Bismillahirrahmanirrahim..
Syukur kehadrat Ilahi..
ye lupa pula,
Assalamualaikum semua...
Dikesempatan ini saya ucapkan tahniah dan rasa gembira
kerana telah menang !!!
Menang apa ?
Menang dalam perjalanan mencapai matlamat..
Kerana pada saya,
menang bukanlah terletak kepada pingat atau rasa bangga
tetapi ianya ada dihati...
Matlamat "Untuk Bersatu dan bekerja bersama-sama"
kiranya pada saya
70% sudah tercapai...
cuma tinggal 30% Lagi untuk diusahakan..
tetapi lebih besar lagi tanggungjawab kita bersama-untuk mengekalkannya...
Malam Aspirasi Impian (M.A.I)
Alhamdulillah, sokongan yang amat menggalakkan
walaupun tidak semua dapat hadir
Kerana terpaksa melawan arus "Final InterMilan vs Barcelona"
tetapi sokongan untuk datang dan makan pun sudah dikira cukup
untuk perhimpunan kali pertama ini...
SYABAS saya UCAPkan...
Secara Peribadinya,
Saya sendiri mendapat banyak "ibrah" daripada Program MAI
Yg dijalankan dengan kerjasama Semua
dan Afiq Fahimy selaku pengarah Program...
- 3.8 Target Secara Jelas (berdasarkan ucapan walid)
- Cara mereka yg berjaya pun sudah dicedok
- Makanan yg sedap2 pun dirasa
- Seronoknya rasa bersama
- Dan rasa 'dengki sikit' dengan orang lain yg dapat banyak hadiah hehe =P
KSPCI 2010 pun juga telah tamat
Semoga AJK KSPCI yg telah menjalankan amanah dengan penuh rasa tanggungjawab
dan dengan penat lelah mereka
mendapat balasan daripada ALLAH dan lepas ni dapat FOKUS pada STUDY masing2...
Walaupun tidak dapat Tempat Pertama pada KSPCI kali ni.
"RUMAH HIJAU" sebenarnya telah berjaya,
jangan risau , walaupun tidak mencapai "Target kita"
tapi..sekali lagi saya katakan, bahawa kemenangan itu terletak di hati..
Tahniah kepada Saudara Firdaus (kadok) - selaku kapten yg berjaya...
dan atlet2 yg menyumbang kepada kemenangan kita...
Akhir sekali,
Walaupun ada berlaku beberapa kesilapan yg kita lakukan..
kita adalah "TEAM"
jangan salahkan sesiapa..
mungkin dengan kesilapan kecil kita pada kali ini..
akhirnya menjadi perubahan besar dalam diri kita..
WHO KNOWs ?
Last but Not Least
I Wanna Say this
"I love my Batch - And i'll try my Best to Help my Batch to Be The BEST = )"- Doctors of 2014
" Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "
(surah al-anfaal ayat 10)
-islahmujahidin -
Hidup ini sentiasa mencari-cari, semoga bertemu dengan pencarianmu itu...
Friday, April 30, 2010
Tuesday, April 27, 2010
- MALAM ASPIRASI IMPIAN 2010 -
Seperti yang diterangkan dalam lecture Hall anda semua pada siang tadi...
sekali lagi ingin menerangkan serba sedikit mengenai pelaksanaan " Program ini "
Program ini tidak lain dan tidak bukan hanya sekadar mengadakan
"Pertemuan Besar-besaran" buat kali pertama sepanjang Dua tahun kita berada
di Bumi Mesir yg Berdebu ini...
Tujuan utamanya :-
1 ) Mengumpul dan merapatkan ukhuwah sesama ahli batch
2 ) Bermesyuarat & menyatakan masalah2 sem2 lepas seperti
(study leave yg terlalu singkat @ study gap yg terlalu pendek @ soalan yg ditanya diluar pembelajaran dan sebagainya...)
3 ) Penambahbaikan Pengurusan seperti (memastikan supaya jadual exam tamat awal dan sebagainya..)
4 ) Membincangkan program2 yang boleh dirangka supaya "Batch ini" terus lebih cemerlang dan lebih maju...
(seperti menghasilkan baju batch dsb...)
5 ) Memberi penghargaan kepada individu2 dan section2 yg berjaya pada sem lepas
6 ) Makan2
7 ) Tangkap gambar Batch (siapa xde rugi laa....)
8 ) Meraikan kejayaan yg telah kita kecapi sebelum2 ini =)
Pelaksanaan Program :-
- Program ini dijalankan secara semi-formal dan pakaian adalah bebas
(tetapi lebih nice jika ada pakaian tema setiap Section =D hmm..nice jugak mcm ni..ikut kebijaksanaan ketua2 section dan ahli section masing2)
- Makanan "basic" akan disediakan (syukran wa jazakallah kepada sumbangan sahabat kita...) dan ketua section juga akan memberi tugasan kepada anak2 buah untuk membawa jenis2 makanan tambahan seperti :-
--> Minuman (minuman bergas/kordial/jus/air mineral dsb..) *ikut ketua section cara pembahagian
--> Buah-buahan (epal/oren/kantalub/pisang/durian/cempedak dsb)
--> Keropok-keropok (Doritos/keropok ikan/keropok lekor)
--> Desert (puding/agar-agar/rus billaban....)
--> makanan lain spt - pizza / kek / pape je la ( kalau nak bawak la..)
* Semua ini akan dipertanggungjawab kepada ketua section utk membahagikan tugasan (x semestinya apa yg ada pada contoh2 diatas sahaja)
..........................................................................................................................................................................................................................................
Jadi sebagaikan kesimpulannya..
- Semua diminta datang awal supaya makanan-makanan anda tidak dikebas oleh orang lain..
- Kalau ada sesiapa yg masih lagi mahu menyumbang untuk program ini..peluang masih lg dibuka..
- Pkat mai ramai-ramai tidak kira repeaters / carrier atau sesiapa sahaja yg merasakan dia masih dalam batch ini..
* Target kehadiran = 100 %
** Jadikan malam ini "satu dalam seribu" dalam hidup anda
***Sokonglah ahli-ahli section anda =)
akhir sekali...
jutaan Terima kasih kami ucapkan kepada
-AJK Pelaksana MAI
- UPP PERUBATAN (menyediakan tempat dan facilities yg akan digunakan)
- Para Penyumbang yg dermawan
- Dan semua ahli batch yg akan datang pada malam rabu nanti ;)
SEKIAN SAHAJA dari unit pengiklanan...
sebarang kemusykilan , soalan , cadangan ..boleh la [ TEKAN DISINI ]
" Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti. "
( surah al-hasyr - ayat 14)
Saturday, April 24, 2010
Kita Bersatu ??? Tahniah !!!
Pertama sekali..
ingin memohon maaf kerana dalam post kali ini
kerana menggunakan kata ganti nama diri "Aku"
Bersatu..
Ramai orang hanya faham maksud bersatu dari segi teori sahaja..
tapi dari segi praktikal nya..
entah
Kali ini terpaksa menulis
supaya semua sedar
Yang kita ni memang dah bersatu ??
Ada orang yang hanya duduk dirumah
hanya memikirkan diri sendiri
biarlah apa orang lain nak tolong dia apa sekalipun
dia akan ambil dan tinggalkan je
Tahniah kita bersatu ...
Ada pulak orang
bila orang lain mahu menolong
dia akan kata "aku dengan hidup aku"
x perlu sibuk2 nak tolong apa-apa
Tahniah, sekali lagi kita bersatu ....
Lain pula,
ada orang yg bila orang lain menolong bila kesusahan..
"Terima kasih , kau bagus lah .."
tapi bila orang lain pula yg mintak komitmen sikit
"Lantak ko lah, bukan ada kene mengena ngan aku, balik rumah tidur lagi Best !!! "
yang ni betul2 bersatu ...
Aku menulis kali ni
bukan saje2 nak kenekan batang hidung sape2
tapi nak semua sedar..
bahawa kita takkan mampu berjaya hidup sorang2..
Cuba bayangkan kalau kita sorang "engineer yg terhebat" sekalipun...
untuk siapkan sebuah kereta
kita takkan dapat siapkan sorang2...
meskipun kita adalah orang terhebat di dunia pada masa itu...
Macam tu juga lah hidup di dunia ni...
kita mahukan kebersamaan..
