Friday, May 1, 2009

Hijrah ini memang payah...




Hijrah ini memang payah,
puas ku mencari jalannya,
ke sini dan kesana ku mencari,
adakah masih ada jalan untuk kesana...


Hijrah ini memang payah,
kekadang kurasa lemah untuk meneruskannya,
tapi nasib ku punyai sahabat,
yang sentiasa menunjukkan jalan untuk kesana...




Hijrah ini memang payah,
puas ku lupakan jalan hidupku yg semalam,
Namun Nafsu dan perasaan tetap tidak mahu mengalah,
aku semakin pasrah...

Hijrah ini insyaALLAH mudah,
jika diriNYA yg kuhadirkan utama dalam hati ini,
Namun aku tidak pasti ,
Apakah mampu untuk ku lakukannya...


Hari semalamku penuh dengan onak duri,

Aku ingin mengubahnya,

Biarpun lebih daripada duri yg kuterima,

Agar aku mudah jalanku ke sana...




Hijrah ini memang payah,
Untuk aku terus istiqamah,
mengejar Cinta DariNYA,
bukan dengan menjual cintaku pada dunia....


-islahmujahidin-

No comments: