Saturday, February 27, 2010

Selamat Bercuti...

Bismillah ... summalhamdulillah..
Kerana diberikan sekali lagi peluang untuk menulis
dan menyampaikan beberapa percikan iman
moga-moga diri saya sendiri bersama para pembaca
yg dirahmati ALLAH sekalian
dapat meningkatkan dan membangunkan iman-iman kita
yg masih lagi tertidur semasa mata sudah celik
di tengah-tengah kesibukan dunia hari ini...

Setelah keberadaan di Mesir
semenjak hampir "5 bulan" yang lalu
baru kini akhirnya diizinkan ALLAH utk berehat seberapa ketika
utk menguji iman-iman manusia dalam suasana kelapangan masa

"Bagaimana mereka itu mengatakan diri mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji .."
(al-Quran)

Sendiri saya mengatakan bahawa kelapangan masa
jika diisi dengan betul
maka itulah sebenarnya musuh manusia yg sering kita tidak sedar
* Beristighfar sejenak

 (Budaya tidak sihat semasa exam..masalah makanan)

Perjalanan Cuti Perlu dirancang dengan Baik
Jika tidak dirancang dengan baik, akhirnya kita sendiri pasti akan merasakan kerugian
mungkin tidak dirasakan sekarang
mungkin "Di sana" nanti

Cuti ini saya merancang untuk menghabiskan buku "Al-munthalaq"-oleh Muhammad Ahmad ar-Rashid
yang dipinjam daripada ikhwah Q
syukran, semoga ALLAH memberi ganjaran baik kepadanya
(Segan sebenarnya saya kerana buku ini adalah basic, dan kebanyakan orang sudah membacanya tetapi baru kini mahu mula membaca :D )

sebenarnya buku ini telah lama dipinjam,
dan cuba dibaca dan dibaca
tetapi memang jelas ketetapan ALLAH s.w.t
kerana membaca buku sebegini memang memerlukan ketekunan dan keikhlasan
telah berkali-kali saya cuba untuk membaca buku ini
tetapi gagal dengan alasan yg berbagai
seperti gaya bahasa yang agak tinggi dan sebagainya
Jelas sekali bahawa inilah ketetapan drpd ALLAH
Mungkin inilah masanya ... sudah tiba




Baru sahaja membaca pendahuluan buku ini
membuatkan saya sungguh tertarik
apa katanya ?


"Siri ini ditulis utk ditujukan kepada para pendokong Islam yang terdiri dari mereka yang mendirikan solat, merasa bangga dengan keislaman mereka serta menghiasi diri mereka dengan akhlak orang-orang yg beriman. Tulisan ini tidak ditujukan kepada golongan yg lalai apatah lg golongan yg menyeleweng.."

"Sesungguhnya penyelesaian kepada masalah dunia Islam pada hari ini tidak hanya perlu kepada proses perubahan secara menyeluruh masyarakat yang menyeleweng dan lalai agar mereka kembali berpegang kepada ajaran Islam. Sebaliknya keperluan yang lebih mendesak adalah kepada penyelesaian drastik untuk memberi kesedaran kepada orang yang berpegang teguh kepada agama dan membangkitkan cita-cita mereka serta memperkenalkan mereka kepada jalan kerja dan da3wah. Sebenarya masih ramai lagi orang beriman, cukup untuk merealisasikan kebaikan yang diharapkan sekiranya mereka mengenal erti ketulusan(tajarrud), kurang terpengaruh kepada godaan dunia, menjauhi fitnah, sabar mengahadapi ujian, seterusnya baik dalam ilmu kepimpinan masyarakat..." 



"Lalu kita tunjukkan kepada mereka 'tariqul amal' atau jalan kerja yang efektif dan laluan yang selamat serta elemen-elemen yang perlu untuk meningkatkan tarbiyah ke dalam dirinya kepada taraf yg diperlukan sepanjang jalan da3wah ini.."


"Nasihat dan bimbingan ini juga ditujukan kepada penda3wah yang telah mengenali jalan kerja, tidak bekerja secara sendirian lagi dan mengutamakan amal jama'ie bersama dengan pemimpin-pemimpinnya. Mereka bangun menentang jahiliyyah dan mengembalikan ummat ini kepada Islam. "


"Tindakan ini bagaimanapun memerlukan ketahanan, komitmen yang tinggi, pengorbanan yang banyak dan hati yang sensitif dan halus.."

- Petikan diambil dari kitab al-munthalaq
*menarik

Seterusnya,
insyaALLAH pada cuti kali ini, saya akan cuba menyibukkan diri dengan al-Quran
yang mungkin sebelum-sebelum ini kurang ditadabbur
juga atas alasan yang pelbagai ..
"Takut saya sekiranya amal-amal dan kata-kata yang saya luahkan sebelum ini menyalahi al-Quran"
nauzubillahi min zalik (ampunkan daku ya Allah dari perbuatan yg aku tidak ketahui)

Teringat juga saya kepada Kuliyyah Tafseer -oleh Syeikh  Ibrahim Zidan setiap Sabtu di Camp Shezar
"The knowledge(al-quran and Sunnah) and action must be together. If action comes in front of knowledge the person will make innovation in this Deen"

syukran juga saya ucapkan kepada sahabat saya yg memberikan 'idea ini'
(lebih hebat utk mereka kerana menjadikan minggu cuti ini minggu Darul Quran)


InsyaAllah, inilah post teakhir saya sehingga tamatnya cuti pada kali ini,
kerana saya akan cuba menyibukkan diri ini dengan aktiviti2 "Tarbiyyah Dzatiyah"
insyaAllah saya akan berada di Alexandria hingga awal 2hb ini
sebelum bertolak ke "Luxor dan Aswan"
untuk berjalan dan melihat kebesaran ALLAH
sambil melihat kesan-kesan manusia yg kufur
yg sehingga ini Allah mengekalkan kesan-kesan ini supaya "kita berfikir"

Pesan saya kepada mereka yg ingin bercuti
- Gunakan masa cuti anda sebaik-baiknya (kalau melancong jangan duduk dalam hotel je..) , jalan-jalan
  Lihat tamadun mereka, ambil yang baik, ambil pengajaran pula untuk yang buruk
- Lihat pula bagaimana keadaan Islam dan nasib ummat Islam disana..(estimate bila Islam akan bangkit semula kalau kita tidak bergerak)
- Rapatkan ukhuwah, mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lg dengan kenalan tersebut
- Tenangkan fikiran dan cari ilham utk tulisan2 yang lebih bermanfaat..

sekian sahaja utk kali ini..
sebarang komen, pertanyaan, pembetulan atau apa-apa sahaja
bolehlah tinggalkan 'comment' atau emelkan terus kepada saya...
insyaAllah, semoga Allah merahmati dan memberikan hidayah kepada saya dan antum para pembaca
ketahuilah bahawa saya sungguh seronok dengan kehadiran pembaca
yg sugguh ikhlas dan bersih hatinya
yg tidak lain dan tidak bukan mahu meng'islah'kan diri mereka



Hamba yang hanya mahu keredhaanNYA
-islahmujahidin-

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salaam"

(surah ibrahim-ayat 23)

Thursday, February 18, 2010

Soalan TARGET

Semalam bermimpi...
Tapi xkeluar pulak soalan target..
Tp, xpe insyaALLAH ada cara yang lain...

Ada sikit Tips untuk "TARGET" soalan apa yg keluar
syukran kepada Shukri
untuk pendapat yg sangat bernas dan tak pernah terfikir selama ni...
(soalan yang dia target selalu keluar sambil keluar dari dewan kuliyyah dengan muka tersengih-sengih , geram betul)


Macam mana Nak Tau Soalan APa Yang akan kuar ?
  • Hanya Prof dan ALLAH je yang tau..tapi kita boleh jugak target
  • Caranya , pertama - keluarkan soalan Tahun-tahun lepas (contohnya tahun 2009 n 2008)
  • Compare soalan-soalan tu..
  • Tengok "topik" apa yg jadi kegemaran Prof
  • Biasanya walaupun bukan "soalan" yang sama keluar untuk tahun ni, tapi "soalan" yang keluar biasanya dari topik-topik yang masyhur (eg. Rheumatic fever) and sebagainya..
  • "Study smart not Study Hard" (study smart x penat, study hard penat)
  • Kalau boleh hafal n faham sume topik yg kita nak exam ni betul2..sebab lepas ni kita takkan ulang lagi pelajaran yang sama..kalau lupa rugi je, sebab tak dapat praktikkan dalam "Clinical Year" nanti
  • Kalau xboleh hafal , amik masa untuk fahamkan betul2 then hafal yang "Topik" target je dulu (kalau dah tak larat sangat nak hafal)
  • Akhir sekali , apa-apa pun "Belajar Benar-Benarlah" - kata2 al-ustaz dr. Juwe
* Sorry la sebab guna blog sebagai medium, xde media lain yg lebih effective utk bg IDEA , ampun ...

