Monday, July 19, 2010

Bukti Cinta = )

Bismillahirrahmanirrahim...
kali ini cuma ingin berkongsi
satu lagu yg liriknye agak menyentuh dan bertemakan perjuangan di Bumi Palestine..

Liriknya sangat mantap..
cuma bg peminat2 nasyid tradisional mungkin kurang gemar
dengan penampilan terbaru Mirwana

Dan bagi saya Mirwana sudah memulakan langkah
untuk mula masuk kedalam masyarakat
dengan membawakan tema RnB dan Rap(sikit2)
sudah mula diterima oleh orang2 yg x berapa nak dengar Nasyid

Cuma bagi saya..
Liriknya mantap
dan Vokal pun mantap..

layankan dan hayatinya...
semoga ada terkesan sikit2 dalam jiwa
tentang perjuangan Umat Islam di Bumi Palestina ...




Bukti Cinta

Album : Bumi Akhir Usia
Munsyid : Mirwana [Featuring Edry Demascus]
http://liriknasyid.com


(verse 1) Ikram

Dari peti kaca dunia
Terungkap seribu kisah
Airmata jua sengsara
Wajah duka bumi Gaza
Namun semangat juangmu disulam
iman teguh
Tak luntur takkan pernah layu

(Pre Chorus) Ikram

Ujian melanda meragut bahagia
Pasrahmu tulus sujud pada yang Esa
Redhamu menggunung nyata
bukannya palsu
Terbukti cinta untuk Dia yang satu

(Chorus) Mirwana

Derita sengsara yang memusnah jiwa
Dengan tabah kau harungi jua
Tiada rintihan tiada rungutan tempuh
halangan
Darah yang mengalir membasahi bumi
Namun langkahmu takkan terhenti
Demi perjuangan demi menegakkan
kalimah Tuhan

(Verse 2) Naim

Di sana derita terus menguji mereka
Di sini temasya tak pernah reda
Kita masih teruja riang dan berpesta
Walau Gaza kian merana dihina

(Pre Chorus) Naim

Dugaan menimpa mengiringi kecewa
Pasrah mereka sujud pada yang Esa
Redha yang melangit tinggi tak
mungkin palsu
Namun apakah bukti cinta kita untuk
Dia yang Satu

(Repeat Chorus) Mirwana

(Bridge) Hafiz

Buktikan kasih zahirkan ia dengan
beribadah
Jelmakan cinta pada Tuhan
yang berkuasa atas segalanya

(Verse 3 - Rap) Edry Demascus

Kau boleh susun kata cinta
seindah rumi
Kau boleh gambarkan dengan kata
seluas bumi
Tapi hakikat terlihat tak hanya ucapan
dan ungkapan
Jika zahir tak menunjuk jalan
Amalan yang jadi bukti cinta sejati
Bukan cuma ayat manis atau coret puisi
Tapi hati terisi iman tak belah bagi
Menjelma jadi perjuangan tak kenal
berhenti
Akhlak menjadi cermin
Tuhan sentiasa hadir
Bukan sekadar ratib cinta hiasi bibir
Diselak tabir jiwa
Wajahnya pada tindakan
Serlahkan rupa cinta
Bukan palsu solekan

(Repeat Chorus) Mirwana 
sekian sahaja copy & paste
dari youtube n liriknasyid
-islahmujahidin-

No comments: