Bismillahirrahmanirrahim,
Sebenarnya post ni dah lama dah tersimpan dalam draft
tak sempat2 nak post sebab ke"bizi"an
bersama paper2 exam yg colour putih-kuning itu
Jadi saya cuba Post entry ini untuk sahabat saya
"SHAUQI"
yang sedaya upaya mempromosi utk ke SINAI
bawah UNIT SUKAN DAN AKTIVITI LUAR PERUBATAN
nak tau apa yg bestnya ke Sinai ini???
mari kita baca...
Tema:-
" KEMBARA IBAD MENUJU ILAHI "
sengaja kami pilih
dan Motif Utama yg ditekankan adalah untuk
"mengislahkan diri dan merendahkan hati"
memandangkan perjalanan kami adalah ke suatu tempat dimana
*diriwayatkan Jabal Musa (Gunung Musa) merupakan tempat dimana Nabi ALLAH musa telah berkata2 dengan ALLAH dengan kekuasaan ALLAH sendiri..
Kerana inilah tema ini diambil dan perjalanan kami ini, kami doakan semoga mendapat Redha dari ALLAH s.w.t.
(read more ....)
PERSIAPAN...
Biasanya persiapan yang diambil untuk ke Saina' adalah selama 1bulan lebih awal (team survey, team penempahan, team makanan dsb...). tetapi dgn izinNYA kami berjaya membuat persiapan dengan hanya sehari sebelum bertolak..
SYukur kpd ALLAH kerana mempermudahkan
al-akh Ustaz Zaizul Irsyadi dgn relanya bersetuju untuk menjadi Musyrif kpd kami semua (jazakallahu khair). Walaupun pihak penganjur terpaksa berulang-alik ke Mandarah (sejauh 16km approx..) tetapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
MEMASAK
Tugasan memasak diserahkan kepada Pakar Chef 1 Nik Hanif , Chef two Khairul Azri and Chef three Ammar abd Rahman. Memasak 16 ekor ayam bukanlah perkara yg mudah utk dilakukan dalam masa 6jam .kira2-pukul 2-8..tetapi dengan ketekunan dan ketabahan mereka akhirnya ayam2 yg sedap itu siap dimasak dan nasi sebnyak (10kg approx..) berjaya dimasak dengan jayanya. SYukran wa jazakallahu khair kepada Chef juga.
BERKUMPUL
berkumpul dalam pukul 8mlm dan taklimat ringkas diberikan oleh al-akh Aiman selaku Kem Komanden dan Protokol (wah bkn main besar lg jawatan..) dan pembahagian kumpulan. Harta2 amanah diberikan dan motif musafir juga disampaikan Dan kami Bertolak kira2 pukul 9mlm itu..
DALAM BAS
Tugas Hirasah bagi memastikan keselamatan telah dibahagi-bahagikan dan peserta juga diminta menceritakan tentang kebesaran ALLAH dan mengingatkat diri tentang kematian semasa tugas Hirasah dijalankan. Akhirnya kami tiba di sempadan semenanjung sinai disebuah perhentian (saya pun dah lupa nama dia..=p). Mereka begitu seronok dalam kesejukan, ada antara mereka yg ke tandas, minum syai dan ada juga yg memakan aiskrim bg menghilngkan kesejukan (logik ke makan ais krim tgh sejuk2..hehe). Dan perjalanan diteruskan melalui SUez canal kesemenanjung Sinai.
Perjalanan Diteruskan
Sedar tidak sedar, jam telah menunjukkankan pukul 6, dan kami semakin cemas kerana tempat yg dituju tidak sampai2 dan yg paling merisaukan adalah kami belum lg menunaikan solat subuh. Dan akhirnya, kami mengambil langkah kecemasan , meminta pemandu bas berhenti di tengah2 padang pasir lalu bertayammum dan solat disana. Setelah selesai bersolat, perjalanan ke Destinasi pertama diteruskan.
(Kesejukan ditengah padang pasir)
(Solat itu wajib walau dimana kita berada)
-gambar ketika solat berjemaah x sempat nak ambil-
(Sekadar Gambar hiasan)
Destinasi Pertama-Taba'
Taba' adalah sempadan antara Mesir dan Negara Haram Israel. Jauh nun dipuncak bukit terlihat bendera mesir dan Israel berselang-seli. Hati terasa Geram dan Berdesis, kerana Tanah Kiblat suci pertama Umat Islam ada didalam sana dan dengan senang2nya dirampas oleh Yahudi laknatullah. dan ditempat inilah kami berazam "Palestin Pasti suatu hari nanti akan kami bebaskan semula, jika tidak kami maka anak2 kamilah yg akan meneruskan perjuangan ini.."
(Bekalan makanan hari pertama)
(Cari stamina sebelum memanat gunung)
(The Best Ukhuwah ever)
Sesampainya di Toba' (bukan toba' batotis)
Dari sini kalau betul2 perasan bendera mesir diselang seli dengan bendera Israel
Destinasi Kedua- Pharoah Island
atau lebih dikenali sebagai Qal'ah Salahuddin yg dirampas drpd tentera Salib yg dibina atas pulau Firaun. Disini sekali lg kami dapat merasakan semangat keperwiraan tentera Islam yg pernah ada suatu masa dahulu dan kami tidak tahu masih adakah lagi semangat itu dalam diri Umat Islam masa kini. Jauh nun disana sekali lagi dapat kami lihat Palestin negara yag kami cintai itu. dan bersebelahan dengannya Jordan , negara Arab yg lain. Binaan Qal'ah ini sangat strategik kerana kita mampu melihat dari seluruh arah dan mmg dapat kita lihat sendiri kepandaian Salahuddin al-ayyubi dalam ilmu peperangan.
(Bersama Syeikh wikipedia Ammar Rahman)
(Menaiki Bot Ke Pharoah Island)
(Benteng Ummat Islam Suatu ketika dahulu)
(Solahuddin alaf baru )
( Keberanian yang tiada tandingnya )
Gambar diambil ketika Perang Salib suatu ketika dahulu(lawak je)
(Melihat Batu= shauqi)
(Pemandangan dari Main site of defense)
(Gambar tak Thiqah)
(Nun diseberang sana Palestin...Suatu hari nanti insyaALLAH milik kita)
*Tentera Solahuddin adalah tentera yang soleh...kemenangan adalah kerana iman
bukan kerana bilangan tentera mahupun kecanggihan senjata
tetapi keyakinan yang sebenar-benarnya kepada ALLAH....
(senjata paling utama)
Destinasi Ketiga-Dahab
Perut terasa lapar seperti digoncang2 oleh kucing2 yg lapar (xde kene mengena pun..). Dan ditepi laut kami menjamah makanan yg sedia ada. eerrrkk, kenyang "alhamdulillah" maalish sendawa..hehe =P dan kami meneruskan pengembaraan kami di Dahab ciptaan ALLAH yg indah ini dengan pacuan 4roda ke tempat snorkelling. kamera Nasrun telah menjadi tumpuan kerana mampu dibawa kedalam air. Dan disinilah jelas dapat dilihat ciptaan ALLAH yg sangat indah sekali, seperti dalam kaca televisyen , ikan2 yg jinak, terumbu karang dan segalanya seperti berzikir dalam kedamaian alam.
-Gambar x sempat diambil kerana kamera tertinggal dalam bas , kalau nak best bawak kamera kalis air boleh bawak masuk laut masa snorkeling-
Destinasi Keempat-Jabal Musa
Perjalanan mengambil masa kira2 6.30 jam dari Dahab ke Jabal Musa (sepatutnya dua jam aje.). Disebabkan tersalah tafsir perjalanan yg sepatutnya 2jam telah menjadi 6 1/2 jam dari Dahab. Tp syukur kepada ALLAH, kullu khair dan kami tiba disana dengan selamat.
Dengan bermusyrifkan Arab Badwi dan diupah sebanyak 85 genih kami mula mendaki Jabal Musa dengan bertemankan kesejukan yang melampau (tp tyme ni x sejuk sangat pun). Lebih kurang 30min sebelum subuh kami sampai ke puncak dan bersolat subuh diatas puncak yg diriwayatkan Nabi Musa berkata2 dengan ALLAH. Solat Subuh berjemaah dan tazkirah ..
Setelah tamat semua sesi itu, kami keluar untuk melihat "Sunrise" subhannallah..indah sekali
(Kawasan Makam Nabi Harun)
(Pemandangan dari atas dengan kamera LUMIX)
( Tinggi, jangan main tepi-tepi sangat )
( Seronok sangat kot )
( Saya kebal sejuk )
Ya kami telah berjaya, kamu bila lagi ??
( Semangat Kebangsaan Yang Tinggi )
Di celahan matahari (atau matahari dicelahan kami)
( Senyum itu sedekah )
(Bersama Teh yang paling mahal dalam hidup)
satu= 5 genih tp xpe kami support semua ..hehe
(Kami sudah berjaya, yeah)
Destinasi KeLima-Bar-lev
Dikatakan sebagai kubu yang dirampas oleh tentera mesir semasa perang melawan Israel beberapa tahun dahulu. Dan disini juga dapat melihat kecerdikan Yahudi2 dan begaimana strategi2 mereka dalam peperangan. Dan kami juga diberi peluang untuk menonton Video tentang peperangan yg pernah terjadi dimedan Bar-lev ini.
