Saturday, April 30, 2011

Cinta

Bismillahirrahmanirrahim ...
Alhamdulillahi rabbil 'alamin



Segala puji bagi ALLAH tuhan yg menjadikan diri ini ,
dari setiap cell yg berfungsi sehinggalah seorang yang mampu berfungsi untuk Ummah ini , tetapi itu semuanya kembali kepadaNYA untuk menilai diri ini , bergantung kepada niat penulis , sama ada ikhlas ataupun tidak ...

Allahu Ghayatuna

Berbalik kepada tajuk di Atas "Cinta" , hanya sekadar berkongsi buah fikiran , dan sudah tentu saya bukanlah orang yg terbaik untuk menghuraikan dengan sebaik-baiknya .

Cuma saya harap perbincangan ini mampu memahamkan kita erti cinta yang sebenar .Saya amat mengharapkan agar semua pembaca post ini mendapat manfaat (Walaupun agak pelik bagi diri saya sendiri membincangkan perkara ini )

*Mungkin buat sesiapa yg tak bersetuju dengan ini bolehlah komen di tempat yg telah disediakan .tq

CINTA

Suatu perkataan yang amat mudah dituturkan . Suatu gegaran yang melemahkan. Dan sebilah pedang yang mampu melukakan...sesiapapun mampu cair dengan panahan panasnya ...

Kini cinta tidak lagi suci , sesuci cinta Rasulullah-Khadijah ..
Kini tafsiran cinta cumalah tafsiran jalanan , yang ditafsirkan dengan bayi-bayi buangan di tepi jalanan , nafsu rakusan didalam semak-samun yg dipenuhi agas , atau cinta celupan yg dicampak kelongkang dipertengahan jalan ..Tafsiran kini berubah , mengikut roda pusingan barat.

Cinta palsu inilah yang telah membunuh rijal-rijal sebengis harimau dan akhirnya menjadi kambing yg mengembek kerana mahukan makanan . Sedih hati ini , apabila ramai teman-teman perjuangan yang hanyut di pertengahan jalan dengan tipu daya ini .

Sahabat2 sepersekolahan dulu yg ibarat permata akhirnya hanya menjadi kaca yg bertebaran yg tiada punya nilai .


Ada APa DeNgaN CinTa ?


Semua manusia berhak mencinta dan dicintai . Dengan cinta yang sebenar-benarnya dan sedalam-dalamnya . Bukan cinta yg seketika , dimana akhirnya isteri ditinggalkan terkapai-kapai dengan anak-anak dikendong dikiri dan kanan atau teman baik yang ditinggalkan apabila nikmat berpasangan(berdua-duaan) itu telah dinikmati .

Sebaliknya cinta yang suci dan sebenar-benarnya ialah cinta yang berkekalan . Cinta yang bersamanya tulus dan ikhlas .
Cinta kerana mahu memimpin tangan kekasihnya melalui titian "Siratulmustaqim" , Cinta kerana mahu memberatkan timbangan amal kebaikan dan Cinta mahu berpasangan selama-lamanya di suatu tempat yang segalanya mampu dimiliki dalam sekelip mata.

Itulah dua jenis cinta yang mengelirukan ..Yang dizaman ini seronok membunuh jiwa-jiwa iman manusia..

MaRi BerCinTa

Marilah kita bercinta dengan sebenar-benar cinta. bukan cinta palsuan dan bukan cinta solekan . Cinta yang mempunyai matlamat , dan bukan cinta yang mahu mengkhianat .

Ikhwah ,
Antumlah syabab yang pernah memimpin angkatan tentera menyebarkan rahmat ke seluruh alam . Letakkan hatiMu , dalam jalan Da3wah dan Tarbiyyah . Serahkan tenaga dan jiwaMu di jalan ini . Dan jadilah pemimpin buat orang-orang yg bertaqwa

Akhwat,
Jagalah dirimu. Sesungguhnya dirimulah pelemah . Dan dirimu jualah kekuatan . Istiqamah dengan menjaga kehormatan diri . Pelajari resepi-resepi kekuatan dari mereka pembantu perjuangan . Rendahkan pandangan dan yakinlah kepada ALLAH tentang segala perkara yang berada dihadapan .
"Kerana daripada wanita-wanita lahir ummat2 yg soleh penerus pejuangan Ummah"


Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari r.a.:
Wanita paling baik adalah wanita Ansar, perasaan malu mereka tidak menghalang mereka untuk mempelajari agama ini.”


JaGa DiriMu , PeLihaRa AKhLakMu


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); (Al-Tahrim: 6) 

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. (Ar-Rum: 21)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda meriwayatkan daripadaTuhannya Azza wa Jalla: “Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperolehi kemanisan di dalam hatinya.” Riwayat al-Tabarani dan al-Hakim meriwayatkan daripada Huzaifah


Rasanya cukuplah pesanan daripada ALLAH dan rasul ini buat rujukan kita..
Bermujahadahlah ...
dan janganlah lagi engkau tertipu ..

Thursday, April 14, 2011

Erti Hidup Pada Memberi =)


" Dan orang yang mengingati ALLAH , maka hatinya akan tenang "

Erti Hidup Pada Memberi 
Satu kata-kata yang mudah , tetapi hanya difahami dan mampu dipraktik oleh orang yang benar-benar ikhlas mengharap redha hanya daripada ALLAH s.w.t , semoga daku tergolong dalam golongan itu .

Mengubah prinsip hidup sememangnya susah , 
kita berdepan dengan diri sendiri , orang lain , dan syaitan 
yang sentiasa menghasut kearah kecelakaan. 
Ya , susah tetapi ada kemanisan di sebalik mujahadah .

-----------------------------------------------------------

"Doing Nothing means Killing"

Hari ini saya datang awal ke Kuliyyah dengan tujuan memenuhi hasrat SR untuk mendengar tazkirah yang dikatakan mahu dihidupkan semula. Dalam perjalanan ke kelas , saya terlihat beberapa orang security guard berkumpul di sebuah kereta. Didalamnya , ada seorang lelaki yg tidak sedarkan diri . Saya pun bertanya kepada salah seorang dari mereka " Fi eih ya amm ? " . 

Dia pun bermuka (seperti arab2 biasa yg tidak suka kita menyibukkan diri..) . Sedar diri hanya sebagai seorang Pelajar Medic . Dipendekkan cerita, kami pun berlalu dari situ..masuk ke dewan kuliyyah dan melihat keadaan dari jauh ..

Entah buat kali keberapa , saya berlalu tanpa membantu. 

Walaupun ada sedikit ilmu di dada . Malu mengatasi segalanya. 

"This is critical condition how can you let him do this ?" - teringat suatu ketika , berada di Malaysia ..dan Dr H/O menegur dengan cara begini .membuatkan diri terasa inferior , ye lah ada apa sangat ilmu di dada.  

Do you Know : Brain can only suffer 12-15 minutes without oxygen ? Dapat jawab dalam exam je tak berguna kalau dalam keadaan sebenar kita blurr..

Satu penyesalan kepada diri saya sendiri, semoga tidak berulang lagi 
( Memujuk diri : mungkin memang sudah tiba ajalnya)

*Saya memohon maaf , jika ada terkasar bahasa semasa buat pengumuman dalam lecture tadi, mungkin terganggu dan sedikit x fokus

---------------------------------------------------------------------



(mood : kembali biasa)

Menyedari bahawa terlalu banyak masa yang dibazirkan sia-sia. Dengan harapan agar dapat memberi sebanyak-banyaknya. "Kegembiraan kita adalah melihat orang lain gembira" . Mungkin di dunia atau mungkin disana . InsyaALLAH , kita akan sama-sama memantapkan ilmu. Lihat kedepan . Memberilah !!! Bukan mengharap pujian , tetapi mungkin kembali kepada kita suatu kehinaan...

Semoga ALLAH membantu . "Innallaha ma3assobirin"

*jangan lupa datang awal sebelum lecture , semoga setiap detik dalam diri kita , bermanfaat dan ada nilai disisi ALLAH s.w.t

-Islahmujahidin-

Tuesday, April 12, 2011

Sedarlah wahai Ummat Islam !!!

MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum: 41)


Ditujukan
Buat ketua kerajaan sebagai orang pertama yang bertanggungjawab. Semua ahli majlis parlimen sebagai orang yang secara rasmi bertanggungjawab dengan sistem Islam.
  • Pemimpin-pemimpin badan-badan rakyat
  • Parti-parti politik
  • Badan-badan patriotik dan sosial sebagai pemimpin-pemimpin dan penggerak rakyat. 
  • Buat setiap orang yang cintakan kesejahteraan dunia dan bangsa manusia. 
  • Saya tujukan bingkisan ini sebagai menunaikan tanggungjawab dan melaksanakan hak dakwah.
Sesungguhnya saya telah sampaikan, ya Allah saksikanlah.


TIGA FENOMENA
Fenomena pertama: Keadaan yang menyelubungi negara kita yang tercinta ini, lembah Nil yang teruk dilanda pelbagai kepincangan dalam setiap aspek dan seluruh sudut kehidupan.


Semangat patriotik kita tidak ke mana…
Semangat rakyat hancur berkecai akibat segala krisis ini. Persengketaan dan perpecahan menghantui jiwa para pemimpin, malah tiada beza antara pemimpin dan rakyat…


Jentera pentadbiran kerajaan dicemari budaya mementingkan diri sendiri, menurut kepentingan parti, salah guna kuasa dan salah laku. Dengan pentadbiran pusat yang menyulitkan dan karenah birokrasi yang rumit. Di tambah pula dengan masing-masing tidak mahu memikul tanggungjawab.


Undang-undang tidak lagi berkuasa mendidik manusia dan budaya kerana telah dicemar oleh amalan berpihak dan diskriminasi. Harga barangan melambung tinggi. Kadar penganggur yang semakin meningkat akibat tiada peluang pekerjaan. Taraf hidup yang semakin menurun di kalangan majoriti rakyat hingga ke tahap yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia. Ditambah pula dengan pupusnya sifat kasih sayang, keganasan bermaharajalela, wujud kecenderungan untuk bertindak kejam dan zalim. 


Semua keadaan ini akan menimbulkan kemarahan rakyat yang bakal diluahkan melalui beberapa tunjuk perasaan atau ditonjolkan dengan pelbagai cara…


Tiada lagi atau hampir tiada lagi tempat untuk akhlak. Akhlak dikesampingkan kerana kejahilan atau kemiskinan atau keperluan yang mendesak. Amalan keji dan budaya yang bercanggah dengan akhlak tersebar di merata tempat…
Fikiran tertekan dan jiwa meronta tidak mampu lagi menghadapi apa jua keadaan.


Semua fenomena ini semakin bertambah buruk dari sehari ke sehari, sesaat demi sesaat. Semua ini menandakan bencana yang bakal tiba jika tidak segera disedari oleh mereka yang berakal sebelum terlewat…


* * *
Fenomena kedua: Fenomena yang berlaku di negara-negara Arab dan negaranegara
Islam lain yang amat dicintai. (Suatu ketika dahulu)


Palestin: Palestin diancam oleh penjajahan yang akhirnya membawa kepada konspirasi antarabangsa yang dilancarkan oleh Amerika, Rusia dan Inggeris. Semua tindakan ini direncana oleh Zionis antarabangsa yang menguasai kerajaan dan rakyat Barat dengan wang mereka. Mereka masih berdendam dan bersikap prejudis terhadap bangsa Arab dan umat Islam di mana sahaja…


Pakistan sebuah negara baru: Terpaksa berhadapan dengan ancaman daripada militan Hindu yang disokong oleh muslihat penjajah dan senjata yang dibekalkan oleh penjajah daripada pelbagai negara. Malah Rusia yang cuba menampilkan semangat menghormati citarasa bangsa-bangsa lain turut serta berkomplot menindas negara yang baru ini, jika benar sumber yang kita perolehi daripada telegram dan akhbar hari ini…


Indonesia: Negara yang mempunyai penduduk seramai tujuh puluh juta orang6 dan kebanyakannya beragama Islam. Negara ini ditekan oleh Belanda, sebuah negara yang hanya mampu melepaskan diri daripada penjajahan Jerman hanya dengan bantuan Tentera Bersekutu. Belanda cuba menghalang bangsa Islam yang gagah ini daripada mengecapi hak semulajadi mereka iaitu kebebasan dan kemerdekaan.


Tripoli Barat dan Barca: Mereka diperangkap dengan pungutan suara namun hanya Allah sahaja yang tahu akibat buruk agenda ini.


Utara Afrika seperti Tunisia, Algeria dan Maghribi mengharapkan bantuan tetapi tiada siapa yang dapat memberi bantuan. Mereka berjuang sedaya upaya untuk membebaskan diri daripada belenggu cengkaman Perancis. Perancis menafikan hak mereka untuk hidup dalam keadaan merdeka dan bermaruah. Hak mereka untuk mengecapi kemerdekaan sepenuhnya dinafikan…


Begitulah yang dialami oleh semua bangsa Arab dan Islam yang lain. Tiada satupun yang terlepas daripada pencabulan dan angkara penjajahan. Ini daripada aspek politik. Aspek sosial juga tidak jauh bezanya dengan apa yang saya katakan berlaku di Lembah Nil. Kita semua berhadapan dengan masalah yang sama.


* * *
Fenomena ketiga: Agenda para pemimpin dunia dan bangsa-bangsa yang diberi peluang untuk menjadi pemimpin dunia pada hari ini selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.


Tidak wujud lagi satu contoh teladan yang terbaik. Semua cita-cita murni yang dilaungkan oleh manusia ketika saat genting dahulu kini telah lenyap daripada pandangan mata dan hati. Malah suatu ketika dahulu mereka pernah menggabungkan seluruh kekuatan antarabangsa untuk menentang kezaliman dan kekejaman. 


Keadilan sosial, empat hak asasi, prinsip-prinsip yang dipersetujui oleh masyarakat antarabangsa dan sebagainya yang menggariskan segala prinsip murni semuanya kini hanya tinggal kenangan. Para pemimpin dunia ini sudah tidak lagi mendokong falsafah murni untuk memimpin dunia ini. Apa yang ada hanyalah falsafah material, penjajahan, jajahan takluk, monopoli bahan mentah!


Semua ini dilakukan dengan rakus dan haloba yang tiada tandingnya dalam sejarah manusia. Malah sikap sedemikian tidak pernah wujud selepas Perang Dunia Pertama. Nilai-nilai inilah yang menjadi persaingan antara negara-negara yang menang. Rusia di sebelah pihak sementara Amerika dan Inggeris di satu pihak yang lain. 


Walaupun mereka cuba menyembunyikan sikap rakus mereka dengan berselindung disebalik slogan mempertahankan prinsip-prinsip masyarakat harmoni, sistem hidup yang murni dan mengunakan nama sosialisme atau demokrasi. Namun di sebalik istilah-istilah ini sebenarnya tersembunyi sikap rakus kolonialisme dan materialisme mereka.


Kepincangan ini yang pada hakikatnya melunturkan nilai perikemanusiaan yang ada pada manusia akan hanya membawa kepada Perang Dunia Ketiga. Perang akan datang akan dilengkapi dengan senjata atom, gas beracun, senjata membunuh dan banyak lagi senjata-senjata pemusnah yang pernah kita dengar dan yang masih belum kita dengar. Semua ini dinyatakan oleh kitab-kitab langit sebagai kedahsyatan kiamat.


(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. 
(Al-Qari‘ah: 4-5)


* * *


Inilah hakikat yang berlaku di negara kita ini. Di negara-negara kita yang lain iaitu negara-negara Arab dan Islam yang lain serta negara-negara yang didiami oleh seluruh manusia yang juga adalah negara kita. Jika tidak wujud generasi “dakwah baru” yang bersedia mengibar panji kebenaran dan kesejahteraan ke seluruh dunia nescaya kita tiada pilihan lain selain terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat dunia ini dan bangsa manusia amnya.


Oleh kerana di tangan kita ini ada obor penyuluh dan botol ubat maka kita bertanggungjawab untuk ke hadapan memperbaiki diri sendiri dan mengajak orang lain untuk memperbaiki diri. Mungkin kita akan berjaya. Jikalau tidak berjaya sekurang-kurangnya kita telah sampaikan risalah ini dan kita telah tunaikan tanggungjawab ini. Apa yang kita mahukan hanyalah untuk kebaikan seluruh manusia. Kita tidak sepatutnya merasa rendah diri. Bagi mereka yang memikul tanggungjawab ini dan melaksanakan dakwah ini, tanda-tanda kejayaan yang ada
sudah cukup untuk menjadikan dia yakin, ikhlas dan sedia berjuang untuk merealisasikannya. Masa akan menentukannya dan dunia akan menanti-nanti ketibaannya. Adakah sesiapa yang akan menyahutnya?


Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu; hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat). (Saba’: 46)


Apakah Corak Yang Kita Pilih?


(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah); celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat. (Al-Baqarah: 138)


Masyarakat kita hari ini diselubungi kekeliruan. Lambat laun kekeliruan ini akan membawa kepada pemberontakan. Pemberontakan yang dilakukan tanpa sebarang tujuan, tanpa sebarang peraturan atau sistem atau batasan. Implikasinya hanya satu iaitu kemusnahan, kehancuran dan kerugian besar. Terutama jika ia berlaku di zaman ini yang tidak lagi wujud semangat kasih sayang. Zaman di mana manusia ditemani hawa nafsu ibarat anjing yang menemani tuannya. Apatah lagi di negara seperti Mesir ini yang sentiasa menjadi tumpuan dan persaingan dari dalam dan luar negara.


Perkara ini sudah tentu diakui oleh semua orang yang prihatin dengan nasib negara ini. Anda boleh dengar perkara ini dinyatakan oleh para pemimpin dan ahli fikir. Anda juga akan mendengar orang awam membincangkannya apabila mereka berkumpul di kelab-kelab mereka. Diperkatakan oleh para pekerja di tempat kerja mereka. Diperkatakan oleh Pemandu jika anda menumpang kenderaan mereka.


Dibicarakan oleh penjual sayur jika anda berbual dengan mereka. Jika kita nafikan fenomena ini atau kita abaikan kesannya atau kita perkecilkan akibatnya kita sebenarnya ibarat burung kasawari yang membenamkan kepalanya ke tanah. Ia merasakan tindakannya itu akan dapat memperdaya pemburu.




* * *
Melalui ruang ini, bertepatan dengan teori sosial, segala ideologi dan fahaman baru akan menyelusup masuk ke dalam Mesir. Dalam usaha untuk menguasai jiwa dan hati rakyat Mesir semua ideologi ini akan berjuang habis-habisan. Mereka menggunakan segala cara yang boleh dan tidak dibolehkan.


Bermula dari sinilah kita mula mendengar pelbagai suara berkumandang di akhbar-akhbar dan majlis-majlis keramaian. Komunis berusaha gigih menerapkan fahaman mereka ke dalam jiwa masyarakat. Demokrasi kolonialisme yang tertekan kini berusaha pula untuk melawan aliran ini. 


Di tengah pergolakan ini muncul pula golongan yang memperjuangkan sosialisme. Di antara ideologi-ideologi ini dan umat kita berdirinya Islam yang telah sekian lama bertapak dalam hati umat Islam selama empat belas kurun. Islam telah sebati dengan mereka. Islam telah mempengaruhi mereka melalui keindahan, keagungan dan kemurniannya. Islam tidak akan rela merendahkan martabatnya atau mengalah membiarkan sahaja hati-hati ini yang telah sekian lama mengimaninya dan berjuang bermati-matian untuk memartabatkannya. Jihadlah yang telah mempertahankan Islam daripada serangan-serangan tentera salib, tentera Tartar dan tipudaya Zionis.


ˆDan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf: 21)


* * *
Namun sampai bila kita akan terus bergelumang dalam pelbagai aliran dan budaya ini. Walaupun perkara ini kini masih kecil namun ia tidak akan selamalamanya kecil.


Sampai bilakah para pemikir di Mesir ini akan terus tidak menghiraukan pertembungan ini. Seolah-olah perkara ini tidak ada kena mengena dengan mereka. Seolah-olah perkara ini berlaku di negara lain bukan negara mereka. Atau ia berlaku pada orang lain bukan pada mereka?! Oleh itu kita sebenarnya tiada pilihan lain selain terpaksa membuat pilihan.


Jika pada hari ini kita tidak memilih sedangkan kita masih mampu memilih maka hari esok (esok terlalu hampir) kita terpaksa menerima dalam keadaan terpaksa. Saya dapat melihat ada bara di celah-celah unggun yang tidak syak lagi akan marak menyala.


* * *
Kita terpaksa memilih satu corak hidup baru yang akan menjadi landasan hidup kita. Bukan semua sudut hidup masyarakat di Mesir kini sesuai berhadapan dengan perkembangan semasa dalam aspek akhlak, pemikiran dan keperluan manusia. Orang yang bijak akan merencana sebelum sesuatu berlaku dan bersiap sedia menghadapinya.


Kita berhadapan dengan komunisme dan sosialisme. Dalam persefahaman antarabangsa hari ini kedua-dua fahaman ini dianggap sebagai sebahagian nilai demokrasi. Ini sahaja yang mampu dilakukan oleh pejuang demokrasi. Di hadapan kita juga ada sistem Islam, saranan Islam, ajaran Islam dan hukum-hakam Islam.


Pada hakikatnya, kita tiada pilihan dan kita tidak bebas membuat pilihan. Kita semua beriman bahawa Islam agama suci ini mencakupi agama dan negara. Kita telah meletakkan Mesir sebagai sebuah negara Islam bahkan Mesir adalah pemimpin negara-negara Islam. Perlembagaan kita dengan jelas menyatakan dalam fasal keseratus empat puluh sembilan: “Agama rasmi negara adalah Islam dan bahasa rasmi negara adalah bahasa Arab.”


Bangsa ini iaitu rakyat Lembah Nil dari utara ke selatan semuanya menganut agama yang suci ini. Minoriti bukan Islam yang menjadi penduduk negara ini dapat mengecapi bagaimana rasanya keharmonian, keamanan, keadilan dan kesaksamaan yang wujud dalam ajaran dan undang-undang Islam. Inilah yang dinyatakan oleh al-Quran:


Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahanah: 8)


Perbincangan mengenai nilai ini tidak perlu diperpanjangkan lagi. Lipatan sejarah yang menceritakan tentang hubungan baik antara penduduk negara ini, Islam dan bukan Islam sudah memadai membuktikan semua ini. Ada eloknya kita rakamkan sanjungan kita kepada anak watan yang mulia ini bahawa mereka menghormati segala nilai-nilai ini dalam setiap perkara dan mereka beranggapan Islam sebagai sebahagian daripada nilai patriotik mereka. Ini berlaku walaupun mereka tidak menerima undang-undang dan ajaran Islam sebagai akidah mereka.


Oleh itu, kerajaan Mesir, pertubuhan-pertubuhan dan parti-parti politik di Mesir sebenarnya tiada pilihan lain selain menunaikan ikrar yang mereka lafazkan kepada Allah dan rasul-Nya ketika mereka mengucapkan dua kalimah syahadah yang bermakna mereka terikat dengan Islam. Begitu juga dengan sumpah setia mereka kepada rakyat negara ini ketika mereka menggubal undang-undang ini.


Ketika mereka menyatakan bahawa agama rasmi negara ini adalah agama Islam. Jika tidak mereka telah mengingkari ikrar mereka dan mengkhianati amanah Allah dan rakyat. Mereka perlu berterus terang kepada rakyat berhubung pendirian mereka terhadap Islam. Hari ini mereka tidak boleh lagi bermuka-muka dan berhelah.


Kejujuran mereka ini akan menyelamatkan negara ini daripada perkara yang mengancam masyarakat. Kejujuran mereka juga akan mengembalikan ketenangan dalam jiwa dan hati rakyat. Ini bermakna perlu wujud perubahan kepada seluruh agenda dan budaya negara. Di samping itu mereka perlu nyatakan dengan lantang bahawa Lembah Nil ini adalah pengibar dan pengembang risalah Islam, tanpa rasa goyah dan gentar. Namun kata-kata sahaja tidak cukup tanpa amal.


Apakah mungkin telinga-telinga yang tertutup selama ini mampu terdetik mendengar peringatan ini dan akan kembali kepada Islam dengan bersuara, beramal dan melaksanakannya??


Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (An-Nisa’: 65)


- IHAB -


Teringat saya akan kejadian Gempa Bumi yang Menggegarkan Kota Padang , Indonesia . Dimana saya berada disana. Alhamdulillah , ALLAH menyelamatkan saya.


Allah , Allah , Allah...


Terasa hina diri ini jika tidak mampu untuk menjalankan amanahnya di dunia ini .
Dialah menyelamatkan saya dimana tanggungjawab masih banyak lagi belum terlaksana .
Perlu lebih Focus !




(Gambar Hospital yg runtuh)
Tempat manusia berteduh kerana kesakitan pun
runtuh dengan kuasa ALLAH taala
Berhampiran dengan penempatan kami
Rumah pelajar juga banyak yg runtuh dan rosak

-islahmujahidin-

Thursday, April 7, 2011

Ini Jalanku ...



Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Amal:

Amal ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan ikhlas.


Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang
diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman
akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada
(Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata,
kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (Al-
Taubah: 105)

Peringkat kerja yang perlu dilakukan oleh saudara yang jujur ialah:

1. Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak
yang mantap, berpendidikan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang
betul, bermujahadah melawan diri, menjaga masa, segala urusannya tersusun dan
berguna kepada orang lain. Semua ini wajib bagi saudara semua.

2. Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya
menghormati gagasannya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup
berumahtangga. Teliti ketika memilih isteri. Didik isteri tentang hak dan
tanggungjawabnya. Didik anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka
berdasarkan prinsip Islam. Ini juga wajib bagi saudara semua.

3. Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik
dalam masyarakat. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping
menggalakkan amalan yang baik. Menyuruh masyarakat melakukan perkara yang
baik. Bertindak segera melakukan kebajikan. Menagih sokongan masyarakat
supaya berpihak kepada gagasan Islam. Sentiasa berusaha menyemai budaya
masyarakat menurut budaya Islam. Semua ini wajib dilakukan oleh saudara semua
dan oleh jamaah sebagai badan pelaksana.

4. Membebaskan tanahair dengan cara mengusir kuasa asing (bukan Islam)
daripada menguasai aspek politik atau ekonomi atau moral.

5. Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam. Dengan itu
kerajaan ini akan menjalankan peranannya sebagai khadam kepada rakyat atau
orang upahan rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat. Kerajaan Islam ialah
kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam dan melaksanakan segala fardhu Islam
dengan tidak berterus terang melanggar perintah Islam. Kerajaan ini sebagai
pelaksana hukum dan ajaran Islam.

