Saturday, June 26, 2010

Disebalik Fatrah Imtihan...

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur kehadrat Ilahi masih diberi nyawa dan udara untuk bernafas..
semoga dengan nyawa yg dipanjangkan ini semakin mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t
dan semakin bertambah ibadah kita untuknya..

dan insyaAllah pada kali ini saya akan kongsikan satu Hadis yg pendek
moga2 di sebalik kesebokan kita menghadapi fatrah imtihan ini
dapat juga kita rasakan bahawa kita adalah makhlukNYA
dan akan kembali kepadanya..

-Semoga Kita Tidak Terlupa ...-



Ikhwah fillah rahimakumullah, simaklah hadits Rasulullah SAW, hadits mutafaqun’alaih, shahih Bukhari Muslim:

Dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya.” (HR Bukhari)



Hadith dipetik daripada blog salah seorang sahabat Indonesia ..


Mudah sahaja...
pilihlah dan jadilah salah satu golongan daripada golongan tersebut
walaupun berada dalam fatrah imtihan ini..
saya rasakan bahawa tidak sukar untuk menjadi salah seorang daripada golongan 
yg diterangkan dalam Hadith sahih ini...

  1. Pemimpin yg adil
  2. PEMUDA yg tumbuh ibadahnya kepada Allah
  3. Seorang yg hatinya terikat dengan masjid
  4. Orang yg bertemu dan berpisah kerana ALLAH s.w.t
  5. Orang yg menolak pelawaan zina kerana takutkan Allah
  6. Seorang yg bersedekah tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk
  7. Orang yg mengingati Allah lalu menitiskan air matanya
Samapi disini sahaja buat kali ini..
semoga dengan penulisan ini kita mampu menjadi golongan
yg dinaungi Allah pada hari Akhirat kelak
dimana tiada siapa yg mampu menjadi penolong
tetapi sebaliknya ..
Hanya Allah-lah sebaik-baik penolong....



Sekian sahaja kali ini..



hambanya yg lemah
-islahmujahidin-

Thursday, June 24, 2010

Gaza WE ARE Coming..

Assalamualaikum warahmatullah...

InsyaAllah post kali ini,
saya tujukan khas buat " Doctors of 2014 " University of Alexandria...

Sebenarnya,
apa yg saya mahu kaitkan disini adalah perjuangan kita
yg mungkin jauh terkebelakang dari mereka (dalam video ini) kepada masyarakat Gaza
Meskipun mereka sendiri bukan tergolong dari kalangan "Muslim"

Actually saya sendiri terkesan dengan video ini,
terasa lemah dan rasa tak buat apa2 walaupun umur dah pun mejangkau 20-an

Apa kata tinggalkan Dunia "Game dan Movie" dalam masa 20 minit ni..
tengok video ni sampai habis..
moga2 terkesan
dan mampu memberi semangat semula kepada kita untuk teruskan "BerMujahadah"
buat Final Exam yg bakal menjelang...

________________________________________________________________________________










Sahabat2..
kita kena tahu apa perjuangan kita yg sebenarnya..
Manhaj kita dan matlamat kita...

Buat masa " Fatrah imtihan " ini,
suka untuk saya sedarkan bahawa inilah perjuangan kita sebenarnya..
" Sabar, sebulan je..."

Kenapa perlu cemerlang ?
- Inilah sebenarnya jawapan yg perlu kita cari sebelum kita melangkah, buka buku dan Murajaah ..

- Kita perlu cemerlang bukan atas alasan diri kita, supaya boleh menunjuk2 hebat dan pandang rendah orang dibawah
-Tetapi MUSLIM YG SEBENAR sedar, bahawa dia perlu cemerlang kerana ISLAM , memerlukan Ummah yg cemerlang..
-Pandang sajalah barat sampai bila2 kalau kita terus mcm ni, terus lemah dan terus lemahlah.
-Anda mengaku sebagai pejuang Muslim dan mahu membebaskan Gaza, tapi sendiri lemah dan tak cuba buat apa2, teruskanlah angan2mu itu..

