Arrghh ..
No mood to study ~
TOO much to cover back what i've missed B4 ...
Plus .. Too many problem come ...
Coming and coming ~
So , B4 continue my study ..
I just would like to share
sumthing that playing around inside my mind ...
Alhamdulillah ~ Allah s.w.t always by my side..
to let me go through my lyfe in Egypt ..
to Improve my knowledge about our Deen "ISLAM"
Yes I admit I still have to catch up many thing B4 graduation ~
About Deen , Medicine , the way to interact with peoples and so on.....
Ok , so let us go back to our Topic;..
I just thinking about our Prophet "Muhammad s.a.w" the Greatest Person ever on this earth ..
Was he never feel like us ?
Stress , tension , moodiness , Lost of spirit and .... and ........
Yes I agree ,
To catch up all things is very stressful,
sometimes , the thing that we do "Fail" or "Not Success" even we put allover our strength and spirit inside it..
(xtau la betul x grammar nih....)
Yes , The Great Prophet Muhammad s.a.w.
was likely in this situation B4 ..
When he don't have so many supporters ...
But "Allah the Almighty" gave him strength by the verse of Al-quran
one of the is "Surah Ad-dhuha"
The story is..
when there was a gap between the nuzul of the Surah B4 ..
and this Surah was very long ~
The Musyrikin at that time was mocking on him ..
Lastly Allah s.w.t.
send to His Messenger
"Wad dhuha, wallaili iza saja , ma wadda3akarabbuka wama qola , walal akhirotu khairullaka minal ula ..." till the end of this surah ..
This surah entertain Rasulullah and He was relieve ..
masyaAllah ..
Unfortunately , I didn't have a lot of time to write about how this surah affect very much on the Prophet ..
But what I want to apply is ;
whenever we feel depress or something ,
"We will back to Quran"
Al-Quran have the answer ..
"Ma wadda3akarobbuka wama qola" - "And your Lord(Allah s.w.t) never left you and never hate you.."
And lastly ..
This surah ended by "Wa amma bini3mati rabbika fahaddith " - "And every Ni3mah that descend to you by Allah , berulang-ulanglah (mengucapkan syukur) "
That's all for this time , Please pray for The Ummah
-islahmujahidin-
Hidup ini sentiasa mencari-cari, semoga bertemu dengan pencarianmu itu...
Friday, December 30, 2011
Satu Perkongsian
Kita semakin tersepit...
"Gajah sama gajah bergaduh , pelanduk mati ditengah-tengah"
Semakin hari kepala akan semakin berat
What will come next..
Just for sharing ...
The Questions being ask by my friends
Copy & Paste from our FB group
~ Knight Maidens 0307 ~
#1. Kalau tak sokong implementation of hudud in Malaysia, kene label murtad/ahli neraka/ etc. etc. Kalau sokong, kene label as an immoral low-life/disregard multi-cultural values/ tak 'open-minded'/ kolot/ jumud etc.
#2. Yang tolerate LGBT rights kene label pembawa bencana/ kaum lut/ binatang and yang against LGBT kene cop katak bawah tempurung/ narrow-minded
#3. Pro-NEP kene cop racist etc. and yang against NEP kene label bangsat/ lupa daratan/ ada yang siap cakap org lain kafir -_-"
Not saying that it doesnt happen in other parts of the world, it's just that I see them everyday in Malaysian websites/ blogs/ facebook/ twitter and it raises the question:
Has the Malaysian society produced individuals that are judgmental and prone to making derogatory/racist remarks instead of constructive criticism?
Maki hamun sana sini. sakit mata do. mentaliti mcm ni macam mana nak maju kehadapan, semua fikir die betul hahaha
Ke sebab isu human rights/ equality/ race/ ni berkait dengan agama dan bangsa membuatkan sesetengah orang lebih 'passionate' or 'emotional' ?
#2. Yang tolerate LGBT rights kene label pembawa bencana/ kaum lut/ binatang and yang against LGBT kene cop katak bawah tempurung/ narrow-minded
#3. Pro-NEP kene cop racist etc. and yang against NEP kene label bangsat/ lupa daratan/ ada yang siap cakap org lain kafir -_-"
Not saying that it doesnt happen in other parts of the world, it's just that I see them everyday in Malaysian websites/ blogs/ facebook/ twitter and it raises the question:
Has the Malaysian society produced individuals that are judgmental and prone to making derogatory/racist remarks instead of constructive criticism?
