Maafkan ana ya Rasulullah...
Kerana tidak mampu menjadi seperti "Saydina Abu Bakar as-siddiq"
yg bersungguh-sungguh menyampaikan risalah...
tanpa mengira penat mahupun bahaya...
Maafkan ana ya Rasulullah...
kerana tidak layak menjadi "Umar"
Ummar al-khattab yg tegas
Sehingga digeruni Musuh mahupun Syaitan...
Maafkan ana ya Rasulullah...
Kerana ana bukan seperti Sayyidina Uthman al-affan
Yg hebat mewakafkan harta dan masanya
membukukan al-Quran untuk panduan sepanjang zaman...
Maafkan ana ya Rasulullah ..
Kerana ana bukanlah Saiyyidina Ali
yg begitu warak dan sanggup menggadaikan nyawa
menggantikan tempat tidurmu...
Maafkan ana ya Rasulullah..
Kerana ana tidak seperti "Umar abdul Aziz"
yg benar-benar ikhlas menjalankan amanahnya
yg begitu Zuhud pekertinya
meminta dikuburkan jauh dihujung pelosok dunia...
Maafkan ana ya Rasulullah...
kerana ana tidak dapat memanfaatkan masa..
seperti mereka semua..
yg benar-benar telahmu pilih untuk meneruskan perjuanganmu...
Ya Rasulullah...
sekiranya engkau masih hidup pada hari ini
bersama-sama kami
pasti ana akan tunduk
setunduk-tunduknya..kerana malu...kepadamu kekasih Allah...
Apakah ana meneruskan jalan-jalanmu itu ?
ana juga tidak tahu....
Ya Allah..
kurniakanlah daku kesempatan waktu...
yg bukan menjadi hamba kepada buku...
tetapi memberi cahaya keseluruh alam...
Merindukanmu ya Rasulullah
-islahmujahidin-
1 comment:
Assalammualaikum..
Insyallah..semoga cinta serta rindu kita kepada baginda terbalas ahkirnya..
^_^
Post a Comment