Tuesday, March 16, 2010

Hidup untuk Palestine !!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin tidak semua orang rasa betapa pentingnya al-aqsa untuk umat Islam..
al-aqsa qiblat Pertama Umat Islam sebenarnya adalah teramat penting untuk Umat Islam..
Kerana dalam Quran sendiri telah tertulis beberapa kali berkenaan Palestin dan al-aqsa..
Tidak perlu saya terangkan, boleh baca sendiri dalam surah al-israa'

Jika "Nabi Musa" dalam Quran disebut paling banyak kali dan dimuliakan dalam Quran
Ini menunjukkan betapa tingginya darjat Nabi Musa sehingga digolongkan dalam
Rasul 'ulul azmi ...

Jika Abu Lahab pula
Pernah disebut dalam Quran dan dihina pula kerana mencela Rasulullah s.a.w.
maka dialah orangnya yg dikeji oleh Allah sehina-hinanya..

Begitu juga "Al-Aqsa"
jika disebut dalam Quran dan dinyatakan juga
bahawa Tanah Haram ini diberkati sekelilingnya..
Dan dinamakan pula "Tanah Haram"
maka Haram juga tanah ini utk golongan Kuffar...
seperti mana Haramnya tanah "Mekah" dan "Madinah"

Jika kita tidak sedar akan ini, maka tanya kembali iman kita ?

Malam ini saya mendapat berita bahawa Masjidil Aqsa
Dalam proses dirampas dalam masa yg sama
Permulaan pembinaan Haikal Sulaiman
yg didakwa penah didirikan disitu pada satu ketika dahulu..
Entah, senyap sebentar hati saya

[TEKAN DISINI]

Wahai sahabat-sahabat..
Al-aqsa tidak akan dapat ke tangan Umat Islam begitu sahaja..

Belajar daripada sejarah
Bayangkan pada zaman Rasulullah..
Mengapa mereka "berdoa" sahaja tanpa melakukan apa-apa
supaya al-aqsa jatuh ke tangan Islam ??
sedangkan iman mereka jauh lebih tinggi daripada kita
dan Doa mereka sudah pasti lebih Makbul daripada kita
kerana mereka dekat dengan Rasulullah s.a.w.

Ya, penting kita berdoa..
Kita perlu berdoa agar al-aqsa dipertahankan Allah dengan kuasanya yg MAHA AGUNG
kerana itulah senjata utama umat Islam...
Tapi apakah setakat itu sahaja ?
selama-lamanya ?
Sudah pasti tidak..
Kerana "YANG KUAT PASTI MENGALAHKAN YANG LEMAH"
itulah sunatullah
yang tidak akan berubah sehingga hari Qiyamat

Sekali lagi
kita belajar daripada sejarah..
Bagaimana Jatuhnya al-aqsa ke tangan umat Islam
pada zaman "Sayyidina Umar" dan "Salahuddin al-ayyubi" ?
Pastinya dengan kekuatan ?
Apakah pada kekuatan tenaga atau senjata ?

Jawapannya
Bukan setakat itu sahaja..
tapi apa yg lebih penting ialah "kekuatan Iman"
"kekuatan Tawakkal" dan "kekuatan Usaha" mereka...

Jadi apa yg kita boleh lakukan ?
apakah setakat boikot , menjatuhkan ekonomi mereka dan Demonstrasi besar-besaran ?
Tidak , jawapan saya sama sekali TIDAK kerana itu bukanlah jawapan yg utama..

Sebaliknya..
BINALAH SOLAHUDDIN AL-AYYUBI
biarpun panjang masanya
biarkan..masanya pasti akan sampai
InsyaAllah masanya akan sampai...
Jika usaha kita seperti Sahabat2 di zaman Rasulullah s.a.w.

Bagaimana mahu membina Solahuddin ?
Lihat sekeliling anda...
lihat kiri, lihat kanan..
lihat pula depan, lihat juga hadapan ...

Apakah anda menjumpai Solahuddin ?
TIDAK
yang anda jumpai adalah bakal-bakal Solahuddin
Hidupkanlah iman pada hatinya
dengan SINAR dan PANCARAN iman daripada kita...

InsyaAllah,
jika semua bekerja, kita pasti berjaya..
dan InsyaAllah..masanya akan sampai tidak lama lagi...

Hambanya yg lemah
-islahmujahidin-

1 comment:

anwar azhari said...

terima kasih..

hidup palestin..!!