Sunday, November 27, 2011

Hidup Kita


*saya tujukan post ini buat mana-mana insan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam perjuangannya*

Kadang-kadang kita terasa penat
letih dalam meneruskan kehidupan seharian  ..

pergi ke kelas pagi , petang pula baru pulang ..
Balik nanti siaplah ...
diisi pula dengan perkara2 lain lagi..

Dan kadang-kadang kita sendiri merungut ...
"Mcm mana ? Lecture semalam x cover lg, lecture minggu lepas pula macam mana ?"
"Ada ILA , TBL , assignment lagi ..hmm , entahlah bila masa la nak dapat rehat ?"

-Mata pun terpejam di atas katil -

....................

Hari-hari pula sentiasa dipenuhi
Cuti pula cuma sehari ..
Macam tak ada erti hidup lagi
Cumanya belajar , belajar , belajar ...dan belajar lagi

daripada mata terbuka , hingga mata terpejam semula ..
daripada mentari menerbit , hingga terbenam dan diganti bulan ...
Begitulah rungutan kita...

Namun begitu ,
tetap ada manusia yang sanggup mengorbankan segala-galanya
demi cintanya kepada agama , demi cintanya kepada ajaran rasulullah
dan demi cintanya kepada ummah ..


Manusia-manusia yang ikhlas ..
Hari-hari dan malam-malamnya sentiasa dipenuhi dengan kesungguhan,
Mempelajari agama, menyampaikan apa yang difahaminya , dan meneruskan usaha-usaha membawa kebaikan di muka bumi ini ..

Dakwah Rasulullah dan para sahabat ..
Mengeluarkan manusia daripada kegelapan dan kehinaan ..

iaitu ;
Di saat manusia terlena,
Di saat manusia leka ,
Di saat manusia ketawa ,

Dia sentiasa bersedia ,
Dia sentiasa bercita-cita ,
Dia sentiasa mengerah tenaga ..

Nukilan kata
"Aku merindui manusia-manusia di mana mereka tidak dapat lena tidur kerana memikirkan masalah Ummat" - Hassan al-Banna

.........................

Petikan diambil dari Blog Ustaz Sarip Adul

JALAN HIDUP KITA


Dalam perjalanan ke tempat mesyuarat untuk membincangkan program dakwah, seorang ahli mesyuarat hantar sms: Salam. Kami sekeluarga br sampai d KK dr KL. msih dlm teksi. Asif, Mgkn sampai lambat ke meeting. Jzkk. Aku membalas balik sms tersebut dengan ringkas: takpe asal dtg...

Mungkin pelik bagi orang kebanyakan kehidupan orang seperti itu yang sanggup bekejar ke sana ke sini untuk urusan yang langsung tak mendatangkan income bahkan selalunya program begitu sering memerlukan pengorbanan yang keluar dari kocek sendiri. Apalah yang hebat sangat pada kehidupan seperti itu hingga tak sempat hendak berehat. Apa yang mendorong mereka sanggup korbankan masa rehat dan duit mereka?.


Memang sukar untuk memberi jawapan yang memuaskan khususnya kalau sipenanya itu kurang mengkaji, mendalami dan menghayati sejarah kehidupan Para Rasul, Rasulullah dan sahabatnya. Mereka manusia yang paling memahami tujuan hidup dan bagaimana untuk hidup. Mereka juga sangat tahu kesudahan hidup dan nasib kehidupan. Lantaran itu mereka manusia yang paling produktiviti dan miliki inovasi yang tinggi. Bukan hanya untuk kepentingan diri bahkan kepentingan bumi dan manusia sejagat. Mereka membawa sesuatu yang amat diperlukan oleh manusia dan itu sahaja caranya manusia akan selamat. Mereka merasakan itulah tujuan utama mereka Allah cipta sebagai manusia, dikandung dan dilahirkan sebagai manusia, diberi prasarana dan kelengkapan hidup sebagai manusia. Lain dari itu mereka rasa tak ada bezanya diri mereka dengan haiwan berkaki dua, empat atau melata di atas bumi yang sama-sama berkongsi planet dengan manusia.

