Hidup ini sentiasa mencari-cari, semoga bertemu dengan pencarianmu itu...
Friday, April 16, 2010
Menjaga Hati ...
Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam
yg menjadikan kita, memberi rezeki dan yang memakbulkan doa-doa kita...
Bila berkata mengenai menjaga hati..
inilah antara perkara yang paling sukar untuk dijaga oleh seseorang manusia
Seringkali kita terlupa bahawa dunia ini adalah pinjaman yg sementara...
Kadang-kadang kita mengeluh sendiri
akan pelbagai ujian yg menimpa diri kita
Kita seringkali lupa akan tujuan kita dicipta...
Alhamdulillah,
dikurniakan "ahli-ahli bait" yang hebat
"Kena betulkan niat ni..kalau tidak sia-sia je kerja kita"
kata-kata keramat inilah kadang2 membuatkan diri kita tersentak
ya benar..bersyukur..
Baru-baru ni,
dikurniakan ALLAH satu lagi ujian
apabila blog ini tercalon untuk "beberapa kategori blog pilihan"
saya hanya tersenyum..satu lagi ujian menimpa
Cuma berharap
Agar saudara-saudara pembaca tidak mencalonkan blog ini sekali lg..
bimbang , sekiranya penulisan saya selepas ini
bukan lagi keranaNYA
Kerana saya hambanya yg lemah
yg memerlukan peringatan berulang-ulang kali...
Doakan ,
supaya hati ini dapat dijaga
dan meneruskan perjuangan Hanya kerana cintaNYA
wallahu a'lam
yang lemah
-islahmujahidin-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment