Showing posts with label rohani. Show all posts
Showing posts with label rohani. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

Cantik

Kerap kali aku tercari-cari
apa yg dimaksudkan dengan cantik itu ?


( Meditteranean Sea, Alexandria , Egypt )

Melihat langit menjelang tenggelamnya matahari ,
Burung-burung mengembang-kempiskan sayapnya menjunam laju ke laut
Kemudian kembali semula kelangit setinggi-tingginya ,
Ombak yg memukul kuat ketebing pantai
Ikan pula melibas-libaskan ekornya
berlari laju
Oh Cantiknya ..

Aku merenung kembali apa istimewanya bumi Iskandariah dibandingkan dengan tempat-tempat yg lain di bumi Mesir ini . Tiada yg kurasakan lebih hebat melainkan cantiknya pemandangan ..
CIPTAANNYA 

Aku tertanya-tanya sekali lagi apakah itu cantik ?

Dan kini aku dapat jawapannya :- itulah Tenang apabila memandangnya , Mendamaikan jiwa , Seakan-akan membawa ke alam yang baru pabila melihatnya , Bersamanya hilang keresahan ....

Sekali lagi aku memandang ke pandangan yg sama , apakah sebabnya ?


Langit, bumi, dan segala isinya bertasbih kepada Allah,  tidak ada satupun, kecuali bertasbih dengan memujiNYa, tetapi kalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya, Dia maha penyantun lagi maha pengampun (QS. Al-isra:17:44).


Barulah aku faham , bahawa kecantikan itu bukan hanya kedamaian yg fizikal semata-mata . ianya juga kedamaian ruhiyyah .. Yang mungkin tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata . 


"Hanya yang merasai akan menghayati dan memahami"

Kembali aku melayang sekali lagi dengan pandangan yang sama ,

AKu terbang kini bersama Tafsir fi Zilalil Quran karangan Sayyid Qutb..
apabila ALLAH s.w.t memujuk Rasulullah s.a.w dengan surah Ad-dhuha

"Demi waktu dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)." (Ad-dhuha 1-3)


Dengan menggunakan Alam untuk menenangkan Rasulullah s.a.w

Redupnya mentari pagi 
Burung-burung berkicau riang mencari sarapan 
langit biru membuka tirainya mengenakan warna yg indah
Angin pula lembut menyapu muka memberikan kesegaran 

-Ad-dhuha -


Karangan yang hebat inilah yang telah mengajarkan aku banyak dengan kecantikan yang mendamaikan ...

"Kecantikan yang mendamaikan ialah kecantikan yang mampu membawa kita kepada Al-Khalliq" inilah yang aku mampu simpulkan ..

Cantiknya pemandangan ,
Cantiknya Hidupan ,
Cantiknya pemakaian ,
Cantiknya akhlak ,
Cantiknya Manusia
...

Hanya layak diberikan kepada yang mampu mengingatkan aku kepada Penciptanya ...

" Innallaha jamilun , wa yuhibbul jamal "
Sesungguhnya ALLAH itu cantik , dan suka akan kecantikan ...

Kecantikan lahirriyyah dan ruhiyyah
ini yang ku idamkan ...



( Burung-burung terbang )


( Sawah padi yang menenangkan )

Semoga kecantikan-kecantikan ini membawa aku terbang ke Syurga

-Islahmujahidin-




.

Tuesday, April 5, 2011

Mengapa ianya Susah ?

Seringkali kita kaitkan..
tentang apa2 sahaja perkara yg memerlukan tenaga, fikiran , pengorbanan itu susah..
Sehingga kita menolak drpd melakukan perkara itu dari awal2 lagi..

Ketahuilah..
Yang Paling susah itulah aset yang paling berharga

Mari kita fikirkan..

Kereta Berjenama Ferrari itu sangat mahal dan hanya mampu dimiliki
oleh beberapa orang tertentu dan berkemampuan sahaja
mengapa begitu ?



Susah tentu..
Bagi menghasilkan suatu produk yg baik kita memerlukan
sumber-sumber asas yg baik
dan sudah tentu bukan mudah untuk didapati
contohnya , dari segi pemilihan logam yang terbaik , kaca yang terbaik , getah yang terbaik
dan segalanya yang terbaik...

Seterusnya apabila sumber-sumber asas itu sudah cukup
dan mampu untuk kita mencipta kereta itu tadi
kita memerlukan pula arkitek yg terhandal untuk mencipta rekabentuk
supaya dikagumi oleh pemiliknya...