Memang pelik orang-orang begitu, busy memanjang sedangkani mereka cuma pekerja biasa. Tdak memilik gelar dan syarikat besar-besar? Tapi sibuk mengalahkan YB dan CEO syarikat gergasi. Bahkan hujung minggu mereka jarang ada masa untuk shopping dan picnic. Suami isteri sibuk memanjang dengan program itu dan ini yang matlamatnya untuk ‘mengubah dunia’. Mengubah dunia…itu istilah yang digunakan oleh seorang isteri bila ditanya ke mana pergi suaminya? Jawabnya: gi program nak ubah dunia…mula berpusing juga kepalaku nak faham, sepontan dia mengatakan..ada usrah. Itu Cuma program mengubah dunia yang sangat kecil…pun sudah ramai yang terasa sibuk.

Cuma ingin aku peringatkan pada diri sendiri, sahabat-sahabat, adik-adik dan anak-anakku. Sebenarnya kita belum buat apa-apapun untuk ‘jalan hidup pilihan kita’ ini. Kita masih lagi jauh selesa berbanding pejuang-pejuang silam. Kita naik kereta berhawa dingin, meeting dan berusrah di bilik berhawa dingin, lepas program dijamu dengan makanan yang energynya tak habispun digunakan untuk keperluan dakwah dan bakinya tersimpan di perut dan peha kita. Pengorbanan wang? Memang ada tapi masih banyak lagi bakinya untuk membayar ansuran kereta dan rumah kita.

Generasi awal Islam korbankan segalanya. Untuk Islam mereka sanggup disiksa dan dibunuh. Abu Bakar nafkahkan seluruh harta dan sahabat-sahabat yang lain membelanjakan separuh harta. Kita masih lagi berjuang tak jauh dari kampung halaman, masih sempat mengutip buah durian dan menanam tanaman untuk anak-cucu akan datang. Pejuang dulu mati di perantauan dan kubur mereka juga tak mampu diziarahi oleh sanak saudara. Lantaran itu kita tak akan temui kubur Abu Ayyub al-Ansari, Muaz bin Jabal, Amru bin al-As dan ramai sahabat-sahabat yang lain di Madinah mahupun Mekah.

Kita masih jauh berbanding mereka. Lantaran itu kita sebenarnya belum berbuat apa-apa untuk ‘jalan pilihan hidup kita’. Kalau adapun sumbangan kita sangat kecil. Cuma untuk menyejukkan hati yang kadangkala futur, kita mungkin baik sikit dari sesetengah saudara seagama yang hanya mengira minitnya untuk menghasilkan keuntungan diri. Bahkan kita jauh lebih baik dari mereka yang menghabiskan hidupnya untuk meratah hidangan nafsu dan menjadi ulat merosakkan agama sendiri. Mungkin kita baik sikit…

Berbanding generasi awal seumpama Bilal, Ammar, Mus’ab, Abu Bakar dan lain-lain sahabat. Kita masih jauh ketinggalan bahkan kalau diletak dalam senarai bersama mereka, kita tak layak diletakkan walau dalam rangking terakhir. Bahkan kita juga mungkin masih jauh ketinggalan dari missionarry di pedalaman Sabah dan Sarawak yang sanggup meninggalkan negara mereka untuk mendakyahkan agama mereka. Bahkan mereka sanggup hidup susah bersama masyarakat di pedalaman demi memastikan agama mereka menerima sambutan. Bahkan mereka berbelanja besar membuat pelbagai projek kemasyarakatan dan mengumpul dana untuk membina rumah ibadah. Keyakinan mereka sangat tinggi untuk ‘jalan pilihan hidup mereka’ berbanding kita dengan ‘jalan pilihan hidup kita’. Walau kita sering mengungkapkan hanya agama kita yang benar tapi tidak ramai yang membuktikan kebenaran kata-kata melalui amalan dan perngorbanan. Bahkan ramai pendakwah di kalangan kita tidak balik dengan tangan kosong setelah penat ‘berdakwah’…pasti ada sampul surat berisi RM atau sekurang-kurangnya borang claim yang boleh diisi.

Namun andai kita masih merasa penat…tanyalah diri sendiri: Bukankah anda yang memilih jalan ini? Anda tidak pernah dipaksa memilihnya. Anda punya hak untuk memilih jalan lain yang mungkin lebih memudahkan anda masuk syurga dengan ongkos yang lebih murah dan masa yang singkat….Cuma kita perlu berhati-hati dengan firman Allah:

و إن تتولوا يستبدل قوما غيركم ثم لا يكونوا أمثالكم

" dan jika kamu berpaling ia (Allah) akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu". (Surah Muhammad).

Sebahagian para Daie berkata: Aku merasa gembira dan takut bila melihat ramai orang baru menyertai dakwah. Aku gembira kerana dakwah ini dapat sambutan. Aku takut kalau-kalau Allah datangkan mereka untuk mengantikan daku atas kesalahanku mengabaikan hak perjuangan ini.

" Ya ALLAH, jadikan kami orang yang thabat atas jalan ini sehingga ke hari kami bertemu denganmu. Ampunkanlah kelemahan dan kekurangan kami dalam menunaikan hak kepadaMu."

Wallahu a'lam

Thursday, November 3, 2011

Post FB

( Copy dan Paste drpd Group FB Knight0307 )
Bismilahirrahmanirrahim 
Pandangan mengenai Mesir atas harapan Azfar Abdullah dan Hilmi Samad ..
Sekadar Perkongsian ...


Sebenarnya kurang reti sikit nak menulis 
Dan mungkin tulisan ini agak bias kepada diri saya ...


Masih igt bibit2 awal sebelum datang ke Mesir
Sewaktu di sekolah xpernah pun terfikir untuk ambil bidang kedoktoran . Tidak pernah sedikit pun terfikir . Igt lagi waktu di Sekolah , saya selalu ponteng "Prep petang dan malam" duduk dalam bilik SIS . terbaca saya satu buku tentang riwayat hidup asy-syahid Imam Hassan Al-banna (buku lama warna kuning). Dari situlah saya mengenal erti tarbiyyah dan berfikir perlunya mengubah sistem kepada Sistem Islam. Semenjak itulah , saya berminat ke Mesir untuk mengenal lagi Asy-syahid Hassan al-Banna dan mengenal perjuangannya . Saya juga pernah mengajak Mohd Asyriq sewaktu di bilik study al-Battani (tinggal dgn Ahmad Hannan masa tu di bilik study) utk sama2 pergi ke Mesir walaupun masa tu minat kami tinggi terhadap engineering , dan saya pun sangat minat dengan subject Physics dan AddMaths , manakala Biology xpernah lg saya minat kerana memaksa kita menghafal.


Alhamdulillah , sekarang sudah masuk ke Tahun 4 di Iskandariah < Mesir . Sangat banyak perkara yg mengajar saya tentang erti hidup. Walaupun "life as a medical student" sgt memenatkan , tetapi masih lg kita mampu menolakkan diri kita untuk Tarbiyyah ..Tarbiyyah diri sehingga mendapat kefahaman seperti para sahabat dan berusaha mentarbiyyah orang lain supaya dapat bersama2 memakmurkan bumi ini dengan Islam .


Inilah Mesir pada diri saya . Walaupun sesiapapun pasti mengutuk Mesir setelah menziarah atau duduk lama di Mesir . Saya sendiri tak tahu apakah yg lebih menarik tentang Mesir selain Tarbiyyah . Yang menyerap ke seluruh cakerawala sudut pemikiran. Disitulah DR Yusuf Qardawi di tarbiyyah , Dr Abdul Aziz Rantisi dididik , Imam Hassan al-Banna mula mengembalikan kemulian Islam ...


Sekian itu sahaja
Boleh je kalau nak tanya apa2
nak datang ziarah mesir ke ..
tp maalish saya x sempat sgt nak reply2 FB ni
wallahu a'lam


-Syahmi-
"Kullu sanah wa entum toyyibun"