Thursday, February 24, 2011

Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim

*Terpanggil utk meletakkan tajuk ini dalam entri kali ini
semoga dapat menjadi bekalan buat semua...
Agar kita mendapat keredhaan Ilahi

Copy n Paste -Tariqudda3wah (Jalan2 da3wah) -Ustaz Mustafa Masyhur



Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim
Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah merupakan dua kewajipan
asas di atas jalan dakwah dan wajib ke atas setiap muslim, lelaki dan wanita. Di samping dua
kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya iaitu menegakkan
rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang manusia akidah yang wajib disediakan
untuk menjadi muslim yang sejati, yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan pemimpin
yang patut diikuti. Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai
tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Keluarga muslim mempunyai peranan
yang penting di dalam kekuatan dan perpaduan masyarakat atau perpecahan dan kemusnahannya.

Rumahtangga merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan
dibentuk di peringkat pembentukan dan persediaan. Rumahtanggalah yang bertanggungjawab
mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka,
benarlah Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya kejadian yang suci dan ibu bapanyalah yang
menjadikannya Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi".

Hadis Rasulullah s.a.w. mengenai pembangunan rumahtangga tidak dapat dibicarakan
hanya dengan satu atau dua artikel sahaja, tetapi kita perlu merujuk kepada buku-buku dan
karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu. Cukuplah saya terangkan
sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.

19.1 Pemilihan
Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang
lain kepada Allah wajib ke atas keduanya memilih pasangan masing-masing. Putera Islam mencari
puteri Islam untuk menjadi isterinya yang solehah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk
menjadikan suaminya yang soleh untuk berkongsi kehidupan suami isteri.

Dari awal-awal lagi hendaklah mereka membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di
atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih
yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam kehidupan ini. Menjadikan
pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah. Sentiasa mengingatkannya apabila
dia lupa, sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalangnya. Memelihara dirinya di waktu
ketiadaannya walau berapa lama pun dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut Islam
yang sebenar.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang
jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi
pendokong dakwah Islam. Iaitu seorang penganut akidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah.
Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah.

Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan
menjadi pusat dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepadanya dengan
sabda baginda:
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya dan pangkatnya,
kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia".

Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w., tidak mengiktiraf wali yang menikahkan puterinya
dengan seorang lelaki yang tidak disukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam
untuk memilih suami yang soleh.

19.2 Beriltizam dengan Batas-batas Islam
Kita mahu supaya undang-undang dan adab-adab Islam mampu mengawal dan menguasai
setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan,
akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri dan masa pengantin baru atau
berbulan madu mestilah jauh dari adat lapuk jahiliah yang rosak. Sama ada jahiliah lama atau baru,
yang bertentangan dengan syariat Allah Taala ataupun yang menjadi penghalang di jalan
perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan.

Mengapakah tidak dilaksanakan akad nikah itu di masjid? Di dalam udara yang bersih dan luas
yang jauh dari sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros
yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar. Akad nikah di dalam masjid
tidak digemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam.

Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan akad nikah di
dalam masjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi
perkara yang biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi lumrah dan disukai oleh manusia.

Sesungguhnya itulah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan. Kalau kita berpegang teguh
dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan
keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.

19.3 Kebahagiaan Rumahtangga Yang di Cita-citakan
Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama, sempurnalah langkah-langkah yang
menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.

Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan
merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari
oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri. Tidak pula
dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan perhiasan rumah. Tetapi kebahagiaan itu
diperolehi dari dalam diri sendiri, dari ketakwaan kepada Allah. Kerana Allahlah yang
mengurniakan kebahagiaan yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara
suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cendurung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih dan sayang". Ar-Rum: 21

Kita tidak memandang kebahagiaan itu pada harta yang banyak, tetapi orang yang bertakwa
itulah orang yang berbahagia.

19.4 Perkahwinan Itu Ibadat
Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Oleh itu, kita
mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah s.w.t. Kita
jadikan seluruh kehidupan hidup sebagai alat untuk menghampirkan diri kepada Allah. Kita
gunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada
Allah. Kerjaya, perkahwinan, pendidikan anak-anak dan Iain-lain perkara yang merangkumi segala
kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kerana Allah untuk menghampirkan diri
kepada Allah asalkan ia dilakukan kerana mengharapkan keredhaan Allah dan menjauhi
kemurkaanNya.

Oleh itu putera puteri Islam mestilah menganggap urusan perkahwinan mereka sebagai
ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap
keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran
dan adab-adab Islam, hak-hak dan tanggungjawab suami isteri, rumahtangga dan keluarga,
bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu.

Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah mentaati Allah di dalam pergaulan
mereka. Saling menghargai, saling menghormati dan berkasih sayang di antara keduanya semuanya
itu mesti diatur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w. tatkala baginda bersabda yang
bermaksud:

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia
sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam itu lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

19.5 Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai
Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai cinta-mencintai di antara suami
isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka
menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka, hilanglah segala keraguan. Tiada lagi kata mengata, tuduh-menuduh dan kepura-puraan. Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang dan
rahsia, di waktu tersembunyi dan waktu dilihat. Lantara itu, tenteramlah jiwa suami dan berpuas
hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang
memelihara diri walau berapa lama pun dia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya
terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang
demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan
mengoda keduanya.

19.6 Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin oleh Suami
Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas
syura, tolong-menolong, cinta-mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang
bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus, inilah yang mendorong
melahirkankejmantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang
selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. Jika masih terdapat
kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan.

Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:
"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf.
Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya". Al-Baqarah: 228


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah lebih melebihkan sebahagiaan mereka (lelaki) atas sebahagiaan yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". An-Nisa': 34

Lantaran itu sempurnalah penntadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di
dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam. Tidak
lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam rasa Qana’ah (berpuas hati
dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Jannatunna'im. Lihatlah
rumahtangga Rasulullah s.a.w. kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya
tidak berasap kerana tiada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya,
rumahtangga Rasulullah s.a.w. tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada
tolok bandingnya hingga hari ini.

19.7 Perkahwinan Adalah Tanggungjawab dan Amanah
Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan
tanggungjawab. Setiap orang dari kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap
rakyatnya. Oleh itu, hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang
dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu". AtTahrim:6

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang
paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya".

Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh,
kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh
sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga
yang mencuaikan hak Allah atau menyalahi ajaran Islam, padahal itulah yang paling utama
diperhatikan dan diubati.

19.8 Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah
Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagai Islam dan seorang
muslim yang benar akidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan
yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga
muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga
dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti. Kita ingin melihat suami muslim yang
memikul tanggungjawab terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat
bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam
yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka pada setiap peringkat hidup mereka. Kita mahu
melihat isteri muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan
menggembirakan suaminya.

Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah
perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Taala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata
yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya di waktu
pagi: "Bertakwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami
makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja".

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anakanak
dan membentuk mereka menurut acuan Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan
mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini
cuba dihapuskan oleh musuh-musuh manusia. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari
para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan
bangunan masyarakat.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang
memperhambakan diri mereka kepada Tuhan. Mereka mentaati Allah, berbuat baik dan berjasa
kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan
tidak lahir dari mulut sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturrahim, yang sentiasa
mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita mahu melihat
rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat
kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka
makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak
membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di
luar kemampuannya, mereka menolongnya.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentu yang unik sebagaimana yang
telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka
menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.

Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik dalam
setiap aspek kehjdupan. Dengan fesyen pakaian yang Islamik, makanan dan minuman yang halal,
akhlak yang mulia, sikap yang Islamik, gaya yang Islamik dalam setiap adat dan tradisi, di waktu
suka dan duka. Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah dan budaya jahiliah yang diimport
dari luar.

Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada
Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah, melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam
melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang
lapangan kehidupan keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin
rumahtangganya tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.

19.9 Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya
Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi pusat dakwah
Islam. Setiap anggota keluarga yang akil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendokong
dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran,
dengan hikmah dan nasihat yang baik. Isteri yang solehah mampu menarik hati jiran-jiran dengan
dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpatmengumpat
dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan
agama.

Bidang dakwah Islam sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada
Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini
kecuali yang telah mendapat taufik Allah telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk
meruntuhkan dirinya dan memusnahkan orang lain. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai
wanita solehah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang
maaruf dan merobohkan yang mungkar serta menghapuskan yang batil, menyokong kemuliaan dan
memerangi kehinaan.

Kita menghendaki rumahtangga muslim sebagai rumah api yang memberi panduan dan
petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan dan
memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya serta menyinari jalannya untuk dilalui oleh
mereka. Dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan bersambung-sambunglah
daerah-daerah nur dan cahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari
masyarakat. Maka dengan demikian keperibadian Islam mampu menyinari masyarakat dan
memimpinnya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan
kejahatan mudah dihapuskan. Barulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan yang bersih dan
mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam seterusnya kerajaan Islam yang
global.

Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan
bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang ideal yang menjadi model Islam yang sejati
untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan
asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan
menyusahkan.

Wabillah hi taufik-wal-hidayah.

Tuesday, February 22, 2011

Perubahan itu tidak pernah mudah ...

Rintangan Yang Hebat

Pun begitu kita perlulah sedar bahawa perubahan yang diharapkan itu tidak akan terjadi
dengan mudah, tetapi perubahan itu adalah hasil dari pertentangan yang hebat dan keras di antara
yang hak dengan yang batil:

"Demikianlah Allah membuat perumpamaan bagi yang benar dan yang batil adapun buih itu akan
hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; adapun yang memberi kebaikan kepada manusia, maka dia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan ". Ar-Ra'ad: 17

Kita hendaklah percaya kepada bantuan Allah. Hendaklah kita percaya kepada agama kita
bahawa inilah agama yang hak, agama yang benar. Hendaklah kita percaya pada jalan dakwah
Islam, inilah jalan Rasulullah s.a.w. Marilah kita percaya bahawa masa depan adalah untuk Islam.

Marilah kita percaya pada diri kita, marilah kita beramal dan berusaha terus hingga terbukti janji
Allah:
"Adalah menjadi kewajipan Kami menolong orang-orang yang beriman.” Ar-Rum:47

tariqudda3wah - Mustafa Mahsyur ( 22/2/2011 )

Sunday, February 13, 2011

Penjelasan dan Iktibar Isu Mesir

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ المُلْكِ تُؤْتِي المُلْكَ مَن تَشَاءُ وتَنـزِعُ المُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ
 وتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الخَيْرُ إنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Inilah ayat yg selalu diulang2 kita pada waktu pagi dan petang dalam bacaan maathurat

“Katakanlah (kepada mereka wahai Muhammad) Allahlah yang memiliki kerajaan. Dia memberikan kerajaan kepada siapa yang Dia kehendakki. Dia mencabut kerajaan dari siapa yang Dia kehendakki. Dia memuliakan siapa yang Dia kehendakki. Dia menghinakan siapa yang Dia kehendakki. Pada sisiNya lah kebaikan. Sesungguhnya Engkau (wahai Tuhan) berkuasa atas tiap sesuatu …”

Rakyat pada mulanya tidak berani menentang beliau 
kerana sesiapa yg menentang pasti disumbat kedalam penjara
( Undang-undang darurat selama 30 tahun )

Akhirnya Kerajaan Hosni Mubarak yg berkuasa kira-kira 32 tahun tumbang dan dianya sendiri lari ketakutan ..
Inilah kuasa ALLAH yg kita imani melebihi dari segala apa kuasa yg ada di dunia
US dan ISRAEL sekutu kuat beliau cuma berlepas tangan dengan apa yg terjadi
Dan kemenangan berpihak kepada rakyat walaupun tanpa pentempuran darah
dengan hanya perang saraf dan Psikologi akhirnya Mubarak cabut lari ketakutan ...

" Iza jaa' Nasrullahi wal fath "
- Apabila datang Pertolongan Allah maka berjayalah -

( Ayat yg selalu diulang2 oleh Imam2 masjid semasa Yaumul Ghodob-Hari kemarahan )

Medan Tahrir kini tercatat dalam sejarah
dengan kasatuan yg begitu kuat rakyat Mesir

Pengalaman Ini sememangnya menjadi pukulan yg amat dahsyat didunia kini
dan sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua
bg yg mempunyai mata (walaupun sepet) untuk melihat
bg yg mempunyai telinga (walaupun capang) untuk mendengar
atau bg yg mempunyai hati (walaupun sering jatuh hati) untuk menjiwai
dan yg mempunyai akal untuk berfikir

Sejarah ini telah membuktikan
bahawa dengan satu gelombang yg memukul pada satu arah tujuan 
mampu menjatuhkan sasaran tersebut walau betapa peritnya
walau bertapa peritnya rintangan yg menghalang

Tetapi semua itu memerlukan kesabaran ......