Namun tidak salah jika kerajaan ini meminta bantuan orang bukan Islam
ketika keadaan terdesak tetapi bukan untuk melantik mereka sebagai pemimpin.
Kerajaan ini tidak perlu terikat kepada bentuk atau jenis tertentu. Apa yang
penting ia mesti bertepatan dengan dasar pemerintahan Islam.
Sifat-sifat kerajaan ini ialah peka dengan tanggungjawab, prihatin dengan
nasib rakyat, bertindak adil kepada semua, menjaga harta negara dan berjimat
ketika menggunakannya.

Tanggungjawab kerajaan ini ialah menjaga keamanan, melaksanakan undangundang,
memberikan pendidikan kepada rakyat, membina kekuatan negara,
menjaga mutu kesihatan, memelihara kepentingan rakyat, membangunkan 
sumber negara, menjaga keselamatan sumber negara, memantapkan akhlak rakyat dan
mengembangkan dakwah.

Hak kerajaan (setelah menunaikan tanggungjawabnya) ini ialah rakyat perlu
memberikan kesetiaan dan ketaatan. Kerajaan ini perlu dibantu dengan nyawa dan
harta.
Jika kerajaan ini cuai, ia perlu dinasihat dan ditunjuk ajar. Jika tidak ia perlu
dipecat dan disingkir. Tidak dibenarkan mentaati makhluk untuk menderhakai
Allah.

6. Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara
memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah
kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara
mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan
lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan.

7. Menjadi tonggak dunia (ustaziatul ‘alam) dengan cara menyebarkan Islam ke
seluruh pelusuk dunia.

Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu
seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. (Al-Anfal: 39)

Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya. (Al-
Taubah: 32)

Empat peringkat yang terakhir ini wajib dilaksanakan oleh sebuah jamaah dan
oleh setiap saudara dengan kedudukan mereka sebagai anggota jamaah. Betapa
beratnya tanggungjawab ini dan betapa besarnya peranan ini. Manusia akan
melihat semua ini suatu khayalan namun saudara muslim melihatnya sebagai suatu
kenyataan. Kita tidak akan berputus asa dan tetap menaruh harapan yang tinggi
kepada Allah.

Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya,
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf: 21)

Tetapkan Hatiku
-Islahmujahidin-

Rujukan : Risalah Ta'alim

Tuesday, April 5, 2011

Mengapa ianya Susah ?

Seringkali kita kaitkan..
tentang apa2 sahaja perkara yg memerlukan tenaga, fikiran , pengorbanan itu susah..
Sehingga kita menolak drpd melakukan perkara itu dari awal2 lagi..

Ketahuilah..
Yang Paling susah itulah aset yang paling berharga

Mari kita fikirkan..

Kereta Berjenama Ferrari itu sangat mahal dan hanya mampu dimiliki
oleh beberapa orang tertentu dan berkemampuan sahaja
mengapa begitu ?



Susah tentu..
Bagi menghasilkan suatu produk yg baik kita memerlukan
sumber-sumber asas yg baik
dan sudah tentu bukan mudah untuk didapati
contohnya , dari segi pemilihan logam yang terbaik , kaca yang terbaik , getah yang terbaik
dan segalanya yang terbaik...

Seterusnya apabila sumber-sumber asas itu sudah cukup
dan mampu untuk kita mencipta kereta itu tadi
kita memerlukan pula arkitek yg terhandal untuk mencipta rekabentuk
supaya dikagumi oleh pemiliknya...

Tibalah masa untuk bergerak kepada penciptaan dan pemasangan
kita memerlukan pula Jurutera-jurutera yg mahir
supaya idea kreatif arkitek itu tadi mampu direalitikan ke dalam bentuk produk
yang mempunya pencapaian yang maksimum
dan sedaya upayanya untuk mengelakkan kecacatan daripada berlaku...

Kini tibalah pula untuk pembuatan , pemasangan dan pemeriksaan..
sudah tentu bukan calang-calang pekerja mampu untuk melakukan pekerjaan ini..
mungkin sahaja pekerja-pekerja ini perlu menjalani kursus-kursus , bengkel-bengkel bertahun-tahun lamanya
bagi memastikan kereta yang berjenama Ferrari itu tadi bukan hanya indah pada jenama dan rekabentuk sahaja..
Tetapi, akhirnya semua 'settings' dari segi keselesaan dan prestasi kereta ini
menggilai jiwa-jiwa yang bernama 'manusia'

Kini tibalah pula pemasaran kereta ini .
Penjual-penjual kereta-kereta berjenama mewah ini
bukan sahaja perlu pandai berkata-kata
tetapi juga hebat dan mengetahui setiap inci bahagian kereta ini..
supaya akhirnya kereta ini mampu dijual
walaupun harganya jutaan ringgit..



Pembeli pula ,
bagi mendapatkan kereta yg berjenama ini pula bukannya mudah
puluhan tahun berhempas pulas , bermandi peluh..
meeting sana meeting sini , sign kontrak sana , sign kontrak sini ..
akhirnya barulah mampu mendapatkan sebuah kereta yang hebat begini...

Bermula dari pembuatan kereta sehingga pembeliannya
tiada satu pun yang mudah
semuanya memakan masa yang panjang
bagi kualiti yang memuaskan...

mungkin boleh sahaja kita mencari bahan asas yg mudah dijumpai dimana-mana,
arkitek yang bekerja sambil lewa , jurutera yang korupsi,
pekerja-pekerja yang malas , penjual yang tidak proaktif dan bekerja dengan ala kadar sahaja
sudah pasti tidak akan kita lihat hasil produk yang hebat seperti kereta berjenama Ferrari tadi..

