" Macam mana nak study kerana Allah ye ? ". Tersentak juga hati saya bila ditanya soalan sedemikian . Saya berhenti berfikir seketika , "susah juga untuk menjawabnya" ..
Tetapi inilah hakikat yang sebenarnya , iaitu apabila putaran hidup kita pada hari ini sudah rosak. Terlalu lama kita membiarkan diri kita dipisahkan daripada agama dalam kehidupan kita , ditambah pula dengan biah yang kurang menghayati Islam dengan seluruhnya. Boleh dikatakan bahawa hampir semua perkara dalam hidup kita hari ini dipisahkan daripada agama . Sepertinya agama ini suatu musuh yang hanya menghambat manusia kepada satu pemikiran yang lapok dan kuno.
Berbalik semula kepada tajuk kita pada hari ini. "Penyakit hati sewaktu Exam" . Pertama sekali, bukanlah saya orang yang terbaik untuk menghuraikan tajuk ini , tetapi pada hemat saya , moga2 tulisan ini mampu menjadi petunjuk buat kita semua dan juga agar amal dan kesungguhan kita belajar ini tidaklah hanya sia2 iaitu tidak dihitung Allah . "RUGI" bukankah begitu ?
Berikut adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan buat sahabat semua ;
Bukanlah pada hari ini kita belajar bersungguh-sungguh untuk :-
- Disanjung manusia lain dan mendapat tempat dihati mereka
- Suatu hari nanti, semua pendapat kita akan diterima orang lain kerana semua orang menganggap kita seorang yang cemerlang dalam pembelajaran
- Manusia menjadikan kita contoh tauladan yang baik sebagai seorang "tokoh" yang baik , alim , soleh , bijak lagi cemerlang ( Calon Terbaik )
- Atau supaya kita boleh diangkat menjadi pemimpin diatas keistimewaan yang kita miliki ...
Tetapi sebaliknya , marilah kita bersama menjadikan ilmu ini ;
- Suatu bekalan untuk kita gunakan pada masa hadapan
- Rasa cinta kepada Allah bertambah kerana di kurniakan akal yang sihat dan mampu berfikir tentang kehebatan penciptaan diri kita dan alam sekeliling
- Sebagai teman untuk membantu kita dalam tugas2 seterusnya diatas muka bumi ini..
*Bukanlah supaya kita belagak sombong , dan berbangga-bangga dengan ilmu cetek yang ada pada diri kita dan supaya kita dapat rasa kita lebih hebat daripada orang lain..
"Sesungguhnya Syaitan akan sentiasa mencari peluang untuk membisikkan dalam hati kita perkara2 yang zahirnya nampak baik namun begitu pada hakikatnya ia sendiri merosakkan hati kita" Oleh itu , janganlah kita tertipu dengan apa yang ada pada diri kita ...
Dan juga atas sebab ini jugalah kita perlu sentiasa berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang sentiasa membisikkan kejahatan dalam hati manusia ..
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
“Yang Menguasai sekalian manusia,
“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
(Surah An-Nas 1-6)
Wallahu a'lam ...
Cuma sedikit tambahan dalam entri kali ini ..
Pesanan saya buat rakan-rakan seperjuangan sekalian , yang bersungguh-sungguh bekerja untuk menembalikan Islam ..
Dimana sahaja anda berada ...
Tidak kira walau daripada gerakan mana sekalipun anda berada..
Tidak kira waktu dan masa ..
Pertama , dan asas sekali ...
Ingatlah bahawa tujuan asas kita dan paling utama ialah menegakkan semula Islam dimuka bumi ini sehingga tiada apa yang disembah melainkan Allah s.w.t.
Jangan kita lupa untuk :-
- Menghapuskan segala jahiliyyah dalam diri kita , sama ada yang dilakukan terbuka mahupun tersembunyi dalam hati ita
- Sentiasalah berusaha untuk mencapai tahap yang lebih baik sehingga segala amalan kita tertumpu iaitui "Ubudiah lillahi wahdah" - Ketaatan yang mutlak hanya semata-mata kerana Allah s.w.t sahaja.
- Berusaha bersungguh-sungguh mengajak orang lain kearah kebenaran dan menjauhi segala kejahilan walaupun daripada sekecil-kecil perkara.
- Sabar dalam menempuhi ujian dan cabaran Allah dalam medan dakwah
- Ikhlas semata-mata kerana Allah tanpa ada niat sebaliknya.
Sampai disini sahaja ..
Selamat Maju Jaya
Muhammad Syahmi
Iskandariah , Jan 2012
1 comment:
maataufiq wannajah fil imtihan..
Post a Comment