Monday, August 23, 2010

2 MOre Days ...


ALhamdulillah..
tinggal 2 hari saja lg bakal menjejakkan kaki ke tanah air tercinta
rindu rasa hati untuk berjumpa dengan ahli keluarga ,sahabat2 , adik2 , dan jiran2 ...
Alhamdulillah syukur x terhingga , semoga dipermudahkan perjalanan..

Waktu yg makin singkat kadang2 membuatkan saya tertekan..
persediaan diri masih belum mantap ..
dan perlu bnyak lg bekal perlu diisi
Hati perlu diisi dengan iman sedalam-dalamnya kepada ALLAH s.w.t semata-mata
Supaya insyaALLAH dapat membimbing sedikit sebanyak ahli keluarga
sahabat handai dan masyarakat di Malaysia ...
Kerana APA ?
kerana saya tidak mahu menjadi orang yg hanya pandai bercakap
tetapi mempunya hati yg kosong
dan lemah tanpa Iman..
Kerana yg paling penting dalam diri setiap Muslim itu sendiri adalah Iman itu sendiri ...


Masa sebulan bergitu pantas berlalu ..
hari demi hari berlalu dengan cepat..
seperti tidak mampu berbuat apa2..
Bnyk buku2 yg dibeli 2tahun lepas , tahun lepas dan tahun ini masih belum sempat dibaca
Mungkin semenjak minggu lepas lagi saya sibuk dengan urusan keputusan peperiksaan sem lepas...
ah, tapi tidak itu tidak mampu dijadikan alasan..
Kerana saya yakin dimana ada kemahuan disitu ada jalan..
Cuma terpulang kepada diri sendiri ..

Disamping bulan Ramadhan yg tiba ,
ya, seronok ..saya sangat seronok berada disini ..
Walaupun waktu malam begitu singkat ..
tapi sungguh bermakna , berbeza dengan bulan2 sebelumnya ...
Solat tarawikh , Imam akan membaca 1juzu' ( 8 rakaat )
dan seriously , jauh berbeza dengan Malaysia ..
mereka solat dengan penuh kesungguhan .."Imanan wahtisaban"
Apabila sahaja sampai ayat azab ..
terdengar sahaja esakan tangisan daripada makmum2 bersebelahan ..
Dan syukur alhamdulillah ,setelah 2tahun duduk di Mesir ini..
mampu juga sedikit sebanyak memahami apa yg dibaca sang Imam ..
Cuma masih bnyk lg yg tidak difahami ..
Dan itulah kesedihan yg paling Besar ...



Mak , ayah , kakak2 , adik2 , sahabat2 , junior2 dan semuanya ...
Saya amat merindui kamu semua ..
sungguh rasa x sabar untuk berjumpa dengan semua orang..
tapi persoalannya , apakah aku bersedia ?
"Qu anfusakum wa ahlikum Naraa"
ayat inilah yg selalu bermain-main di kepala saya semenjak saya betul2 mendapat
perhatian tarbiyah di Mesir ini ..
Hampir2 saya menangis mentadabbur ayat2 sebegini
memandangkan betapa lemahnya diri ini
untuk membina masyarakat sekeliling..

Tugas Di Mesir sudah hampir selesai ...
cuma tinggal beberapa kes kecil lg..
Ya, Malaysia ...2hari lagi ..2 hari lagi ...
Saya akan bersedia bersungguh2
meningkatkan Iman ...

"Mengharapkan Taufiq dan Hidayah daripada ALLAH yg maha pemberi petunjuk"

-Islahmujahidin-
is going back 2 Malaysia

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Bulan Kemenangan ?

image0019.jpg
(Dipetik dari buku Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui)
Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:
BULAN DITURUNKAN AL KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.
Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain ZaburTauratInjil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.
Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalamSurah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.
Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.
Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.
Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.
Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. Baca juga di sini. (klik)
PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin)memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.
Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.
PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.
Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinanSultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi.Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973,Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

dIPETIK DARI blog - http://fauzanibrahim.wordpress.com

-islahmujahidin-
RAMADHAN KAREEM

Tuesday, August 10, 2010

Kullu Sanah wa entum toyyibin ..



Ramadhan kareem...ramadhan kareem ...ramadhan kareem...
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Syukur yg tak terhingga ana ucapkan..
lebih2 lg kali ini dikurniakan peluang untuk berpuasa di bumi anbiya' ini

semakin gembira rasa hati...
kalau dilihat persiapan ramdhan mereka terbalik dengan sambutan di Malaysia

kalau di Malaysia,
kita sebuk cari pelita, hias rumah, beli baju baru
dan sebagainya
tetapi di Sini
mereka sebulan lebih awal akan membuat persiapan sedemikian...
menyambut "Ramadhan kareem"

Turut menumpang gembira
Bersungguh-sungguh mereka untuk menghapus dosa sebelum2 ini...

Ketika Umat Islam Malaysia sibuk mencari wang untuk diberikan kepada sanak saudara
pada hari raya yg bakal menjelang
Mereka disini sibuk melaburkan wang yg mereka kumpul selama berbulan2
menyambut kedatangan Bulan Mulia ini ...

Makanan2 mewah,
dimana2 sahaja
di Masjid, tepi2 jalan dan semua tempat
disediakan untuk mereka2 untuk berbuka puasa
semuanya "PERCUMA"

Banyak lg yg x dapat saya ceritakan betapa seronoknya ramadhan
semoga kali ini berjumpa dengan Lailatul Qadar
semoga terus istiqamah hingga ke akhirnya..
dan semoga amalan2 dan apa yg pernah dibina 11bulan sebelum ni
menjadi amalan berlipat kali ganda
dari sebelum2nya...

Tunggu di sana Malaysia..
Ana akan balik dengan hati yg terisi dengan Iman ...

AHlan Ramadhan ...



-islahmujahidin-

Sunday, August 8, 2010

Tergesa-gesa ...

Bulan peperiksaan yg begitu lambat berlalu semakin menekan Perasaan Karim,
perasaannya begitu perit menunggu bakal berakhirnya minggu peperiksaan
namun begitu dia terpaksa meneruskan perjuangannya
sebagai seorang pelajar di Universiti yg tidak kurang terkenalnya di Mesir ini,
University Of Alexandria...

Karim , seorang pelajar biasa
berumur dalam lingkungan 20-an menarik nafas panjang
apabila melihat kalendar
bahawa peperiksaan bakal berakhir 15hari lg
Begitu lama masa itu untuk berlalu baginya
Pelbagai perkara perlu diselesaikan olehnya
semakin menekan-nekan didalam kepalanya berfikir
Cuma mampu bersabar,
Buku Pharmacology yg berwarna ungu itu ditatap semula
menyambung semula ulangkajinya yg ditinggalkan 10minit yg lepas..

15minit kemudian pembacaan Karim terhenti lg
Terasa penat tekaknya membaca
dicampur kering oleh Musim panas dan kering
walaupun Alexandria merupakan tumpuan utama warga Mesir
yg datang dari setiap pelusuk negara ini
kerana terkenal dengan cuacanya yg dikira paling sejuk berbanding tempat2 lain
2kali ganda penduduknya berbanding Musim panas
namun tetap, tidak boleh lari dari kepanasan dunia sementara Musim Panas ini..
"Belum lagi panas Akhirat" - bisik dirinya

Aseer(Jus) Subia didalam peti sejuk diambil
diambilnya cawan, dituangnya perlahan-lahan
penuh berhati-hati...
Duduk seketika, "Bismillahirrahmanirrahim"
diteguknya air itu perlahan-perlahan
Lega rasanya.....

Kembali duduk ditempat belajarnya semula,
diatas meja terpandang buku2 bahasa arab yg dibelinya beberapa bulan lepas..
Terasa panas hatinya, sakit dan dadanya berdegup kencang
perasaan marah bercampur sedih dalam tubuhnya
membuatkannya dia tertunduk seketika
hampir-hampir sahaja air matanya mengalir
namun jari telunjuknya diambil untuk menyeka matanya
supaya tidak sempat mengalir keluar..
Mengangkat semula mukanya, nafas ditarik panjang-panjang
sambil bisik hatinya berkata
"tak apa tinggal 15 hari lagi .."
Sambil meneruskan pembacaannya yg terhenti seketika tadi...

Buku-buku itulah menjadikan Karim semakin semangat untuk segera menghabiskan
fatrah imtihan yg menyekatnya..
Karim bukanlah seorang yg hebat dalam bahasa arab
lebih2 lg bahasa arab fushah
kerana  tidak datang dari sekolah agama yg menyediakan pembelajaran bahasa arab
setiap kali untuk membaca buku2 itu
dia akan menterjemah hampir keseluruhan kalimah yg tertulis
Jauh dalam lubuk hatinya bersemangat untuk menghadiri kelas-kelas bahasa arab
yg mungkin di sediakan atau dia akan mencarinya sendiri
" Cairo ", fokus dan targetnya sebaik sahaja selepas exam berakhir
kerana banyak tenaga2 pengajar yg hebat dan mampu mengajar kiranya
Cuti musim panas juga telah dirancang supaya dapat menghabiskan lebih masa untuk Bahasa Arab
sebelum pulang ke Malaysia ...

Buku-buku Fikrah itu tersusun rapi
tinggal masa untuk dibaca dengan penuh pemahaman
Itulah sebenarnya harta yg paling berharga di Bumi Mesir ini
sesetengahnya berbahaya untuk dibawa keluar dibawa keluar rumah
oleh kerana dengkinya kerajaan Mesir itu sendiri untuk kebangkitan Islam..

Ya, akhirnya fatrah imtihan telah berakhir
Karim gembira
Berbagai-bagai rancangan tumbuh di dalam kepalanya
Sedikit masa peru diperuntukkan untuk ukhuwah bersama-sama sahabatnya
sebelum bertolak mencari apa yg diidam-idamkannya...
Cairo= Kaherah , ya tidak lama lagi ...

Masanya sudah tiba,
Karim Bertolak ke Kaherah..
Namun rancangan Allah lebih hebat
Karim tidak bertemu dengan dicarinya itu ...

Walaupun kecewa ,
itulah manusia tidak pernah sunyi daripada ujian..
Semakin susah dicari semakin manis hasilnya ..

Karim hanya bersabar dan mengharapkan yg terbaik daripada Allah..
Bekalan lain juga perlu dicari
untuk dibawa balik ke Malaysia
"Kuu anfusakum wa ahlikum naara" - inilah kata2 semangat
yg dipegangnya
Untuk kepulangannya ke Malaysia ...

Karim ----> Ramadhan Kareem , semoga bertemunya ..

" Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun " - al mulk-ayat 2

-islahmujahidin-

Friday, August 6, 2010

Pagi Jumaat...

Saya Fowardkan email yg dihantar oleh kakak saya..
semoga bermanfaat

 Pagi Jumaat....


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!