Hidup ini sentiasa mencari-cari, semoga bertemu dengan pencarianmu itu...
Friday, April 27, 2012
Apa itu Tarbiyyah ?
Seringkali kita dilontarkan persoalan , tentang apakah itu tarbiyyah ?
Ada yang menunjukkan , itu , ini, begitu , beginilah ertinya atau caranya tarbiyyah ..
Tanpa mengerti apakah tujuan tarbiyyah ,
akhirnya kita tidak akan mampu memahami dan menyelami ertikata tarbiyyah secara mendasar,
Akhirnya kita mudah patah semangat dan "futur" dalam erti kata lain kembali kepada keadaan sedia ada kita
dengan alasan ianya tidak sesuai dengan jiwa kita ..
Sungguh perkara hakikatnya berlaku kepada mereka yg tidak memahami peranan tarbiyyah secara betul .
Secara Ringkasnya,
Tarbiyyah Islami merupakan didikan diri secara aqli , jasadi dan rohani seseorang manusia sesuai dengan tuntutan dan matlamat penciptaan manusia seperti yang telah digariskan secara jelas didalam al-Quran ..
Tanpa kesemua aspek itu tadi iaitu aqli , jasadi dan rohani .. didikan tersebut mungkin akan melahirkan individu yang tidak cukup kuat untuk menghadapi cabaran-cabaran kehidupan seperti gangguan serangan musuh-musuh Islam , serangan pemahaman Islam yg salah , dan juga serangan-serangan Syaitan kedalam hati manusia seperti takbur, riya' dan ujub ...
Juga disebutkan dalam al-Quran tentang golongan yg tidak memahami hakikat tujuan penciptaan mereka
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad: 12)
*Walaupun ayat ini meruju kepada orang-orang kafir , namun terdapat juga ancaman kepada manusia-manusia yang beriman dalam ayat yang lain...
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Aali Imran:14)
Begitulah secara ringkasnya ,
Bahawa setiap manusia pada hakikatnya bukanlah dihidupkan hanya untuk bersenang-lenang pada kehidupan yang sementara , tetapi perlulah disediakan untuk kehidupan yang abadi ..
Akhirnya dengan tarbiyyahlah , tasawwur ini dibina . dan dengan tarbiyyahlah kita belajar daripada kesalahan dan kelemahan-kelemahan yang kita untuk menjadi Manusia yang mempunyai tujuan hidup yang jelas serta berusaha menuju kearahnya ..
Mungkin ada yang berkata..
...." Tarbiyyah ini ialah apabila kita memegang jawatan dan buat program itu dan program ini sehinnga ada manusia yang menyukai cara kita ataupun kita ditentang oleh manusia"
...."Tarbiyyah ialah apabila kita mengikuti banyak program yang berbentuk rohani sehingga kita mampu menangis dan mampu membuatkan manusia lain menangis"
...."Tarbiyyah itu adalah usrah , dalam usrah kita berukhuwah dan ditarbiyyah naqib/ah sampailah kita menjadi hebat"
Hakikatnya , Tarbiyyah bukanlah setakat itu sahaja ..
malah dengan tarbiyyah itu sendiri manusia mampu bergerak lebih jauh ,
lebih jauh daripada apa yg pernah dia sendiri pernah fikirkan ..
"Iaitu apabila seluruh jiwanya dan seluruh perkara yang dilakukannya hanya disandarkan kepada Allah , Fikirannya tidak pernah leka dengan tarikan dunia, dan apabila ditimpa masalah ,fikiran hanya semata-mata untuk menyelesaikan masalah itu untuk mendapat keredhaan Allah dan menguntungkan Islam itu sendiri"
"Segala apa yang ada padanya sedia dikorbankan termasuklah waktu , harta benda , bahkan nyawa dan perasaan itu sendiri sanggup dikorbankan untuk mencapai matlamat penciptaan manusia.. "
Sebagai contohnya ,
- Ustaz Sayyid Qutb sanggup digantung hanya semata-mata syahadahnya terhadap agama ini
- Imam Hassan al-Banna menghabiskan hidupnya siang dan malam menyedarkan manusia untuk mengembalikan Islam sehingga peluru-peluru menembusi tubuhnya
- Dr Abdul Aziz ar-Rantisi diletupkan dengan Apache
- Syeikh Ahmad Yassin ....dan banyak lagi..
Apabila ditanya kepada mereka , apakah sebenarnya yang mereka mahukan dalam jalan ini .. Jawapannya cuma satu ...dan itulah : "In uridu illal islaha mastata'tu "
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud:88)
Setakat ini sahaja yang mampu untuk saya nukilkan apa yang terlintas dihati saya pada ketika ini ..
Semoga Allah menjadi saksi segala perbuatan kita yg hanya Untuk-Nya...
dan semoga Allah menjadikan kita golongan yang bersabar apabila ditimpa musibah ~
wallahu a'lam
-Islahmujahidin-
26 APR 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment