Monday, March 26, 2012

Secara Umumnya Manusia Hari Ini Telah Begitu Jauh daripada Allah ..




Hampir sahaja aku berputus asa daripada Dakwah ini

Hampir sahaja aku lari daripada segala tuntutan yg menghimpit

Hampir sahaja aku hanya bersendiri

Memuaskan hatiku , bersendirian berzikir bertasbih memuji kebesaranNya

Mengutip mutiara-mutiara Iman dan melupakan segala kesusahan


Tetapi tidak

Sungguh ..

Manusia Hari Ini Telah Begitu Jauh daripada Allah

Ber'uzlah' hanya menambah parah


Tidak Mengapa

Aku Berserah 

Aku Pasrah

Biar sama ada beroleh kejayaan

Atau aku pergi dengan penuh Senyuman


Jalan ini jalan panjang

Kesabaran , ketabahan , keperitan

Pengorbanan wang , tenaga 

mahupun rasa

Biar Allah sahajalah membalasnya ..


"Orang-orang yang baik dan beriman juga diuji Allah swt dengan kesakitan, permasalahan dan kedukacitaan. Namun Allah yang Maha Adil akan menjadikannya sebagai sebab pengampunan dosanya, menambah pahalanya, menaikkan darjatnya dan bakal menerima ganjaran yang hebat di syurgaNya kelak Insyaallah." - Dr Zainurrashid

No comments: