Saturday, May 19, 2012

Hari ini Aku ...

Hari demi hari telah berlalu ..
Hampir 4tahun 1/2 berada di bumi Mesir ..
Disebalik hiruk pikuk dan sibuknya bandar Iskandariah
dan sampah-sampah yg dibuang merata-rata tempat..
sebenarnya terdapat terlalu banyak permata yang telah berjaya diperoleh ..
Permata yang tiada bandingan harganya di dunia ini ..
Permata yang menyinari kehidupan dan hampir mengubah keseluruhan kehidupan ini ...

(Bersama rakan2 sekolah menengah)

Saya masih ingat lagi pengalaman di sekolah dahulu ,
di sebuah sekolah jauh didalam hutan
jauh daripada kesibukan kota
Dikelilingi dengan air terjun , tasik dan perkuburan ..
Ya, dunia kami hanya disitu ..
Dimana saya bersama-sama rakan2 berusaha bertungkus lumus menyelamatkan rakan2
yg hanyut atau mungkin sedikit sebanyak dipengaruhi jahiliyyah ..

Hanya dengan berbekalkan semangat dan ilmu yg cetek
kami menghidupkan kembali surau yg semakin sunyi daripada ruhnya ,
Suasana sukan yang semakin mendekatkan pelajar kepada kemaksiatan
Menghidupkan kembali semangat cinta bumi Palestin dan sebagainya ...

(Mendenda pelajar akibat lewat ke program)

(Mengajar adik2 asas2 Islam)
Itu dulu ,
ya , itu dulu ...

Alhamdulillah ,
Allah memberi kami peluang seperti itu kepada kami suatu ketika itu ,
dan itulah yang menjadi bekalan sehingga hari ini ...

Hari ini ,
Bumi Mesir sekali lagi telah mencorakkan diri yg baru ,
Jika dahulu mizan(pertimbangan) kami adalah berdasarkan hangatnya sambutan kepada program-program yang dirancang oleh kami ..
tetapi hari ini mizan kami adalah berdasarkan bertapa dalamnya kefahaman yg mampu diperolehi daripada program-program kami ..

Jika dahulu , kami hanya memandang kepada sudut teknikal program
tetapi hari ini , kami memandang kepada sudut jiwa peserta , apakah berjaya kami menyentuhnya

Jika dahulu, muhasabah kami adalah berdasarkan pujian daripada peserta dan pihak sekolah
tetapi hari ini , muhsabah kami adalah apakah berjaya kami menterjemahkan keikhlasan dalam perbuatan kami..

Jika dahulu , kami hanya menghidupkan program
tetapi hari ini , kami menghidupkan kehidupan manusia...

(Inilah erti kebebasan sebenar apabila semua perasaan dan usaha hanya ditujukan buat yg maha Esa)


*sungguh kami mula memahami erti perkataan "Bebas" atau "Merdeka" apabila pergantungan kami bukanlah kepada manusia atau dunia lagi , tetapi pergantungan adalah kepada yg Maha Esa .. Dimana kami tidak terkongkong di dunia yg fana ini sahaja , tetapi jiwa kami terbang bebas ke alam tanpa sempadan ..

Dan begitulah kefahaman erti kebebasan oleh kami seperti mana perasaan Ustaz "Syed Qutb" semasa menulis fi zilalil quran di dalam sel besi penjara ...

Allah maha hebat dan maha kuasa ,
Hanya dialah yg benar ..

"Wallazina jahaduna fina lanahdiyannahum subulana" .. mungkin disebabkan cita-cita dan azam yang kuat suatu ketika dahulu , akhirnya Allah mengilahamkan hidayahnya kepada kami ..

"Minal mukminina rijalun sadaqu ma 'ahadallaha alaih" - Saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya menjadi orang yg "membenarkan" apa yang dijanjikan Allah ..

Semoga Allah menguatkan kami menghadai ujiannya .. Semoga kami memperolehi ganjaran pahalanya "ajrun ghairu mamnun"

dan Semoga tulisan ini menjadi saksi di Hari Qiyamat nanti tentang kesyukuran-ku kepadanya



CurHat
-Islahmujahidin-
May 2012

1 comment:

Syed Abu Zulfadhli al-Qadrey said...

Mabruk akhi...kutiplah manfaat ilmu itu dimana saja kita berada,dan sebarkanlah kepada umat manusia...semoga sentiasa istiqamah dan diberi kekuatan dari Allah untuk merubah masyarakat menjadi pejuang2 Islam!!!