and where the Ummah fights behind him
Where is this shield today to protect the Ummah?? What happen to this shield to honor and dignify the Ummah???
In 1917 Prime Minister of britain after entering Jerusalem stated "the crusade war has ended"
In the same year the french general, goro went to the grave of Salahudeen-Ayubi
Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prier crushed the crusades and liberated Palestine & Syria
he went to his grave in Damascus and kicked it and said wake up oh Salahudeen we hare here �
How did they do this
to you and me
We turn on the TV
and all we see
is a world full of casualties
a generation in agony
our Ummah is in misery
let us go back
to beginning of the century
and review our history

from one side
to the other side of the globe
the system of Islam
Ruled over the world
They went to the Muslims
for the all their solutions
from mathematics to biology
to the advancements in technology


the kafir women
use to imitate our women
they wanted the same respect
that the Muslims sisters were given while the enemies of Islam
were trying to twist the Quran
trying to write a Surah like Allah's they all failed miserably
& many of them responded with Ashhadu -an la Ilaha Ilallah wa Ashhadu- anna Muhammadun rasullullah
Allah has challenged the humanity until the day of judgment to produce a Sura or an Aya like the Quran
And Allah assures that they will never be able to make an Aya like it
The kufar plan and work to destroy this Deen and Allah affirms that we too are planning
and if all the people of the world got together they still could not and will never be able to put even a scratch a side of a muster seeds on the throne of almighty Allah (SWT)

After failing on the battlefield
they kufar got together
and they decided to yield
they said we must change
the way the Muslims think
and sure enough

the Muslim Ummah
began to sink
In 1917 john belford
promised Palestine
to the jews 31 years later
his promise went through

brittan and france
split the Muslim lands
3 years later
Islam worst traitor
mustafa kamal
Brought the states fall

In 1920's mustafah kammal with the help of the british becomes the hero
Hmm� well this so-called hero cancels the authority of the most powerful system suitable for human beings
The khilafah!!!�
he abandon all the rulings of Allah� he did not stop there�.
He abanded the Adan in Arabic, he denied Muslim sister from obeying Allah (SWT) by abandoning the Hijab
All Islamic calendars and holidays were canceled
Yes brothers and sisters�
he changes the Arabic alphabet to Latin
By doing so he made sure the next generation will be lost and have no connection to their Islamic roots
as they can not read or write all the Islamic culture that was recorded
This Islamic system sent by the Creator of alameen went from the application in life to be in museums for people to go and see in turkey

In 1924
Our state was demolished
Hundred years of planning And their plans were accomplished
Kafirs broke our bond
Contaminated our knowledge
Better listen up
because you won't learn this in college

Beginning of the end
and the divisions began
Step by step
they divided our lands
in 1921 saudi arabia & iran
next year egypt &
In 32 iraq

In 1945
jordan indonesia
Lebonen & syria
Two years later
The division of India
the Muslims took a stand
and demanded
the ruling of Islam
so they gave them pakistan
but it was only an illusion
a false resolution
far from the solution
In 1948
The Jews establish their israeli state


In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied:
I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine give but it belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the Islamic State falls apart then you can have Palestine for free but as long as I am alive I would rather have my flesh be cut up then cut out Palestine from the Muslim land I will not allow any carving up while we are alive!!!!!

In 1960's
somolia & nigaria
kuwait & algeria
In 1964 Came the PLO
yasar arafat
The us scarecrow
a great declined
In 1969
When the west was training Muslims scholars for hire
Jews were setting
Al-Aqsa mosque on fire!

Let us recall 1970
For those who don't remember
That was the year
That we had black September

The king of jorden
& yaser arafat
Began their plot
Shot after shot
Muslim blood spilled
As innocent Muslims were killed
Communism attacked
but Muslims fought back

The sincere Mujahideen of Afghanistan fought and pushed back the Russians
and then They started to fight among themselves
Khomaine became in power with the promise of ruling and raising the Ummah to a level of dignity
But his promise never went through
soon after iran and iraq went to war
And millions of innocent Muslims died for 10 years Muslims killing Muslims
Over what!!!??? What else�!!! the agenda of the west!!! �at the end there were no resolution
Today iran is very much open to democracy and reformation
and the Muslims in iraq continue to suffer�.
SubhanAllah!�. where is the Amir of the Ummah??!!!!�..

Another decade gone
But we still don't have Islam
Take a look at the gulf
And the killings of sadam
Over million Muslims died
But no one answered their cries
In the 1990's
The Muslim genocide
Bosnia
Kosovo
Chechenya
Dagistan

Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!


It's year 2000
And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It's time for us to change
It's up to you & me
Either we make history
or we become history�

Friday, December 18, 2009

Sekarang Baru ku Mengerti...