Sedikit sedutan dari Al-Quranul kareem
Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.


(al-Anfaal - ayat 65)



sekian sahaja , wslm

-islahmujahidin dan Shukri-

Wednesday, February 17, 2010

Thinking About You ...

Lagu ini ditujukan khas untuk mereka-mereka
yang merasakan lagu ini utk mereka..
Ya, lagu ini khas buat anda..
Semoga Bahagia..


because
" I'm Always Think about You.."

Thinking About You

When I hold your hand I could fly a zillion miles with you
When I see your grace I can see you're God's words come true
Every little bird above the haze and fish beneath the waves
Knows about you, wouldn't they do

When I see your eyes I can see rainbows in the sky
Being with you all who parted reunite
Every little pearl drop in the clouds and stones beneath the ground
Are waiting for you, wouldn't they do

Whatever you say lightens up the burden of the day
Whatever you do makes us ever want to follow you
Whatever they say, whatever they do
I'll always love you

Every burning comet that zooms and angels too
Think about you, wouldn't they do

Thinkin' 'bout you I could climb a mountain in the dark
Listenin' to you flowers dance in the park
Whatever they say, whatever they do
We'll always love you

The words that you say lightens up the burdens of the day
Whatever you do makes us wanna follow you
Whatever they say, whatever they do
I'll always love you 


 

Ada maksud yang indah disebalik lagu ini...
Hayatilah...

-islahmujahidin- 

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati(antara satu sama lain) supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."

(surah al-asr)
 

Terkesan...

Terkesan...
Musim ini terasa bosan..
Membaca dan membaca buku bagi subjek ini cukup memenatkan...
Terfikir sejenak utk mencari2 semangat dalam diri ini
semoga mampu melawan Nafsu yg Sering terikut2 kemahuan Syaitan...

Mula membuka "youtube"
akhirnya terjumpa dengan dua video ini..
Mungkin kelihatan seperti video lama yg mungkin telah berhabuk jika dibiarkan dalam almari
Tetapi inilah "contoh perjuangan yg sebenar"
sambil dalam hati.."Bukan mcm aku , berjuang sedikit pun dah mengeluh..."
masyaAllah,
Ya ALLAH, tempatkanlah mereka dikalangan orang2 yang soleh
Dan Jadikanlah aku juga sebahagian dari kalangan mereka





Tarbiyah selama (5 Tahun)
aku renung kembali dalam-dalam...
"Adakah tidak cukup mematangkan aku?"
Tidak, tarbiyah (mendekatkan diri kepada ALLAH) ini terus berlaku sepanjang masa...
sehingga ajal menjemputku nanti...

Ya, mungkin hati ini "belum cukup ikhlas"
Sehingga mampu menjadi seperti mereka
"Ya ALLAH , kupohon padaMU keikhlasan..."
Dalam melakukan segala-galanya
"Pelajaranku, Penulisanku, Kehidupan seharianku, makanku, tidurku, dan segala-galanya hanya untukMU"

yg lemah
-islahmujahidin-

Saturday, February 13, 2010

Aku CInta Allah dan Bagaimana ???

Bismillah...

Salam buat pencinta-pencinta sekalian
semoga benar , cinta-cinta anda semua adalah cinta yang ikhlas
yang benar-benar diterjemah dari lubuk hati yang paling dalam
sehingga akhirnya sanggup berkorban dengan apa2 sahaja utk yg kita cintai...


Apa yang kita selalu dengar ???

Kita selalu dengar...

"Saya cintakan awak , demi ALLAH " -   hmm, demi "Allah" cintanya ?

"Cinta kami ikhlas, kami bukan buat bende2 yang elok pun , dia selalu kejut saya bangun tahajjud" -   hmm, kejut tahajjud tu..kenapa kawan sebelah kejut xbangun , tp kalau dapat 'mesej' dari 'si dia' lintang pukang amik wudu' sambil solat terfikir-fikir si dia... (cinta kerana ALLAH ke ni ?)



Ada yang lagi teruk
"Lah, suka hati la kami nak buat apa2 pun..Yang paling penting cinta kami ikhlas..biarlah apa orang lain nak cakap apa2 pun..mereka xtau kEIKHLASAN cinta kami.." - amboi bukan main lg dia bermadah sanggup mengenepikan halal dan haram demi cintanya yang IKHLAS katanya....


"Saya cinta ALLAH, Saya sayang Rasul , saya cinta Islam ...." - Kata2 yg ringan dibibir umat Islam zaman kini, tetapi apakah benar bertepatan dengan amal dan tindaklaku seharian mereka ? (termasuklah penuslis sendiri)


"CINTA mampu membawa kebahagiaan yg kekal selama-lamanya jika benar diletakkan pada tempat yg BENAR dan HAQ...Cintalah ALLAH dan Rasulnya sebelum sesiapa yg lainnya...Dan pasti kita akan bahagia tanpa menolak cinta kita kepada manusia2 yg lain termasuk ibu bapa, kawan2 , isteri (kalau ada) , suami dan sesiapa sahaja....."



Ingin berkongsi sebuah "Cerita Cinta" yang Jelas...
Semoga Kita mampu mencapai tahap Cinta Ini...amiiin (insyaALLAH)


Suatu hari di zaman tabiin, seperti hari-hari biasa,
mereka berbicara mengenai kecintaan kepada Allah (mahabbatullah).
Masing2 meluahkan pandangan mereka mengenai kasih
dan cinta kepada al-khaliq.
Tiba giliran seorang lelaki paling muda antara mereka,
pabila ditanya pendapatnya mengenai kecintaan kepada Allah,
lelaki itu diam sejenak,
pandangannya ditundukkan
dan air matanya mula bergenang.
Beberapa ketika, dia mengangkat wajahnya
seraya bermadah
dengan suara yang tersekat2 menahan sendu...



عبد ذاهب عن نفسه
متصل بذكر ربه
قائم بأداء حقه
ناظر في قلبه

وإن تكلم فبالله
وإن نطق فعن الله
وإن تحرك فبأمر الله
وإن سكن فمع الله
فهو بالله لله مع الله


Seorang hamba pergi meninggalkan nafsunya,
Sentiasa terikat dengan zikr tuhannya,
Sentiasa segera menunaikan hak-hak-Nya,
yang melihat tuhannya melalui hatinya.

Jika dia bercakap, maka dengan Allah, (dgn nama Allah)
jika dia berkata-kata, perkataannya hanya tentang Allah,
jika dia bergerak hanyasanya dengan perintah Allah
dan jika dia berdiam diri, dia tetap bersama Allah.
Maka jadilah dirinya dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah.


Maka bergenang air mata setiap yang hadir 
mendengar madah lelaki tadi. 
Hati mereka semakin cinta, sayang dan rindu 
untuk berjumpa Tuhan mereka. 
Lelaki itulah seorang pemuda yang terkenal 
dengan kezuhudannya, 
Abu al-Qasim al-Junaid al-Baghdadi.




Sedikit Khulasah..
mari infaqkan masa anda 7.40 minit sahaja..
dan renung kembali..
apakah benar kita dikalangan yg mencintai Nabi ???


 Semoga Bertemu dengan Cinta abadi
-islahmujahidin-

Monday, February 8, 2010

Yang Paling Susah itu apa ?

Segala benda dari dulu sampai sekarang..
Tak ada satu pun yang lebih susah daripada ni..

Takut,
takut x sempat dapatkan ni..
Ya ALLAH aku takut...
Kenapa ?
Kenapa ?
Kenapa begitu susah untuk dapatkan ni..

Ampunkan daku ya ALLAH
terimalah daku sebagai hambamu...
Kadang hampir mengalir air mata utk dapatkan ni...
ya ALLAH lemahnya daku..






Kalaulah diberi peluang utk dapat "superpower"
aku akan pilih power untuk mencintai ALLAH

~ ya ALLAH, berikanlah daku hidayah ~
yang lemah
-islahmujahidin-


Sunday, February 7, 2010

Pharmacology...(Nota Dr Yasser n Panel Discussion)

Bismillah, Alhamdulillah diberi peluang lagi sekali untuk menghirup udara yg segar..



Hmm..insyaAllah kali ni saya cuba Tulis tentang
1. "Nota Dr Yasser" - yg sempat saya tulis masa lecture dia
2. "Panel Discussion Question" - masa ni ramai orang rak datang, lelaki ada la beberapa ketul je yg datang ..       Ni pun x dapat amik semua .. Mungkin masa ni kelaut jugak melayang...

