Sunday, May 4, 2014

Facebook dan Globalisasi






Bismillahirrahmanirrahim ..
Dengan Nama Allah yg Maha pengasih lg maha penyayang..

Lama rasanya utk saya tidak menulis , hampir2 terlupa bahawa blog ini masih wujud ..
Yangg saya yakin sedikit sebanyak mampu menjadi senjata melawan agenda musuh ..
Niat hanya satu ..
"Lillahi taala"

Inilah hasil tidak seberapa yg mampu saya kongsikan..
Sepanjang kehidupan belajar , ditarbiyyah , mentarbiyyah , berdakwah ..

Rasanya inilah ruang "output" bg saya secara peribadi utk mencambahkan buah fikiran..
Seperti bunga dan buah2an
semakin dikacuk semakin bewarna-warni dan pelbagai rasanya ..

Baiklah
izinkan saya terus kepada tajuk kali ini..
semoga dengan bahasa yg mudah
Mesejnya mampu disampaikan dengan baik..



"Facebook dan Globalisasi"

Walaupun tajuk ini barangkali sudah beberapa kali saya fikir utk disampaikan melalui sembang2, santai2 namun sehingga kini masih belum berjumpa ruang yg sesuai.. semoga medan ni boleh jd medan cuba-cuba :)
mana yg salah boleh betulkan

Jadi,
Ayuh tanpa membuang masa kita mulakan ..

Dunia moden kini dirasakan begitu pesat membangun , teknologi dunia yg berinovasi begitu pantas, membuatkan seakan2 geografi dunia yg luas itu hanyalah seluas capaian tangan manusia.. Jikalau dulu utk menyampaikan suatu mesej dengan surat memerlukan 3 hari utk sampai walaupun hanya dalam lingkungan negara sendiri. Kini dengan teknologi , contohnya "Whatsapp" kita hanya perlukan kurang daripada satu saat utk menyampaikan mesej sejauh Benua Amerika ke Benua Australia.

Masih dalam ingatan kira-kira 12 tahun lalu,
suatu ketika, dimana sesiapa sahaja yg mempunyai h'set "Nokia Butterfly" akan dianggap paling kaya dan paling style, tp kini saya yakin generasi 2k pasti sudah tidak kenal pun apakah bendanya "Nokia Butterfly" itu.




(Berbalik kepada tajuk Facebook & Globalisasi )

[ 25 Jan 2011 ]

Saya bersyukur, kerana berpeluang berada di bumi Mesir tepat pada masa "Arab Spring" kira2 tiga tahun lalu..Saya melihat sendiri bagaimana kebangkitan rakyat menetang Presiden Mesir ketika itu "Hosni Mubarak" sehingga dijatuhkan daripada tahtanya yg bertahan selama 30 tahun lamanya, bahkan saya sendiri turun melihat secara dekat demonstrasi besar2an di bandar kedua di Bumi Mesir (Iskandariah) ini. Ada pihak Media ada yang menamakan revolusi ini sebagai "Revolusi Facebook dan twitter". Ya, masih lagi saya ingat sehingga sekarang detik-detik bersejarah itu.

(Gambar yg diambil live semasa kejadian)

Facebook yg kini dengan hanya menekan beberapa butang di atas 'skrin kaca' telefon canggih (SmartPhone) ianya mampu menghidupkan gelombang yg menggoncangkan dunia. (Masih lagi saya igt detik-detik itu, di mana hampir semua manusia tiada yg berani keluar rumah meskipun utk mencari makanan, suara jeritan, bunyi tembakan, dan segala2nya terbakar , balai polis, kereta,  ....)

(Facebook ... Nilainya berbilion bukan hanya kerana iklan , tetapi yg lebih penting daripada itu menurut pandangan saya adalah kerana ia mempunyai sekitar 1 ,310 ,000 ,000 maklumat peribadi manusia seluruh dunia ..)

Masalah sebenar bukanlah kepada Facebook ,
Yg lebih menakutkan adalah globalisasi , maklumat dihujung jari dan seperti yg saya katakan sebentar td mesej yg dihantar daripada Amerika tidak sampai pun sekelip mata sudahpun diterima dan boleh dibaca..
Kita merasakan seakan2 tidak wujud lg sempadan antara kita , walaupun di bumi yg nyata kita terpisah beribu-ribu batu jauhnya..

Teknologi dan ketersampaian juga bukanlah masalahnya,
Namun yg menjadi masalahnya adalah mula untuk kita hilang jati diri , tidak lagi ada keterikatan sesama kita dan masyarakat sekeliling, keluarga , malah negara tanah tumpahnya darah kita. Mulai dari situ kita mula kehilangan nilai perjuangan malah perasaan itu semakin hari semakin terhakis .

Kepatuhan undang-undang dan perlembagaan negara tidak lagi dihiraukan berbanding "Hak Asasi Manusia" di bawah telunjuk Amerika dan "Keadilan dan Keamanan" mengikut fahaman barat. Tiada lagi rasa hormat kepada Negara , Agama mahupun Bangsa sendiri..

Cubalah kita lihat sendiri hari ini, berapa banyak rosaknya masyarakat yg hari ini yg langsung tidak setia lagi kepada Negara berdasarkan Rukunegara kita "Kepercayaan kepada Tuhan" , "Kesetiaan kepada raja dan negara" , "Keluhuran Perlembagaan" .....



Tanpa setia , tanpa percaya ..
Apakah akan wujud kekuatan ?
Apakah akan wujudnya keamanan ?
Apakah akan wujudnya Nilai perjuangan yg sebenar ?

-Islahmujahidin-
   Mei 2014



Friday, July 12, 2013

Islam Liberal

Islam Liberal "Agama Baru" yg dicipta ..

Saya semakin pelik apabila semenjak kebelakangan ni , Islam hari ini tidak lagi di ceritakan tentang "Iman" , "Taqwa" , "istiqamah" , "Jihad" dan "Ibadah" .. sebaliknya yg diceritakan Islam adalah tentang "Kebebasan" , "Hak Asasi Manusia" , "Hak sama rata" dan sebagainya .. Islam kini mula ditafsir dengan rujukan2 FALSAFAH BARAT dan bukan lagi dengan Hadis2 yg datang daripada Rasulullah , perbincangan Ulama' terdahulu dan Ulama'2 yg berpegang teguh dengan ajaran ISLAM ...

Dengan mudah menafsirkan ayat2 al-Quran tanpa melihat pada aplikasi zaman Rasulullah saw (Sunnah) , melihat ayat2 Quran yg menerangkan maksud sebenar dan hadis2 yg menerangkan .. Sebaliknya mereka melihat al-Quran hanya seperti "Teks Undang-undang" yang boleh digunakan untuk melepaskan diri daripada satu kesalahan ataupun menghukum sesuatu perkara tanpa melihat Islam pada kontek yg sebenar ..

BAHAYA ...

Saya tidak melihat bahawa ia akhirnya mendekatkan orang lain kepada ISLAM , bahkan ianya membawa kefahaman yg jelas bertentangan dengan kefahaman ISLAM yg sebenar malah Orang ISLAM sendiri tersesat .

cnthnya : Islam melihat sesuatu maksiat/dosa itu bakal mendapat balasan azab yg pedih di hari akhirat kelak .. Bertentangan dengan mereka melihat semua perkara kejahatan atau kebaikan adalah atas kapasiti kebebasan individu , mereka bebas utk berbuat apa sahaja di atas muka bumi , BAHKAN mengaitkannya dengan Islam seperti ayat quran "La Ikraha Fiddin"

Berhati-hatilah wahai saudara semua ,

" Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).

Dan tidak ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa.

Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Qur'an itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka kerana perbuatannya sendiri. [al-An’aam 6:68-70] 

Gambar : Hasil penafsiran terhadap pemikiran yg rosak ini ..



Allahu a'lam

Friday, April 12, 2013

Motivasi untuk Aku, Kamu dan Kamu



Ada ketika bila kita rasakan seakan diri kita HILANG punca
HILANG Semangat
HILANG Rasa
dan HILANG Segala-galanya ...

Kita rasakan seakan-akan dunia ini bergerak , berputar meninggalkan kita bersendirian berfikir sendiri apakah matlamat & fungsi kita berada didunia ini ..
Kita lihat seakan-akan alam ini bergembira menikmati kehidupannya sendiri dan kita terhimpit dengan perasaan yg sendiri kita tidak fahami ...

Sebelum saya tuliskan lebih panjang lagi utk entry kali ini . Saya Mahu kongsikan lagu ini ..

Simple ,
Tetapi saya rasakan bahawa mesej yg mahu dibawakan sangat hebat ..

Mari Dengarkan :


...........................................................................................


Mari kita imbas kembali kehidupan orang-orang yg kita rasakan hebat dan pastinya kepenatan mereka jauh lebih teruk daripada kita , kemiskinan mereka lebih dahsyat , tanggungjawab yg mereka rasakan lebih berat dari sesiapa pun yang ada di atas muka bumi ini dan pengorbanan yang mereka lakukan tidak pernah difikirkan oleh manusia biasa ..

Itulah Generasi Pilihan .. " Generasi Sahabat "  

Dalam kehidupan saya , saya sungguh mengkagumi kehebatan mereka dan lebih daripada itu "Istiqamah"nya dan "Amanah"nya mereka dalam memikul risalah Islam walaupun diri mereka tercedera , terhina dan terkorban ..

Jawpannya hanya satu , ya hanya "SATU"

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ( 28 ) 

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Tujuan mereka hanyalah ALLAH , motivasi mereka hanyalah ALLAH , pengharapan mereka hanyalah ALLAH dan Kehidupan mereka hanyalah utk ALLAH .. dan mereka hanya mahukan balasan daripada ALLAH ...

Ya , kehidupan kita hari ini jauh , dan semakin jauh daripada tujuan kita diciptakan ..
Maka selepas itu mulalah kita merungut , merasakan kekeringan dalam kehidupan kita ..
Semuanya serba tidak kena ..

Maka dengan itu marilah kita semua kembali termotivasi 
Dalam penat kita belajar , dalam penat kita berkawan , dalam penat kita berkeluarga , dalam penat kita ber"usrah" dalam penat kita berprogram .. Marilah kita igt kembali generasi yg lalu , bagaimana mereka termotivasi bila seluruh kehidupan mereka diperuntukkan utk ALLAH swt semata-mata .. Mereka lebih penat , lebih berkorban , lebih tercedera dari kita .. tapi mereka tetap bahagia .. Kerana Harapan dan tempat mereka bergantung hanyalah pada ALLAH ..

Oleh itu , mari kita kembali semula termotivasi dengan alam dan segala yg ada di sekeliling kita ..
Kita Kembali kuat utk meneruskan kehidupan .. :)

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ.أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ.الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
"Dan orang-orang yang memelihara solat: Mereka itu adalah orang - orang yang akan mewarisi (yaitu) yang bakal mewarisi surga firdaus, mereka kekal di dalamnya".
Sekian sahaja

-ISLAHMUJAHIDIN-

ISKANDARIAH, MESIR
APRIL 2013

Friday, February 8, 2013

Nota : Salah Faham Mengenai Islam - ust Mohd Qutb

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Prof. Muhammad Qutb

Manhaj yang betul dalam menangani salah faham dan kritikan barat terhadap Islam.
DALAM MUQADDIMAH KE 11 (Setelah 20 tahun).
* Adakah betul bentangkan salah faham dan cuba tolak?
* Seolah-olah kritikan jahat /salah  perlu dilayan. Kita terpaksa pertahankan Islam - Islam telah betul (walaupun ada yang menyerang barat)
* Cara betul dakwah bukannya pertahankan Islam tetapi bentangkan Islam.
* Perdebatan hanya berlaku dengan mereka yang bukan nak dengar Islam atau cari kebenaran tetapi memang sengaja nak kritik Islam.
* Cara penolakan sebenar ialah dengan mengeluarkan muslim/muslimah contoh dalam masyarakat - beramal dengan Islam yang benar.
Krisis intelek sekarang !
Adakah agama masih diperlukan kerana sains telah ada? Dunia telah berubah !
Adakah agama suatu keperluan manusia sebenarnya? Atau hanya keinginan dan pilihan citarasa individu?
Kejutan baru.. Islam yang dirasai telah tamat peranan tiba-tiba diberitahu mempunyai sistem yang lengkap - ditolak kerana sistem Islam yang dianggap kuno, potong tangan, perhambaan dll adakah layak dan sesuai untuk zaman sekarang? Adakah mampu bersaing dengan sistem yang canggih dan sistematik hasil kajian intelek dan ilmuan?
Intelek Islam hanya ambil pandangan ini dari intelek barat ! Mereka sendiri tak kenal Islam.
Strategi Barat:
Perang salib hanya tamat ketika Baitul Maqdis ditawan (Lord Allenby). Barat menghapuskan Al-Quran sebagai satu bentuk serangan baru untuk lemahkan Islam (Glad Stone).
Barat ajar anak Islam tentang kehebatan barat dan kelemahan Islam. Islam hanya dalam ruang sempit. Amalan hanya untuk berkat. Sembunyikan sistem Islam. Ajarkan syubhat terhadap sistem Islam.
Lahir generasi yang jadi hamba kepada pemikiran barat. Memahami Islam mengikut neraca barat, sekularisma dll.
Sejarah barat berbeza: Agama di barat berbeza dengan Islam. Pergolakan di Eropah kerana gereja menolak sains - bila sains terbukti betul, mereka pun menolak gereja.
Islam tidak pernah menolak sains dan menyiksa ahli sains bahkan menggalakkan - jadi kenapa kita harus menolak agama dan Islam tidak seperti kristian.
Buku ini - untuk pemuda yang inginkan Islam dan ingin mencari kebenaran sebenar, bukan mereka yang sudah hanyut dengan barat. Mereka hanya akan kembali setelah bapak mereka di barat dengan tamaddun yang manghancurkan.

Adakah agama sudah lapuk?
Adakah agama masih ada peranannya sekarang? Persoalan pada abad 18-19 masihi ketika bermula tamaddun sains moden.
Ilmuan barat membahagikan era manusia - tahyul, agama dan sains.
Ilmuan Islam ramai yang terpangaruh dengan barat - penyakit taqlid buta rasa hanya akan maju dengan ikut seluruh cara barat kerana barat maju sekarang- mereka lupa ramai intelek barat makin dekat dengan tuhan melalui sains.
Hakikat sains: tidak tetap --> gelisah.
Gejala di barat adalah kerana mereka tidak ada suatu yang tetap boleh dipegang - semua perkara sentiasa berubah.
Jika agama tidak ada faedah lain selain mententeramkan manusia -- sudah cukup untuk dijadikan pegangan.
Manusia tanpa tuhan - rasa terlalu pendek dan mengejar nikmat dunia segelojohnya, kerana peluang hanya sekali.  Pertarungan sengit berlaku - tiada keamanan dan tenteram -- jika hanya ini peranan agama, sudah cukup ianya perlu untuk manusia.
Pejuang perinsip sebenar - tidak akan mampu bertahan tanpa ada akidah - sudah cukup ini sahaja menjadi keperluan manusia kepada agama.
Ada syubhat - Islam datang untuk selesaikan beberapa masalah manusia masa itu (peperangan, perpecahan manusia, sembahan berhala, arak , judi, zina dll).  Kebanyakannya telah hilang dan bukan masalah lagi sekarang atau menjadi waqi masyarakat - Islam tidak perlu lagi sekarang.
Mereka tak faham - sebenarnya Islam datang untuk "membebaskan manusia" dari cengkaman paksaan, ancaman, kuasa, jiwa, perhambaan nafsu, tahyul dsb dan memperhambakan mereka kepada Allah.
Kesemua masalah itu tidak lapuk dan terus berlaku. Oleh itu Islam masih releven dan terus releven kerana manusia terus diikat oleh ikatan dan perhambaan tersebut.
Sains sekarang telah menjadi satu tuhan 'tahyul' dan manusia bertarung dengan tuhan asal. setiap kali jumpaan baru ditemui, manusia merasai telah mengalahkan satu kuasa tuhan.
Penzalim terlalu ramai sekarang dan ramai manusia teraniaya. Kebanyakan negara Islam sendiri menzalimi rakyat muslim kerana Islam tidak memerintah tetapi diperintah.
Kita perlu kepada Islam sekarang untuk membebaskan diri dari pemerintah yang tidak mengikut Islam dan juga dari penjajahan barat dan timur.
Kita perlu kepada Islam sekarang untuk memberi keamanan kepada manusia seluruhnya yang diancam peperangan dan perebutan kuasa.
Manusia perlu kepada Islam untuk meneruskan tamaddun mereka yang akan hancur jika tidak dikawal nafsu dan kemanusiaan mereka (umat lalu yang maju semuanya hancur bila tenggelam dalam nafsu - Rom, Greek, Farsi, Abbasiah, Perancis dll). Amerika sekarang sedang menunggu giliran kerana hanya mampu membekalkan sains tetapi tidak nilai kemanusiaan.
Apakah Islam mampu mengubah dunia yang sedang hebat sekarang... Mampu !  kerana tamaddun Greek, Rom, Farsi dan India dulu pun sebenarnya sama dengan tamaddun sekarang - yang berbeza hanya alat kenikmatan sahaja.
Islam adalah cara hidup yang seimbang (antara teori dan praktis, individu dan masyarakat, rohani dan jasmani dll).
Sistem Islam lengkap dan sendiri walaupun kadangkala sejajar dengan sistem lain tapi itu hanya kebetulan.
Semua kebaikan yang diperjuangkan oleh komunis dan kapitalis sebenarnya telah disebutkan oleh Islam.
Dunia memerlukan kepada Islam untuk membebaskan manusia dari konkongan kezaliman komunis dan kapitalis.

ISLAM DAN KAPITALIS

* Bagaimana kapitalis lahir ? Setelah berlaku penciptaan jentera di Eropah. Apa jika penciptaan jentera semasa pemerintahan Islam? Adakah kapitalis akan lahir?
* Diekspot ke negara Islam semasa penjajahan dan disertai kemunduran dan rendah diri umat Islam. Di terima bersama budaya dan apa saja yang datang dari barat.
* Ada yang anggap ia tidak bertentangan dengan Islam kerana sama-sama setuju milik peribadi.
* Ia langsung bertentangan dengan Islam kerana dua asas - riba dan monopoli.
* Perlu di akui : kapitalis ada kebaikan - tambah produksi, kemajuan mesin, eksploitasi maksima bahan mentah & angkat taraf hidup. Tapi keburukan nature darinya ialah kekayaan bagi satu pihak dan penindasan pekerja. Pekerja bergaji rendah tidak dapat membeli barangan - lebihan barangan dan mengakibatkan penjajahan untuk pasaran barangan --> peperangan.

Apa sikap Islam? Apa jika bentuk kapitalis lahir di negara Islam?
* Tidak menolak kebaikan yang ada pada kapitalisma.
* Perlu dikawal untuk menolak pemerasan/eksploitasi.
* Prinsip Islam: mestikan perkongsian untung antara pemodal dan pekerja (Malikiyyah: Ω keuntungan). Fiqh Islam memang tidak sebutkan tentang cara penyelengaraan tersebut kerana revolusi industri bukan lahir dalam masyarakat Islam. Adakah Islam ada jalan penyelesaian kepada revolusi tersebut?
* Islam hanya membenarkan persaingan sihat tidak mematikan orang lain yang kecil - penggabungan syarikat menjadi gergasi --> monopoli.
* Jika revolusi industri lahir dalam Islam, bagaimana atasi lambakan barangan? Adakah stop industri? Islam cadangkan keadilan pembahagian keuntungan. Sistem Islam seluruhnya bersepadu akan mengelakan masalah ini berlaku. Peperangan kerana pemasaran dan pencarian bahan mentah tidak diterima oleh Islam. Peperangan hanya dibenar untuk mengawal perjalanan dakwah dan dengan adab dan peraturan yang ketat.
BEBERAPA SISTEM EKONOMI ISLAM LAIN:
* Sistem pembahagian pusaka.
* Sistem zakat
* Sistem takaful masyarakat.
* Pengharaman penimbunan harta.
* Pengharaman riba.
* Jaminan petugas kerajaan berhak mendapat bantuan kerajaan Islam bagi perkara asasi ; rumah, isteri, khadam dan kenderaan - begitu juga rakyat lain. Keperluan hidup dijamin oleh kerajaan.
* Islam tidak hanya cukup dengan peraturan dalam ekonomi manusia tetapi dengan  iman dan akhlak - sifat asli dan dorongan iman. Tidak ada pemisahan antara material dan rohani; pelengkap.
* Akhlak menyelesaikan masalah : bermewah, menzalimi pekerja bawahan, sedeqah fi sabilillah, zuhud dll.



