Wednesday, April 29, 2009

Sebagai Motivasi untuk sendiri dan sekalian makhluknya...




Sedar tak sedar,
kita kini berada dalam bulan april dan tidak lama lagi akan masuk ke bulan baru,
dalam bahasa arabnya "Mayu"
sedar tak sedar sudah hampir 7 bulan berada di bumi anbiya'
yang penuh dengan sirah jihad,
dan semangat2 mereka yg ingin membawa kpd mentauhidkan ALLAH s.w.t.

Apa sebabnya kita perlu sentiasa 'peka' akan pergerakan masa ini?
Hmm, mari kita berfikir sejenak....
sehingga kini, kita telah diberikan nikmat olehNYA untuk bernafas kira2 19tahun...
TAPI APAKAH SUMBANGAN KITA?
Jika Usamah Bin Zaid telah mampu menjadi panglima perang ketika umur sebegini,
DiMANAKAH KITA?

Jika Sultan Muhammad Al-Fateh telah mampu menjadi khalifah Turki Uthmaniah tatkala umurnya seperti ini, DIMANAKAH KITA?

apakah kita tidak mampu jadi seperti mereka?

Jawapan ana = Ya, kita tidak akan mampu menjadi hebat seperti mereka, JIKA kita hanya terus begini TANPA meningkatkan keimanan kita kepadaNYA, TANPA kita berusaha melawan HAWA NAFSU, TANPA kita cuba mempelajari ISLAM dan mengamalkannya....


Hanya sebagai motivasi kepada diri sendiri ketika ana menulis Blog ini,
Sedih juga kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini,
Mungkin kerana ana kurang mencari kesempatan atau mmg tidak ditakdirkan ALLAH untuk ana menulis di blog ini mungkin disebabkan iman yang masih banyak kekurangan...


Assignment ? Exam ? Study ?
mungkin ini boleh menjadi alasan untuk kita mengurangkan ibadah kepadaNYA...
Dan Al-Quran, Solat sunat, qiyamullail dan sebagainya kita terus tinggalkan
Ingat sahabat2, hidup kita , kita tidak akan tahu sampai bila masanya nyawa kita akan kembali kepada penciptaNYA ,

Ayuh sahabat2, kita tingkatkan amalan,
Jangan jadikan diri kita kosong tanpa ibadah kepadanya,
KERANA itulah jalan masuk kepada Syaitan Durjana...
Semoga penulisan ana ini bukan hanya untuk saja2 sahaja,
mari kita janji kepada diri sendiri,
untuk menjadi lebih baik dari hari ini....



Islahmujahidin....

No comments: