Tuesday, August 16, 2011

Kembali

Dua tiga hari berlalu ..

Cuba mencari diri yang hilang ..


Masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapapun
biarpun yang ternama mahupun yang hina...
Rasa penat mula bertandang ,
saya bertanya kembali kepada diri sendiri
Apa yg engkau mahu ?

Seperti doktor biasa yang merawat pesakit
begitu juga saya cuba merawat diri ini
satu persatu permasalahan cuba dikaji
history , sign & symptoms , background history 
dan semuanya sedaya upaya dicari semata mencari punca ...

Sudah menjadi perkara biasa bagi saya ,
setiap kali berada dalam keadaan kesempitan akal
saya akan kembali membuka buku2 yg berada dalam simpanan
dan pada kali ini buku yg menjadi pilihan ialah
"al-munthalaq" @ titik tolak

Hampir2 sahaja futur (yg bermaksud - rujuk post sebelum ini)
terjumpa saya satu bahagian didalam buku ini yg mengembalikan semula
kepada landasan dan tujuan hidup ini ..
alhamdulillah

Abu Ammar didalam buku ini ada menerangkan bahawa
pendakwah itu (pejuang islam yg sebenar2nya yg benar2 menyayangi agama dan berjuang untuknya ..)
ibarat bintang , bulan , langit dan segala2nya yg berada di alam cekerawala ini dan menjadikan dunia ini lengkap kesemuanya adalah disebabkan mereka ini ...

Terbayang saya sekiranya para sahabat bermalas-malasan (seperti diri saya ini)
mungkin sahaja Islam pupus dimuka bumi ini dan tiada lagi mereka yang menyembah Allah dan berusaha menegakkan keadilan dan dimuka bumi ini ..
maka hilanglah keseimbangan alam ini dan terjadilah kiamat ...

Baru sahaja pulang daripada proses mengubati diri ini,
saya melihat masyarakat sekeliling
di jalan raya , tepian pantai dan pasaraya2 terkemuka
masing sibuk dengan hidup masing2
hidup mereka hanya sibuk mencari wang yg banyak kemudiannya dihabiskan dan dileburkan kesemuanya utk keselesaan dan kesenangan hidup
supaya tilam mereka empuk , perut mereka kenyang dan masa mereka akan sentiasa dipenuhi dengan keseronokan ..



"ya Allah jika Engkau tidak takdirkan aku ke Bumi Mesir ini mungkin akulah sebahagian daripada mereka dan mungkin lebih teruk lagi"

Hampir2 sahaja aku berputus asa melihat masyarakat sekeliling disamping diri yang "terasa lemah"..

Ada yg bertanya ,
"Bagaimana nak dapat spirit seperti saya ?"
atau
"Mengapa saya sibuk memikirkan dan menyibukkan diri utk orang lain?"

Jawapan saya mudah ,
jika mereka yg sebelum saya tidak bersusah-susah , tidak bermati-matian atau tidak menghabiskan kebanyakan masa mereka kerana saya , mungkin saya bukanlah diri saya sekarang ..

"Manusia yg jauh hina yg kini diselamatkan oleh Islam ..masyaAllah walhamdulillah nikmat yg x mungkin dapat dirasai oleh orang lain ..."

Semoga Allah terus mengekalkan diri ini
utk terus thabat dijalan ini ..

Inilah jalan yg menyelamatkan diri ini dan manusia lain daripada api neraka Allah
~Inilah jalanku~

-Islahmujahidin-

No comments: