Wednesday, October 19, 2011

Hargailah waktumu ..

Alhamdulillah ..
dapat kali ini saya memperuntukkan beberapa detik daripada masa saya ..
Semoga dengan beberapa detik ketika ini mampu menempatkan kita
bersama2 dengan golongan soleh ...



Masa merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan Muslim .. Bahkan didalam satu hadis yg sangat selalu diulang dan kita dengari , mafhumnya "Takkan berganjak kaki seseorang pada hari qiyamat nanti kecuali ditanya tentang 3 perkara " dan salah satunya ialah Waktu mudanya kemana dihabiskan ...

Sememangnya diketahui , masa muda adalah masa yang paling kuat dan paling bertenaga bagi seseorang . Ia sepatutnya digunakan dengan sepenuhnya dengan bersungguh agar akhirnya masa keemasan ini tidak disia-siakan untuk memberatkan amalan kita pada neraca mizan nanti ..

Cuma yang menyedihkan kita pada hari ini ialah "Syabab" harapan ummah ini tidak lagi menajadi singa seperti mananya Hamzah , menjadi pendakwah yg tidak pernah kenal erti penat seperti Mus'ab , ataupun menjadi pencatur peperangan seperti Sultan Muhammad Al-fateh .

Begitulah kegemilangan Umat Islam yg kita sering bangga-banggakan . Sehingga hari ini tiada lagi yang mampu menggantikan mereka . Sahabat , tabi3 dan tabi3 tabi3ien yg dicetak dengan cetakan tarbiyyah Ilahi . Mereka inilah permata yang hilang ..

Saudaraku sekalian ,
masa kita kian suntuk , tenaga kita semakin kering dan ummat kita semakin tenggelam. Tiada apa lagi yang mampu menyelamatkan semua ini kecuali Allah dan kita sebagai alat . "Sesungguhnya Allah tidak akan Mengubah nasib sesuatu kaumitu melainkan mereka mengubahnya sendiri" .

Khalifah Umar abdul aziz juga penah berkata bahawa "Sesugguhnya , aku sedang mengubati suatu urusan yang tiada siapa dapat membantunya kecuali Allah .." . Begitulah keseriusan seorang hamba yg benar2 mewakafkan diri kepada jalan Allah .

Jalan kita masih panjang , jangan mengeluh dan "Janganlah berputus asa , kerana berputus asa bukanlah akhlak seorang Muslim" - al-munthalaq.

Akhir Sekali ,
lihatlah kembali prioriti apakah yg sepatutnya kita letakkan . Apakah kita hanya hidup untuk diri kita atau hidup ini adalah sebagai "Seorang abd" yg mendambakan kasih sayangnya ..

Buatlah jadual dan letakkanlah prioriti ..
sekiranya kita lihat didalamnya penuh dengan urusan2 peribadi kita ..
muhasabah semula , apakah kita hidup hanya sebagai seorang yg mementingkan diri sahaja ..
Na3uzubillahi min Zalik

"Hidup adalah untuk Memberi sebanyak-banyaknya , dan bukanlah menerima sebanyak-banyaknya"

-Islahmujahidin-

Monday, October 3, 2011

Man La Yahtam Min Amril Muslim Falaisa Minhum

Satu Perkara yg sangat menyedihkan dan menyayat hati dewasa ini ialah berpecahnya perpaduan ummat Islam..

Maksudnya berpecah bukanlah dek kerana banyaknya Jemaah atau banyaknya amal yg berbeza ..
tetapi yg tidak sihat ialah Ummat ISLAM pada ketika ini ialah mempunyai sifat yg sangat buruk iaitu sifat       " Kita-kita sahaja , mereka siapa ? "
Kita merasa bahawa hanya kita yg terbaik dan mengenepikan rasa orang lain dan menolak 100% jasa orang lain..

Satu lagi yang memberatkan , kita membiarkan agama dan anak-anak Islam terjajah dengan lebaran sayap kristianisasi terutama di Malaysia ...
SAYA SUNGGUH PELIK ...

Saya menyeru rakyat Malaysia .. Marilah Bersama2 melindungi agama ini ..
Jika dek kerana bola kita mampu berhimpun , Bagaimana pula dengan agama ?
Apakah kita mampu mengumpulkan 1,000,000 umat Islam ?
Andalah harapannya ...

MARI BERHIMPUN !!!


Ini harapan kita



Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
     
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
     
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
     
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
     
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
     
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

" Ya ALLAH, selamatkanlah agama ini dengan Tangan2 kami ... "