Manakala , jika pembeli tadi cuma bekerja ala-ala kadar,
dengan tiada pelajaran , hanya mengharap belas ehsan orang sahaja...
sudah pasti dia tidak akan mampu memiliki sebuah kereta pun..
meskipun kereta sorong..

Mari Berbalik kepada realiti ..

Ramai kawan-kawan yang mengadu tentang susahnya dalam pembelajaran
lebih-lebih lagi dalam kursus kedoktoran
sudah pasti memakan masa yang lama
ditambah pengorbanan untuk belajar ketika mana manusia lain berseronok
semestinya hanya untuk mendapatkan segulung ijazah
jawapan saya mudah sahaja : kerana kita mahu hasilkan seorang doktor ..

Boleh sahaja kita berhenti dari belajar bersungguh-sungguh
tidur 24jam sehari ,
pergi ke shopping mall setiap hari
atau mengelamun sepanjang hari..
Tetapi ingat hasilnya , mungkin kita tidak akan mampu untuk menjadi seorang doktor
bahkan menjadi penyapu sampah juga kita tidak layak..



Begitulah kehidupan untuk mendapatkan suatu hasil yang manis
tidak mungkin akan dapat dilakukan dengan mudah..
Semuanya bermula dengan kesusahan
dan sebab itulah "Mengapa ianya Susah"

Kadang-kadang kita juga marah ,
Susah !!
Susah untuk kita beribadah ,
susah untuk melengkapkan solat 5kali sehari ,
Susah untuk untuk bersangka baik kepada orang lain,
Susah untuk kita berlapang dada,
Susah untuk kita pergi ke Majlis-majlis yang mendekatkan hati dan akal fikiran kita kepada ALLAH,
dan Susah juga kita untuk membaca tulisan-tulisan yang kita katakan fanatik "islamic"

Kerana hasilnya : Jannatil Firdausil a'la

Renungkanlah
Cuma yang susah itu manis
keluarlah dari kebiasaan..
majukan potensi diri..
yang sedar tidak sedar
"sebenarnya kita mampu lakukan perkara yang lebih susah daripada perkara yang susah untuk difikirkan"



Sekian sahaja kali ini.

Motivasi , fikrah , rohani
-islahmujahidin-

Monday, April 4, 2011

Mengingatkan Buat yang Leka

Bismillahirrahmanirrahim...

sekadar berkongsi agar bermanfaat buat kita semua
yg mungkin kian futur 
semoga dengan pencerahan fikrah akhirnya memberi kesan yg baik kepada perjuangan ..

Allah..Allah..Allah
Tetapkan aku pada jalanMu..
aku rindu berjumpa denganMu dalam RedhaMu...



