Monday, May 31, 2010

Ni3mat Yg Sementara ...

Alhamdulillah..
syukur , segala puji bagiNYA
Tuhan sekalian Alam..
Yg menjadikan manusia
Memberi rezeki dan menentukan perjalanan hidup setiap hambaNYA...

Minggu ini terasa ni3mat
Ni3mat yg mungkin sudah terbiasa bagi sesetengah orang
tp bg diri ini..
Syukur tidak terhingga...


"Kelapangan .."
Inilah yg dipinjamkan sementara ..
berbanding minggu2 yg lalu..

Setelah berfikir dan bermuhasabah beberapa ketika..
baru saya kembali sedar..
bahawa Allah sedang menguji
sejauh mana sanggup berkorban dan menjalankan amanah yg terbaik

Baru saya sedar,
kadang2 akan kalah kepada satu perkara
Walaupun perkara lain mampu ditangani dengan baik
tetapi satu perkara ini selalu saya " berkira-kira "

Iaitu "Masa untuk Study .."


Inilah perkara yg paling kurang mampu untuk saya korbankan
kadang2 terlalu berkira
sampai amanah dan emosi juga kurang stabil
lebih2 lagi di waktu-waktu peperiksaan...

Sedar dan memahami
bahawa perlunya untuk berjaya
dalam imtihan2 yg dilalui
Bimbang juga gagal
takut2 melukakan hati mak ayah di kampung halaman..

Minggu lalu
adalah antara minggu yg paling menguji
tahap pengorbanan dan kesabaran
hampir2 sahaja hilang kawalan..
Tp, syukur masih lagi diberi peluang
untuk meneruskan kehidupan ..

Imtihan yg lepas
adalah imtihan yg paling kurang saya bersedia
utk menghadapinya...
Banyak yg tidak sempat dibaca mahupun di ulangkaji
betul2 bertawakkal kepada ALLAH s.w.t
semoga diberikan keputusan yg terbaik..

Walaupun begitu,
mungkin buat imtihan @ sem kali ini
saya tidak mampu berjaya dengan hebat
Cukuplah semoga dapat melihat "Orang lain berjaya dengan Hebat"
InsyaAllah....



Afiq Fahimy dan Rakan2 lain yg membantu...
syukran jazilan saya ucapkan..
Hanya Allah yg mampu membalas jasa antum semua...

Ni3mat "Kelapangan dan kerehatan seperti ini"
Hanya mampu berdoa dan bermohon kepada ALLAH s.w.t
Semoga dapat lagi saya merasakannya
Selama-lamanya di Akhirat bersama-sama
para Solihin , Syuhada' dan Arsalin...

*Semoga dengan ujian kali ini
memberikan ruang dan peluang untuk saya dan rakan2 yg lain
untuk terus berkorban dan terus  berkorban
Supaya Ni3mat sebenar dan berkekalan itu
dapat dicapai dan terus dini3mati sehingga keakhirnya

-islahmujahidin-

Thursday, May 6, 2010

Berehat Seketika ...

Assalamualaikum
Pembaca yg dikasihi sekalian..


Setelah lama berada dalam medan penulisan ini
terasa seakan-akan kosong,
Kelihatan pergerakan da3wah semakin perlahan
dan semakin perlahan
langsung tidak mampu melawan arus Kezaliman yg semakin menjadi-jadi
sehingga ke hari ini..

Berfikir dan merenung seketika
Mengkaji dan memerhati beberapa hari kebelakangan ini..
Ana dapat rasakan betapa teruknya kelemahan diri
termasuk penulisan-penulisan sebelum ini

Alhamdulillah,
masih lagi diberikan petunjuk dan hidayahnya
Dan ana menambil keputusan
untuk berehat seketika daripada menulis
"Kadang kala terasa seakan membuang masa pembaca sahaja kerana entri yg kurang kualitinya.."
-maafkan ana atas kelemahan..

InsyaAllah
ana akan berehat sebentar daripada menulis
untuk Turun kepada "Medan Amal" pula..

Semoga penulisan dan kata-kata ana sebelum ini tidak menjadi hujah keatas diri ana
atas segala kelemahan dan kekurangan diri

Kembali mentadabbur surah as-saff ayat 2

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? "



*semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu..

InsyaAllah ana akan kembali menulis semula
mungkin sebulan , mungkin 2 atau bila-bila sahaja
apabila Allah s.w.t. menggerakkan hati untuk menulis...

Dan fokus selepas ini adalah = Untuk menggembirakan Semua "Orang lain"
(kerana ini adalah perkara yang  paling meggembirakan dalam hidup ana)

Maaf atas segala salah dan silap
"Semoga semua diantara kita diberi hidayah Oleh ALLAH s.w.t insyaAllah"

berehat seketika
-islahmujahidin-
(mujahidin yg sedang mengislahkan diri)

wslm wbt...

