Friday, July 9, 2010

Isra' wal Mikraj...

Assalamualaikum warahmatullah...

Kadang2 dalam kesibukan kita dengan kerja2 seharian..
kita sering lupa dengan tarikh2 penting
buat Ummat Islam..

Ya benar,
mmg tidak perlu sambutan besar-besaran
atau kempen besar-besaran untuk mengingati pada tarikh2 penting seperti ini
tetapi cukuplah sekadar mengingati dan menghayati kisah-kisah sirah
semoga sayang kita kepada Nabi S.a.w tidak luput
ataupun terus tenggelam disebalik kesibukan kehidupan seharian kita...



InsyaAllah,
pada kali ini saya memperuntukkan sedikit masa untuk menulis
moga2 kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w
tidak akan terputus
melebihi cinta kepada makhluk2 lain di dunia ini...

Dicelah-celahan musim peperiksaan ini
saya cuma sempat menyemak 3buah buku yg menceritakan tentang Isra' dan Mi3raj ini...

- Ar-Ruheeq al-makhtuum
- Addurus wal ibar fi sirah nabawiyah
- Ala Hutta habib - Syeikh Amru Khaled

Moga2 dengan penceritaan saya yg bukan seperti Ustaz2 yg mendalami agama sehebat-hebatnya
dapatlah kita ambil sedikit sebanyak pengajaran dan pedoman InsyaALLAH
terutama buat diri saya sendiri...

Saya Mulakan InsyaALLAH...

Kisah Isra' Mi3raj sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan 2 lagi peristiwa
iaitu Peristiwa kewafatan Abu Talib dan Khadijah , Dan Peristiwa da3wah Nabi ke Taif ...

Tahun ini dinamakan tahun kesedihan ataupun tahun Duka cita bg Rasulullah s.a.w

Ada sedikit perselisihan tentang peristiwa ini..
ada yg mengatakan ianya berlaku pada 27Rejab pada tahun 5 kerasulan
ada juga yg mengatakan pada tahun 10 kerasulan...
Tetapi, pendapat yg lebih diambil pada hari ini adalah pada tahun ke-10 kerasulan...

Peristiwa pada Tahun dukacita ini bermula dengan Kewafatan Siti Khadijah dan Abi Talib (Bapa saudara nabi)
kerana mereka adalah tempat Rasulullah mendapat perlindungan dan sokongan...

Abi Talib adalah Bapa saudara nabi yg mempunyai kedudukan yg tinggi dan mulia di Mekah..
Berbagai2 peristiwa yang jelas menunjukkan beliau sangat mencintai nabi
dan pelbagai cubaan membunuh Nabi berjaya dipatahkannya..
walaupun beliau sendiri juga mendapat ancaman bunuh (dalam sesetengah riwayat mengatakan ada cubaan membunuhnya..)

Dalam sesetengah riwayat..
ada menceritakan bahawa setelah wafatnya Abi Talib
Rasulullah memohon ampun daripada Allah bagi pihak "Abi Talib"

Rasulullah bersabda mafhumnya " Aku akan memohon ampun bagi Abi Talib sehingga Allah menegah aku dari melakukannya..."
sehingga akhirnya Allah menurunkan satu ayat mafhumnya "Tidak boleh bagi kamu memohon maaf bg orang musyrik(org yg syirik kepada Allah) kerana sudah nyata orang musyrik itu kekal dalam neraka selama-lamanya.."

Disini dapat kita lihat bahawa, Rasulullah sendiri (kekasih ALLAH) tidak mampu menarik orang yg paling baginda kasih kerana "tidak beriman"..

Isteri baginda Siti Khadijah
seorang yg sangat Penyayang, setia dan sangat pemurah dan sentiasa berada disisi
nabi s.a.w. ketika susah dan senang..
Secara tidak langsung, membantu usaha da3wah nabi
sehingga akhirnya berkembang sehingga hari ini...

Antara contoh yg dapat kita lihat,
ketika Ummat Islam makkah ketika itu di boikot selama TIGA TAHUN
Ummat Islam ketika berada dalam keadaan yg sangat sangat sangat susah..
sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri terpaksa makan dari kulit2 kayu
bersama-sama ummat Islam yang lain hanya kerana mempertahankan akidah mereka...

Siti Khadijah seorang bangsawan..
sanggup menggadaikan harta bendanya sehingga habis diinfaqkan...
juga semata-mata mempertahankan ummat Islam pada ketika itu...
*Mcm2 lg kisah dalam masa tiga tahun kritikal ini tidak dapat diceritakan kerana kesuntukan masa...

Walaubagaimanapun,
Allah s.a.w lebih menyayanginya..
dan beliau pergi meninggalkan Rasulullah s.a.w dan ummat Islam
dan perjuangannya...

Rasulullah s.a.w. amat merindui Siti Khadijah..
selepas peninggalannya
sehingga membuatkan Aishah(isteri nabi) sendiri cemburu..
Aishah pernah berkata "Aku tidak pernah mencemburui isteri2 nabi seperti aku mencemburui Khadijah meskipun aku tidak pernah melihatnya"
dan Rasulullah s.a.w sendiri selalu memuji2nya...

Apa yang kita dapati pada kisah ini adalah....
Tiada sesiapa yg kekal didunia ini..
meskipun betapa sayangnya nabi s.a.w kepada Abi Talib dan Siti Khadijah..

Mereka berdua adalah pelindung Nabi s.a.w. yang paling hebat
dan kehilangan mereka adalah sangat besar pada nabi Muhammad s.a.w. pada ketika itu..
Dan inilah antara ujian yg rasulullah s.a.w timpakan kepada Nabi sendiri
(orang yg paling hebat ditimpakan ujian)
Meskipun begitu inilah menunjukkan bahawa sebaik-baik pelindung adalah ALLAH s.w.t sendiri
bukannya ayah, ibu, abang , adik, suami atau isteri,,,
kerana ALLAH sahajalah yg kekal didunia ini...

Yang kedua ialah..
ini adalah bukti tentang pentingnya peranan seorang wanita
dalam memastikan fahaman Islam itu dapat difahami
dan dapat disampaikan kepada keseluruh masyarakat..

Mungkin ramai yang melihat..
bahawa tugas wanita itu hanya bermula apabila berada disamping suami..
tetapi, sebenarnya tidak..
Peranan wanita itu bermula semenjak baligh lagi..
bagaimana pentingnya wanita dalam membentuk dan mendidik masyarakat
dengan kelebihan2 mereka...

Mungkin dengan menyampaikan , dan memudahkan sahabat2 disekeliling
atau membantu apabila sahabat2 dalam kesempitan
mahupun dengan mendidik adik-beradik dan adik2 dalam masyarakat..
Dan semestinya menjadi wanita yang Solehah
serta taat kepada ALLAH dan Rasul seperti Saiydatina Khadijah r.a

Oleh itu,
Kehilangan mereka berdua menambah lagi peluang buat Musyrikin makkah untuk mematahkan da3wah Rasulullah s.a.w...
meskipun dalam keadaan bersedih ..
Rasulullah s.a.w tetap meneruskan da3wahnya
dan seterusnya menuju ke Ta'if dengan harapan mereka akan menerima Da3wah rasulullah s.a.w

Pemergiaan Rasulullah s.a.w. ke Ta'if
bukan sahaja tidak mendapat layanan , malah Rasulullah s.a.w
telah dihina dan dilontarkan batu dari golongan2 kanak dan golongan2 bodoh dan tidak mengetahui..

Ada juga riwayat yg menceritakan
bahawa golongan tadi berbaris sehingga ke pintu luar Taif untuk mencerca dan melontarkan batu..
akhirnya, Rasulullah s.a.w sendiri luka dalam keadaan yang sangat teruk
sehingga mengalir darah Rasulullah s.a.w sehingga bertakung dalam kasutnya...

Dan inilah satu lagi ujian yg ALLAH s.w.t timpakan pada baginda...
Bukan sahaja tidak diterima malah dihina sedemikian rupa..

Malaikat yg menjaga bukit2 dan gunung2 bertanya kepada Rasulullah s.a.w
sama ada mahu ditimpakan keatas mereka bukit dan gunung2..
dan Rasulullah s.a.w menolak...
dan berharap "Mungkin mereka tidak menerima Islam pada hari ini, tetapi pada hari kemudian, mungkin anak-anak atau cucu2 keturunan mereka akan menerima..."



( Bersambung...beri laluan untuk exam )

No comments: