Tuesday, May 31, 2011

Syukran , Selamat Jalan dan Selamat Berjuang


Syukran atas Taujihat ..

1 ) " Hidup untuk Orang Lain "
2) Jauhkan cinta akan dunia (Hadith)
3) Korbankan sekalipun apa yg disayangi
4) Istikharah


-Islahmujahidin-

  .

Saturday, May 28, 2011

The Road Not Taken

 ( Penuh dengan pilihan )

Kehidupan ini sentiasa teruji dengan pilihan..
Sebaik-baik pilihan adalah berdasarkan "Iman"

Apabila berhadapan dengan Ujian..
Simply choose "Education & Da'wa"
"Didikan dan Penyampaian"
" Tarbiyyah dan Dakwah "

- The Road To JANNAH -


Monday, May 23, 2011

Kuat

( She is More than a friend )

Satu Pesanan yg Bakal diingati buat selama-lamanya iA
" Selamat balik ke Mesir..smga jdi doktor yg hebat dan beriman..doa kak long sentiasa mengiringi adik2..doa org mgandung ALLAH snang makbulkn kan?hehe..emm..satu lg kak long nk pesan,kalau lah terjatuh cinta or suka pd sseorg pompuan tu..JANGAN mainkn perasaan dia.klu dh sdia utk sbuah tgjwb,bleh truskn.. "
( Sengaja dituliskan tanpa sebarang perubahan supaya ianya kekal diingatan selama-lamanya... )


Semoga terus Tabah...
walaupun tiada disisi , tetapi doa sentiasa bersama...

GET WELL SOON :)

  .

Sunday, May 22, 2011

AWAS



Satu pesanan Buat diri saya dan sahabat2 sekalian...


Kadang2 terlalu hebat seseorang itu bekerja, terlalu penat seseorang itu berjaya meluahkan buah fikiran yg bernas , selalu dianya terkehadapan dalam setiap perkara , dia selalu dihormati dan disegani sehingga terlupa dengan perkataan ini "AWAS"...


Hati2..
dengan penyakit hati ..


Ana afdhal minnak (aku lebih hebat daripada engkau)
Nahnu afdhal minkum (kami lebih hebat daripada golongan kamu)


Riya'
(Berhati-hati dengannya)


yang mampu memadamkan segala ganjaran dari yg "Maha Pemberi"


Sesungguhnya makam yg terbaik bagi kita adalah hamba =)
pesanan buat diri yg selalu terlupa


-islahmujahidin- 



Tuesday, May 17, 2011

Hadiah dari Allah


( Syurgalah tempat kembali dimana nikmatnya tidak akan pudar selama-lamanya )

Tungguku Disana ...

Thursday, May 12, 2011

Matlamat Hidup ?

( Matlamat = Target )
 Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama ALLAH saya mulakan ..

Sudah menjadi kemestian bahawa semua orang mempunyai target yang tersendiri. Terpulanglah kepada pemiliknya sama ada ianya besar mahupun kecil.

Baru sahaja sebentar tadi di dalam dewan kuliyyah , sahabat mengingatkan tentang matlamat . Ya, ianya penting dah terlalu penting. Syukran kerana mengingatkan...

Dan inilah "antara matlamat" yang sepatutnya digariskan dan difahami dalam individu muslim

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لْمُتَّقِينَ إِمَامًا (Surah Al-Furqan: 74 )


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa.

Ayat ini seringkali kita ulang2 dalam doa seharian kita . Malah bahkan menjadi doa tambahan sebelum makan beramai-ramai di rumah kami..

Dalam ayat ini ana tidak mahu menyentuh bahagian hadapan ayat ini kerana ayat ini merupakan ayat pengharapan yang kita serahkan sepenuhnya kepada Allah..dan insyaAllah kita sendiri akan melalui fasa itu...

Cuma apa yang mahu ketengahkan ialah "Dan jadikanlah kami Imam kepada orang-orang yg bertaqwa" yang memerlukan pembinaan dan pengorbanan dan bukan hanya berserah kepadaNYA semata-mata...

Ayat ini mengajar kita bagaimana tingginya matlamat seorang Muslim itu. " Orang-orang yg bertaqwa " , ialah golongan yg mendapat tempat yg tertinggi di sisi ALLAH. " Hatinya Bersih , Amalannya ikhlas dan Akhlaknya Mulia " dan juga sifat Ihsannya , yg mampu mengekalkan momentum imannya sama ada dalam keadaan terang mahupun sembunyi . Itulah orang yang disayangi ALLAH.

"Imam" ataupun "Pemimpin" pula didalam Islam hanya diberikan kepada orang yang paling layak dikalangan suatu kaum itu. Dan sudah tentu "Pemimpin" ini mempunyai kekuatan untuk membimbing dan mendidik masyarakatnya dan adalah orang yang terkehadapan dalam setiap perkara.

" Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya. " (surah al-qalam 34)

Pemimpin orang-orang yang bertaqwa sudah tentu diganjari ALLAH ganjaran yg lebih baik dari ini...

Kembali kepada realiti....
Didalam dunia yang penuh fitnah , dusta dan maksiat ini hanya segelintir sahaja yg mampu bertahan dalam keadaan Muslim, hanya sedikit yang mampu mempertahankan iman , lebih sedikit lagi yg mampu mendidik nafsu dan tinggallah beberapa orang sahaja yg mampu menuju kearah ketaqwaan..

Rasulullah s.a.w. merupakan qudwah dalam kehidupan. Dengan keimanan dan ketaqwaan akhirnya bagindalah merupakan  "Pemimpin Ummat Manusia yang bertaqwa" yang pertama. Semoga kita mampu bersama-sama baginda di Syurga kelak.

Apa-apa pun semua ini memerlukan tarbiyyah (didikan). Sama ada ditarbiyyah mahupun sehingga tahap mampu memberikan hak tarbiyyah. Dan ghayah(matlamat) ini tidak lain dan tidak bukan hanya semata2 kerana ALLAH s.w.t. Ingin ana kongsikan satu kata-kata yang menjadi inspirasi


" Ramai di kalangan saudara kita yang masih tertanya-tanya walaupun mereka adalah orang yang amat kita kasihi sepenuh jiwa raga kita. Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan kepada ummah dan saudara-saudara kita " (Ila ayyu syai' nad3unnas - Kearah Mana Kita Menyeru Manusia )


Semoga Kita jelas tentang matlamat hidup kita di dunia ...
Semoga segala apa yang kita lakukan hanyalah semata-mata kerana Allah s.w.t. Saya berdoa agar diri saya tidak menjadi fitnah di dalam fatrah "Memperbaiki diri" ini dan banyak lagi yang masih belum mampu saya lakukan untuk memberi hak-hak tarbiyyah kepada orang lain.

Tetapkanlah matlamat jangka pendek , jangka sederhana dan jangka panjang untuk mencapai Matlamat hidup ini...


" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga." (Al-Taubah: 111)


Semoga Allah mengampuni diri ini dan memudahkan matlamat seluruh kehidupan kita ini...

-islahmujahidin-

Tuesday, May 10, 2011

Jangan Kedekut !!!





P/s- Post kali ini saya tujukan khas buat diri saya sendiri dan juga buat mereka2 mempunyai hati yg berfungsi dengan baik...

Seringkali kita mengeluh , Tiada masa dan sebagainya , tetapi adakah kita mengerti masa itu milik siapa ?
Kita mengerti tentang kejayaan , tetapi jarang kita muhasabah bahawa natijah kejayaan itu datang dari siapa ?
Kita sering mendambakan kebahagiaan , tetapi kita lupa bahawa kebahagiaan itu hanya datang dari siapa ?

wahai saudaraku ,
jangan kedekut ,
jangan kedekut memberikan sedikit masamu untuk ALLAH ...
Sedikit masamu mencari cebisan mutiara ,
Yang indah dipandanganNYA , walau mungkin tidak di pandangan Manusia ...

Jangan ingat dengan memperuntukkan semua masa dalam hidup untuk mencari kebahagiaan dan kejayaan , akhirnya kita mampu berjumpa semuanya itu tanpa izinNYA ..

Jangan jadikan alasan pelajaran dan masa rehatmu itu untuk menjadikan engkau jauh dari Urusanmu dengan ALLAH..

Jangan lupa dengan tujuan apakah engkau hidup di dunia ini ...

Jangan kau lupa , akhirnya kau akan kembali kepadanya sama ada dalam keadaan bersedia ataupun tidak ...

Jangan Kedekut !!!
Sungguh sistem yg dicetak rompak dan diimport ini mampu melemahkan dan melemahkan jiwa-jiwa saudaraku dizaman ini ...
Sungguh, aku telah menyaksikannya ...di depan mata aku sendiri ...

-Islahmujahidin-

Wednesday, May 4, 2011

Ehlam Ma'aya

Syukur Kepada ALLAH kerana masih diberikan peluang untuk beramal ~

Terfikir akan apakah tajuk yang sepatutnya diberikan untuk entry ini ?
Akhirnya ,tajuk kita pada kali ini  "Ehlam Ma'aya (Bermimpi bersamaku) "

Sememangnya salah satu daripada sifat manusia itu ar-raja' (pengharapan),
tapi saya tidak pasti sama ada bertepatan dengan perbincangan kita pada kali ini ataupun tidak (masih merangkak berbahasa arab). 



Sememangnya juga hampir 80% pelajar sebelum sampai ke Mesir mempunyai target-target tertentu, dan sememangnya target2 itu sungguh besar sehingga mampu menjadikan diri seseorang itu hebat. Walaupun berbeza agendanya , tetapi tujuan tetap sama iaitu menjadi seorang yg hebat di mata masyarakat . (seorang pemimpin , seorang doktor yang hebat, seorang ayah yg hebat , seorang yang ......)

Setelah berfikir panjang dan berbincang , kita kena memastikan mimpi2 ini menjadi kenyataan .Dan hal ini tidak sekali tidak, tidak akan mampu menjadi realiti tanpa perjalanan yang dirancang . Dan tidak mampu dicapai tanpa adanya jalan-jalan dan peluang untuk mencapainya. 

Memandangkan tugas2 SR dan ketua Batch yang berat (syukran atas segala kerja2 antum). Saya telah mencadangkan untuk melancarkan strategi dan susunan-susunan perjalanan supaya akhirnya sahabat-sahabat khususnya tahun tiga mampu menjadi seperti apa yg diimpikan. Dan sememangnya dan memang sepatutnya ia perlu memalui jalan syarak dan melalui fikrah Islamiah tanpa menyeleweng dan "hentam keromo".

(Bukan hanya ijazah yg hebat kita citakan , tetapi kita citakan Muslim mampu memberi peranan kepada Masyarakat)

InsyaAllah agenda-agenda ini akan dijalankan sedikit masa lagi. memandangkan masa yang tinggal hanya lebih kurang 3tahun lagi utk berada di Mesir. Dan insyaAllah perancangan-perancangan strategik akan mula dijalankan dan akan dilaksanakan sebaik mungkin . Seterusnya , cadangan2 akan diambil kira.

Sebagai tamabahan dari saya , bahawa agenda ini adalah daripada segi penyusunan , nizom dan peluang . Perancangan-perancangan akan dijalankan dan hanya yang bersungguh-sungguh mengambil peluang ini dengan sebaiknya yang akan mampu pergi lebih jauh .

Ana akan membantu dan sentiasa bersama insyaALLAH ~ Setakat mana yang mampu dipandu , ana akan pandu dengan sebaiknya...

Sekian sahaja buat kali ini ..
Nantikan , Ehlam Ma'aya ~