Nota Dr Yasser
( Renin Angiotensin System )
                                                                                             --> Vasoconstriction
* Concept = Angiotensin II act on --> AT I receptor causing  --> Allow noradrenaline release
                                                                                              --> Release of aldosterone (impotant point)
                                                                                                * Bnyak lg tapi ini yg paling penting 
- Action of aldosterone is :-
  - Eliminate K+ and H+
  - Act at distal portion of distal convoluted tubules (For NaCl reabsorbtion)

* So kita kene la inihibit daripada process atas ni berlaku utk hypertensive patient
   - APa kene buat ??? ---> Bagi ACE Inhibitor

Contoh drugs :-
1. Captopril --> By acting on -SH group (can give sublingually)
2.  Enalapril --> By competition

* In comatous = Hypertensive Encephalopathy --> Give Captopril Sublingually

Case 1

Myocardiac infarction                                 
Heart Failure                  --> Give Drugs to    --> Dilate afferent (kidney)
Diabetic Nephropathy                                   -- > Dilate efferent 2x             *(To prevent albuminuria)

*Vascular Growth factor --> Can also dilate afferent and efferent nephron

Side Effect of ACE Inhibitor
1. Hyperkalaemia     --> Reduced by Diuretic (Thiazide or Loop Diuretic)
2. Cough                 
3. Brochospasm        --> Cough n Bronchospasm (Give ARBs)

Drugs Choice (Ni yang Mahal ni..)
1. Severe Hypertension  --> Captopril (sublingual) n Labetalol
2. Mild Hypertension + Pregnancy --> a-methyldopa
3. CHD --> ARBs , ACE I , carvedalol , metoprolol and Bisoprolol
                   ( minimize preload n afterload + prevent remodelling )

Drugs Contraindicated
1. Asthmatic Patient --> Avoid B-blocker and ACE I (But give Ca Channel Blocker)
2. Diabetic Patient ---> Avoid B-blocker and Diuretic (But give Ca channel blocker , ACE I or ARBs)
3. Heart Block --> Avoid B-blocker and Ca Channel blocker (But Give Nifedipine and Rennin Inhibitors)

Panel Discussion

1) How come "amiodarone" cause "Torsade de pointes"
    - Block K Channel + also another channel
* For Torsade de Pointes to happen (prolonged QT segment)
   - Ca channel is blocked --> effect electrical impulse

2) Lidocaine only effect ventricles --> Longer duration of depolarization

(Sorry lukisan buruk -pakai paint je lukis ni)

Ni la macam mana drug action on heart for angina

3) ACE I --> Prevent diabetic nephropathy = By dilates affent + dilates efferent nephron 2x

4) B-blocker in diabetic --> Patient will hypoglycemic (not aware)- as the sympathetic nerve is blocked

5) Diuretic --> minimize insulin in the body

6) B-blocker --> reset baroreceptor by
                           - First = Cold in extermities (Constrict B2)
                           - Decrease RAS

7) Cholestyramine --> increase VLDL = Increase bile salt synthesis ---> Increase VLDL (simultaneously)

8) Take BAS (Cholestyramine) + Anticoagulant --> Not Absorbed = Decrease anticoagulant

9) Digoxin --> Vagus like action --> slowing the AV conduction (use in dysrythmia)
     side effect :- (Increase in dosage)
            - Increase excitability to ventricular Muscles

9 ) Verapamil --> contraindicated in Ventricular Tachycardia (block Ca channel)

10) Patient with hepatotoxicity - we can give
          - BAS (cholestyramine)
          - Fibrates

Penambahan baikan .....

 

  
 (lukisan kedua utk hari ini)

Ok..Apa yg cik "Hamba" dan ustaz "afiq fahimy"

Torsades de pointes ni boleh disebabkan oleh
  • electrolyte disorders
    • hypokalemia
    • hypomagnesemia
    • hypocalcemia

    * Disebabkan QT segment ni melibatkan dua2 "Depolarization" and "Repolarization"
       - So, both calcium and potassium ni amik peranan dalam 'Torsades de pointes' ni terjadi...                
      - Kalau fikir2 balik kenapa xleh bg Verapamil pada patient yg ada Ventricular tachycardia ???
         (hehe, lu pikiq la sendiri...assalamualaikum)

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan,
 
kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun, yaitu syurga 'Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah 

kepada hamba-hamba-Nya, sekalipun (syurga itu) tidak nampak. Sesungguhnya janji Allah itu pasti akan ditepati. 