ISLAM DAN ZAKAT

* Syubhat; adakah direlai dalam masyarakat Islam orang hidup atas ihsan orang lain? Ini menjatuhkan maruah manusia. Zakat bukan satu keadilan masyarakat.
* Sebab: silap faham erti zakat --> ia adalah kewajiban dalam negara bukan ihsan orang kaya. Ada hukuman terhadap yang enggan.
* Zakat: sistem cukai berperaturan pertama di dunia - tidak sewenang-wenang oleh nafsu penguasa dan tidak untuk menindas hanya terkena ke atas orang miskin sebagaimana berlaku semasa kedatangan Islam.
Hakikat zakat:
* Hanya atas orang yang berlebih harta.
* Diselenggera oleh kerajaan bukan oleh orang kaya. Memang tanggungjawab kerajaan menjaga keperluan rakyat. Tak timbul masalah menjatuhkan maruah.
* Orang miskin penerima bukan dapat ihsan tetapi hampir sama dengan orang pencen dan tidak upaya menerima bantuan dalam zaman ini. Barat telah laksanakan cara ini sekarang. Orang Islam bangga terima sistem barat sedangkan sistem Islam lebih baik dan lebih lama dipraktikkan..
* Zakat tidak mesti bayaran wang tunai tetapi boleh dalam bentuk perkhidmatan - sekolah, perubatan dll.
* Bukan cara Islam mengekalkan orang terus dalam keadaan miskin - zaman Omar bin Abdul Aziz.
* Kerajaan wajib menyediakan pekerjaan kepada rakyat - Nabi beri kapak dan tali. Rasul tak sebut kilang.. tak difahami pada zaman tersebut. Rasul letak asas prinsip penyediaan kerja untuk rakyatnya. Siapa yang tak boleh kerja, baitul mal sediakan kemudahan baginya.

ISLAM DAN WANITA

Dua salah faham terhadap keadaan wanita dalam Islam - i) menuntut hak-hak wanita menggunakan nama Islam kerana Islam menyamakan lelaki dan wanita dan ii) menuduh Islam menindas wanita - ahli masyarakat kelas dua.
Mereka tak faham Islam tapi membuat tuduhan terhadap Islam.

Perlu faham keadaan wanita sebelum dan semasa Islam datang.
Eropah lampau - wanita dipertikaikan ada roh atau tidak, roh binatang atau manusia dsb. Setengahnya dapat kedudukan tetapi sebahagai bahan seks sahaja dan tak ada hak lain. Hak dimiliki olh sebahagian kecil dari mereka.
Di zaman feudal; lelaki menanggung wanita membantu kerja-kerja ringan. Revolusi Industri barat mengubah kedudukan wanita tetapi semakin teruk. Revolusi ubah:
1. Ungkaian ikatan kekeluargaan 
2. Struktur hidup bantu-bantu cara kampung.
3. Melambatkan masa kahwin dan mengurangkan keinginan utk kahwin.
Revolusi industri memaksa mereka dan kanak-kanak bekerja di kilang, dibayar gaji murah, tidak mendapat hak isteri, perzinaan dan bekerja teruk. Eropah memang tidak berhati perut.
Kanak-kanak dibela dengan undang-undang tetapi wanita tidak.
Perang dunia mengorbankan atau mencacatkan ramai lelaki. Tenaga kilang diperlukan. Saraan tiada. Wanita dieksploitasi tenaga dan kehormatan mereka untuk menyara kehidupan. Kebuluran dan keperluan seks wanita eropah menghancurkan mereka. Poligami tidak dibenarkan dalam katholik.
Wanita mula bangkit untuk mendapatkan hak mereka melalui mogok, demo, media massa dan undang-undang. Akhirnya mereka mendapat beberapa hak mereka setelah perjuangan yang panjang dan masih didiskriminasikan di Eropah hingga kini.
Dalam Islam, adakah semua ini berlaku..?
Lelaki dan wanita adalah sama- dalam hak, tanggungjawab, asal-usul, balasan akhirat, muamalat, memilik, menggunakan hak milik, hak menentukan perkahwinan, menuntut ilmu dll. Islam berikan tanpa perlu mogok, demo dan tuntutan.
* Barat hanya memberikan hak pemilikan dan bertindak kepada wanita pada kurun terakhir, terlewat 12 kurun selepas Islam. Itupun dengan darah dan airmata wanita, bukan secara sukarela dan kerana prinsip.
Perbezaan antara lelaki dan wanita dalam Islam.
Cuma ada beberapa hak dan tanggungjawab yang menimbulkan kekecohan dan tuntutan persamaan lelaki dan wanita.
Beberapa persoalan perlu faham: adakah lelaki dan wanita sama dari segi fisiologi, biologi dan psikologi?
Kerana tugas mereka berbeza, Allah jadikan mereka kelengkapan berbeza yang sesuai dengan tugas. Tuntutan manusia tidak mungkin mengubah keadaan ini. Allah jadikan ada beberapa tugas yang memerlukan alat dan keperluan berbeza. Dijadikan manusia lelaki dan wanita berbeza bagi melaksanakan tugas tersebut. Tugas biologi pula memerlukan kesesuaian fisiologi dan psikologi.
Wanita yang bertugas untuk mengandung, menyusu dll memerlukan perasaan dan emosi khusus disamping bentuk tubuh yang sesuai. Lebihan kasih sayang, letusan emosi dan sentimen mengatasi aqal (rasional) perlu untuk melayani kehendak kanak-kanak. Kecepatan respon perlu dan bukan rasional.
Lelaki yang bertugas diluar, bertarung dengan kebuasan hidup luar, ancaman langit dan bumi dn menjamin rezeki tidak perlu kepada emosi dan sentimen bahkan akan merosakkannya. Mereka perlu kepada kekuatan fikiran dan fizikal bagi melindungi keluarga dan anak-anak. Kecepatan respon kurang perlu berbanding kebijaksanaan keputusan.(menjerat mangsa, mereka alat, merangcang ekonomi & politik, peperangan dsb terganggu dengan emosi).
Walaupun begitu ini bukan pemisahan muktamad dan keduanya kadangkala boleh bertukar ganti. Tetapi tetap tidak menghilangkan sikap dan bentuk tugas asalnya (memerlukan keluarga dan anak-anak).
Pemahaman ini menyelesaikan permasalahan dan kekeliruan keadaan dan kestabilan wanita dalam sesetengah tugas.
Apakah perbezaan hak dan tanggungjawab lelaki dan wanita ?
* Islam bersifat realistik, tidak mengubah tabiat manusia dalam merealisasikannya. Bezakan dalam perkara perlukan perbezaan dan samakan dalam perkara perlukan persamaan.
Persoalan perbezaan besar yang ditimbulkan:
PESAKA:
* Lelaki mendapat lebih sekali ganda daripada wanita - terpaksa menanggung isteri dan anak-anak. Wanita hanya  untuk diri dan perhiasannya. Lelaki tidak boleh mengambil harta wanita/isteri tanpa kerelaannya. (Hanya kes tertentu yang janggal wanita perlu menanggung diri sendiri. Selagi ada keluarga walaupun jauh, mereka bertanggungjawab untuk menyara wanita). Perkiraan angka menguntungkan wanita.
* Lelaki tidak kahwin adalah janggal dalam masyarakat Islam.
* Wanita yang bekerja berhak mendapat samarata seperti lelaki berdasarkan usaha dan ganjaran.
SAKSI:
* Hanya menjamin keadilan dalam persaksian, untuk mereka atau ke atas mereka. Wanita lebih cenderung kepada emosi dan sentimen. Perlu disokong oleh seorang lain.
* Tetap boleh diterima saksi seorang wanita dalam masalah ikhtisas perempuan.
KEKETUAAN KELUARGA:
* Perlu ada ketua. Tetapi siapa..? 3 andaian sahaja : Lelaki, wanita atau bersama..?
* Bersama ditolak kerana merosakkan suasana.
* Persoalan: siapa lebih layak emosi atau akal..?
* Islam beri kepada lelaki bukan bermakna boleh bertindak ikut suka. Tapi perlu rundingan dan kerjasama. Kebaikan seorang lelaki ialah pada cara pergaulannya dengan isterinya. (Ayat dan hadis)
* Keserasian dalam hubungan rumahtangga tidak ada undang-undang khusus. Undang-undang pula tidak akan dapat menyatu dan meharmonikan rumahtangga. Intim hanya lahir bila bertemu dua serasi yang tidak boleh dijangka - kadangkala kelihatan tidak adil.
* Undang-undang dalam rumahtangga hanya sebagai tempat rujukan ketika berlaku masalah. Undang-undang penentuan hak dalam rumahtangga Islam kadangkala dipertikai :
* kasar
* menguntungkan sebelah pihak
* Kekal dan tidak fleksible
TIGA HAK YANG DIPERTIKAIKAN:
1. - menyahut seruan untuk hubungan bila-bila masa
2. - hak memasuki rumah : hanya orang yang diizinkan suami
3. - menjaga diri ketika ketiadaan suami

Ajakan untuk perhubungan suami isteri; menindas isteri ?
* Lelaki perlukan hubungan tersebut; dapat menyelesaikan masalah lain dengan tenang. Satu keperluan dalam perkahwinan. Jika tak dipenuhi, apakah dibenarkan untuk mencari jalan tak baik?
* Bila isteri enggan, mungkin isteri: i) bencikan suami dan ak suka berhubung dengan suaminya: lebih baik bercerai ii) sayang tetapi jenis tak sukakan hubungan: isteri mesti fikir samada ubah sikap atau bercerai dengan baik iii) tidak ingin masa tersebut: suami digalakkan guna cara untuk tarik minat.
* Bila suami tak minat: isteri boleh minta haknya dan boleh bawa kepada perceraian.

Hak memasuki rumah; hanya untuk yang disukai suami sahaja.
* Menjaga keharmonian rumahtangga.
* Kenapa wanita tak boleh halang sesiapa yang tidak disukainya? Kerana wanita emosional dan kadangkala tidak rasional - lebih pada cemburu.
* Bukan bermakna lelaki sentiasa betul dan wanita sentiasa silap. Hukum berdasarkan kebiasaan.

Hak menjaga diri; difahami dengan mudah.

Nusyuz
* Hak suami untuk menghukum isteri ketika ingkar.
* Perbincangan pada hak bukan pada penyalahgunaan hak -> berlaku di mana-mana dan dalam mana-mana undang-undang. Hanya akhlak yang dapat mengatasinya.
* Undang-undang perlu penguatkuasaan. Dalam rumahtangga suami menjadi penguatkuasa - tak lojik diberikan kepada mahkamah semua masalah harian rumahtangga.
* Perlaksanaan melalui tiga step : nasihat, tinggal tempat tidur dan pukul tidak mencederakan.
* Nusyuz suami - cuba berbaik jika boleh. Jika tidak boleh cerai.
Terdapat tiga cara wanita boleh berpisah dari suami.

TALAQ
* Kesah kezaliman perceraian.. Adakah perlu dihapuskan sistem talaq kerana penyalahgunaan? Jika dihapuskan.. adakah akan tiada masalah dalam masyarakat? Cara katholik membawa padah besar kepada masyarakat eropah.
* Ada cadangan ketatkan hanya di mahkamah.. adakah selesai masalah? Amerika 40% perceraian dari perkahwinan juga melaksanakan perceraian mahkamah.
* Apa guna jika hakim tidak memutuskan talaq di mahkamah, tetapi keserasian tidak ada dalam hubungan suami isteri?
* Penyelesaian hanya dengan tarbiyyah anggota masyarakat(kefahaman, kejiwaaan, rohani dll). Tarbiyyah memakan masa dan melibatkan semua sistem masyarakat. Disyariatkan talaq hanya jalan penyelesaian terakhir bila tiada cara lain. Bukan selesai masalah dengan batalkan talaq.
POLIGAMI
* Asal : kahwin satu. Tetapi ada ketika satu adalah zalim dan perlu kepada lebih. W/p poligami tidak dapat menjamin keadilan sepenuhnya, maslahah lebih besar perlu diutamakan.
* Ketika wanita melebihi lelaki (selepas peperangan dsb), apa cara terbaik untuk selesai masalah ? Bukan masalah ekonomi/ nafqah semata tetapi masalah memenuhi naluri wanita (keinginan seks, memiliki keluarga, mendapat anak dan dipayungi). Memang ada masalah timbul dan tidak dapat memenuhi sepenuhnya naluri, tapi apa penyelesaian lain?
* Ketika bilangan sama, tidak perlu poligami kecuali kes-kes tertentu (naluri lelaki tinggi, mandul, sakit menghalang hubungan, keengganan hubungan dsb).

HAK BEKERJA 
* ì..Banyak keadaan berlaku bukan kerana keperluan tetapi kerana trend semasa..î
* Islam akui tetapi bila keadaan memerlukan: keadaan masyarakat dan keperluan wanita. Kerja pula sesuai dengan sifat kewanitaan.
* Menjadikan trend wanita sebagai tenaga kerja secara umum -- tidak diterima Islam. Keburukannya lebih besar (kejiwaan, masyarakat dan akhlaq).
* Semua mengakui hanya wanita mempunyai kelayakan untuk menjadi ibu - jika tidak digunakan akan merugikan dan meninggalkan ruang kosong jawatan tersebut.
* Boleh bekerja dan menggunakan pengasuh untuk gantikan ibu..? Pengasuh tidak boleh mengganti kasih dan ketenteraman ibu. Pengasuh hanya berikan penjagaan fizikal, bimbingan akal dan akademik. Trend tidak dapat mengubah naluri dan asal kejadian manusia (komunis tidak berjaya- melahirkan anak yang bercakaran merebut kasih sayang seorang pengasuh).
* Sejarah barat mungkin menjadikan mereka begitu.. kita kenapa mengikut membabi buta?
* Syubhat: wanita bekerja menaikkan status dan imejnya ! Masalah ummat ialah kekurangan produk bukan kurang pekerja. Pekerja lelaki berlebihan tidak bekerja.
* Syubhat: kerja berdua lebih banyak kemasukan keluarga! Betul, tetapi jika ia menghalang lelaki lain untuk kerja dan membina keluarga baru di dalam masyarakat ? Lahir masalah lain dalam masyarakat.
* dds
Akhirnya:
* Islam telah berikan segalanya kepada wanita. Apa lagi yang wanita inginkan? Jika wanita ingin kebebasan keluar dari syarak, Islam tentang habis-habisan. Mereka tidak faham kenapa syariat mengenai mereka diturunkan.
* Syubhat: wanita di negara Islam ketinggalan jauh dari wanita barat ! J: siapa salah? Bukan Islam atau ajaran Islam. Keadaan negara Islam menyebabkan kemiskinan, jauh dari agama, kejahilan, kekejaman politik dan pemerintah dsb yang melahirkan masyarakat zalim dan menindas orang lain. Semuanya bukan lahir dari masyarakat Islam.

ISLAM DAN HUKUMAN

* Adakah undang-undang kejam padang pasir masih sesuai sekarang? Bukankah penjenayah adalah korban suasana yang perlu diubat bukan dihukum?
* Pandangan berbeza terhadap penjenayah moden, mengikut pandangan dan teori hubungan individu dan masyarakat.
* Kapitalis: perlu dikasihani, korban masyarakat ñ perlu diubati. Saikologi analisis menjustifikasikan ini semua. Freud menafsirkan: penjenayah adalah korban tekanan seks tak tersalur kerana halangan masyarakat, agama dan tradisi. Manusia tidak lain melainkan sehelai daun yang tidak bermaya mengikut keadaan lampaunya. Oleh itu hukuman mestilah seringan mungkin. 
* Komunis : penjenayah adalah perosak masyarakat dan dihukum keras. Sebab jenayah adalah ekonomi, bukan jiwa. Dalam masyarakat adil tidak mungkin berlaku jenayah (kenapa jenayah masih ada dan banyak di Rusia?)
* Islam menerima keduanya tetapi tidak sepenuhnya. Manusia bukannya tergerak sepenuhnya tanpa boleh mengawal diri sendiri. Setakat manakah manusia bertanggungjawab terhadap jenayah yang dilakukannya? Hukuman Islam melihat semua sudut.
* Hukuman Islam perit tetapi dilaksanakan setelah benar-benar ada keinginan untuk bersalah dan tiada keraguan. (pencuri masa kemarau dan zina terang-terangan).
* Tujuan undang-undang Islam - bersihkan masyarakat selepas tiada cara lain. Ia didahului dengan hilangkan semua faktor perlakuan jenayah.
* Pembahagian kekayaan yang adil. (Tiada orang miskin di zaman Umar Abdul Aziz).
* Bersihkan faktor penggoda seks, galakkan kahwin awal dan mudahkan perkahwinan.
* Hukuman Islam hanya dapat berjalan secara mutakamil.
* Orang yang takut kepada hukuman Islam ialah orang yang bersalah atau ada keinginan untuk bersalah.
* Barat melihat undang-undang Islam seperti undang-undang mereka. Akan berlaku penyembelihan, penyebatan, perejaman beramai-ramai di negara Islam.



ISLAM DAN TAMADDUN

* Adakah Islam sesuai untuk zaman dan kemajuan moden? Bukankah Islam perlu diketepikan jika ingin maju seperti mana bangsa maju ?
* Salah faham barat terhadap Islam - seolah bila ikut Islam tidak boleh menaiki kenderaan moden dll.
* Bukti Islam tidak menolak tamaddun dan kemajuan - Islamlah yang telah merubah manusia dari jakun dan nomad (asli), badwi kepada manusia paling bertamaddun di dunia.
* Islam bukan hanya merubah tamaddun kebendaan dan fizikal - tetapi juga kemanusiaan dan akhlak.
* Islam tidak menolak tamaddun semua negara yang ditakluki - terima selama tidak bertentangan - dan kemudiannya mengembangkannya.

Apa sikap Islam terhadap tamaddun barat moden?
* Peralatan dan jentera dari barat adalah natural - cara penggunaan adalah menentukan.
* Ilmu adalah dituntut dalam segala bentuknya.


ISLAM DAN PENGEKANGAN NAFSU

* Sangkaan barat : tenaga manusia lemah kerana tertekan oleh tekanan dosa agama terhadap seks.
* Barat jadi maju selepas lepaskan diri dari kongkongan agama - apakah ingin kembali semula kepada agama dan jadi lemah dan mundur semula.
* Bagi psikologi barat : tekanan perasaan dan keinginan seks akan melahirkan kekacauan jiwa - melemahkan manusia.

Apa represi?
* Dua anggapan -i)  keengganan memuaskan nafsu @ ii) memandang nafsu dan naluri sebagai tidak baik.
Apakah Islam menekan dan mengekang seks ?
* Islam mengakui kewujudan nafsu seks dan lain-lain nafsu (Al-Imran : 14)
* Tetapi Islam melarang menjadi hamba kepada seks dan nafsu dan mencurahkan seluruh hidup dan masa untuk itu.
* Perbezaan antara represi dan larangan dalam Islam. - Islam benarkan tetapi dalam cara yang betul dan bukannnya memandang penunaian seks sebagai satu yang kotor yang patut dijauhi untuk mencapai ketinggian rohani manusia.
* Represi tiada dalam Islam - yang ada hanya cara yang betul.
* Pengawalan seks dan disalurkan dengan betul adalah cara terbaik mendidik manusia. Manusia yang tidak terkawal nafsu tidak akan mampu melakukan suatu yang serius untuk membangunkan bangsa.
* Komunis menpersendakan puasa - tetapi mereka mewajibkan tentera mereka dengan kelaparan dan latihan. Apakah ada beza antara suruhan negara dan suruhan tuhan?
* Dosa bukan suatu kekangan - boleh diampunkan dengan istighfar.
* Allah amat pengampun dan mengangkat darjat orang meminta ampun lebih hebat dari orang yang tidak bersalah dan tidak meminta ampun.

ISLAM DAN KEBEBASAN BERFIKIR

* Kepercayaan kepada nature - tuhan baru bagi ahli sains. Segalanya ditentukan oleh nature. Kepercayaan kepada adanya tuhan dianggap karut dan tidak liberal.
* Apa perlunya kepercayaan yang menolak tuhan? Suatu yang lojik di eropah kerana sikap gereja yang menyalahgunakan kuasa gereja untuk menindas ahli sains dan fahaman lain. ëMecokí kepada gereja menyebabkan mereka menolak tuhan.
Dalam Islam tidak perlu kepada isma seperti ini kerana:
* kepercayaan Islam mudah dan simple.
* Tiada sistem padri dalam Islam
* Agama milik semua orang yang faham Islam
* Perhubungan dengan Allah tidak memerlukan perantaraan.
* Ulama hanya menjadi penasihat dalam perundangan Islam dan mentadbir semua kerja negara Islam.
* Islam tidak menghalang dan menentang sains.

* Mungkin kefahaman free-thinker perlu di Eropah kerana ingin membebaskan pemikiran orang barat yang tenggelam dalam karut marut ajaran gereja. Dalam Islam apa perlunya?

* Mungkin mereka ingin menyebarkan free-thinker di kalangan umat Islam kerana:
* ingin kebebasan nafsu dan seks ñ Islam datang ingin membebaskan manusia dari segala perhambaan.
* mereka menganggap Islam terkongkong dan melahirkan pemerintah yang diktator ñ diktator bukan dari ajaran Islam. Mereka hanya menggunakan nama agama sedangkan agama tidak ada kaitan dengan tindakan mereka. Ramai juga yang zalim yang tidak menggunakan nama agama (Hitler, Stalin, Mao..)