Tibalah masa untuk bergerak kepada penciptaan dan pemasangan
kita memerlukan pula Jurutera-jurutera yg mahir
supaya idea kreatif arkitek itu tadi mampu direalitikan ke dalam bentuk produk
yang mempunya pencapaian yang maksimum
dan sedaya upayanya untuk mengelakkan kecacatan daripada berlaku...

Kini tibalah pula untuk pembuatan , pemasangan dan pemeriksaan..
sudah tentu bukan calang-calang pekerja mampu untuk melakukan pekerjaan ini..
mungkin sahaja pekerja-pekerja ini perlu menjalani kursus-kursus , bengkel-bengkel bertahun-tahun lamanya
bagi memastikan kereta yang berjenama Ferrari itu tadi bukan hanya indah pada jenama dan rekabentuk sahaja..
Tetapi, akhirnya semua 'settings' dari segi keselesaan dan prestasi kereta ini
menggilai jiwa-jiwa yang bernama 'manusia'

Kini tibalah pula pemasaran kereta ini .
Penjual-penjual kereta-kereta berjenama mewah ini
bukan sahaja perlu pandai berkata-kata
tetapi juga hebat dan mengetahui setiap inci bahagian kereta ini..
supaya akhirnya kereta ini mampu dijual
walaupun harganya jutaan ringgit..



Pembeli pula ,
bagi mendapatkan kereta yg berjenama ini pula bukannya mudah
puluhan tahun berhempas pulas , bermandi peluh..
meeting sana meeting sini , sign kontrak sana , sign kontrak sini ..
akhirnya barulah mampu mendapatkan sebuah kereta yang hebat begini...

Bermula dari pembuatan kereta sehingga pembeliannya
tiada satu pun yang mudah
semuanya memakan masa yang panjang
bagi kualiti yang memuaskan...

mungkin boleh sahaja kita mencari bahan asas yg mudah dijumpai dimana-mana,
arkitek yang bekerja sambil lewa , jurutera yang korupsi,
pekerja-pekerja yang malas , penjual yang tidak proaktif dan bekerja dengan ala kadar sahaja
sudah pasti tidak akan kita lihat hasil produk yang hebat seperti kereta berjenama Ferrari tadi..

Manakala , jika pembeli tadi cuma bekerja ala-ala kadar,
dengan tiada pelajaran , hanya mengharap belas ehsan orang sahaja...
sudah pasti dia tidak akan mampu memiliki sebuah kereta pun..
meskipun kereta sorong..

Mari Berbalik kepada realiti ..

Ramai kawan-kawan yang mengadu tentang susahnya dalam pembelajaran
lebih-lebih lagi dalam kursus kedoktoran
sudah pasti memakan masa yang lama
ditambah pengorbanan untuk belajar ketika mana manusia lain berseronok
semestinya hanya untuk mendapatkan segulung ijazah
jawapan saya mudah sahaja : kerana kita mahu hasilkan seorang doktor ..

Boleh sahaja kita berhenti dari belajar bersungguh-sungguh
tidur 24jam sehari ,
pergi ke shopping mall setiap hari
atau mengelamun sepanjang hari..
Tetapi ingat hasilnya , mungkin kita tidak akan mampu untuk menjadi seorang doktor
bahkan menjadi penyapu sampah juga kita tidak layak..



Begitulah kehidupan untuk mendapatkan suatu hasil yang manis
tidak mungkin akan dapat dilakukan dengan mudah..
Semuanya bermula dengan kesusahan
dan sebab itulah "Mengapa ianya Susah"

Kadang-kadang kita juga marah ,
Susah !!
Susah untuk kita beribadah ,
susah untuk melengkapkan solat 5kali sehari ,
Susah untuk untuk bersangka baik kepada orang lain,
Susah untuk kita berlapang dada,
Susah untuk kita pergi ke Majlis-majlis yang mendekatkan hati dan akal fikiran kita kepada ALLAH,
dan Susah juga kita untuk membaca tulisan-tulisan yang kita katakan fanatik "islamic"

Kerana hasilnya : Jannatil Firdausil a'la

Renungkanlah
Cuma yang susah itu manis
keluarlah dari kebiasaan..
majukan potensi diri..
yang sedar tidak sedar
"sebenarnya kita mampu lakukan perkara yang lebih susah daripada perkara yang susah untuk difikirkan"



Sekian sahaja kali ini.

Motivasi , fikrah , rohani
-islahmujahidin-