- Ikhwah dan sahabat semuanya..Kenapa Perlu Lulus , (atau lebih hebat lagi cemerlang) ?
-Kalau kita gagal, dalam tempoh ini, apakah sanggup kita kembali kepada " Sijil SPM "
dan masa depan kita hilang begitu sahaja..inilah yg ana "Paling gerun" , ana xmahu hilang pejuang2 yg berada disekeliling ana ni, hilang..cukup, itulah balasan dunia yg paling teruk bg diri ini...

Pejuang yg sebenar, bukanlah mereka yg bercakap sahaja pandai..
tp Beramal dengan apa yg mereka katakan..

Kita berbalik semula kepada Video diatas td..
tentang bagaimana mereka (aktivis2) sanggup berdepan dengan tentera Israel laknatullah
tanpa takut dan mahu berpatah , malah ada yg sanggup mati
ketika  betul2 hampir sampai ke Gaza..
setelah bersusah payah selama berbulan-bulan..

Bayangkan kita sahabat2..
Mereka Kafir..
dan tak ada kaitan dengan Gaza..
Takkan kita nak menyerah diri ketika akhir2 ini..
setelah 4 bulan kita "Bekerja keras" (semenjak bulan March)
dan kita nak berputus asa pada akhir2 ni ?
jangan , jangan ......

Akhir sekali...
apa yg nak saya tekankan adalah bahawa...
Saya sendiri tidak meletakkan kejayaan kepada Keputusan (Result)
tetapi kejayaan pada diri sayahanya ada pada mereka
"Yg Berusaha bersungguh-sungguh " dan mempunyai Azam yg Kuat (Azmul Qawiyyun)

Jadilah Doktor yg Hebat ...
Kerana Islam memerlukan "ANDA" , Doktor yg hebat ...


sahabatmu ..

-islahmujahidin-


 

Monday, June 21, 2010

Marhaban Ya Ramadhan ...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua..
sihat ?
Berhabuk sudah blog ini ditinggalkan ..
insyaAllah pada kali ini saya akan menulis serba sedikit
apa yg terpaut dalam fikiran ini..
moga2 ada sedikit basah hati kita untuk cinta kepada yg-ESA...

Sedar tidak sedar,
Bulan Rejab sudah kita berada..
Salah satu bulan yg dikurniakan Allah kepada manusia
tanda cintaNya kepada HambaNya ...

Dan Bulan ini juga menandakan bahawa
bulan yg ditunggu-tunggu semakin tiba
" Ramadhan Mubarak "
Ya ALLAH , sampaikan kami kedalam bulan Ramadhan...
Bulan keampunan , bulan pemberian , Bulan keni3matan , Bulan yg ditunggu manusia yg sentiasa rindu akan Rabbnya ...

Sebelum masuk ke Bulan yg hebat tersebut..
Allah telah mengurniakan kita Bulan Rejab (yg kita berada didalamnya) dan Sya'ban yg kita harap bakal kita melaluinya...
Ini adalah salah satu tanda yg Allah s.w.t. mahu menganugerahkan kita satu bulan yg hebat
dan dengan itu " 2 bulan " persediaan telah disediakan..
Bulan istimewa buat ummat Nabi Muhammad s.a.w.
digandakan amalan sebanyak2nya
dan dianugerahkan seterusnya Malam yg lebih baik drpd seribu bulan ....

Jadi sebelum masuk ke fasa Ramadhan..
suka disini saya menceritakan persediaan untuk melaluinya
seperti pasangan yg sedang menunggu kelahiran anaknya
semua peralatan , persediaan dan kelengkapan disediakan..
begitu juga atau lebih drpd itu perlu kita bersedia untuk menghadapi Ramadhan kali ini...
semoga kita adalah manusia yg terpilih itu, yg dapat keni3matan "Malam Lailatul Qadar"
dan segala ganjaran yg dijanjikan di dalamnya...

Bulan Rejab..
adalah salah satu bulan y diharamkan untuk berperang dalam Islam..
(kecuali dengan sebab2 tertentu)
dan yg paling penting untuk kita ketahui
di bulan ini digandakan amalan2 baik yg kita kerjakan..
jadi amat rugilah jika kita ummat yg penuh dengan dosa ini tidak merebut peluang sebegini..



Sedikit perkongsian tentang apa y saya dapat dalam "kuliyyah tafseer" hari ini
sebenarnya tiada pun amalan y specific untuk bulan Rejab ini..
seperti Puasa pada 1Rejab dan sebagainya..
TETAPI...
apa yg hanya perlu kita tahu adalah bulan ini digandakan ganjaran buat amalan kebajikan
Jadi puasa sunnat itu sendiri adalah kebajikan..
maka tidak salah untuk kita memperbanyakkan amalan kebajikan kita
cumanya, yg perlu kita tahu tiada amalan tertentu yg perlu kita amalkan dalam Bulan Rejab ini..
seperti solat sunat ....(pada awal rejab) , puasa 1rejab dan sebaainya
kerana tiada Hadith yg menceritakannya..

jadi sampai disini buat kali ini..
semoga bermanfaat

cuma tambahan beberapa point..
tentang , mengapa perlu kita berusaha menambahkan Iman ??

Iman ini adalah umpama modal kita
dan amalan adalah perniagaan kita
Semakin tinggi modal kita, maka semakin banyaklah keuntungan yg kita akan dapat..
Dan sebab itulah mereka yg bertambah imannya akan bertambah amalannya...
Jika kedua-dua ini tidak saling lengkap-melengkapi
maka kuranglah keuntungannya ...



Maka apa PLAN kita untuk Ramadhan Kareem yg bakal tiba ?
Double Muktabaah @ Wajibat ?

Sekian sahaja..
salah silap harap maaf

hambanya yg lemah
-Islahmujahidin-

Saturday, June 12, 2010

Histology Practical (Tutorial)

Bismilahirrahmanirrahim..

Ok
Kali ni insyaAllah saya akan cuba menunjukkan serba sedikit
cara mudah untuk meng'identify' slide histo
sebab biasanya masalah practical exam ni adalah masa yg x cukup
Kadang2 belum sempat habis tgk lg dah kene "Shift"
so, insyaAllah kali ini saya cuba membantu serba sedikit
memendekkan masa untuk meng"Diagnose"
slide2 yg ada

Dan amaran dan pesanan
Apa yg di tulis ni cuma untuk membantu dalam exam
tp bukan dalam life sebenar
so, still kene faham betul2 slide tu...

Ok kita mula insyaALLAH


NI slide first kita hari ni..
X lain x bukan ileum..
tapi kalau ada pelekat tulis "ileum" mmg la boleh jawab kan?
haha..
k, setelah kaji slide ni...
saya mendapati bahawa kebanyakan slide ni mmg separuh je
xde yg bulat penuh..
stakat ni x pernah jumpa lg..

Jadi bila jumpa slide camni,
tulis la ileum, lepastu baru tgk microscope utk pengesahan
cari peyer's patches
Lymphoid follicles ni walaupun warna x basophilic sgt
tp kalau dah jumpa aggregation of cells tu..
insyaAllah Ileum




 

InsyaAllah ni slide kedua kita hari ni
Oesophagus
skali lg, slide yg tak lengkap bulatan dia
mcm ileum gak td
tp yg kompemnya
dia kecik..
Bukan kecik_saser (sorry jgn marah kecik)
Jadi utk pengesahan
tgk microscope , boleh la tgk characteristics mcm biasa
contohnya stratified non-keratinized squamous epithelium
n ada 2 layer of muscles kat musculosa




Slide yg ketiga
insyaALLAH ni, kompem tanpa perlu sebarang pengesahan...
Dan Paling Penting

Pastikan dalam Diagnosis kita
tulis
"Liver and Gall Bladder"



Seterusnya Foetal Lung
bentuk dia mcm ni
mmg macam ni la
ada pecahan 3
tp x pasti la, sbb saya sempat kaji 2 slide je
dan dua2 slide mcm ni

neway kalau x pasti tgk la kat microscope
kalau ada lubang2 alveoli
dan septa yg agak tebal
n alveoli mungkin collapse
insyaALLAH foetal lung la tu

___________________________________________

Seterusnya appendix , duodenum and jejunum
agak keliru jugak la ketiga2 benda ni..
cuma kalau jumpa slide yg mcm ni,
"set"kan dalam mind yg kemungkinan 3 benda ini...





 

Ok maybe ada yg keliru antara Jejunum and appendix
cuba tgk betul2 perbezaan dia
bkn dari dalam microscope tp secara naked eyes dulu

yg pertama appendix ni colour dia lg terang
maybe kecik lg sikit daripada jejunum
n nampak mcm beaded sikit dalam lumen dia

Kalau  jejunum maybe tak nampak sgt beaded tu
n maybe nampak dua colour
merah kat layer luar skali dan layer lain kebiru-biruan

dan duodenum pulak nampak mmg berbeza sgt
dengan appendix n jejunum
dia kurus sket n warna ungu
maybe dia ada peptic ulcer kot
slalu kene acid
(xde la , saje je..senang nak igt)

 Tp pape pun,
buat backup plan,
tgk sendiri dalam microscope
susah tentu Kalau duodenum - ada villi and Brunner's gland kat submucosa
kalau jejunum - xde gland ataupun peyer's patches
n kalau Appendix , goblet cells jelas sket n ada lymphoid nodules

_____________________________________________________

Seterusnya antara Trachea n Large intestine







Ok
Perbezaan pertama warna
Large intestine - merah
Trachea - ungu

Cells line kat lumen
Trachea -smooth je , xde protrusion sgt
Large Intestine - ada mucosa and cell layer yg x brape smooth and kita boleh cakap corrugated la

Seterusnya tgk la kat microscope betul2
kalau Large intestine ada la nampak mcm "test tubes in the rack "

kalau trachea pulak ada C-shaped cartilage
kalau x jumpa jugak
cari sampai jumpa sbb ada part yg  x covered by cartilage
tp digantikan nan trachealis muscles

___________________________________________________________________




Tada..
ni adalah GastroOesophageal junction (sorry post sebelum ni , buat tgh ngantuk2 )
layer yg biasa2 , tiba2 thrown into fold

* Klau junction2 ni better tgk dalam microscope
ni x berapa tepat sgt
Ataupun tgk dalam microscope
tgk part yg ada villi n Brunner's gland
ye la , kalau duodenum sahja mesti la 
bulat bentuk dia ..




Haa, kalau pylorus sahaja bentuk dia mcm ni ,
xde thrown into folds kan ?
warna merah2 strawberry

Last skali * bentuk2 dia mungkin vary accordig to the slide
jadi be prepared 
anggap je ni sebagai idea awal sebelum diagnose
TQ



saja je nak promote lagu ni..
n jangan lupa doakan Saudara Palestine kita
k
wslm


-islahmujahidin-

Parasitology

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama skali minta maaf sebab hanya mampu buat tutorial mcm ni je...
nak tulis x sempat..
Dan kalau ada tersalah2 tu betulkan la ek...

Utk video yg pertama tu ,
terpaksa timeline dia dipendekkan
untuk upload dalam youtube
so, ada la mcm 'rap2' sket..

neway ni je yg termampu...
selamat belajar ek

=)













*Pembetulan

Untuk Gravid Segment of Dipylidium Caninum
-ni Gambar yg sebenarnya
sebab semua organ lain atrophy
maalish


 - minta maaf kalau ada terkurang -




  

Friday, June 4, 2010

Always be There ...



Always Be There Lyrics

By: Maher Zain


Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah

The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy

Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard
There’s no way to turn

As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn

As HE promise HE will always be there…
HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything

Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over

And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn

As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn

As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn

As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn

As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

Video & Lyrics Information

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Bilal Hajji & Maher Zain
Melody: Maher Zain
Arrangement: N/A
Copyright: Awakening Records 2009


Subhanallah ...
Inilah ketenangan @ Ni3mat paling besar
Hidayah dan Rasa Cinta Pada Rabbnya...
semoga berkekalan dan terus bertambah dan bertambah ...

Ya Allah..
daku bersyukur atas segala-galanya...

Semoga Iman terus bertambah
-islahmujahidin-