Maki hamun sana sini. sakit mata do. mentaliti mcm ni macam mana nak maju kehadapan, semua fikir die betul hahaha
Ke sebab isu human rights/ equality/ race/ ni berkait dengan agama dan bangsa membuatkan sesetengah orang lebih 'passionate' or 'emotional' ?
I've gave my opinion for this thread ..
No Need to write it on again ...
But I do think ...
If this Happen during our time in 2011
How about during our children or Grandchildren time ? 2030 maybe ???
Tuesday, December 20, 2011
Manifestasi Cinta Islam
Kembalikan
Islam ke tempatnya
Semenjak kejatuhan khilafah 1924 , hari demi hari Ummat
Islam tertunduk dalam keadaan terhina. Lebih teruk lagi, kini umat Islam hari
ini semakin goyah dengan kehilangan jati diri sebagai seorang Muslim, moral dan
akhlak terus hanyut ditenggelami arus kemodenan, dan segenap penjuru pemikiran
kita pula diserang dek ideologi-ideologi barat tanpa kita sedari. Dan lebih
teruk lagi, sistem Islam tidak lagi menjadi kebanggaan. Apatah lagi
bermati-matian dipertahankan.
Kembali
kepada realiti hari ini, bumi Islam tidak pernah lagi sunyi daripada peperangan
dan kebencian musuh-musuh Islam. Lihat sahaja Palestin, Kashmir, Iraq, Mindanao
dan banyak lagi negara-negara lain yang
dipadam daripada berita dunia, di mana mereka dibantai, ditetak, dipenjara,
ditelanjangi musuh-musuh Islam. Dan kita ? Diam tanpa berbuat apa-apa. Apakah
kita masih mengira diri kita beriman dan mempunyai sifat belas kasihan.
Mari kita hayati bersama hadis yang diriwayat Rasulullah
s.a.w
( من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم )
"Sesiapa yg tidak mengambil berat perihal muslim maka bukanlah dikalangan mereka"
( من أصبح والدنيا أكبر همه فليس من الله في شيء ، ومن لم يتق الله فليس من
الله في شيء ، ومن لم يهتم للمسلمين عامة فليس منهم )
وقوله صلى الله عليه وسلم : ( مَثَلُ
الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ
الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ
بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى ) رواه البخاري (6011) ومسلم (2586)
Kisah-kisah yang menyayat hati umat Islam seperti ini jelas
membuktikan dan mempamerkan kepada kita bahawa betapa perlunya untuk kita
membina semula kekuatan umat Islam. Kekuatan ini bukanlah terletak kepada betapa
umat yang memeluk agama Islam pada hari ini, dan bukan juga dengan adanya ramai
pemimpin-pemimpin yang melaung-laungkan perjuangan Islam danmendabik dada
kerana pengikutnya yang ramai . Tetapi ingatlah bahawa kekuatan ummah hanya
akan kembali hanya apabila Muslimin kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya
dan tidak lagi mencedok ideologi-ideologi barat yang lebih banyak menyesatkan
lagi mengelirukan.
Izinkan saya untuk berkongsi tentang kisah seorang tokoh
yang jarang didengari namanya pada hari ini, apatah lagi mengenalnya. Beliaulah
tokoh Islam yg pernah menggembleng seluruh tenaga, usaha , dan usianya untuk
membina kembali kekuatan umat Islam.
Beliau diberi nama Izzuddin al-Qasam.
Beliau
telah dilahirkan pada tahun 1882M di Syria, pernah belajar di Universiti
Al-Azhar , Mesir , kemudian kembali semula ke Syria. Beliau merupakan seorang seorang
imam, guru dan juga sheikh di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di
bahagian utara Syria. Beliau juga pernah terlibat dalam di dalam revolusi Syria
memerangi penjajahan Perancis, sehingga akhirnya Perancis menjatuhkan hukuman
mati kepadanya. Sehingga akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke
Haifa, Palestin.
Memahami
rancangan jahat Yahudi untuk mendirikan negara Nasional Yahudi, beliau menggiatkan
peranannya untuk menyedarkan masyarakat Palestin tentang kejadian yang sedang
berlaku ini. Antara isunya termasuklah penghijrahan besar-besaran Yahudi ke
tanah Palestin dan penubuhan Organisasi Zionis antarabangsa di Basel, Switzerland
pada 29-30hb Ogos 1896.
Selama 7 tahun, beliau bertungkus-lumus mengadakan hubungan
dengan mendekati orang ramai, mengenali , membina peribadi Islam dan melatih
mereka untuk berorganisasi. Beliau amat menitik beratkan 3 perkara utama iaitu
:-
- Berwaspada terhadap rancangan Yahudi
- Mengajak mereka untuk berjihad
- Memilih orang-orang yg berkualiti untuk dilatih dan diberikan pemikiran yang benar serta mahir dalam soal ketenteraan.
Beliau juga tidak lupa untuk sentiasa mengadakan hubungan
baik dengan orang lain, menanamkan perasaan cinta sesama manusia memandangkan
ideologi barat berjaya memecahbelahkan rakyat Palestin pada waktu ini dan juga
menanamkan rasa tanggungjawab setiap lapisan masyarakat terhadap Tanah
Palestin.
Akhirnya pada tahun 1935, Izzuddin al-Qassam dalam usianya yang mencecah 60tahun telah
gugur sebagai syahid yang telah meninggalkan kesan yang besar terhadap
perjuangan Umat Islam di Palestin dan seluruh dunia. Jasanya sentiasa dikenangi
oleh umat Islam Palestin sehingga mengabdikan nama beliau di sebuah sayap
ketenteraan HAMAS dan di bendera mereka.
Begitulah kisah seorang pejuang Islam yang bermati-matian
menjalankan amanah Allah. Benarlah firman Allah di dalam alquran , {مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا
اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا
تَبْدِيلاً } sehingga Allah mengangkat darjatnya sebagai salah seorang
syuhada’ yang diredhainya. Bagaimana pula kita ?
Sunday, December 18, 2011
Ubat Hati Yang Sensitif
“Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI.”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Hati. Satu huruf empat abjad yang membawa maksud terpenting dalam mencerminkan personaliti seorang manusia. Tapi tiada siapa yang mampu melihat sekeping hati ini dengan mata kasar. Soalnya hati, hanya si pemilik dan pemilik mutlak si pemilik hati (ALLAH) yang tahu. Namun tak keterlaluan saya katakan, jika kita sendiri pun ada masanya tidak memahami hati kita sendiri.
Hati. Untuk menjaganya sangat sukar. Perlukan keazaman. Tapi mengotorinya, tidak sesukar menjaga. Melalaikannya, ada pelbagai cara, terbentang luas di depan mata. Hanya iman dan takwa, jadi perisai utuh agar sekeping hati ini tidak dikotori, tidak dicemari. Sebagai manusia, iman yang naik dan turun pastinya membuatkan hati ini dihinggapi penyakit. Parah atau tidak, terpulang pada usaha si pemilik untuk mencari penyembuhnya. Kenyataan yang tak mungkin berubah ialah, pengubat hati terbaik ada pada kembalinya si pemilik hati itu kepada DIA, maha Pencipta.
Sensitif
Berbicara tentang penyakit hati, saya terpanggil untuk menulis tentang hati yang sensitif. Maksudnya hati yang mudah terasa dengan kata-kata atau gurauan rakan-rakan. Sedikit-sedikit tidak mengapa, tetapi jika ia dibiarkan tanpa kawalan, ia mampu menjadi duri yang merosakkan sebuah ikatan ukhuwah. Dan, ia juga menyakiti pemilik hati serta orang-orang sekelililing. Masakan tidak, jika hanya kerana sebuah gurauan, hati yang sensitif ini akan tersinggung dan menghantar signal ‘masam’ kepada wajah. Ataupun sebuah teguran atas dasar sayang, disalah erti dek kerana terlalu sensitif. Lalu, sebuah gurauan yang patutnya menceriakan suasana, bertukar menjadi racun yang menghambarkan sebuah kegembiraan. Meskipun tempoh masam muka itu mungkin tidak lama, tapi ia tetap mampu memberikan kesan kepada sebuah persahabatan. Kepada pemilik hati yang terlalu sensitif, cari jalan untuk berubah. Kerana jika dibiarkan anda akan menjadikan orang sekeliling trauma untuk bergurau senda dan akan mengambil tindakan untuk lebih banyak berdiam diri tatkala bersama anda.
Saya sendiri pernah menjadi seorang yang sensitif dan mudah terasa walaupun kerana sebuah perkara yang remeh. Dan saya juga ada mempunyai kawan yang sensitif. Dan apa yang saya nyatakan di atas, benar-benar berlaku dan ia memang mengguris hati kedua-dua pihak. Tambahan lagi jika kedua-duanya memiliki hati yang sensitif. Saya juga pernah membaca coretan seseorang tentang perkara ini. Bercerita tentang pengalamannya tentang soal sensitif ini, dan Alhamdulillah dia telah menemui penawarnya. Dan saya sangat teruja untuk tahu, apakah penawarnya? Apakah ubat bagi hati sensitif ini? Agar drama sakit-menyakiti secara halus ini tidak berterusan.
Ubatnya
Nasihatnya mudah sahaja, “berlapang dada dan bersangka baik, dan kita akan terlepas dari belenggu ‘hati sensitif’”. Pertama kali membacanya, saya terdiam. Betul, inilah caranya. Islam menuntut kita untuk berlapang dada dan berbaik sangka, dan ia pastinya mengandungi 1001 hikmah. Saya berikan anda satu contoh,
Alkisahnya, Si A adalah seorang yang sensitif, dan satu hari dia bersembang dengan rakannya, Si B.
A: B, malam ni kau ada nak pergi mana-mana tak? Kalau kau tak sibuk, nak ajak pergi beli barang.
B: Eh, malam ni bukan ada makan-makan kat dewan ke? Kau taknak pergi? Semua orang dijemput hadir.
A: Ha? Aku tak tau pun. Sapa yang cakap dekat kau?
B: C yang cakap kat aku.
A: Ye ker. Sampai hati dia tak ajak aku. Aku tak tau langsung. (Si A sudah mula terasa hati.)
B: Takpe. Nanti aku forward mesej yang dia hantar tu kat kau.
A: Urm, takpelah. Biar je la.
B: Eh, janganlah begitu.
Dalam perbualan di atas, jelas Si A sudah tersinggung apabila Si C tidak memberitahunya tentang majlis makan-makan pada malam itu. Persoalannya kenapa Si A boleh terasa dengan Si C? Walhal, Si C langsung tidak terlibat dalam perbualan di atas. Jawapannya mudah, kerana Si A telah buruk sangka terhadap Si C. Dia menganggap yang Si C sengaja tidak menghantar mesej kerana tidak mahu dia turut serta dalam majlis makan-makan tersebut. Padahal mungkin sahaja Si C terlupa, atau telah menghantar mesej tetapi atas sebab teknikal mesej itu tidak sampai. Tetapi dek kerana tiadak berlapang dada dan bersangka baik, Si A telah menjadi sensitif tidak bertempat. Dan tidak lain, hanyalah mengeruhkan keadaan diri sendiri, dan Si B. Malah merugikan diri sendiri jika mengambil keputusan tidak menyertai majlis itu dan menjeruk rasa natijah daripada sensitif tadi.
Jelas di sini, penyakit hati yang sensitif dapat dirawat dengan cara berlapang dada dan bersangka baik. Kerana jika Si A sedari awal lagi memujuk hatinya agar bersangka baik bahawa Si C mungkin sahaja terlupa dan tidak berniat buruk, dan dia menerima tawaran Si B yang mahu menghantar semula mesej, pasti dia dapat menghadiri majlis makan-makan itu dengan hati yang gembira. Tiada hati yang disakiti, dan tiada kegembiraan yang tergugat. Cara ini mungkin tidak sesenang saya menulisnya, tapi jika dibandingkan dengan rasa sakit dan jumlah hati yang mungkin tersinggung akibat penyakit sensitif yang tidak bertempat, sangat berbaloi untuk berusaha mencubanya.
Tapi, mesej saya di sini adalah untuk menghilangkan virus hati yang sensitif tidak bertempat sahaja. Bukan meminta agar semua rasa sensitif dimansuhkan. Sensitif yang baik, perlu diteruskan. Seperti sensitif dengan isu semasa, perubahan rakan, dan paling penting sensitif terhadap dosa dan pahala. Semua ini perlu diasah dari sehari ke sehari agar sentiasa tajam!
Subscribe to:
Posts (Atom)