Menyerang Qiyadah Melumpuhkan Dakwah

25/3/2011 | 21 Rabbi al-Thanni 1432 H | 1.308 views
Oleh: Abu Ghozzah
Kirim Print
Muhammad Abdullah Al Khatib
Wahai Ikhwan, karena dakwah kalian merupakan kekuatan besar melawan kedzoliman, maka wajar kalau mereka mengerahkan segala senjata dan kemampuan untuk menghadapi dakwah kalian, bahkan tidak ada satu pun cara kecuali mereka manfaatkan untuk memerangi dan memberangus dakwah kalian.
Cara paling berbahaya yang digunakan oleh musuh yang licik adalah upaya menimbulkan friksi internal di dalam dakwah, sehingga mereka dapat memenangkan pertarungan karena kekuatan dakwah melemah akibat terpecah belah. Dan hal yang paling efektif menimbulkan friksi internal dalam dakwah adalah hilangnya tsiqah antara prajurit dan pimpinan. Sebab bila prajurit sudah tidak memiliki sikap tsiqah pada pimpinannnya, maka makna ketaatan akan segera hilang dari jiwa mereka. Bila ketaatan sudah hilang, maka tidak mungkin ada eksistensi kepemimpinan dan karenanya pula tidak mungkin jamaah dapat eksis.
Oleh karena itulah, maka Imam Asy-Syahid menekankan rukun tsiqah dalam Risalah At-Ta’alim dan menjadikannya sebagai salah satu rukun bai’at. Imam Asy-Syahid juga menjelaskan urgensi rukun ini dalam menjaga soliditas dan kesatuan jamaah, ia mengatakan: “…Tidak ada dakwah tanpa kepemimpinan. Kadar tsiqah – yang timbal balik – antara pimpinan dan yang dipimpin menjadi penentu bagi sejauh mana kekuatan sistem jamaah, kemantapan langkah-langkahnya, keberhasilan dalam mewujudkan tujuan-tujuannya, dan kemampuannya dalam mengatasi berbagai tantangan dan kesulitan. “Ta’at dan mengucapkan perkataan yang baik adalah lebih baik bagi mereka” (QS 47:21). Dan tsiqah terhadap pimpinan merupakan segala-galanya bagi keberhasilan dakwah.”
Kita tidak mensyaratkan bahwa yang berhak mendapat tsiqah kita adalah pemimpin yang berkapasitas sebagai orang yang paling kuat, paling bertakwa, paling mengerti, dan paling fasih dalam berbicara. Syarat seperti ini sangat sulit dipenuhi, bahkan hampir tidak terpenuhi sepeninggal Rasulullah saw. Cukuplah seorang pemimpin itu, seseorang yang dianggap mampu oleh saudara-saudaranya untuk memikui amanah (kepemimpinan) yang berat ini. Kemudian apabila ada seorang ikhwah (saudara) yang merasa bahwa dirinya atau mengetahui orang lain memiliki kemampuan dan bakat yang tidak dimiliki oleh pimpinannya, maka hendaklah ia mendermakan kemampuan dan bakat tersebut untuk dipergunakan oleh pimpinan, agar dapat membantu tugas-tugas kepemimpinannya bukan menjadi pesaing bagi pimpinan dan jamaahnya.
Saudaraku, mungkin anda masih ingat dialog yang terjadi antara Abu Bakar ra dan Umar ra sepeninggal Rasulullah saw.
Umar berkata kepada Abu Bakar, ‘Ulurkanlah tanganmu, aku akan membai’atmu.’ Abu Bakar berkata, ‘Akulah yang membai’atmu.’
Umar berkata, ‘Kamu lebih utama dariku.’ Abu Bakar berkata, ‘Kamu lebih kuat dariku.’
Setelah itu Umar ra berkata, ‘Kekuatanku kupersembahkan untukmu karena keutamaanmu.’ Umar pun terbukti benar-benar menjadikan kekuatannya sebagai pendukung Abu Bakar sebagai kholifah.
Tatkala seseorang bertanya kepada Imam Asy-Syahid, ‘Bagaimana bila suatu kondisi menghalangi kebersamaan anda dengan kami? Menurut anda siapakah orang yang akan kami angkat sebagai pemimpin kami?’
Imam Asy-Syahid menjawab, ‘Wahai ikhwan, angkatlah menjadi pemimpin orang yang paling lemah di antara kalian. Kemudian dengarlah dan taatilah dia. Dengan (bantuan) kalian, ia akan menjadi orang yang paling kuat di antara kalian.’
‘Wahai Ikhwan, mungkin anda masih ingat perselisihan yang terjadi antara Abu Bakar dan Umar dalam menyikapi orang-orang yang tidak mau mengeluarkan zakat. Sebagian besar sahabat berpendapat seperti pendapat Umar, yaitu tidak memerangi mereka. Meski
demikian tatkala Umar mengetahui bahwa Abu Bakar bersikeras untuk memerangi mereka, maka ia mengucapkan kata-katanya yang terkenal, yang menggambarkan ketsiqahan yang sempurna, ‘Demi Allah, tiada lain yang aku pahami kecuali bahwa Allah telah melapangkan dada Abu Bakar untuk memerangi mereka, maka aku tahu bahwa dialah yang benar.’
Andai Umar ra tidak memiliki ketsiqahan dan ketaatan yang sempurna, maka jiwanya akan dapat memperdayakannya, bahwa dialah pihak yang benar, apalagi ia telah mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Allah swt telah menjadikan al haq (kebenaran) pada lisan dan hati Umar.’  Alangkah butuhnya kita pada sikap seperti Umar ra tersebut, saat terjadi perbedaan pendapat di antara kita, terutama untuk ukuran model kita yang tidak mendengar Rasululiah saw memberikan rekomendasi kepada salah seorang di antara kita, bahwa kebenaran itu pada lisan atau hatinya.
Mengingat sangat pentingnya ketsiqahan terhadap fikrah dan ketetapan pimpinan, maka musuh-musuh Islam berusaha sekuat tenaga untuk menimbulkan keragu-raguan pada Islam, jamaah, manhaj jamaah, dan pimpinannya. Betapa banyak serangan yang  dilancarkan untuk melaksanakan misi tersebut.
Oleh karena itu, seorang akh jangan sampai terpengaruh oleh serangan-serangan tersebut. Ia harus yakin bahwa agamanya adalah
agama yang haq yang diterima Allah swt. Ia harus yakin bahwa Islam adalah manhaj yang sempurna bagi seluruh urusan dalam kehidupan dunia maupun akhirat. Ia harus tetap tsiqah bahwa jamaahnya berada di jalan yang benar dan selalu memperhatikan Al Quran dan Sunah dalam setiap langkah dan sarananya. Ia harus tetap tsiqah bahwa pimpinannya selalu bercermin pada langkah Rasulullah saw serta para sahabatnya dan selalu tunduk kepada syariat Allah dalam menangani persoalan yang muncul saat
beraktivitas serta selalu memperhatikan kemaslahatan dakwah.
Kami mengingatkan, bahwa terkadang sebagian surat kabar atau media massa lainnya mengutip pembicaraan atau pendapat yang dilakukan pada pimpinan jamaah, dengan tujuan untuk menimbulkan keragu-raguan, menggoncangkan kepercayaan, dan menciptakan ketidakstabilan di dalam tubuh jamaah.
Oleh karena itu, seorang akh muslim tidak diperbolehkan menyimpulkan suatu hukum berdasarkan apa yang dibaca dalam media massa, tidak boleh melunturkan tsiqahnya, dan tidak boleh menyebarkannya atas dasar pembenaran. Ia harus melakukan tabayyun terlebih dahulu.
Allah swt menegur segolongan orang yang melakukan kesalahan dengan firman-Nya, “Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka serta merta menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja di antaramu.” (QS 4:83).
*Dikutip dari Kitab Nadzharat Fii Risalah at-Ta’alim (Bab Ats-Tsiqoh) terbitan Asy-Syaamil.

artikel dipetik dari ..

-islahmujahidin-