1muharram/18 Dec 2009 - "Kairaat bin Mohd Suhail" selamat lahir ke dunia

Sejak bangku sekolah lagi ana amak mengagumi Asy-syahid Imam Hassan al-Banna. Kadang2 kekaguman ana terhadap beliau membuatkan sahabat2 ana sendiri memanggil ana "Syahmi Hassan Banna" . Walaupun kata2 itu hanya seperti kata2 utk mengenakan ana, tp ana pegang ianya sebagai cabaran utk sampai ketahap itu. "ya, insyaALLAH suatu hari nanti".

Dan kemunculan asy-syaheed dalam impian ana akhirnyalah yang akhirnya memimpin ana untuk meneruskan perjalanan hidup ana ke Negara yg telah tertumpah darahnya ini. Syukur Alhamdulillah Allah memudahkan...

Ana mengagumi asy-syaheed lebih awal daripada mengetahui jalan2 yg telah dirancangnya (atau maratib amal). Ya, mungkin salah ana kerana begitu. Alhamdulillah kerana akhirnya ana faham dan Allah meletakkan ana dalam biah solehah dan akhirnya sedikit demi sedikit ana lebih memahami jalan ini.

TAJUK-TAJUK RUKUN AMAL 7
  1. Peribadi Islam
  2. Keluarga Islam
  3. Masyarakat Islam
  4. Kerajaan Islam
  5. Negara Islam
  6. Khilafah Islam
  7. Memimpin Alam
sumber : www.inijalanku.wordpress.com


walaupun pada mulanya ana kurang faham dan kurang yakin dengan jalan2 ini. Tp ya, inilah jalan ana dan kini ana yakin dengan jalan ini. Jalan dimana, kita membina muslim secara keseluruhannya dan akhirnya menuju kepada Ustaziyatul Alam yg pernah kita ada pada suatu masa dahulu. Bacalah lebih banyak buku dan bacalah sirah Rasulullah dan inilah sebenarnya yg pernah dibinanya dan bukanlah rekaan al-ustaz Hassan Al-banna semata-mata.



Tahniah diucapkan kepada akh Suhail kerana telah menuju jalan yg seterusnya
iaitu menuju kepada yg ke-3 masyarakat Islam
semoga dipermudahkan
dan selamat menjadi seorang Ayah yg berjaya
"seperti Baginda Rasulullah s.a.w"
amiin

wallahu a'lam

Thursday, December 17, 2009

Try this link...

Yes , just read

Hijrah ku hanya untukMu...



Artist: Ungu
Album: SurgaMu
Title: SurgaMu

sgala yang ada dalam hidupku
kusadari semua milikMu
kuhanya hambaMu yang berlumur dosa
tunjukkan aku jalan lurusMu
untuk menggapai surgaMu
terangiku dalam setiap langkah hidupku

karena

kutahu
hanya Kau
Tuhanku
Allahu Akbar
Allah Maha besar

ku memujaMu disetiap waktu

hanyalah padaMu tempat kuberteduh
kumohon ridho dan ampunanMu
tunjukkan aku jalan lurusMu
untuk menggapai surgaMu
terangiku dalam setiap langkah hidupku

karena

kutahu
hanya Kau
Tuhanku
Allahu Akbar
Allah Maha besar

ku memujaMu disetiap waktu

hanyalah padaMu tempat kuberteduh
kumohon ridho dan ampunanMu


Allahu Akbar
Allah Maha besar
ku memujaMu disetiap waktu
hanyalah padaMu tempat kuberteduh
kumohon ridho dan ampunanMu
Allahu Akbar
Allah Maha besar

ku memujaMu disetiap waktu

hanyalah padaMu tempat kuberteduh
kumohon ridho dan ampunanMu


* Lagu yg menarik, semoga Hijrah kita pada tahun ini. Semakin dekat padanya

Dekatkan diri kita padanya, ikhlas dalam beribadah, tinggalkan dosa2..
Bantu insan lain yg lemah @ yg kurang bernasib baik
Segalanya sudah ditentukan jangan bersedih dengan nasib yang menimpa diri...

Monday, December 14, 2009

Dari hati turun ke Hearty...

kata2 mungkin ilham daripada ALLAH..
yg disampaikan oleh orang2 tertentu..
yg akhirnya meninggalkan bekas yg sukar untuk dipadam
"Buat iktibar bekalan hidup"
seriously ana tersentuh dengan kata2 ni...
semoga kata2 ini dapat ana amalkan hingga keakhirnya..

Kata 1
sewaktu membelek-belek handset X
"Xde lagu langsung ke dalam h'set ni? Nasyid ke? semua ceramah je.."-ana
"Aku dari sekolah biasa, x cukup ilmu lagi, jadi kene tambah la ilmu pasal agama ni"- X
* Dalam hati-"masyaALLAH mantapnye kesungguhan dia, aku pun dari sekolah biasa jugak, tp langsung x pernah terfikir macam ni"

Kata 2
Selepas selesai makan kambing panggang di belakang asrama bersama Y
"alhamdulillah, nikmat betul rasanya, esok kene sedekah ni.."-Y
"kenapa pulak tiba2 je sebut pasal sedekah ni"-ana
"Yela, nikmat sangat hari ni kenelah sedekah pulak esok"-Y
*dalam hati-"ooo, camtu ke? aku pun nak jadi orang yg bersyukur macam ni jugak la, tabik sprringgg"