(surah maryam ayat 59 -61) 


* sedikit perkongsian, memandangkan bidang medic ni "berat" dan kita tidak cukup masa utk mencari semua tentang agama..apa kata kita cari "ilmu agama" yang mencukupi utk menambahkan iman kita kepada ALLAH..


wallahu a'lam
-islahmujahidin-

Pesanan Utk Semua Pasal exam

Ini adalah pesanan dari pihak penaja (mee hoon cap pandai) =P

3rd Semester Final Exam Schedule for 2nd Year IUMP

Day
Date
Subject
Time
Thursday
4/2/2010
Physiology
9.00-12.00
Saturday
6/2/2010
Histology
9.00-11.00
Tuesday
9/2/2010
Pharmacology
9.00-11.00
Saturday
13/2/2010
Anatomy
9.00-11.00
Monday
15/2/2010
Microbiology
9.00-10.30
Wednesday
17/2/2010
Community
9.00-11.00
Saturday
20/2/2010
Pathology
9.00-11.00
Tuesday
23/2/2010
Biochemistry
9.00-11.00
Thursday
25/2/2010
PBL
9.00-10.00

Sebelum itu diatas ni jadual...
Buat siapa2 yang xde lagi jadual ni..
boleh la perhatikan puas-puas sampai puas...
Ini adalah realiti dan bukan fantasi...
Jadi, hadapilah ia dengan redha..

Baik, sebenarnya ada beberapa pesanan yang insyaALLAH berguna untuk semua...
Jadi, baca elok2, hati2 , sepatah demi sepatah



Pesanan / Teguran / Cadangan
  1. Datang Universiti awal (keluar rumah awal sket)..Bukan apa, takut2 kalau trem rosak , jam , accident or sebagainya yang kita x jangka. Nanti susah..
  2. Bila dah sampai Universiti. Relax2 sket, tenangkan fikiran, betulkan niat, dan cuba fokus.. (Bukan apa, kebanyakan exam x cukup masa, so, kalau x focus macam mana nak jawab semua soalan dengan betul)
  3. Bila dapat kertas jawapan, tulis la segala apa yg patut (jimat masa, jangan guna masa utk jawab soalan utk tulis nama, no student , blabla.........)
  4. Bila dapat kertas soalan je , xyah tanya2 "lau samah mungkin nak jawab" atau "makcik, dah boleh jawab ke?" atau "ya ammu pukul berapa nak start ni?" ..so, xyah buang masa tanya..terus jawab je tanpa memikirkan apa2 lagi, "We are Egyptianized right ?"
  5. Lastly, sambil2 exam tu, doakan orang sebelah , orang depan , orang belakang . orang depan kekiri sket, orang depan belah kanan dan sebagainya...insyaALLAH, malaikat pulak nanti doakan kita (Malaikat xbuat dosa, doa makbul)

* Dah abes dah, haa, jangan nakal2 dan jangan buang masa ..
* Solat jangan lupa, pada awal waktu..
* Jangan lupa call orang2 tersayang (mak, ayah, dan siapa2 je la...)
* Minta doa dari orang lain (Syeikh2 ke, cakap je kita ada exam, insyaALLAH diorang doakan)
 
* Lagi satu, bila Exam ni xyah fikir2 pasal kawen2 sgt (Bahaya ni...) , Kalau terfikir gak, pergi jogging ke, call  m'sia ke, apa2 je laa...xyah fikir2 sangat..akan sampai masa utk itu..
(Ucapan Tahniah kepada sahabat saya Isa - Cairo yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 15hb ni, sorry x dapat pergi , ada exam , "Barakallahu fik" )

p/s - mesej ni dibawa secara santai2 dengan harapan lebih mudah difahami dan dipraktikkan..sekian terima kasih

wallahu a'lam
-sayee...-

Tuesday, February 2, 2010

Untuk Akmal Z..

Bismillah..
insyaALLAH wa biiznillah ni adalah post yang kedua untuk hari ni...



Monday, February 1, 2010

Exam Alert !!!

Kadang-kadang bila nak exam kita akan ada rasa down..
Rasa macam nak lari jauh-jauh pun ada..
Tapi walaubagaimanapun..
Kita pasti terpaksa juga bertentang mata dengan kertas Exam itu...
Jadi apa kata kita Tanyakan Pendapat2 mereka disana .....
(Bukan senang nak buat Video ni, nasib baik ada Rahman D...SYukran =P )
-Dan syukran juga kepada semua yang memberikan kerjasama...semoga Allah membalas jasa kalian



Best x?
kalau best, nantikan video seterusnya daripada kami

"Beli album original tau...Hehe =D"