ISLAM DAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM

* Apa yang ditakuti orang bukan Islam - nas undang-undang Islam atau cara perlaksanaan?
* Nas menyuruh 
* mengasihi dan berlaku adil kepada rakyat bukan Islam.
* membenarkan makan sembelihan dan mengahwini ahli kitab.
* mempunyai hak dan tanggungjawab sama seperti rakyat Islam.
* perhubungan baik antara rakyat Islam dan bukan Islam.

Cara perlaksanaan:
* Dalam sejarah - Islam tidak diterima melalui kekuatan dan paksaan.
* - Penduduk kristian menulis surat kepada Abu Ubaydah menyatakan mereka lebih suka kepada tentera Islam dari tentera Rom kristian.
* Penduduk kristian di Bandar-bandar Syria menulis surat bencikan kristian kerana memaksa mereka menganut mazhab Rom. Mereka lebih suka duduk di bawah Islam.

Apakah lagi yang ditakuti oleh bukan Islam?
* Fanatik? - tiada pernah berlaku dalam sejarah Islam - yang ada ialah dalam sejarah kristian:
* Selepas kejatuhan sepanyol ke tangan kristian.
* pembunuhan orang Islam di Eropah Timur, Afrika Utara dan Afrika lain.
* Kezaliman terhadap muslim di Ethiopia.

* Jizyah bukan kezaliman - sebagai yuran perlindungan keselamatan dari ancaman luar. Bila mereka terlibat sama menjaga keselamatan negara - bebas dan jizyah.
* Mereka yang Islam tetapi tidak terlibat dalam menjaga keselamatan negara akan dikenakan seperti jizyah.

ISLAM DAN IDEALISMA

Syubhat:
* Jika sistem Islam hebat, manakah dan bila ia pernah dilaksanakan?
* Sejarah khulafak al-rasyidin yang dikatakan hebat hanya suatu dongeng.
* Boleh menegur sultan ? Bilakah masanya selain dari khulafak al-rasyidin?
* Keadilan ekonomi? Bila?
* Negara Islam menyediakan pekerjaan? Bila? Ramai orang Islam menganggur.
* Hak wanita dijagai dan unggul dalam Islam, bila dipraktikkan?
* Didikan jiwa Islam menyelesaikan masalah? Bila selain dari zaman Nabi saw.
* Contoh kehebatan Islam hanya contoh peribadi tertentu dalam sejarah, hanya impian yang tidak menjadi kenyataan.
* Islam hanya suatu idealisma !
* Kalau Islam boleh dipraktikkan - hanya dalam sejarah dahulu. Zaman kemajuan sekarang tidak mampu lagi dilaksanakan.
* Mengapa zaman seperti Khulafak al-Rasyidin tidak berulang lagi selepas itu?

Jawapan:
* Perlu beza antara sistem yang idealisma & perlaksanaan yang idealisma.
* Perlu beza : adakah Islam memang suatu sistem yang khayal dan tidak mungkin dipraktikkan & perlaksanaannya belum dapat dibuat kerana ada keadaan yang menghalang.
* Semua setuju - Islam sepenuhnya pernah dilaksanakan walaupun sekali. Pernah dilaksanakan menunjukkan ia mampu dilaksanakan - manusia tetap sama.

Kenapa ianya boleh berlaku dahulu dan tidak berlaku sekarang?
* Dahulu - kekuatan kerja Nabi dan para sahabat - mampu merubah dunia dan masyarakat ke arah cara hidup Islam dalam masa singkat. Lompatan ajaib ini bukan satu mustahil tetapi perlu kerja keras sebagaimana Rasul saw. Kemasukan bukan Arab dan pemerintah yang bukan Arab yang tidak mengecapi kemanisan Islam telah merosakkan banyak perlaksanaan Islam.

Tetapi kewujudan Rasul bukan syarat untuk berjayanya Islam.
* Peralihan kepada perlaksanaan Islam hari ini tidak perlukan loncatan jauh kerana banyak prinsip Islam telah dikenali oleh manusia dunia (piliharaya, hak pekerja, peraturan antarabangsa dll).
* Pelik - jika sistem yang sama datang dari barat dirasakan boleh dipraktikkan, tetapi bila disebutkan ianya ajaran Islam - ditolak dan tidak dapat dilaksanakan.

Dakwaan:
* Sistem hari ini berfaktakan ilmiyyah dan sistem Islam hanya sentimen dan niat semata!
* Jawapan: suatu tidak benar - khulafak bermesyuarat untuk memutuskan sesuatu. Cara perlaksanaan undang-undang pula selepas adanya usaha membersihkan manusia dari gejala tidak baik - sistem ilmiyyah.

Omar - terlalu ditonjolkan. Seolah tiada lain yang hebat dan Islam tidak terlaksana tanpa Omar.
* Omar hanya melaksanakan banyak rahsia syarak - jika tiada Omar orang lain pun akan melaksanakan perkara yang sama - kebetulan ianya berlaku pada Omar.
Islam hanya terlaksana semasa khulafak al-rasyidin?
* Pemerintah selepas khulafa al-rasyidin memang agak jauh dari perlaksanaan Islam tetapi rakyat biasa masih kuat pegangan kepada Islam.
* Undang-undang Islam masih berjalan, tradisi Islam masih di amalkan, kejujuran tentera Islam, kehebatan ilmu dan kesungguhan ulamak.
* Sistem barat (komunis dan kapitalis) adalah sistem idealis tak pernah sampak ke kemuncaknya dan saling berubah-rubah dan dipinda.

BAGAIMANA JALANNYA ?

Bagaimanakah cara merealisasikan Islam?
Bagaimana cara menegakkan Islam dalam keadaan dunia anti Islam?
* Hanya Iman - sebagaimana iman dapat mengalahkan farsi dan Rom, maka iman juga akan dapat mengalahkan dunia.
* Senjata dan kekuatan fizikal juga penting tetapi bukan utama.
* Imanlah yang menolak para sahabat ke medan tanpa gentar.





4

Thursday, February 7, 2013

Tarbiyyah dan Dakwah .. Apakah ia ?

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya terpanggil untuk berbincang mengenai tarbiah dan apakah itu dakwah.. Adakah ianya saling berkaitan dan saling melengkapi ?

Tapi InsyaAllah sebelum itu saya akan menceritakan dulu serba sedikit sejarah saya mengenali tarbiyyah dan dakwah . 

Saya merupakan seorang biasa yg mungkin diberikan kelebihan oleh Allah dalam aspek pembelajaran . Akhirnya ditakdirkanlah saya sebagai seorang budak kampung utk ke Sebuah sekolah sains . Selama beberapa tahun , berada dalam suasana inferiority complex , akhirnya berjumpa saya dengan seorang sahabat yg akhirnya mengajar saya erti utk beramal dengan Islam dan menyebarkan dakwah di sekolah . Setiap malam kami akan memerah otak utk menyelesaikan masalah2 akhlak yg terdapat di sekolah bahkan terdapat malam2 yg kami habiskan bersama utk menonton video isu palestin . Kami menemani malam2 kami bersama dengan adik2 , berbincang mengenai hal2 kawan2 dan sekolah ....