Saturday, May 1, 2010

Kenangan Terindah - Mereka memerlukan kita ...



Terselak memori lama seketika
Percutian "Musim Panas" Tahun lepas tiba-tiba bermain di minda
Tersenyum...

Percutian Musim Panas tahun lepas
walaupun pelbagai perkara yang dirancang sebelum pulang ke Tanah Air
hampir semuanya tidak menjadi
seperti melawat ke Shahputra , Ziarah sekolah beberapa kali, buat program untuk Junior2
dan sebagainya...
kerana "Kita Merancang, dan ALLAH juga merancang , dan sesungguhnya ALLAHlah sebaik perancang "
tetap bersyukur kerna dikurniakan
suatu pengalaman dan memori
yang sukar dilupakan...



Perjalanan hidup di Malaysia selama mana Musim Panas tahun lepas
hampir penuh digunakan untuk mendidik jiwa "kanak-kanak" kecil
yang mungkin dalam usia peralihan...
Yang jika dahulu, mungkin semasa zaman ini kita sebok memikirkan tentang gasing dan guli
tapi bagi mereka pada hari ini,
lain cabarannya
Mungkin mereka hari ini diuji dengan wujudnya PS2, PS3 , XBox dan sebagainya..

Menyukai kanak-kanak,
inilah kadang-kadang terfikir bercita-cita
untuk menjadi seorang "Pediatrician" (pakar kanak-kanak)
Bukan apa, kerana saya memikirkan bahawa kanak-kanak dan remaja lah sebenarnya
aset kepada sesebuah masyarakat
dan saya juga amat bersyukur jika semakin ramai orang yg "ditarbiyah"
Menjadi seorang guru..indahnya jika begitu...



Berbalik semula kepada cerita...
Cerita bermula apabila ayah menawarkan saya untuk mengantikan seorang guru yg bercuti bersalin
Tawarannya untuk mengajar "Mathematics" yg memang merupakan subjek kegemaran dari kecil2 lagi
terasa bersemangat...

Biarpun begitu,
sebenarnya kali ini diuji dengan tugasan guru ganti yang terpaksa mengajar di kelas Paling Hujung
yang murid-muridnya langsung "tak tahu makan saman"
tiada perasaan mahu belajar dan mungkin kadang-kadang "selambe je bila di marah"
kadang-kadang saya tergelak sendiri disebabkan kenakalan mereka
yg tak penah saya begitu..(haha bajet baik)



Tetapi sedar x sedar,
perkara inilah yg mengajar saya betapa pentingnya melahirkan guru yg mendidik
dan bukan sahaja mengajar anak muridnya

Banyak lagi kerja yg perlu yg perlu dilakukan
bagi memastikan generasi hadapan tidak terus hanyut
jauh lebih hanyut daripada generasi sekarang...

Jika kita hari ini takut dan terkejut dengan perkara yang berlaku
seperti buang anak , kes bunuh membunuh , zina , rogol , minum arak dan sebagainya...
Bayangkan pula pada zaman hadapan..
Bagaimana ?

Jika kita hanya meneruskan gelombang mungkar ini
pasti ranap semua dan segala yang ada pada masa hadapan
Apa akan jadi pada generasi anak-anak kita nanti ?
Jika kita terus selesa dalam situasi sekarang ini..

Seterusnya,
apa yg ingin saya sampaikan pada ketika ini ialah
betapa pentingnya kita
dan betapa mereka memerlukan kita selaku pendidik

Mungkin kita tidak berpeluang menjadi guru,
tetapi kita mungkin menjadi seorang abang dan kakak yang baik kepada adik-adiknya
pimpinlah dan didiklah adik-adik kita
Bukan sahaja dengan ilmu supaya cemerlang didunia sahaja
tetapi untuk akhirat langsung kita lupa
sebaliknya aban atau kakak yg baik adalah yg mampu menyelamatkan ahli keluarganya daripada api neraka...

(Gambar adik saudara baru yang bermata bulat...)

Sekali lagi saya bersyukur kepada ALLAH s.w.t.
kerana memberikan saya peluang untuk men"Diagnose" masalah-masalah masyarakat
yg mungkin kita kurang sedar pada hari ini
dan memberi saya peluang untuk menulis
dan memberi kesedaran kepada doktor2 , guru2 , murabbi2 , abg2 , kakak2 dan kesemuanya...

Semoga kita dapat menambil iktibar
kerana apa ?
"Manusia yang paling bijak itu adalah manusia yang belajar daripada pengalaman orang lain"

sekian dahulu
-islahmujahidin-

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. "  

                                                                                                                (surah at-tahrim ayat 6)