Kata 3
ni pun dengar dari orang ketiga (lebih kurang macam tu la)
"antum sekarang ni duduk dalam zon yg selesa"-Z
"ye, kita belajar medic sibuk, tapi kita kene tengok, ramai orang kat luar ni mmg sangat2 memerlukan tarbiyah, juka kita x buat kerja macam mana?"-Z
"ye, mereka sangat2 memerlukan tarbiyah dan kitalah yang sepatutnya buat kerja tu.."-Z
*Dalam hati- "macam mana dia boleh ada perasaan macam ni, mantap betul, sebelum kahwin pun dah mantap, lepas kahwin dia punya fahaman terhadap Islam makin mantap, x boleh jadi ni, nak kene jadi lebih baik dari dia..."

so, ini saja lah post kali ini,
semoga dapat menjadi manfaat untuk masa2 hadapan...
wallahu a'lam

Sunday, December 13, 2009

rukhsah dan azimah...

Harini..
Sering kita lupakan orang dalam kesusahan..
Orang-orang yg terpaksa bersusah-susah untuk menjaga akidah mereka..
Mengekalkan ni3mat Islam dalam diri Mereka..
Ni3mat Iman yg sentiasa bertambah yg mereka ingin2kan..

Tp itulah kita,
manusia yg lupa..bila kita diberi ni3mat..
hampir2 kita lupa kepada ni3mat tu,
dan kita hanya melihat kepada kesusahan2 kita..
assignment2, exam2 dan tugas2 yg diberikan
kadang2
dijadikan alasan untuk meneruskan tanggungjawab kita sebagai
DAI'E

jadi,
ini ada serba sedikit conversation ana ngan ustaz M
moga2 bermanfaat dan mampu dijadikan ilmu
untuk sahabat2 kita yg disana
"Bertarung untuk mengekalkan keimanan"


ana: salam ustaz
Ustaz M: wsalam
ana: hmm...
ana: mcm mana ek..
ana: kalau sorang muallaf
ana: yg xnak tau die sudah islam
ana: xnak family die tau psl islam
ana: then, sampai satu masa kene suruh makan khinzir?
Ustaz M: ooo
Ustaz M: cmni..
Ustaz M: bismillah
Ustaz M: dlm islam ade istilah rukhsah dan ade azimah
Ustaz M: rukhsah ni keringanan ,
Ustaz M: azimah sebaliknya
Ustaz M: cth kalau puasa wajib rukhsah xyah puasa klu musafur
Ustaz M: klu azimah dia akan tetap puasa wpun musafir
Ustaz M: 2-2 dibolehkan
ana: ic
Ustaz M: dlm mslh td,,,
Ustaz M: klu tgk kish2 sahabat.. depa byk amik azimah
Ustaz M: macam kisah bilal kna hempap ngn batu tp ttp sebut ahad.. ahad... (esa)
Ustaz M: bergantung pd sejauh mana tahap iman seseorg
Ustaz M: so,, klu disuruh mkn khinzir.. rukhsahnye dia boleh mkn sbb nk jaga keselamaatan.. tp bukn smpai sendawa :D
ana: :D
Ustaz M: cuma klu amik azimah.. dia zahirkan keislamannya dan xmkn
Ustaz M: 2-2 dibolehkan
ana: syukran ustaz
Ustaz M: juga boleh masuk dlm bab dhorurah
Ustaz M: sbb nk jaga keselamatan
Ustaz M: wallahua'lam
ana: =)

k, semoga conversation ini akan memberi manfaat kepada semua..
sekian , wslm

cuai..cwai..lg cuwaii..

Titt...Titt..Tiitt..
bunyi mesej masuk..
tp bkn untuk handset ni..
mesej masuk ke handset aliff....


mafhumnya- "Semoga Berjaya dalam imtihan Belajarlah dengan rajin dan jangan malas kerana malas bukanlah sifat yg terpuji"- oleh Ustaz Y

belajar...dan terus belajar...
walaupun x 100% fokus dengan exam kali ni disebabkan timbunan assignment, kerja2 luar dan jawatan2 yg disandang...
tetapi insyaALLAH study tetap jugak yg utama...
sbb MUSLIM perlu cemerlang dalam semua bidang..
bukan hanya mengikut arus perjalanan hidup tanpa mengetahui maksud sebenar kehidupan..

Hari Exam..
Kertas diterima..
tanpa mata berkelip sekalipun satu demi satu soalan dijawab..
tp ntah kenapa rasa, kenapa dia bagi soalan senang sangat ek? (basic)

Kertas dihantar..
"soalan tadi kejam, banyak kelirukan soalan....."

*Kadang2 rasa geram jugak, kenapa soalan yg dikasi untuk keliruka seluruh umat manusia?
kenapa x kasi soalan yg uji pemahaman je.
supaya kita boleh praktikkan

**post oleh orang yg tension...
haha