Rakan2 terus mendesak untuk ku kehadapan,
Jarak waktu diantara dua lecture boleh lah dikatakan sesuai
memberi pengisian sempena minggu "Palestine Evergreen" ini...
Hmm,
Berfikir-fikir seketika,
ku cuba melangkahkan kakiku,
Jantung semakin berdebar-debar,
Namun akhirnya ku mengalah,
Tidak jadi untuk melangkah kehadapan...
Bukan tidak berani,
Tetapi takut tidak sempat untuk aku mentajdid niat
sebelum melangkah kehadapan kelas...
Berfikir-fikir seketika,
ku cuba melangkahkan kakiku,
Jantung semakin berdebar-debar,
Namun akhirnya ku mengalah,
Tidak jadi untuk melangkah kehadapan...
Bukan tidak berani,
Tetapi takut tidak sempat untuk aku mentajdid niat
sebelum melangkah kehadapan kelas...
Teringat pada kata2 "Muslim perlu Berbeza ",
YA, aku tidak mahu kalamku nanti menjadi "Halwa Telinga"
yang hanya sedap didengar manusia,
seperti yang biasa dilontarkan dari ummat manusia,
tetapi akhirnya tiada perubahannya,
Hanya untuk menambahkan "Thiqah" kepada penglontar kata-kata itu...
Maaf sahabat2, kerana aku tidak mampu ketika itu.
PALESTIN...
Kata2 yang mampu membuatkan diri yg keras ini menangis,
Kata2 yang mampu memberikan diri yang lemah ini kembali bersemangat,
Kata2 yang pernah mengubahku pada suatu masa dulu...
Sedih diriku ini,
pabila semangat Palestin hanya tenggelam timbul hanya seketika,
teringat kembali peristiwa dimana "palestin dibantai" teruk oleh ZIONIS
Ketika itu kita mampu menangis,
kita mampu rasa geram,
kita mampu bangun subuh semata-mata untuk membaca Qunut Nazilah bersama IMAM,
Sungguh sedih sekali perasaan itu hanya seketika...
Sedih diriku ini,
kerana rasa kasih manusia pada palestin hanya seketika,
Pergi ke ceramah palestin,
seperti merasai apa yang dirasai oleh saudara di Palestin sana,
Setelah 2 hari,
Hidup seperti biasa tanpa ada perubahan,
walaupun perubahan yg kecil dalam diri...
Teringat kata2 seorang sahabat ketika berada di "PALESTINE NIGHT BOOM..."
"kita sekarang ni ada perasaan ni(semangat utk membebaskan palestin)
tapi esok, ada lagi x? "
persoalan yang sungguh menyentuh hati...
Dan kini tibalah pula...
Minggu "Palestine Evergreen",
cukup, cukup, cukup
aku tidak mahu menjadi seperti dahulu,
Hanya panas untuk beberapa ketika,
akhirnya kembali menjadi sejuk,
tanpa meninggalkan sedikit bara api untuk dibawa untuk seterusnya...
Jadi disini, APa yang KITA BOLEH LAKUKAN?
APa yang KITA BOLEH LAKUKAN?
APa yang KITA BOLEH LAKUKAN?
APa yang KITA BOLEH LAKUKAN?
APa yang KITA BOLEH LAKUKAN?
pernah juga keliru diri ini,
betul juga apa yang boleh kita lakukan selain doa dan sedekah?
TP akhirnya persoalan ini terjawab,
bila semakin diri ini meluaskan pembacaan,
bila diri ini mula duduk dan bersama2 berbincang ,
bila diri ini BOLEH melupakan niat untuk hidup sama seperti orang lain,
yang mempunya banyak masa lapang,
dan bebas melakukan apa sahaja yg disukai...
semoga ini dapat membantu persoalan ini..
betul juga apa yang boleh kita lakukan selain doa dan sedekah?
TP akhirnya persoalan ini terjawab,
bila semakin diri ini meluaskan pembacaan,
bila diri ini mula duduk dan bersama2 berbincang ,
bila diri ini BOLEH melupakan niat untuk hidup sama seperti orang lain,
yang mempunya banyak masa lapang,
dan bebas melakukan apa sahaja yg disukai...
semoga ini dapat membantu persoalan ini..
1. Perjuangan Islam terletak pada jiwa2 syabab, seperti antum semua
2. Apabila semakin ramai manusia yang rasakan cinta pada Agama dan sanggup berkorban kerananya
3.Apabila semakin ramai manusia dapat memahami dan mendalami Islam yg sebenar-benarnya
4. Apabila semakin ramai manusia yakin dan beriman dengan "JALAN INI"
5. Apabila ada jiwa2 yang sanggup mengorbankan segala-galanya demi ALLAH dan Rasulnya
6. Apabila manusia mampu menjauhkan diri dari sifat "wahn", cintakan dunia dan takutkan mati
........
Bagaimana untuk kita semua lakukan semua ini,
1. Pelajarilah islam dengan hati, bukan hanya semata2 untuk menjadi modal untuk kita berkata2
2. Tingkatkan AMALAN sehingga akhnya kita merasakan diri kita dekat pada ALLAH
3. Ilmu Fardhu kifayah jangan dilupa, Belajarlah bersungguh-sungguh dalam bidang anda, jika perubatan -makan berusahalah untuk menjadi seorang Doktor yg terbaik, jika kejuruteraan - Berusahalah bersungguh2 sehingga akhinya mampu menjadi lebih maju dari BARAT
(Ingatlah sunnatullah~ ALLAH memberi kejayaan kepada mereka yang berusaha)
4. Tarbiyah diri, Keluarga, Ahli bait, Mereka yang dekat dengan anda & Sesiapa sahaja yang anda jumpa.
5. Sertailah mana2 jemaah yang mampu mendekatkan diri anda dengan ALLAH & ISLAM...dan yang mampu membantu anda untuk melakukan semua yang dikatakan diatas...
6. Semoga ALLAH membantu dan memberkati antum semua
Sekian sahaja kali ini,
Semoga kalam ini dapat memberi kesan dan perubahan kepada sesiapa sahaja yg membacanya,
Bukan hanya membazirkan masa dirimu yang amat berharga...
"Segala yg baik itu datang dari ALLAH "
-Segala kelemahan harap dimaafi...
hamba yang lemah
-islahmujahidin-
No comments:
Post a Comment