Saturday, April 24, 2010

Kita Bersatu ??? Tahniah !!!

Pertama sekali..

ingin memohon maaf kerana dalam post kali ini
kerana menggunakan kata ganti nama diri "Aku"

Bersatu..
Ramai orang hanya faham maksud bersatu dari segi teori sahaja..
tapi dari segi praktikal nya..
entah

Kali ini terpaksa menulis
supaya semua sedar
Yang kita ni memang dah bersatu ??

Ada orang yang hanya duduk dirumah
hanya memikirkan diri sendiri
biarlah apa orang lain nak tolong dia apa sekalipun
dia akan ambil dan tinggalkan je
Tahniah kita bersatu ...

Ada pulak orang
bila orang lain mahu menolong
dia akan kata "aku dengan hidup aku"
x perlu sibuk2 nak tolong apa-apa
Tahniah, sekali lagi kita bersatu ....

Lain pula,
ada orang yg bila orang lain menolong bila kesusahan..
"Terima kasih , kau bagus lah .."
tapi bila orang lain pula yg mintak komitmen sikit
"Lantak ko lah, bukan ada kene mengena ngan aku, balik rumah tidur lagi Best !!! "
yang ni betul2 bersatu ...

Aku menulis kali ni
bukan saje2 nak kenekan batang hidung sape2
tapi nak semua sedar..
bahawa kita takkan mampu berjaya hidup sorang2..

Cuba bayangkan kalau kita sorang "engineer yg terhebat" sekalipun...
untuk siapkan sebuah kereta
kita takkan dapat siapkan sorang2...
meskipun kita adalah orang terhebat di dunia pada masa itu...

Macam tu juga lah hidup di dunia ni...
kita mahukan kebersamaan..
Kebersamaan yg bukan setakat teori
tapi bekerja, bersama ..
susah senang kita bersama..
bukan sorang2 kita berjaya , orang lain "lantak pegi"

Sebenarnya,
dah lama ter"Diagnose" masalah ni..
kalau x ubat dari awalnya
pasti dalam masa 4tahun ni
kita takkan rasa Best

Seriously,
aku pun bercita-cita nak jadi antara Top Student kat sini
tapi , aku terpaksa korbankan beberapa percent
waktu study untuk memastikan semua pun dapat cemerlang sama2
walaupun kadang-kadang hanya ada masa study ketika dalam tram utk baca buku
walaupun kerja-kerja di Malaysia terpaksa aku amanahkan orang lain
tetapi aku tetap nak semua berjaya..
ataupun lebih berjaya dari aku..

Kalau aku sorang je nak cemerlang,
Mmg, aku boleh
tak fikirkan orang lain langsung
ataupun kurangkan masa
untuk memikirkan "perkara2 yg kurang dihargai orang ni"

Apa yg cuma aku mahu ?
supaya orang lain faham
setiap orang pada aku adalah penting
dan aku xkan sia-siakan...
cuma masalahnya aku xcukup tangan utk mengatasi semua...

Baiklah..
satu lagi perkara yg nak aku beritahu..
Semua program yg aku rancang
- aku cuma nak orang rasa seronok dan ambil pengajaran
- aku akan kurangkan untuk ambil masa study korang
- aku xkan buat banyak program besar supaya kita tak terlalu penat dengan program2 seperti ini

Apa yg aku mahu..
- Semua ada perasaan "kemanusian" , susah-senang kita bersama
- Ada rasa nak menjaga orang lain (supaya tak fail @ terpaksa repeat year @ Balik Malaysia)
- Kalau rasa-rasanya program yg akan dijalankan ada memberi manfaat maka, "join"lah , tetapi kalau xde manfaat cakap ngan aku, dan aku akan benarkan " utk tidak join " atau aku akan batalkan serta merta .
- Kita sendiri jaga diri kita ...
-itu je, mudah kan ?

* p/s - saya x mahu apa-apa dari semua orang..fikirkan diri anda dan orang sekeliling anda..ikhlaslah dan hormatilah orang lain..

sekian terima kasih...

2 comments:

Syed Abu Zulfadhli al-Qadrey said...

ana setuju dgn anta...walau sehebat mane kita,tanpa ukhuwah x kemana kita ni...Jika pun berjaya,pasti akan terasa kekosongan

Anonymous said...

salam alaik,
semoga kuat..
terjumpa puisi untuk halwa hati,
semoga tidak sunyi berjuang..
sentiasa ada yg turut mendoakan,
sentiasa ada yg bersyukur pd Rabb atas kemanisan hasil perjuangan itu

kerana dakwah ini KITA tanggung bersama
Oleh: Izzat Hafifie


syukur kepadamu Ilahi
dengan izinmu kami disini
tidak kami berbangga diri
menyerah hidup sebagai daie



daie itu bukan gelaran
bukan juga beban
tapi fitrah hidup insan
yang mengenal kehendak Tuhan



menjadi pemimpin bukannya mudah
bila yang dipimpin banyak karenah
namun ini kukira amanah
atas rezekimu yang melimpah ruah



jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.



sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.



biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.



sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.



tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar



sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.



wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.



rapatkan saf semangat jangan goyah
kota yang telah roboh harus dibina semula
jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
di sebalik pahit getir kemenangan menanti



kemenangan itu sudah pasti
namun bila tidak diketahui
mungkinkah ia tujuh generasi
mungkin juga menuntut mati



mari disusun kaki biar rapat
agar ditolak tidak jatuh
angin ribut kekal utuh
patah sayap bertongkat paruh



kalau berjalan biar seirama
dibelakang mengejar didepan menunggu
kalau berlari biar bersama
agar terasa nikmat bersatu



medan kita mungkin berbeza
tapi tempat tuju kita sama
di cubit kiri kanan terasa
kerana dakwah ini KITA tanggung bersama…