Assalamualaikum
Pembaca yg dikasihi sekalian..
Setelah lama berada dalam medan penulisan ini
terasa seakan-akan kosong,
Kelihatan pergerakan da3wah semakin perlahan
dan semakin perlahan
langsung tidak mampu melawan arus Kezaliman yg semakin menjadi-jadi
sehingga ke hari ini..
Berfikir dan merenung seketika
Mengkaji dan memerhati beberapa hari kebelakangan ini..
Ana dapat rasakan betapa teruknya kelemahan diri
termasuk penulisan-penulisan sebelum ini
Alhamdulillah,
masih lagi diberikan petunjuk dan hidayahnya
Dan ana menambil keputusan
untuk berehat seketika daripada menulis
"Kadang kala terasa seakan membuang masa pembaca sahaja kerana entri yg kurang kualitinya.."
-maafkan ana atas kelemahan..
InsyaAllah
ana akan berehat sebentar daripada menulis
untuk Turun kepada "Medan Amal" pula..
Semoga penulisan dan kata-kata ana sebelum ini tidak menjadi hujah keatas diri ana
atas segala kelemahan dan kekurangan diri
Kembali mentadabbur surah as-saff ayat 2
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? "
*semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu..
InsyaAllah ana akan kembali menulis semula
mungkin sebulan , mungkin 2 atau bila-bila sahaja
apabila Allah s.w.t. menggerakkan hati untuk menulis...
Dan fokus selepas ini adalah = Untuk menggembirakan Semua "Orang lain"
(kerana ini adalah perkara yang paling meggembirakan dalam hidup ana)
Maaf atas segala salah dan silap
"Semoga semua diantara kita diberi hidayah Oleh ALLAH s.w.t insyaAllah"
berehat seketika
-islahmujahidin-
(mujahidin yg sedang mengislahkan diri)
wslm wbt...
No comments:
Post a Comment