Thursday, July 14, 2011

Belajar Menulis


( Menulislah dengan hati )

Semenjak dibangku sekolah lagi
membaca tulisan-tulisan yang menghidupkan hati
adalah hobi dan minat saya yg mendalam ...

Mencari erti kehidupan
adalah perkara yang sering memberatkan fikiran saya 
Kerap sahaja "Stress" apabila memikirkannya
kadangkala juga "mual" saya dibuatnya
apabila melihat ramai manusia hebat yg tampil kehadapan
tetapi dibelakang dia hanya seorang yg kosong 
tanpa jiwa
yang ada rasa cinta kepadaNYA

Inilah yg saya rasai
Sebelum benar-benar saya rasai nikmat Islam
yang saya anuti semenjak lahir ini
sebelum adanya rasa cinta
untuk berjuang bersama-sama
menegakkan semula Islam ketempatnya ...

Satu kelemahan ..
yang telah saya sedar semenjak sekian lama
yang menyukarkan penyampaian
rasa cinta ini kepada seluruh ummat
adalah
Dengan lemahnya untuk saya menulis
menulis supaya benar2 pembaca memahami
apa yang ingin disampaikan

dan lemahnya bercakap atau berkata-kata
untuk menyampaikan suatu mesej
Yang lebih merisaukan
ialah apabila tulisan saya sendiri
mungkin mampu orang lain membuat andaian yg salah
daripada apa yg ingin saya katakan ..

Mungkin atas perkiraan saya
saya tidak mempunyai kelebihan "Descriptive"
tetapi lebih kepada "Logic" dan "Elaboration"
Tertumpu kepada suatu fokus

InsyaAllah , saya bermohon kepada Allah s.w.t.
agar diberikan ilmu2 tersebut insyaAllah
dan saya akan berusaha menampung kelemahan ini..

Semoga kata-kata ini menjadi doa
yang akan diperkenankan
oleh Allah s.w.t

- islahmujahidin -

No comments: