Sunday, March 28, 2010

Kahwin bukan Pengakhirannya...

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (surah an-nur-ayat 32)

Pagi ini terbaca saya akhbar harian Malaysia

Bertajuk : Pelajar pintar hilang SMS sudah kahwin



BALING: Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu, mendakwa sudah berkahwin dipercayai dengan seorang pemuda berasal dari Langkawi berusia 19 tahun dan kini menetap di Kuala Krai, Kelantan.

Perkahwinan itu dimaklumkan sendiri Halimaton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, di sini, semalam tetapi tidak menjelaskan siapa pemuda yang dikahwininya.  



Pendapat saya :
Memang benar dunia hari ini penuh dengan dugaan dan ujian..
yang tidak pernah jemu-jemu bertandang..


Dunia hari ini dipenuhi dengan ramai manusia yg mengambil Agama sebahagian
dan meninggalkan sebahagian yg lain..
Dan inilah sebenarnya yg menyebabkan pelbagai masalah 
dan fitnah itu kembali kepada Ummat Islam...


Ramai orang pada hari ini melihat perkahwinan sebagai pengakhiran..
apabila dah berkahwin, maka OK dah boleh buat apa yg kita suka...


Tapi apa kesan sampingannya apabila Menolak ketepi...
IBU DAN BAPA
dan menderhaka
semata-mata mengharap keredhaan kekasih...


Bukankah hidup kita didunia ini untuk mendapat keredhaan ALLAH s.w.t
dan keredhaan ALLAH s.w.t. sebahagiannya
terletak pada keredhaan ibu bapa..
Inilah akibatnya apabila sistem Islam tidak dijalankan dalam diri secara syumul..
Islam itu hanya terdapat dalam Nikah , Cerai , Harta pusaka dan itu sahaja...
Tetapi akhlak ditolak jauh-jauh...


Ya benar..
Dengan perkahwinan "Melengkapkan separuh daripada Agama"
maksud ayat ini adalah apabila yg dicari adalah keredhaan ALLAH s.w.t
apakah dikira melengkapkan separuh Agama jika tidak mendapat keredhaan ALLAH s.w.t.
Jika ya ? Agama apakah itu yg anda lengkapkan itu ?

Jika anda sudah berfikir kearah ini..
maka lengkapkanlah diri dengan Agama dan ilmu-ilmu yg bermanfaat..
bukan dengan hanya bersedia dengan menonton filem korea , jepun dan sbgnya...


kerana apa ?
Generasi yg kita ingin bawakan pada zaman hadapan adalah Generasi Baru..
Generasi yg tujuan hidupnya jelas
Generasi yg patuh
Generasi yg taat pada perintah ALLAH
Generasi yg menghormati ibu bapa
dan Generasi Jihad yg mampu kembali menebus maruah ummat Islam hari ini...


Sebab apa kita kena bermula dengan "Islah Nafsak" ?
Jika individu itu adalah individu yg "soleh"
insyaAllah 10 lg individu yg soleh akan lahir kedunia


Sebaliknya jika individu itu
adalah individu yg "Hipokrit"
maka mungkin 10 lg individu yg hipokrit akan lahir ke dunia
Hanya menambahkan beban dunia yg tidak terlarat ditampung dunia hari ini...


Ikhwah-ikhwah sekalian, jangan risau ...
"Lelaki-lelaki baik adalah untuk wanita-wanita yg baik ..."

Ikhwah...
Jadi teruskan meng'islah' diri kita
Bekerjalah dengan lebih kuat..
Jaga Pandangan dan tutup segala pintu masuk Syaitan...
Jangan Risau..insyaALLAH masanya pasti tiba


 Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan budak-budak yang kamu miliki yang memginginkan perjanjian, hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-Nya kepadam. Dan janganlah kamu paksa budak-budak wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, karena kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa itu. (surah an-nur- ayat32)


-islahmujahidin-

4 comments:

ibnu smd said...

mantap!



Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya.

ana kena sentiasa menjaga lg ni. hehe

Meru said...

terbaca dan terkesan

Meru said...

walaupun laki xperlu keizinan utk kawen, tp restu mak ayah tu penting.

kecik hati mak ayah bace msg dikton ni kan.

islahmujahidin said...

salam..
maalish lambat reply ..

Hilmi - Semoga ALLAH menguatkan kita

Abu - =)