Thursday, July 28, 2011

Kering

( Kering kontang )

Teringat akan satu kata-kata daripada teman seperjuangan ..
"Apabila kita banyak bekerja, hati kita semakin lama akan menjadi kering , jadi kita perlu akan tazkirah dan peringatan bersama untuk membasahkan hati kita ..."

Bulan peperiksaan baru sahaja berakhir ,
namun masih lagi ada sahabat yg masih meneruskan perjuangan mereka
untuk membulatkan jawapan dan memenuhkan kertas jawapan
Semoga mereka diberi kekuatan oleh ALLAH s.w.t.

Kehidupan seharian semasa musim peperiksaan biasanya kurang terurus ,
bangun sahaja buku , bila makan teringat buku , bila tension teringat buku ..
dipermudahkan cerita , semua fikiran tertumpu kepada satu  nama iaitu "BUKU"
ya , manusia benar2 menjadi hamba kepada buku pada ketika ini ...

Masa yg lama berlalu sungguh membuatkan saya sendiri menjadi kering
bukan sahaja badan , fikiran dan hati juga mula kering
Buku ditelaah sampai lewat malam ,
sehingga sukar utk bangun malam  ...

Disaat ini saya mula menghargai segala jenis tarbiyyah
dan saya juga berfikir bagaimana pula dengan mereka-mereka yg masih bertemu dengan tarbiyyah
sudah pasti bertahun2 mereka kering
Semoga suatu hari nanti kita semua dapat memberikan hak-hak ini kepada mereka

Mari sama2 kita mulakan hidup baru menempuh hidup yang baru ,
menempuh Ramadan yg mulia
sehingga tiada lagi penyesalan selepasnya
ya , mari mengejar Redha Allah yg bersamanya ketenangan yg hakiki ~

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." - ( Surah al-mulk : ayat 30 )

Hanyalah Allah yg mampu membasahkan (menghidupkan hati kita semula)
marilah bersama2 berdoa padaNYA di bulan yg penuh berkat ini (Ramadhan)



Islahmujahidin
28 jul 2011

Saturday, July 23, 2011

Transisi Syaaban-Ramadhan

"Ramadhan yang baik , bermula dari syabaan yg baik"
Bismillahirrahminirrahim ...

9 days more ...

Bulan Syaaban semakin hampir menutup tirainya maka akan datang hampirlah bertamu Ramdhan yg mulia,
Ramadhan ,

Bulan yang ditunggu-tunggu para pencinta kebaikan ,
Bulan yang ditunggu-tunggu pemohon keampunan,
Bulan yang ditunggu-tunggu Ummat Islam ...


Semakin berlabuhnya tirai Syaa'ban memberi erti kepada kita bahawa semakin kurangnya masa persediaan untuk kita,
seperti peperiksaan , faktor persediaan lah yang akan menjadi penentu sama ada lulus/gagalnya seseorang itu , tahap capaian keputusan dan kesediaannya mengharungi 'fatrah' seterusnya ...


Mari kita renung kembali ..tentang apakah keistimewaan  Ramadhan itu ?


(يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون)
" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA " 


" Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.." ( Ad-Dukhan-3 )


Dan berbagai2 lagi ayat-ayat al-quran yg menunjukkan keistimewaan Ramadhan yang didalamnya penuh dengan ajakan2 kebaikan supaya akhirnya ummat Islam mampu menaikkan darjatnya disisi Allah , "Menuju TaQwa"
Iaitu , golongan Manusia yg tertinggi darjatnya disisi Allah yg sentiasa dipuji dan dijamin kesejahteraannya di AKhirat kelak ...


Proses menuju Ramdhan bukanlah selicin yg kita selalu fikirkan ..
Bulan dimana Allah membukakan pintu Rahmat dan syurga seluas-luasnya, Neraka ditutup seketatnya, dan Syaitan dibelenggu supaya tidak mengganggu manusia ..


Proses ini sungguh difahami Syaitan dengan berhati-hati dan penuh kesungguhan supaya anak Adam a.s tidak layak ke syurga sekalipun pintunnya sudah dibuka seluas-luasnya ..Ingatlah "Sesungguhnya Syaitan itu musuh yg nyata bagi Kamu"


dan ada diantara ayat al-Quran Allah menceritakan bagaimana peranan Syaitan utk mengeluarkan NabiAdam a.s dan Hawa daripada Syurga yg penuh dengan Redha dan berkat...


Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." ( al-Baqarah -36 )

Demikianlah sebenarnya kesusahan yang bakal kita tempuhi sebelum menuju Ramadhan "Syahru Rahmah"


Sedikit perkongsian moga-moga Ramadhan ini merupakan Ramadhan yg terbaik untuk kita ...

1) Ramadhan yang baik bermula dengan persediaan yang baik , dan sempurna ..Sesungguhnya Syaitan akan mendidik sahabat karibnya , Nafsu yang sering menjadi teman rapatnya melakukan larangan Allah ..

2) Tingkatkan amalan harian (seperti bacaan al-QUran , mathuraat, bersedeqah...) sebelum masuk kebulan Ramadhan kerana persediaan yang baiklah yang akan memastikan "persembahan yg baik"utk Ramadhan ..

3) Tingkatkan amalan , secara berperingkat-peringkat tetapi secara berterusan . "sesungguhnya Allah mencintai amalan yg dilakukan secra berterusan" dan bukannya amalan yg banyak tetapi ditinggalkan ..

4) Banyakkan menyucikan diri , bertaubat memohon keampunan daripada ALLAH s.w.t moga2 maksiat2 yg kita telah lakukan tidak menjadi penghalang Rahmat Ramadhan ...


Syaaban ...

1) Merupakan bulan persediaan dan merupakan mehnah yg kritikal kerana Syaitan melakukan kerja keras didalam bulan ini . Mari kita 'Check' bersama2 , dalam bulan Ramadhan ini , perasaan menjadi cepat marah , perasaan mencintai Allah sedikit-sedikit dikikis dengan cinta kepada manusia, amalan harian semakin berkurang disebabkan sibuk dengan aktiviti seharian, semakin banyak perselisihan berlaku sesama manusia (semuanya berdasarkan pemerhatian seharian , pandangan penulis dsb ).. 

 Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua" (Surah al-a'raaf -21)

2) Amalan2 sunat smudah ditinggalkan tanpa ada perasaan rugi . Seperti Solat Berjemaah , bacaan zikir pagi dan petang, Iktikaf di Masjid, bangun solat malam , lewat tidur sehingga mengabaikan Solat subuh yg berkualiti ...mungkin semuanya beralasankan alasan peperiksaan yg menekan .

3) Semakin dekat dengan perkara2 yg kurang memberi manfaat seperti menonton movie secara berlebihan, video game yg berlebihan melebihi masa rehat yang sepatutnya , berlebihan tidur ....

4) Kurang bermuhasabah diri , dan cepat marah apabila ditegur ....

5) dan Semua perkara negatif yg boleh kita dapati selepas bermuhasabah diri ....


Sedikit coretan
Ilmu untuk dikongsi ....


1) Ayuhlah sama2 kita mengejar Ramadhan kali ini dengan bersungguh2 , moga2 Ramadhan kali ini tidak berlalu begitu sahaja , kerana boleh jadi Ramadhan ini adalah terakhir buat kita...

2) Carilah ruang amalan sunnat yg diganda2 pahalanya dibulan penuh berkah ini , seperti membaca al-Quran ketika mana lapang , solat berjemaah di masjid + iktikaf , Solat malam , Umrah dsb ... ( berlatih bersungguh2 sebelum tibanya Ramadhan )

3) Sentiasa beristighfar dan memperbaharui niat dalam membuat sesuatu amalan , sama ada ianya keci mahupun besar ...

4) Sentiasa berpesan2 kepada diri sendiri dan rakan2 tentang kelebihan Ramadhan dan mengapa perlu kita bersungguh2 mendapatkannya ...

dan akhir sekali ...
terdapat petikan daripada kitab Mukhtasar Minhajul Qaasideen mengenai puasa ...


Berpuasa itu ada 3 Tahap :-
iaitu  Puasa umum, Puasa khusus dan Puasa Khusus-yg khusus


Puasa umum - iaitu menahan lapar , dahaga dan kemaluan drpd perkara yg membatalkan puasa
Puasa Khusus - iaitulah menahan penglihatan, percakapan , tangan , pendengaran dan anggota badan daripada maksiat...
Puasa khusus-yg khusus - iaitulah menahan hati daripada melihat kepada segala kepentingan dunia , sentiasa berfikir sebagai seorang ibad tentang Allah s.w.t. .....


Semoga Bertemu kita akan Ramadhan dalam keadaan bersedia , dan sudah terbebas daripada dosa-dosa kecil dan besar yg mampu menghalang kita daripada menerima Rahmat daripada Allah s.w.t.


AYUH tempuhi Thaurah Ramadhan tahun ini ...

Sahabatmu
Islahmujahidin
http://www.islahmujahidin.blogspot.com/

Thursday, July 14, 2011

Belajar Menulis


( Menulislah dengan hati )

Semenjak dibangku sekolah lagi
membaca tulisan-tulisan yang menghidupkan hati
adalah hobi dan minat saya yg mendalam ...

Mencari erti kehidupan
adalah perkara yang sering memberatkan fikiran saya 
Kerap sahaja "Stress" apabila memikirkannya
kadangkala juga "mual" saya dibuatnya
apabila melihat ramai manusia hebat yg tampil kehadapan
tetapi dibelakang dia hanya seorang yg kosong 
tanpa jiwa
yang ada rasa cinta kepadaNYA

Inilah yg saya rasai
Sebelum benar-benar saya rasai nikmat Islam
yang saya anuti semenjak lahir ini
sebelum adanya rasa cinta
untuk berjuang bersama-sama
menegakkan semula Islam ketempatnya ...

Satu kelemahan ..
yang telah saya sedar semenjak sekian lama
yang menyukarkan penyampaian
rasa cinta ini kepada seluruh ummat
adalah
Dengan lemahnya untuk saya menulis
menulis supaya benar2 pembaca memahami
apa yang ingin disampaikan

dan lemahnya bercakap atau berkata-kata
untuk menyampaikan suatu mesej
Yang lebih merisaukan
ialah apabila tulisan saya sendiri
mungkin mampu orang lain membuat andaian yg salah
daripada apa yg ingin saya katakan ..

Mungkin atas perkiraan saya
saya tidak mempunyai kelebihan "Descriptive"
tetapi lebih kepada "Logic" dan "Elaboration"
Tertumpu kepada suatu fokus

InsyaAllah , saya bermohon kepada Allah s.w.t.
agar diberikan ilmu2 tersebut insyaAllah
dan saya akan berusaha menampung kelemahan ini..

Semoga kata-kata ini menjadi doa
yang akan diperkenankan
oleh Allah s.w.t

- islahmujahidin -

Monday, July 4, 2011

Pesanan buat Pelajar Alex

" Berpesan-pesanlah dengan Perkara Kebaikan"

Bismillahirrahmanirrahim...



Walaupun berada dalam kesempitan masa
insyaAllah ada satu teguran yang saya patut 
saya berikan ...

Semoga ianya memberi kebaikan kepada diri pembaca semua dan juga diri saya ...


Diceritakan dalam hadis yg panjang
dalam hadis imam an-nawawi ..

potongan daripada hadis tersebut : -

Berkata malaikat jibril kepada Rasulullah s.a.w.

 قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عنِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ.

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu ...

Mungkin ramai yg terlepas pandang tentang perkara ini ...

Mungkin dihadapan manusia engkau hebat berkata-kata
tetapi dibelakang engkau orang yang derhaka ..

Mungkin dihadapan manusia engkau pemimpin terkemuka
tetapi dibelakang manusia engkau hanya patung x berharga ...

Di hadapan manusia engkau mulia
tetapi disisi Allah engkau hina ....

Ingatlah bahawa segala amalmu yg diterima hanyalah kerana Allah
Janganlah kerana mengejar hebat dihadapan manusia
engkau dilempar hina kedalam neraka ...

~ Evening Talk ~

"Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu .."

Engkau bukan tidak mampu , tetapi engkau mengejar itu (dunia) ...
* Ikhlaskan niatmu ** Kuatkan azammu *** Tentukan hatimu

-Islahmujahidin-

Lakukanlah amal dengan ikhlas
bukan hanya meninggalkan belang didunia


Jagalah ibadah meskipun hanya yg wajib
walaupun manusia tidak mampu melihatnya
Allah sentiasa ada dan pasti membalasnya

.
Tulus buatmu sahabat


.

Saturday, July 2, 2011

Cantik

Kerap kali aku tercari-cari
apa yg dimaksudkan dengan cantik itu ?


( Meditteranean Sea, Alexandria , Egypt )

Melihat langit menjelang tenggelamnya matahari ,
Burung-burung mengembang-kempiskan sayapnya menjunam laju ke laut
Kemudian kembali semula kelangit setinggi-tingginya ,
Ombak yg memukul kuat ketebing pantai
Ikan pula melibas-libaskan ekornya
berlari laju
Oh Cantiknya ..

Aku merenung kembali apa istimewanya bumi Iskandariah dibandingkan dengan tempat-tempat yg lain di bumi Mesir ini . Tiada yg kurasakan lebih hebat melainkan cantiknya pemandangan ..
CIPTAANNYA 

Aku tertanya-tanya sekali lagi apakah itu cantik ?

Dan kini aku dapat jawapannya :- itulah Tenang apabila memandangnya , Mendamaikan jiwa , Seakan-akan membawa ke alam yang baru pabila melihatnya , Bersamanya hilang keresahan ....

Sekali lagi aku memandang ke pandangan yg sama , apakah sebabnya ?


Langit, bumi, dan segala isinya bertasbih kepada Allah,  tidak ada satupun, kecuali bertasbih dengan memujiNYa, tetapi kalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya, Dia maha penyantun lagi maha pengampun (QS. Al-isra:17:44).


Barulah aku faham , bahawa kecantikan itu bukan hanya kedamaian yg fizikal semata-mata . ianya juga kedamaian ruhiyyah .. Yang mungkin tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata . 


"Hanya yang merasai akan menghayati dan memahami"

Kembali aku melayang sekali lagi dengan pandangan yang sama ,

AKu terbang kini bersama Tafsir fi Zilalil Quran karangan Sayyid Qutb..
apabila ALLAH s.w.t memujuk Rasulullah s.a.w dengan surah Ad-dhuha

"Demi waktu dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)." (Ad-dhuha 1-3)


Dengan menggunakan Alam untuk menenangkan Rasulullah s.a.w

Redupnya mentari pagi 
Burung-burung berkicau riang mencari sarapan 
langit biru membuka tirainya mengenakan warna yg indah
Angin pula lembut menyapu muka memberikan kesegaran 

-Ad-dhuha -


Karangan yang hebat inilah yang telah mengajarkan aku banyak dengan kecantikan yang mendamaikan ...

"Kecantikan yang mendamaikan ialah kecantikan yang mampu membawa kita kepada Al-Khalliq" inilah yang aku mampu simpulkan ..

Cantiknya pemandangan ,
Cantiknya Hidupan ,
Cantiknya pemakaian ,
Cantiknya akhlak ,
Cantiknya Manusia
...

Hanya layak diberikan kepada yang mampu mengingatkan aku kepada Penciptanya ...

" Innallaha jamilun , wa yuhibbul jamal "
Sesungguhnya ALLAH itu cantik , dan suka akan kecantikan ...

Kecantikan lahirriyyah dan ruhiyyah
ini yang ku idamkan ...



( Burung-burung terbang )


( Sawah padi yang menenangkan )

Semoga kecantikan-kecantikan ini membawa aku terbang ke Syurga

-Islahmujahidin-




.