Kebersamaan yg bukan setakat teori
tapi bekerja, bersama ..
susah senang kita bersama..
bukan sorang2 kita berjaya , orang lain "lantak pegi"
Sebenarnya,
dah lama ter"Diagnose" masalah ni..
kalau x ubat dari awalnya
pasti dalam masa 4tahun ni
kita takkan rasa Best
Seriously,
aku pun bercita-cita nak jadi antara Top Student kat sini
tapi , aku terpaksa korbankan beberapa percent
waktu study untuk memastikan semua pun dapat cemerlang sama2
walaupun kadang-kadang hanya ada masa study ketika dalam tram utk baca buku
walaupun kerja-kerja di Malaysia terpaksa aku amanahkan orang lain
tetapi aku tetap nak semua berjaya..
ataupun lebih berjaya dari aku..
Kalau aku sorang je nak cemerlang,
Mmg, aku boleh
tak fikirkan orang lain langsung
ataupun kurangkan masa
untuk memikirkan "perkara2 yg kurang dihargai orang ni"
Apa yg cuma aku mahu ?
supaya orang lain faham
setiap orang pada aku adalah penting
dan aku xkan sia-siakan...
cuma masalahnya aku xcukup tangan utk mengatasi semua...
Baiklah..
satu lagi perkara yg nak aku beritahu..
Semua program yg aku rancang
- aku cuma nak orang rasa seronok dan ambil pengajaran
- aku akan kurangkan untuk ambil masa study korang
- aku xkan buat banyak program besar supaya kita tak terlalu penat dengan program2 seperti ini
Apa yg aku mahu..
- Semua ada perasaan "kemanusian" , susah-senang kita bersama
- Ada rasa nak menjaga orang lain (supaya tak fail @ terpaksa repeat year @ Balik Malaysia)
- Kalau rasa-rasanya program yg akan dijalankan ada memberi manfaat maka, "join"lah , tetapi kalau xde manfaat cakap ngan aku, dan aku akan benarkan " utk tidak join " atau aku akan batalkan serta merta .
- Kita sendiri jaga diri kita ...
-itu je, mudah kan ?
* p/s - saya x mahu apa-apa dari semua orang..fikirkan diri anda dan orang sekeliling anda..ikhlaslah dan hormatilah orang lain..
sekian terima kasih...

Friday, April 23, 2010
Mereka ...
( 2 tahun yang lalu..)
Kalaulah ada lagi "Team Member" seperti ini lagi
Pasti berilah kepada mereka apa2 perkara untuk dijayakan
insyaAllah..Pasti akan berjaya..
Ya Allah, rindunya aku pada mereka...
Banyak sekali perubahan dan hidayah yg aku terima...
mungkin mereka inilah antara asbabnya..
Sekali lagi, semoga dapat kami berjumpa lagi...
dan bersama-sama menegakkan agamaNYA
tanpa mengingat penat dan lelah..
Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami dijalan agamaMU
sesungguhnya, kamilah memerlukan agamaMU
dan AGAMA ini langsung tidak memerlukan kami..
kami mahu selamat dan menyelamatkan orang lain...
Kenangan bersama
-Knight 0307-
" Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara . Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. " - (Surah al-hujuraat -ayat 10)
* Antara yg dirindui, Hilmi , Ehsan , Asyriq , Hannan , Hanis , SYed , Ungku ...
(insyaAllah dalam 5 tahun kita semua akan bekerjasama sekali lagi..macam masa-masa dahulu)
Wednesday, April 21, 2010
[ Iklan ] THUNDER BRAIN !!!
THUNDER BRAIN !!!
TEMPAT : LECTURE HALL
MASA : 11.45 Pagi (SETIAP RABU)
* Hadiah menarik menanti ...
** ADA BERANI ??? Datang lah awal ke Lecture Hall
p/s - Setiap Rabu ada 2 lecture je..boleh solat lepas lecture kot
mari...mari..mariiiii
Monday, April 19, 2010
The Power Of Ikhlas
Ikhlas itu kekuatan,
Dengan kekuatan Ikhlas inilah 2/3 Dunia mampu ditawan..
Kekuatan yang lebih besar daripada senjata-senjata lawan..
Kekuatan yg mengalahkan segala kelebihan
Sama ada bilangan atau kemodenan...
Mahu tidak mahu
Ikhlas ini perlu dibina dan dididik
di dalam diri
biar pun berapa lama masa perlu diambil
Tetap kita perlu pelajari...
" Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu..
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, "
(Surah al-mulk ayat 1 & 2)
Benar , kekuatan ini sukar dibina
Begitu banyak cabaran-cabaran dan batu-batuan
yg cuba menghalang perjalanan menuju kekuatan ini..
Ya , manusia saling memerlukan antara satu sama lain..
Perlu saling ingat mengingati...
Inilah ujian manusia yang sebenarnya..
Sama ada amalan banyaknya
dan masa yg dikorbankan
Sifar, "0" atau kosong disisi Allah..
ataupun nilainya mampu digantikan dengan Syurga sahaja...
Dan dengan kekuatan inilah..
Yang Membezakan..
Antara Pemimpin terbaik dengan "Sebaik-baik pemimpin"
Pekerja terbaik dengan "Sebaik-baik pekerja"
Ahli ibadah terbaik dengan "Sebaik-baik 'abid "
Dan diri kita yang terbaik dengan "Sebaik-baik diri kita"
wallahu a'lam
-islahmujahidin-
p/s - Biarpun betapa buruk diri kita pada pandangan manusia atau pandangan diri kita sendiri , tetap jangan berputus asa...Berdoalah untuk hidayahnya..Yang Ni3matnya tidak mampu diberi sesiapa..sekalipun terpaksa menggadai seluruh dunia...
Istiqamah dalam Keikhlasan
1. Betulkan niat didalam hati dengan tekad yg jelas
2. Mengajak orang lain bersama-sama dalam melakukan kebaikan ..eg- Tazkirah @ Peringatan
(Tiada manusia yg sempurna, dan jangan takut untuk mengajak orang lain bersama-sama kita , walaupun kita berhadapan dgn orang-orang yg hebat..Kerana orang-orang yg hebat itulah sepatutnya lebih banyak perlu diberi peringatan)..
3.Kita sendiri berazam dan melakukannya (Kebaikan).. Perlu mendahului orang lain dalam ibadah yg telah kita perkatakan @ ajakkan @ beri peringatan ..
Friday, April 16, 2010
Jangan Mengalah
Bismillahirrahmanirrahim..
akhirnya dipertemukan juga oleh ALLAH kelapangan masa
sekadar cukup memberi ruang untuk penulisan kali ini..
Sekadar berkongsi...
Baru-baru ini degemparkan dengan keputusan akhir semester lepas
alhamduillah syukur
ada yang gembira
namun ada juga yang bersedih...
Ditambah lagi dengan skema pemarkahan yang kurang sistematik
membuatkan kesedihan semakin bertambah...
hmm, bersabar sajalah...
Seronok saya lihat, semakin ramai yang semakin bersaing keatas
tetapi, masih juga ada yang kurang bernasib baik dengan keputusan yg kurang memuaskan...
Tulisan kali ini saya tujukan buat "kita" yang kurang hebat...
semoga mendapat iktibar
insyaAllah...
Pusingan roda hidup kali ini
kita dapat kaitkan dengan "Sirah Nabi Nuh a.s"
Seperti yang kita tahu,
nabi Nuh adalah salah seorang rasul yang diberi gelaran Rasul al'azmi
iaitu rasul yang banyak ditimpakan ujian
tetapi tetap sabar menghadapinya...
Tercatat dalam sirah
bahawa Nabi Nuh berda3wah kepada kaumnya
hanya untuk memastikan kaumnya itu "tunduk" dan "mengakui" kekuasaan Allah sebagai tuhan sekalian alam
Baginda berda3wah kepada kaumnya selama berapa lama ?
rasa-rasanya ?
agak-agak ?
Alfa sanah illa Homsina aama (Seribu kecuali 50 tahun)
bersamaan 950 Tahun..
kesana kesini
di kutuk , dihina dan dicaci...
Namun pada akhirnya ,
berapa orang yg menerima da3wahnya ?
sekali lagi ,
rasa-rasanya ?
agak-agak ?
12 Orang (lebih kurang),
12 Orang untuk 950 Tahun ?
950 Tahun bersamaan 11,400 Bulan
Hanya untuk 12 orang ?
Isteri dan anak-anak juga akhirnya tidak beriman?
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim. "
Jika ini terjadi pada kita...
apakah yg kita akan katakan ?
What's a failure ? kan ....?
Tetapi pada Allah,
Tidak..
Tidak sama sekali , bahkan Allah telah mengangkat darjat Nabi Nuh sebagai Rasul al'azmi
yg mempunya darjat yg tinggi disisi Allah..
Benarlah,
bahawa Allah , mengganjari seseorang itu adalah pada usahanya..
Pada keikhlasannya...
Kaitkan pada perjalanan hidup kita pada kali ini...
Seperti sem-sem yg lalu
kita telah berusaha susah dan payah
pagi , petang , siang dan malam
berhadapan dengan buku...
Tetapi akhirnya ?
.......... Result kurang memuaskan
sedih hati kita..
Tidak jangan begitu..
itulah Qadar daripada Allah..
yakininya dengan pasti
dan kita tidak akan kecewa , bahkan terasa bahagia ....
Mungkin result kita kurang hebat kali ini
tetapi insyaAllah "dengan usaha dan keikhlasan" kita
insyaAllah suatu ganjaran lebih besar yang kita dapat
yg kita tidak tahu dimanakah ia berada...
Sahabat-sahabat..
apa yang paling penting sekali dalam ilmu perubatan ini ?
Adakah sekadar Result sahaja ?
apakah sekadar kemegahan memegang jawatan-jawatan yg hebat ?
atau mempunya gaya seperti seorang pelajar yg hebat sahaja ?
Tidak yang penting sekali adalah "ilmu medic itu sendiri"
Yang paling penting sekali, jangan kita lupakan apa yg kita telah pelajari itu
Kalau kita kata kita belajar is "for the sake of patient"
mungkin kita susah lagi untuk sampai memikirkan mengenai patient...
Tetapi Ok,
cuba kita bayangkan bahawa yg kita pelajari ilmu medic ini,
"For the sake of our father, mother , family and relatives"
Bayangkan pula suatu keadaan kecemasan..
Di mana ibu atau ayah kita memerlukan rawatan kecemasan
dan disana tiada doktor lain di sekeliling
Siapa yang kita boleh harapkan ?
Ya, diri kita sendiri ...
Kalau kita belajar sekadar untuk ambil exam dan lulus
--> Kemudian melupakan balik (untuk simpan space utk new block kononnya)
Apa yang kita dapat ?
saat ni kita tidak mampu menjadi penolong , tetapi kita hanya dapat menjadi orang yg mengalirkan air mata sahaja...
Hmm...
InsyaAllah untuk sem kali ini dan yang akan datang,
pastikan kita bersungguh-sungguh
dan berjaya..
"Biar kita tidak dapat result yg hebat , tetapi pastikan kita ada ilmu yg hebat "
Tahniah dan Syabas saya ucapkan sekali lagi buat sahabat-sahabat yg telah berjaya
Doakan kami dan bantu kami dalam meng'organize' program yg bermanfaat
agar semakin ramai yg berjaya ke atas..
Selaku salah seorang yg bertanggungjawab,
saya dan rakan2 SR yg lain memohon maaf sekiranya
kurang penumpuan terhadap akademik kami sendiri dan sahabat-sahabat yg lain
kerana terpaksa membahagikan penumpuan
terhadap "management, aktiviti-aktiviti persatuan dan sebagainya.."
maafkan saya juga kerana tidak dapat menunjukkan Qudwah yg baik
terhadap pelajaran kami
walaupun sepatutnya kamilah perlu lebih berjaya
sebagai penanda aras keberkesanan program yg dilaksanakan..
InsyaAllah, kita akan berusaha bersama-sama dan berjaya sama-sama
sekian untuk kali ini
Jangan mengalah....
-islahmujahidin-
" Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."- (al -anfal ayat 26)
Menjaga Hati ...
Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam
yg menjadikan kita, memberi rezeki dan yang memakbulkan doa-doa kita...
Bila berkata mengenai menjaga hati..
inilah antara perkara yang paling sukar untuk dijaga oleh seseorang manusia
Seringkali kita terlupa bahawa dunia ini adalah pinjaman yg sementara...
Kadang-kadang kita mengeluh sendiri
akan pelbagai ujian yg menimpa diri kita
Kita seringkali lupa akan tujuan kita dicipta...
Alhamdulillah,
dikurniakan "ahli-ahli bait" yang hebat
"Kena betulkan niat ni..kalau tidak sia-sia je kerja kita"
kata-kata keramat inilah kadang2 membuatkan diri kita tersentak
ya benar..bersyukur..
Baru-baru ni,
dikurniakan ALLAH satu lagi ujian
apabila blog ini tercalon untuk "beberapa kategori blog pilihan"
saya hanya tersenyum..satu lagi ujian menimpa
Cuma berharap
Agar saudara-saudara pembaca tidak mencalonkan blog ini sekali lg..
bimbang , sekiranya penulisan saya selepas ini
bukan lagi keranaNYA
Kerana saya hambanya yg lemah
yg memerlukan peringatan berulang-ulang kali...
Doakan ,
supaya hati ini dapat dijaga
dan meneruskan perjuangan Hanya kerana cintaNYA
wallahu a'lam
yang lemah
-islahmujahidin-
Tuesday, April 13, 2010
TerUJI
Hidup semakin x teratur..
walaupun jadual dah dibuat tapi masih x dapat2 nak ikut..
Masa Study ?
- hmm, kene pandai2 cari sendiri
Maybe x berapa lg pandai nak "manage" masa dengan baik kot..
xpe2 boleh cuba lg...
Bukan xnak amik orang bawah utk bantu buat kerja
tp kalau boleh nak cuba untuk elakkan amik
supaya orang lain boleh fokus utk "study"
dan tiada lg alasan utk gagal dan sebagainya...
Xdapat fokus buat sesuatu kerja..
itulah masalah paling utama
nak fokus utk A,B,C dan D dalam suatu masa..
ya Allah, perlukan kekuatan ...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuliyyah Tafseer...
- Banyak boleh dapat dalam majlis ilmu macam ni...
- Berminat dengan kuliyyah syeikh Ibrahim Zidan , Penuh dengan kehambaan
- Segala yg disampaikan , dan diminta terus diamalkan walaupun satu perkataan (drpd al-quran)
Sedikit Perkongsian (Kuliyyah Minggu lepas)
Salah satu ayat menerangkan tentang taubat (Nabi Adam bertaubat kepada Allah sehingga Taubat diterima)
--Peringatan Utk diri kita
Sekiranya kita penuh dengan dosa, terus "bertaubat kepada Allah"
- Azab yg paling besar sekali di dunia kerana berbuat dosa adalah "semakin mudah utk membuat dosa" dan Allah menutup pintu hati kita..
Sebuah Kisah
Seorang hamba bertemu dengan seorang ulama' (kalau x silap), dia bertemu dengan ulama' tersebut dan berkata bahawa dia telah membuat dosa..
Apakah yg perlu dilakukan? -tanyanya
Jawab ulama' tersebut - "bertaubat"
dan datang lagi dia untuk kali kedua bertanyakan soalan yg sama
"Balik dan bertaubat" - ulama'
Datang pula utk kali ketiga dan juga bertanyakan soalan yg sama...
- "Bertaubat"
- "Sampai Bila ?"
- "Sampai syaitan sendiri berputus asa"
Kerana apa ?
-Tujuan utama syaitan membisikkan manusia adalah supaya manusia "berpaling jauh daripada Allah"
-Jadi jika seseorang itu telah bertaubat maksudnya "Dia telah kembali kepada rabbnya"
-Maka, tidak kisahlah berapa kali pun kita berbuat dosa, maka kita kene "tetap bertaubat kepadaNya"
- Supaya, matlamat syaitan itu tadi tidak tercapai ...
Sampai kepada sesi soal jawab..
Ada orang bertanyakan tentang khusyuk . Bagaimana untuk khusyuk ?
- Jawapannya, manusia itu tidak khusyuk dalam solatnya, mungkin kerana "dosa-dosanya yg berterusan..."
- Maksud khusyuk ini adalah "concentrate" dalam mengingati Allah secara berterusan dalam solat
- Solusinya ialah, Banyakkan juga "mengingati Allah di luar solat"
-Jika selalu "mengingati Allah diluar solat" maka lebih mudahlah untuk "mengingati Allah dalam ibadah khusus seperti solat"
- Cara yg lain juga adalah seperti solat di Masjid dan datang awal ..supaya kita sudah dapat menenangkan diri dan dpt meninggalkan sebentar memikirkan dunia...
Soalan Kedua . Bagaimana pula untuk Istiqamah ?
- Yang pertama sekali , Istiqamah itu bermula dengan "hati yg ikhlas kepada ALLAH"
- Yg kedua, dengan "menyampaikan dengan Lisan" (Supaya lebih mudah untuk igt dan amalkan)
- Yg ketiga , sudah pasti dengan "beramal dengan Amalan tadi dengan ikhlas dan berterusan"
P/s :-
- Penulis sendiri bukanlah seorang yg "sempurna" dan mungkin jauh lebih teruk daripada anda semua (Na3uzubillah)
- Niat hanya untuk menyampaikan agar penulis sendiri lebih tinggi keazamannya untuk beramal...
