Saturday, February 13, 2010

Aku CInta Allah dan Bagaimana ???

Bismillah...

Salam buat pencinta-pencinta sekalian
semoga benar , cinta-cinta anda semua adalah cinta yang ikhlas
yang benar-benar diterjemah dari lubuk hati yang paling dalam
sehingga akhirnya sanggup berkorban dengan apa2 sahaja utk yg kita cintai...


Apa yang kita selalu dengar ???

Kita selalu dengar...

"Saya cintakan awak , demi ALLAH " -   hmm, demi "Allah" cintanya ?

"Cinta kami ikhlas, kami bukan buat bende2 yang elok pun , dia selalu kejut saya bangun tahajjud" -   hmm, kejut tahajjud tu..kenapa kawan sebelah kejut xbangun , tp kalau dapat 'mesej' dari 'si dia' lintang pukang amik wudu' sambil solat terfikir-fikir si dia... (cinta kerana ALLAH ke ni ?)



Ada yang lagi teruk
"Lah, suka hati la kami nak buat apa2 pun..Yang paling penting cinta kami ikhlas..biarlah apa orang lain nak cakap apa2 pun..mereka xtau kEIKHLASAN cinta kami.." - amboi bukan main lg dia bermadah sanggup mengenepikan halal dan haram demi cintanya yang IKHLAS katanya....


"Saya cinta ALLAH, Saya sayang Rasul , saya cinta Islam ...." - Kata2 yg ringan dibibir umat Islam zaman kini, tetapi apakah benar bertepatan dengan amal dan tindaklaku seharian mereka ? (termasuklah penuslis sendiri)


"CINTA mampu membawa kebahagiaan yg kekal selama-lamanya jika benar diletakkan pada tempat yg BENAR dan HAQ...Cintalah ALLAH dan Rasulnya sebelum sesiapa yg lainnya...Dan pasti kita akan bahagia tanpa menolak cinta kita kepada manusia2 yg lain termasuk ibu bapa, kawan2 , isteri (kalau ada) , suami dan sesiapa sahaja....."



Ingin berkongsi sebuah "Cerita Cinta" yang Jelas...
Semoga Kita mampu mencapai tahap Cinta Ini...amiiin (insyaALLAH)


Suatu hari di zaman tabiin, seperti hari-hari biasa,
mereka berbicara mengenai kecintaan kepada Allah (mahabbatullah).
Masing2 meluahkan pandangan mereka mengenai kasih
dan cinta kepada al-khaliq.
Tiba giliran seorang lelaki paling muda antara mereka,
pabila ditanya pendapatnya mengenai kecintaan kepada Allah,
lelaki itu diam sejenak,
pandangannya ditundukkan
dan air matanya mula bergenang.
Beberapa ketika, dia mengangkat wajahnya
seraya bermadah
dengan suara yang tersekat2 menahan sendu...



عبد ذاهب عن نفسه
متصل بذكر ربه
قائم بأداء حقه
ناظر في قلبه

وإن تكلم فبالله
وإن نطق فعن الله
وإن تحرك فبأمر الله
وإن سكن فمع الله
فهو بالله لله مع الله


Seorang hamba pergi meninggalkan nafsunya,
Sentiasa terikat dengan zikr tuhannya,
Sentiasa segera menunaikan hak-hak-Nya,
yang melihat tuhannya melalui hatinya.

Jika dia bercakap, maka dengan Allah, (dgn nama Allah)
jika dia berkata-kata, perkataannya hanya tentang Allah,
jika dia bergerak hanyasanya dengan perintah Allah
dan jika dia berdiam diri, dia tetap bersama Allah.
Maka jadilah dirinya dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah.


Maka bergenang air mata setiap yang hadir 
mendengar madah lelaki tadi. 
Hati mereka semakin cinta, sayang dan rindu 
untuk berjumpa Tuhan mereka. 
Lelaki itulah seorang pemuda yang terkenal 
dengan kezuhudannya, 
Abu al-Qasim al-Junaid al-Baghdadi.




Sedikit Khulasah..
mari infaqkan masa anda 7.40 minit sahaja..
dan renung kembali..
apakah benar kita dikalangan yg mencintai Nabi ???


 Semoga Bertemu dengan Cinta abadi
-islahmujahidin-

7 comments:

ammar lorh said...

salam...
eyts syahmi oii..
hang nak kawen da ka??
hahaha
bgs2
nice la....
ni hah
ade link....
pasal berani n pengorbanan
akhirye......
byk dpt wo!hehe

http://paksi.net/main/articles.php?article_id=102

tryla bc ye......
ajak ramai2 baca....
wallahua'lam..
salam

islahmujahidin said...

InsyaALLAH..
semoga akhirnya kita mampu menjadi hamba yg mampu berkorban...

hUr said...

thanks syahmi for sharing a very good video indeed. semoga semua mndapat pengajaran dari vdeo ni. insyaAllah.

islahmujahidin said...

to Hur :
InsyaALLAH ...

Rahman D said...

syahmi...semoga bertemu cinta abadikamu...akan dihiasi dengan indah yang kamu inginkan.....semoga berbahagia disamping tunang kamu ye!!!,,,agar ikatan tu akan teguh hingga gerbang penyatuan kamu berdua...

buat pengetahuan semua syahmi akan bernikah tak lama lagi...!!! summer kot

Anonymous said...

ye ke? Alhamdulillah, jodoh.. tahniah..

islahmujahidin said...

Pemberitahuan..

apa yg disampaikan Abdul Rahman adalah tidak benar sama sekali..
Mungkin hanya berjenaka (main-main)..
wallahu a'lam