(Dihadapan tugu peringatan Syuhada' Barlev)
(Gambaran dari dalam Pejabat)
(Perubatan juga Penting dalam peperangan)
(Pusat kawalan Israel)
(Dah Habis melawat)
(Sekali lagi bergambar dihadapan tugu peringatan )
-SINGGAH SEBENTAR DI SUEZ CANAL-
bergambar
(Tiba2 jadi ramai )
Destinasi Terakhir-Firakh Masywi
waa, perut terasa lapar. Bekalan nasi pula sudah habis. kami berhenti di restoran ayam golek..Ni3mat Ni3mat makan...hehe(xpe makan, makan SPONSORED)
(Ya Ammu bisur3ah !!!)
( Saya suka makan ini )
(Xde kamera power...LUMIX pun jadi la)
(Firakh masywiyah)
( Menunggu )
( Solat itu yang Utama )
(ya, solat berjemaah dapat 27 pahala)
(Ni3mat bersama Muslim yang soleh)
itu sahaja post kali ini..
walaupun bnyk bende yg terkurang pada post kali ni tetapi semoga ianya dapat memberi manfaat kepada pembaca2 budiman sekalian
Syukran kepada peserta2 dan AJK2 yg terlibat, semoga diganjarkan ALLAH dengan ganjaran terbaik (jazakallahu khair)
wallahu a'lam
* Ha, lupa pulak...baki Trip kita ada 99genih lagi..insyaALLAH nanti kita buat kenduri a.k.a jamuan dengan baki ni insyaALLAH..ingatkan tkut terlupa
kesimpulannya :- Bermusafirlah seperti Firman ALLAH
Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu."
(al-an'aam ayat 11)
Semoga amalan kita mendapat Berkat dan Rahmat (tujuan utama)
yang lemah
-islahmujahidin-
7 comments:
makan ialah satu nikmat..
alhamdulillah..
bnyak2kn infakkn harta ke jalan Allah..
insyaAllah, bahwa pulangan yg kite akn dpt adalah lebih berlipat kali ganda bnyaknye dan x kn dpt dikira oleh sempoa mahupn kalkulator saintifik..
well, saje je nk kongsi antara cara yg ak amalkn utk mnjadi hambaNya yg bersyukur..
moga bermanfaat.
wallahualam
benar tept..:)
bkk surah ali imran ,awl juzuk 4..
mengesat peluh didunia utk mengutip hasil di akhirat..
sentiasa berada dlm klompk org soleh utk menjga diri...tp bkn alsan utk brenti berdakwah..
salam..hak3x
bes seyh jln2 ni........
sinai mmg bes la..
tp sape2 yg pi nnt,pastikan sape2 yg pi nnt,stamina kna ade seyh...
penat lolz naik bukit tu...
n ble naik tu,cuba bygkan bagaimana Nabi Allah Nabi Musa panjat gunung ni
huhu
semata2 nak berkhalwat dgn Allah..
kite now??
huhu
adoy,terasa seyh diri ni lemah..
same2 la kite umat Islam kuatkan blk nak...
jom2....
hihi
thx weyh kowunk bg support...
mmg mule2 rs cam xde org nak pi tp alhamdulillah
perancangan Allah menemukan kite sume kan...
hehe
pasni trip to luxor aswan lak...iA
jom2
wallahua'lam..
salam
salam..
rugi sape yang tolak peluang jaulah ilmiah ke sinai.
memang best dan banyak pengajaran yang boleh kita dapat.
tak kira kaum adam mahupun hawa,panjat jabal musa tak ade masalah lah kan? ;)
Jzkk kepada Tept, Aiman n Ammar
semoga segala masa dan tenaga yg kita infaqkan itu mendapat Berkat dan ada bahagiannya disisi ALLAH...
Yang paling penting..
segala yang kita buat mesti ikhlas
to anonymous,
yup, rugi sape x pergi...
yeah, sambil2 tadabbur surah At-tiin pun best jugak..
hehe =P
jaulah jordan dgn syiria best jugak...banyak ibrahnya...
mana video sakit menggigit??
man,semuanya ade hikmahnye..
nnti ak g la jordan dgn syiria tu..kate tak blk thn ni
Post a Comment