Kenapa Palestin terus relevan?
Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini.
Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negara-negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini.
Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu Palestin?
Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai dengan kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al-Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat bahawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat?
Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin?
Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini.
Mana-mana bangsa dan tamadun yang celik tentang sejarah peradaban mengakui bahawa Islam adalah pemerintah Palestin yang paling lama dan paling adil sehinggalah berlakunya penjajahan Palestin oleh bangsa Yahudi Zionis yang sombong lagi kejam sejak awal abad ke 20 Masihi.
Adakah umat Islam memusuhi Yahudi?
Sesungguhnya kita tidak memusuhi atau memerangi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan yang panjang telah membuktikan keadilan Islam kepada semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa serta agama yang lain.
Mereka pernah hidup bersama orang-orang Islam di dalam tempoh yang berabad-abad lamanya dengan menikmati perlindungan dan keadilan daripada pemerintah Islam. Namun mereka kerap diusir oleh semua bangsa di dunia disebabkan kejahatan dan makar yang menjiwai kehidupan mereka seperti yang pernah berlaku di Rusia, Sepanyol, Jerman dan lain-lainnya.
Oleh itu, umat Islam mesti bangkit berjuang dan mempertahankan hak-hak asasi mereka daripada dibaham dan diperkosa oleh Zionis Israel ini.
Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada perdamaian?
Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam sebagaimana perkara ini telah dinukilkan banyak kali di dalam al Quran dan juga hadith Rasulullah saw.
Namun isu perjuangan pembebasan Palestin sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih luas. Ia adalah pertarungan bersejarah antara umat Muhamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba membunuh Rasululah saw beberapa kali dengan menjatuhkan batu besar ke atas baginda dan cubaan untuk meracuni makanan yang dihidangkan kepada baginda. Mereka juga pernah bersekutu dengan orang-orang musyrikin untuk memerangi Rasulullah di dalam peperangan Khandaq.
Selepas itu mereka melakukan berbagai konspirasi untuk menjatuhkan Khilafah Islamiah dan memecah-belahkan umat Islam di dalam sejarah peradaban dunia yag panjang.
Bukankah orang-orang Arab sepatutnya menolong mereka?
Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama kepada seluruh umat Islam dan tidaklah dikhususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Masjid yang merupakan destinasi Isra dan Mi’raj Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang bahaya disebabkan rancangan jahat Yahudi Zionis.
Ramai lagi rakyat Malaysia yang susah, kenapa pula bantu Palestin?
Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantuan dan kita semua bertanggungjawab untuk membantu mereka. Namun dengan suasana yang aman serta peluang sampainya bantuan yang agak baik menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang sepatutnya. Amalan kebaikan seumpama ini seharusnya disuburkan di kalangan rakyat Malaysia sehingga ianya menjadi sinonim bahawa kepedulian adalah di antara ciri istimewa kita semua.
Apa yang berlaku di Palestin adalah perancangan jahat Yahudi Zionis yang telah disokong secara terang-terangan oleh kuasa-kuasa besar barat dan PBB yang telah dikuasai mereka.
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di Malaysia sebagai manusia yang prihatin untuk membantu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul Maqdis dan Masid al-Aqsa yang telah diancam bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini sebagai masalah induk umat di abad ini.
Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana?
Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya ialah :
- Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya.
- Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidak-tidaknya.
- Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya.
- Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid al-Aqsa dan Palestin.
- Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya.
Salam perjuangan
Artikel Dipetik dari - http://zainurrashid.com/
Untuk menyumbang - http://amanpalestin.net/
No comments:
Post a Comment