(Teringat saya akan ayat "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." - as-saff-ayat 2 &3 - ayat inilah yg akan saya ulang-ulangkan setiap kali selesai memberi tazkirah atau sebgainya, sambil tersengih2 dan mengejek diri sendiri jika xdapat melakukannya)
- Dan ini sahajalah ilmu yg cetek yg dapat dikongsikan bersama..penulis sendiri sedar bahawa dirinya "Seorang yg hina disisi ALLAH" terlalu banyak dosanya kepada Allah , secara sedar mahupun tidak sedar..semoga Allah memberi keampunan kepadanya...
- Sedarlah Manusia !!! Sedarlah !!! Sedarlah !!!
Bahawa kita sentiasa dalam perjalanan yg tidak pernah ada hentinya, jadi tugas kitalah utk menggerakkan stereng itu menuju ke matlamat yg benar (Syurga). Adapun kadang-kadang kita terpanggil2 dan terpulas stereng2 itu kekiri dan kekanan disebabkan betapa menariknya iklan2 di tepi kiri dan kanan kita (Hiasan dunia). Tempat akhir kita hanya kepada ALLAH tempat kembali segala makhluk..Mahukah kita kembali dalam keadaan yg tidak sedia ?
-Islahmujahidin-

Friday, April 9, 2010
ORANG IKHLAS TERTINDAS?
Bismillahirrahmanirrahim...
actually this is not my article/st0ry wrote by myself
I got this from email by my beloved sister
tq...
enjoy your reading
Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…
Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…
Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?
Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.
Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini…
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
Monday, April 5, 2010
Perancangan ...
Tiket pulang ke Malaysia telah pun ditempah...
Perancangan pun dibuat..
Serba sedikit..
Tahun ni pulang ke Malaysia lambat sedikit
Semoga tidak membazir masa...
Dalam masa 1 1/2 bulan di Malaysia
-Attachment di Hospital
-Ziarah sekolah lama (tgk2 jr)
-Ziarah kawan2 lama
-Mengajar (kalau ada org utk diajar)
-Uruskan dot.dot.dot. kakak
-Keluar dgn adik-adik
-Qiam UiA Gombak
-Jumpa ikhwah Malaysia
-Balik kampung
-Buat visa utk pg Umrah tahun depan
-Join program Malaysia
dan sbgainya...
Harap2 sempat la buat semua ni..
Hmm...masa oh masa...
Tidak membazir masa
Harithun 'alal wakt

Friday, April 2, 2010
Maafkan ana ...
Maafkan ana ya Rasulullah...
Kerana tidak mampu menjadi seperti "Saydina Abu Bakar as-siddiq"
yg bersungguh-sungguh menyampaikan risalah...
tanpa mengira penat mahupun bahaya...
Maafkan ana ya Rasulullah...
kerana tidak layak menjadi "Umar"
Ummar al-khattab yg tegas
Sehingga digeruni Musuh mahupun Syaitan...
Maafkan ana ya Rasulullah...
Kerana ana bukan seperti Sayyidina Uthman al-affan
Yg hebat mewakafkan harta dan masanya
membukukan al-Quran untuk panduan sepanjang zaman...
Maafkan ana ya Rasulullah ..
Kerana ana bukanlah Saiyyidina Ali
yg begitu warak dan sanggup menggadaikan nyawa
menggantikan tempat tidurmu...
Maafkan ana ya Rasulullah..
Kerana ana tidak seperti "Umar abdul Aziz"
yg benar-benar ikhlas menjalankan amanahnya
yg begitu Zuhud pekertinya
meminta dikuburkan jauh dihujung pelosok dunia...
Maafkan ana ya Rasulullah...
kerana ana tidak dapat memanfaatkan masa..
seperti mereka semua..
yg benar-benar telahmu pilih untuk meneruskan perjuanganmu...
Ya Rasulullah...
sekiranya engkau masih hidup pada hari ini
bersama-sama kami
pasti ana akan tunduk
setunduk-tunduknya..kerana malu...kepadamu kekasih Allah...
Apakah ana meneruskan jalan-jalanmu itu ?
ana juga tidak tahu....
Ya Allah..
kurniakanlah daku kesempatan waktu...
yg bukan menjadi hamba kepada buku...
tetapi memberi cahaya keseluruh alam...
Merindukanmu ya Rasulullah
-islahmujahidin-
Subscribe to:
Posts (Atom)