Teringat saya suatu ketika dalam perjalanan menuju ke pasar
beerjumpa dengan kumpulan muzaharat menuju ke Game' Ibrahim
tiba-tiba datang seorang wanita ..
menjerit-jerit , MARAH dengan kumpulan tersebut ..
mungkin sebabnya semakin terhimpit dengan keadaan semasa ...

Ya , benar ...
Mereka ketika ini semakin terhimpit
mata wang jatuh
Harga barang naik
Barang kehabisan stok dan terpaksa berebut untuk itu
Ramai yg x bekerja pada siang hari
waktu malam perlu berjaga, berwaspada dengan musuh 
Dan ramai juga yg terkorban semenjak protes ini berlaku...

Semua ini memerlukan kesabaran , ketabahan dan Pengorbanan....

Bom asap yg disangka bakal menjatuhkan kumpulan2 ini
akhirnya menjadi semangat untuk mereka meneruskan perjuangan
hingga ketitis darah terakhir

Sidang pembaca sekalian,
Cuba ingin menjelaskan , sekiranya ada yg berpendapat kebangkitan ini 
adalah kebangkitan Islam untuk mendirikan Negara Islam,
jawapan saya : Masih belum masanya ...

Saya turun mendengar slogan-slogan mereka
antaranya :

"Sya'b yurid isqatin nizom"
Rakyat mahu jatuhkan kerajaan

"Enta hayemsyi musy ehna hanemsyi'
Kau (Mubarak) yang akan pergi , kami tidak akan pergi

"Yasqud yaskud Hosni Mubarak"
Down down Hosni Mubarak

"Sya'b wa geisy yeid 'ala yeid"
Rakyat dan tentera tangan atas tangan

dan bermacam-macam lg...

Tiada satu pun slogan
seperti
"Lailahaillallah"
"Takbir"
dan sebagainya ...

Slogan2 untuk memastikan kejatuhan pemerintahan Mubarak
terus berkumandang di seluruh Mesir
dan semakin bertambah sehingga 20 Juta Rakyat Mesir
turun untuk protes

Bukanlah menyatakan 100% bukan perjuangan Islamist
tetapi cuma sebahagian dan tidak syumul
dan masih memerlukan masa yg banyak
sebelum daulah Islam berdiri

Kerana saya yakin dengan pendirian ikhwanul Muslimin
bahawa daulah Islam itu akan terdiri dengan sempurnanya
maratib-maratib amal yg digariskan
asy-syahid Imam Hassan Al-Banna

Sidang pembaca yg dikasihi ..

Mari kita lihat dan merenung jauh
satu demi satu pengajaran yg kita pelajari dari peristiwa ini

1. Mempunyai kuasa tanpa pendokong , hanyalah batang pokok yg tanpa akarnya
-akhirnya mampu tumbang bila-bila masa sahaja
* Ini perlulah diambil pengajaran bukan setakat dipimpinan negara sahaja
bahkan di sekolah2 dan universiti2 juga perlu mengambil pengajaran bersama
( Jalan da3wah ini sukar )

2. Bersatu-padu akan menghasilkan satu Gelombang yg akhirnya menjatuhkan sasaran
- Bersatu padu dengan kefahaman fikrah yg jelas dan matlamat yg jelas akhirnya mampu menjatuhkan taghut
- Bersatu-padu bukanlah hanya menyokong dan menjadi ahli sahaja bg mana2 persatuan , Jemaah 
atau NGO mana2 sekalipun ..tetapi perlu mendokong dan Berkorban

3. Memerlukan kesabaran dan Ketabahan yg Tinggi tanpa jemu mengharapkan pertolongan ALLAH
- Dapat dilihat dengan bacaan2 qunut oleh imam2 masjid dengan penuh rasa tawadhuk
- Bersabar dengan ujian sehingga dimenangkan dengan Pertolongan ALLAH s.w.t

4. Memerlukan Pengorbanan yg besar
- Kehilangan kerja , mengorbankan harta yg banyak dsb.. demi mencapai tujuan yg murni
- bukan sahaja harta malah nyawa dan darah sanggup dikorbankan oleh Ummat Mesir
dan kita doakan agar mereka syahid dijalan ALLAH
kerana berkata benar dihadapan pemimpin yg zalim...

* Yg menjadikan lebih menarik dalam peristiwa ini makanan dan rawatan percuma diberikan
malah sekolah sementara bg anak2 yg hadir di Medan Tahrir juga telah dibina
dan saya yaqin ini adalah pengorbanan Ikhwanul Muslimin (mksd bahasa melayu - Saudara Muslim)
 walaupun tnpa menaikkan benderanya
tetapi rakyat sedar kehadiran mereka ... 

5. Yaqin dengan pertolongan ALLAH
- ALLAH pasti memenangkan yg Haq dan mengalahkan yg batil tetapi kita tidak tahu bilakah Pertolongan itu akan sampai ...
" wasta'inu bi sabr wassolah "


walaupun bnyk lg yg mahu saya ungkapkan disini ...
tetapi insyaALLAH
saya akan berhenti disini dahulu
memandangkan beberapa lg tugasan yg belum selesai
dan bnyk lg buku2 yg perlu dikhatamkan cuti ini ...

insyaALLAH saya menerima dan mengalu-alu 
sebarang komen dan penjelasan yg lebih tentang penulisan kali ini...

wallahu a'lam 

Semoga Peristiwa ini menjadi iktibar bg semua
dan Semoga pemerintahan Mesir menjadi Lebih Adil dan Memacu Mesir
ke arah negara yg Lebih bertamadun
dan mampu membantu Saudara2 kita di Palestin


-islahmujahidin-


  

Friday, February 11, 2011

Planning ...








Alhamdulillah...
maha suci ALLAH Tuhan sekalian alam ...
yg menguasai segala-galanya ..
yg mengaturkan  segala perjalanannya ...

"Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin"
Kita merancang, dan ALLAH juga merancang , Allahlah sebaik-baik perancang (al-Quran)

Tiba dibumi Malaysia
Pesawat MAS
tepat jam 6.07pg
tanpa dirancang ...

1 subjek exam lg tinggal sebelum menamatkan sem yg ke-5
tetapi tidak mengapa
aku Redha ...
semoga kebaikannya kembali kepada mereka2 yg berada di sana
di MESIR , Bumi Tarbiyyah , Bumi Cinta...

Entah bila mungkin bergelar Dr.
Entah bila akan pulang ke sana semula...
Entah bila akan ku.......
semuanya pasrah kuserahkan kepadaNYA ...

Planning untuk seminggu , 1bulan , 1tahun , 5tahun , 10tahun malah 20tahun yg akan datang ..
mungkin perlu diubah ...
mengikut keperluan..
entah, semoga dipermudahkah menyusunnya semula...

semoga tidak menyia-nyiakan masa...
Nasib Ummat ini terletak kepada masa-masa para Dua't ..

Aku telah mewakafkan diri aku kejalan ini..
aku tidak akan menyesal
insyaALLAH...
cuma mengharapkan redhaMu YaALLAH...

Aku Lemah
-Islahmujahidin-

Nasyidul Kataib - Huwal Haqq


Sekadar memberi semangat kepada diri sendiri
supaya tidak membuang bazir masa
diwaktu kelapangan ini...

insyaALLAH



نشيد الكتائب

هو الحق يحشد أجناده ويعتد للموقف الفاصل

فصفُّوا الكتائبَ آسادَهُ ودكّوا به دولة الباطل

* * *

نـبـي الهدى قد جفونا الكرى وعـفـنـا الشهيّ من المطعم

نـهضنا إلى الله نجلو السرى بـروعـة قـرآنـه الـمحكم

ونـشـهد من دب فوق الثرى وتـحـت الـسما عزة المسلم

دعـاة إلـى الـحق لسنا نرى لـه فـديـة دون بـذل الـدم


* * *

هـو الـحـق يـحشد أجناده ويـعـتـد لـلموقف الفاصل

فـصـفّـوا الـكـتائب آساده ودكـوا بـه دولـة الـباطل


* * *

تـآخـت عـلى الله أرواحنا إخـاء يـروع بـنـاء الزمن

وبـاتـت فـدى الحق آجالنا بـتـوجـيه مرشدنا المؤتمن

رقـاق إذا مـا الـدجى زارنا غـمـرنـا محاريبنا بالحزن

وجـنـد شـداد إذا رامـنـا لـبـأس رأى أسـداً لاتـهن


* * *

هـو الـحـق يـحشد أجناده ويـعـتـد لـلموقف الفاصل

فـصـفّـوا الـكـتائب آساده ودكـوا بـه دولـة الـباطل


* * *

أخـا الـكـفر إما تبعتَ الهداه فـأصـبحت فينا الأخ المفتدى

وإمـا جـهـلتَ فنحن الكماة نـقاضي إلى الروع من هددا

إذن لأذقـنـاك ضعف الحياه وضـعـف الممات ولن تنجدا

فـإنـا نـصـول بروح الإله إلى النصر في الموقف الفاصل



Friday, February 4, 2011

Those who conquer Media Will conquer The World



Ni 2nd Post untuk Hari ni ..
keadaan semakin panas ..
dan saya semakin lama , semakin panas darah muda ini menggelegak ...
baik dari UN , USA atau ISRAEL ...
semuanya membuatkan hati ini semakin sakit terhimpit..

Wallahi ,
Wallahi ,
Wallahi ...

Aku xkan percaya semua Firaun ini ...
Ini Isu Ummat Islam ...
Ummat Islam , bukak Mata , Bukak Telinga ...
Jangan jadi buta , dan jangan jadi Pekak , dan jangan Jadi Bodoh ..



We Are free ,
bukan boneka ..
BCC dan CNN langsung mengambil kepentingan masing2 ...
demi mempertahankan kepentingan USA dan ISRAEL ...
semuanya membutakan ummat dunia hanya kerana mereka menguasai media
menguasai Minda ...

Ummat Islam ,
jgn lembik sangat ,
jangan hidup cuma untuk makan, nafsu , perut masing2 sahaja ...
kuatkan kaki , bukak mata luas2 ..
Jangan mengaku Islam kalau xfikir masalah Ummat Islam lain ...

tindakan UN langsung menjadi2
yg cuma boleh aku percayai cuma BAN-KI-HOON wakil dari KOrea..
Semuanya takutkan Sempadan Palestine terbuka ..
jgn sebab kemalasan Kamu ,
semua perjuangan ini tergadai ..
faham Isu ini ... tiupkan semangat , kirimkan doa , turun berarak ..

Ya ALLAH ...
Aku x sanggup lg ya ALLAH ,
melihat tanpa berbuat apa2 ..
Engkau kirimkanlah tentera langit membantu Ummat Islam esok ..
ya ALLAH aku Bermohon
Aku bermohon dengan serendah-rendahnya ...
kirimkanlah pertolonganMU ...
" Iza jaa' nasrullahi wal fath "

Tiada lg yg mampu aku lakukan ya ALLAH ...
cuma bermohon dan terus Memohon..
ampunkanlah aku atas kelemahan ini ...

see this video..
How WEST in a very very Afraid Situation now
menggunakan media-media yg ada untuk mempengaruhi pemikiran dunia ...
Engaku akan kalah, engkau akan kalah, engkau akan kalah ..
Kebenaran pasti akan kembali ..
Thaghut pasti akan Musnah


(Tetapi lihatlah pukulan esok sehingga kau terjatuh dan tak bangun2 lagi, Media fasad dan batil pasti akan jatuh terduduk)


Sesungguhnya apa yang akan ditemui oleh para duat di jalan Allah adalah gangguan dan tekanan
dari golongan taghut dan musuh-musuh Allah yang mahu menghapuskan mereka, memusnahkan
dakwah mereka atau menghalang mereka dari berdakwah. Itu adalah lumrah yang telah berlaku
berulang kali di zaman ini. Semuanya didorong oleh rasa takut golongan taghut. Mereka takut kuasa
mereka yang berdiri di atas dasar kebatilan akan musnah apabila yang hak bangun dan tegak untuk
menghapuskan kebatilan.

"Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap."Al-Anbiyaa': 18

Bagi menghalakan terkaman dan cengkaman kuku besi mereka ke atas dakwah al-hak dan para
pendokong dakwah, mereka terlebih dahulu akan mereka-reka pelbagai tuduhan yang paling keji
dan dusta itu kemudianya dilemparkan kepada para pendokong dakwah. Mereka gambarkan
kepada manusia bahawa para pendokong dakwah adalah musuh negara dan musuh orang ramai
supaya orang ramai bangun menentang mereka seperti apa yang dilakukan oleh Firaun dan para
pembesarnya terhadap Nabi Musa.

"Dan berkatalah Firaun (kepada pembesar-pembesarnya): Biarlah aku membunuh Musa dan hendaklah dia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan dimuka bumi".Al-Mukmin: 26

Subhanallah, Maha Suci Allah. Demikianlah sikap Firaun dan pembesar-pembesarnya, sikap
pengikut-pengikut Firaun di zaman itu ataupun di zaman ini. Nabi Musa dituduh sebagai perosak
dan Firaun dianggap sebagai pembela bangsa dan memelihara kepentingannya. Pembesar-pembesar
Firaun menghasut Firaun supaya menentang Musa dan kaumnya serta menakut-nakutkan Firaun
akan perbuatan Musa. Lalu Firaun menenangkan fikiran mereka dengan menyatakan bahawa dia
akan mengawasi Musa:

"Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Firaun (kepada Firaun): Apakah kamu akan membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu?.
Firaun menjawab : Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, sesungguhnya kita berkuasa penuh ke atas mereka". Al-A'raaf: 127

(Petikan dari buku Tariqudda3wah - Mustafa Masyhur)

yg Lemah
-islahmujahidin-

p/s - Sgt pelik kalau ummat islam di facebook sekarang ni bersuka ria , bercerita perkara2 fasad dan sebagainya ..ya pelik , sungguh pelik dan mula hilang respect pada mereka...

Thursday, February 3, 2011

Kebangkitan Mesir Ketakutan seluruh Barat ...




“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di mukabumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di mukabumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tentaranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5).

Sudah hampir seminggu berlangsungnya kemarahan warga Mesir terhadap Diktator Hosni Mubarak
"Talatin Sanah Kitir (30 tahun ..lama )" -sembang saya bersama jiran2 dan warga Mesir sendiri
Pemerintahan yg kejam berlangsung selama 30 tahun
Anak-anak muda yg baru bergraduasi sebagai seorang doktor hanya diberi gaji sebanyak LE 200 / $ 34 sebulan...
yg bergraduasi sebagai seorang engineer kebanyakan hanya menjadi pemandu teksi
dan pimpinan-pimpinan Islam semuanya dicampak , dirembat , dihina didalam penjara yg menjadi tempat tidur , tempat solat dan tempat Tarbiyyah mereka ...
banyak lagi kezaliman yg telah menimpa mereka ..
disebabkan seorang boneka Israel dan US ini ...

Kebangkitan Mesir sememangnya menjadi ketakutan Barat selama ini ..
Pasti Perjuangan ini adalah perjuangan Islam ,
Perjuangan dan pentempuran panggilan untuk menjadi Syuhada'
"Yes, we are all waiting for death , we are all waiting the time , we will die either due to cardiac arrest or apache , I prefer Apache ..." - Kata2 Syeikh Abdul Aziz Rantisi (Presiden Hamas yg ke-2) ..ayatnya munkin kurang tepat saya tuliskan tp mafhumnya jelas..
Beliaulah antara sebab yg meyakinkan saya meneruskan perjungan di Bumi Iskandariah ini ..
meneruskan cita sebagai seorang doktor dan mungkin juga seorang pakar pediatrik sepertinya ..



(Berpusu-pusu manusia menuju Game' Ibrahim)

Ketakutan Israel dan US amat jelas ketika ini ..
pintu Mesir-Palestin pasti akan terbuka apabila terjatuhnya si hipokrit /Munafik Mubarak ini
yg sanggup membunuh seberapa banyak sekalipun 
demi kedudukannya ...sekalipun tidak diktiraf seluruh penduduk Mesir ketika ini ...

Kemenangan parti Hizbul Wathani untuk pilihanraya yg lepas menjadi tanda tanya semua ummat manusia
96% penyokong parti kerajaan corrupt inikah yg membanjiri jalan-jalan di seluruh Mesir ketika ini ?
korupsi besar-besaran ini telah menolak pimpinan Ikhwanul Muslimin Memboikot pilihanraya ini
kerana kita yakin ,
siapakah pemimpin sekirangnya tiada orang yg menyokongnya ...
yg kita yakin hanyalah ALLAH yg mempunyai kuasa untuk menterbalikkan
mereka yg kaya-raya dan gembira akhirnya akan menjadi miskin hina-dina dengan Kuasanya ...
Itulah kuasanya 
" Kulillahumma malikal mulki tu'ti man tasya' " -seperti yg kita baca setiap pagi dan petang (al-maathurat)


( inikah 96% ummat Mesir yg dikatakan memenuhi peti undi untuk menyokong parti Mubarak ?)

Perjuangan ini bukanlah perjuangan Ummat Mesir sahaja ...
tetapi ia adalah perjungan Ummat Islam seluruhnya ...
Setiap kalai solat dan setiap kali teringat perjungan mereka insyaALLAH
saya akan mendoakan kemenangan beralih bg pihak yg benar
dan Imam-imam masjid juga telah mula membaca Qunut Nazilah setiap kali solat...
dan juga hanya saya mampu memberikan sokongan kepada Warga2 mesir setiap kali berborak dengan Mereka
walaupun ramai yg tak mampu bersabar ...
ada juga yg menyabarkan mereka "Syuwaiiya-syuwaiiya kaman (sedikir sahaja lagi ) " yakinlah semua Muslim
Kemenangan Pasti bersama pihak yg benar ...
Islam pasti akan menang
sama ada dengan aman ataupun banjirnya darah mujahid yg bakal bersama bidadari-bidadari di syurga nanti ...
" Kulluna Masr , Kulluna nuridu aman " kata2 yang menyentuh hati saya sendiri

Kini Mubarak dan kroni-kroninya sedang melakukan pembantaian besar-besaran ...
7 terbunuh di Medan Tahrir
Heavy MachineGun dan Rifle menembak kearah protesters 
2 dilaporkan syahid "Headshot" oleh pemberita Al-Jazeera
Yusuf Qardawi semalam memberikan statement nya bahawa Ummat Islam perlu bergegas ke Medan Tahrir
membantu mereka yg terperangkap didalamnya ...-sumber www.ikhwanonline.com (mungkin sudah di block)
Dan berita terbaru yg saya dapati ialah mereka yg bergegas ke Medan Tahrir menunggu dari semalam
sehingga hari ini untuk masuk kedalam...
Dan bekalan Makan dilarang sama sekali dibawa masuk kedalam ...
(Tp rifle dan machine Gun boleh ...utk anjing2 kuffar )


sebarang pertanyaan bolehlah PM saya InsyaALLAH
saya bersemangat untuk menerangkan keadaan sebenar ,
kerana ini adalah peperangan Islam ..
"sesiapa yg mati kerana mempertahankan hartanya , maka adalah syahid , dan siapa yg mati mempertahankan tanahairnya/buminya maka adalah syahid ..."-tertampal ditepi2 bangunan menambahkan lg semangat mereka
untuk merdeka dibumi mereka sendiri dari tangan orang Mesir si penjenayah sendiri ...


Cuma nasihat saya untuk Esok
jika tiada apa2 selepas solat jumaat ,
xperlulah keluar Rumah ...
boleh baca disini http://inijalanku.wordpress.com/2011/02/03/mesir-hari-penentu-telah-tiba/
mungkin perjuangan besar2an akan berlaku selepas solat Jumaat Esok hari
Kita cuma doakan mereka kerana "Ad-dua' Silahul Mukmin .."


(kemarahan Ummat Mesir terhadap pembunuh Kejam Husni Mubarak yg sanggup melakukan apa sahaja demi kedudukannya)

setakat ini ketika ini ..
jangan lupa doakan agar semuanya berakhir dengan cara yg terbaik
Semoga kesejukan yg menggigit di Mesir dan Medan Tahrir
pada ketika ini akan digantikan dengan pelukan bidadari di Syurga nanti ...


-Islahmujahidin-


* Alhamdulillah ,blog ini mampu saya buka kembali atas sebab "syurtah" yg tiada kuasa lg di Mesir ini . Mungkin antum semua pernah dengar rumah diselongkar , internet history di check ...sama ada ada yg mempunyai fikrah Ikhwan ataupun palestin ...akan dicampak pulang ke negara masing2 ..disebabkan ketakutan mereka pada Kalimatullah ...



wallahu a'lam , segala kelemahan amatlah ana selaku penulis kesali..