Sehinggalah tamat dari sekolah, barulah saya sedari bahawa apa yg telah kami bina dahulu sebenarnya bukanlah suatu yg kekal kerana apabila diluar sekolah, telah ramai yg berubah arah utk menyendiri ataupun mula mencari jalan utk berseronok dengan dunia muda .. Ya, mungkin pernah juga satu ketika dulu saya terfikir utk melakukannya juga , Alhamdulillah dengan rahmat Allah juga, ditakdirkan saya ke Mesir .. 

Dan disinilah baru saya mengenal erti Tarbiyyah dan dakwah yang sebenar, dalam tarbiyyah yg diajarkan adalah asas2 kepada Islam itu sendiri. Barulah saya fahami bahawa hanya dengan bersungguh2 dan beriltizamlah akhirnya tarbiyyah itu mampu berjaya menghasilkan manusia, mengetahui batas2 sehingga mana kita boleh berkhilaf, erti menggunakan masa pada tempat yg sepatutnya, erti bertaamul dengan manusia dengan berakhlak , melebihkan kepentingan Islam daripada diri sendiri dan bukan itu sahaja malah menggunakan dalil dan nas apabila mahu mengeluarkan sesuatu pendapat dan apabila berkhilaf .. 

Manakala dalam tarbiyyah pula barulah saya mengenali bahawa dakwah hanya mampu dilakukan oleh seorang mujahid yg ikhlas kerana Allah . Kerana tanpa adanya faktor ini , akan hilanglah semangat dan akan malaplah masa depan utk terus berkorban dan terus berkorban.

Baiklah adapun mengenai tarbiyyah ramai yg menyangka ianya bersifat pasif , dimana kita hanya menerima sahaja yg disampaikan kepada kita, tanpa perlu proses pemahaman yg mendalam dan tiada hasil selepas itu . Maka, itu bukanlah tarbiyyah yg saya imani, akhirnya dengan tarbiyyah , akan terhasillah seorang pemuda seperti mana yg digariskan Imam Asy-syahid Hassan al-banna yg mempunyai 10 muwosafat muslim . Sesungguhnya pada saya tarbiyyah adalah seperti kilang memproses manusia ( sbgai bahan mentah ) yg akhirnya akan menghasilkan manusia yg baru dengan ciri2 yg baru yg bebas drpd karat2 jahiliyyah . Secara umumnya , perubahan yg secara beransur-ansur melahirkan muslim yg mempunyai ciri2 seorang muslim yg merupakan batu-bata asas kepada generasi harapan.

Dakwah, adapun pada waktu ini, berdasarkan pemerhatian saya gambaran masyarakat secara umumnya adalah kebajikan atau perkara2 yg membawa kpd kebaikan secara amnya... 

Pendapat ini pada saya secara juzuknya adalah benar, tetapi pada saya setelah meneliti lebih dalam lg, saya dapat memahami bahawa dakwah dalam skop yg lebih besar ialah " membawa manusia kearah mendapat redhaAllah " jadi disitu bukanlah hanya terdapat " amar makruf sahaja, tetapi ianya juga merangkumi kepada nahi mungkar " , " pembinaan dan menghalang daripada kerosakan " .. 

Dalam dunia masa kini, Islam berdepan dengan pelbagai ideologi dan fahaman yg menyimpang. Dan sebenarnya ianya turut dialami oleh orang2 yg terdahulu daripada zaman Islam, Sebagai contohnya , apabila golongan khawarij ingin membawa fahaman bahawa " alQuran itu merupakan makhluk " , bangunlah Imam Ahmad melawan sekeras-kerasnya fahaman ini sehingga dia sendiri disiksa.

Peperangan ini merupakan peperangan prinsip . Maka sebab itulah Islam ini ditentang semenjak mulanya lagi. Apabila nabi Muhammad s.a.w mengatakan dan membawa kalimah " Tiada tuhan selain Allah " maka serta merta menolak mana2 fahaman2 lain termasuk yg beriman dengan sebahagian dengan Islam an kufur dibahagian yg lain.. Secara realitinya, Kita tidak akan pernah mendengar seorang muslim bermazhab syafie di dakwah utk menukar fahamannya dan beriman dengan mazhab hambali shj, dan sebagainya.. Tetapi apa yg kita dengar ialah seorang muslim ahli sunnah wal jamaah yg didakwahkan kepada syiah.. Atau seorang kafir didakwah utk beragama Islam ataupun sebaliknya...

Peperangan musuh semakin hebat apabila mereka tidak mampu menembusi benteng keimanan umat Islam dengan serangan2 yg nyata. Maka bermulalah era , utk mengelirukan umat Islam dengan agama mereka sendiri sehingga mereka ragu-ragu dan malu-malu dengan agama sendiri. Kerana hebatnya serangan sekularisme , akhirnya umat Islam malu2 dan ragu2 utk mempertahankan syariat Islam sebagai perlembagaan dan undang2. Dan dek kerana kelihatan hebatnya liberalisme , akhirnya umat Islam sedaya upaya mempertahankan kerdhaan manusia adalah undang2 dan perlembagaan teratas sekali berbanding dengan keredhaan Allah yg sudah pasti ada ganjarannya . Dan ramai yg cuba menyelewengkan alquran drpd maknanya yg asal . Dan begitulah bertapa tenatnya umat kini. Sehingga berkata saiydina umar abdul aziz ketika berlaku penyelewengan di zamannya " kini aku sedang merawat satu penyakit yg tiada ubatnya kecuali Allah" 

Maka dengan ini ternyatalah bahawa tarbiyyah dan dakwah adalah satu elemen yg sangat penting dalam diri setiap individu muslim. Dan ianya saling melengkapi , tanpa tarbiyyah kita akan mudah tersasar daripada prinsip , matlamat dan ciri-ciri perjuangan . Manakala tanpa dakwah pula kita akan menjadi ibarat manusia yg sudah mati hatinya ataupun manusia yg hanya mampu bermimpi bahawa keajaiban akan berlaku secara tiba2 dan Islam akan tertegak secara tiba2 .. Maka igtlah satu firman "wala lisunnatillahi tabdila" ( maka tiadalah bagi sunnah Allah ( hukum alam ) itu perubahan ) 

Oleh itu,secara praktikalnya saya mengajak agar kita semua dapat mengambil Islam itu daripada sumbernya yg benar iaitu alQuran dan Sunnah sehingga kita tidak tersesat drpd jalan yg sebenar. Dan sekiranya terdapat khilaf pun antara kita , kita akan kembali merujuk kepada syarak . Dan sebarkanlah Islam ini dengan bersungguh2 sehingga umat Islam kini mampu menjadi seperti generasi pertama ..

Allahu A'lam , 
Sehingga Allah swt menempatkan kita bersama para pejuang Islam yg berjuang dengan Penuh keikhlasan ... 
- Islahmujahidin -