Wednesday, March 10, 2010

KepadaNya Kita kembali...

Mari Mendengar Sambil Membaca



Pagi ini cuaca agak mendung
Burung2 seakan-akan menyanyi
memuji kekuasaan Ilahi..


Innalillahi wa inna ilaihirrajiun...

Hanya kata2 inilah yg dapat saya ucapkan
kali kedua dalam hidup saya kehilangan guru yg di sayangi..
Perasaannya seperti sukar mempercayai
tapi inilah yg namanya Takdir Ilahi
Dan sesaat pun tidak akan dapat ditangguh apabila ia datang memanggil


Teringat lagi
ketika masih berada di bangku sekolah
semasa di tingkatan satu
Arwayarham Cikgu Thani bin Syaa'ban
dalam kelas terakhirnya
"Selepas ni mungkin saya tidak mengajar kamu lg.." - kami cuma hanya mengangguk
dan tidak tersangka mmg benar2 ALLAH telah membawanya pergi
selama-lamanya
meninggalkan segala-galanya

Teringat lagi suasana ketika itu
selama satu minggu
suasana sunyi....sepi
langsung tiada kegembiraan
Imam solat maghrib pada hari itu
seakan-akan tidak membaca surah dengan lancar
kerana bacaan bercampur tangisan yang tidak tertahankan...
Sunyi...sepi...dan cuma kicauan burung2 yg terdengarkan
Di celahan hutan-hutan


(Nasyid Jihad yg diajarkan kepada kami oleh Arwah Cikgu Thani)

Hari ini sekali lg diambil lg ni3mat kegembiraan itu seketika
sebagai peringatan dari Tuhan
bahawa tiada apa yg kekal selainNya..

Seorang Dr. yg hebat pula pergi
diambil nyawanya
pergi untuk selama-lamanya
Dr. Farid al-Gebaly
salah seorang professor favourite saya di University ini..

(kelas terakhir bersama beliau - masih teringat perkataan "'aha" bg menarik minat pelajar)

Ya, dia seorang yg istimewa pada saya
kerana saya amat memerhatikan setiap pergerakan seseorang
Di wajahnya ada terletaknya tanda2 orang yg rajin sujud
di awal pergerakan semasa mengajar "Basmalah" dulu diucapkan
X silap saya dia ada mengaitkan dengan ayat quran dengan apa yg dia ajar...
Seriously , susah utk berjumpa guru yg hebat sepertinya...

Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya"

Ya, tiada apa yg mampu saya berikan kepada kedua-dua guru saya itu td
melainkan memanfaatkan ilmu2 yg telah dicurahkan dan mengamalka segala qudwah yg telah ditunjukkan
semoga pahalanya terus mengalir kepada mereka...

Buat Yang Masih lagi Bernyawa

Sebenarnya kita sepatutnya sentiasa dalam keadaan bersyukur
kerana masih lg diberikan peluang utk hidup
kerana apa?
masih lg diberikan peluang utk bertaubat atas dosa yg dilakukan sebentar tadi, semalam, minggu lepas, dan sebelumnya lg
dan juga,
masih lg diberi peluang utk berbuat kebajikan yg akan jadi penyuluh dan penyelamat pada hari kemudiaan

Sahabat-sahabat
Ambil masa seketika,
Berfikir ?
apakah kita sudah bersedia menghadapi kematian yg bakal menjemput
tanpa sebarang amaran(seperti amaran tsunami) , tanpa sebarang announcement (seperti tarikh exam yg ditampal di dinding2 Universiti) dan tanpa sebarang tangguhan...

Saya yakin dan sedar bahawa kita semua mahu pengakhiran yg baik
Tp setakat mana persediaan kita
"Kita kata mahukan Syurga tp amalan kita masih lg Seperti amalan ahli neraka atau tidak menyediakan bekalan yg cukup utk ke syurga"
"Dan Kita kita mahu dijauhkan Neraka, tetapi amalan kita seakan-akan membeli tiket ke sana, ataupun kita sengaja mengikuti jejak2 syaitan yg sentiasa menarik kita ke sana"

Apa yang saya katakan ini adalah utk pesanan utk diri saya juga
kerana saya tahu setiap manusia tidak terlepas dari ujian
Hawa Nafsu - yg sentiasa membawa kepada kejahatan jika tidak dididik
Syaitan Jin dan Syaitan manusia - yg setiap dari kita tidak terlepas daripadanya
* Bukan anda sahaja diganggu , bahkan sahabat, ulama' , abid2..semuanya di ganggu


Dan Ingatlah ketika itu
Tiada apa yg dapat membantu kita kecuali 3 Perkara
  • Sedekah Jariah
  • Ilmu yg Bermanfaat
  • Anak yg Soleh yg sentiasa mendoakan kepadanya
Jadi disini saya cuba membawa yg lebih praktikal
utk menambah saham2 kita supaya terus berjalan keuntungannya
sehingga Hari Qiyamat

- Ringan-ringankanlah tangan utk bersedekah (rubu' genih pun xpe) asalkan kita ikhlas

- Sampaikanlah ilmu yg bermanfaat dengan segala mcm daya usaha kita mungkin dengan menulis blog, tulisan, novel atau apa2 sahaja..walaupun x semua orang suka membaca tulisan kita (mcm tulisan saya ni) , tetapi walaupun ada seorang sahaja yg membaca dan mengamalkannya insyaAllah saham kita ada disitu (tulislah dengan ikhlas) "Hmm..kalau betulkan bacaan Quran , betulkan cara ambil wudu' atau betulkan cara pergerakan solat pun dah kira cukup baik juga..."

- Kurangkanlah mencerca, mengeji atau memburukkan sesiapa sahaja di dalam penulisan blog atau di mana2 sahaja supaya kita tidak dipertanggungjawabkan dengan penulisan itu td. Sebaliknya jika mahu menegur gunakanlah Hikmah (seperti Rasulullah -kata sayang rasulullah tp kenapa kita x contohi Rasulullah.....hmm)

- Berubahlah sedikit2..hari demi hari...jika x mampu juga nak tinggalkan keburukan kita tu..Kita cakap dalam hati "Ya ALLAH, maafkan aku kerana buat perkara ini, dengan izinMu insyaAllah suatu hari nanti aku akan tinggalkan perkara ini..aku akan berusaha..." (mari cuba resepi ini)

- Anak yg Soleh yg sentiasa mendoakan kepadanya - Mari kita islahkan(memperbaiki) diri kita. InsyaAllah, suatu hari nanti apabila sudah berumahtangga, lahir jugalah zuriat yg soleh yg mampu menjadi sehebat "ibu dan bapanya..(mungkin lebih hebat)"

"Manusia yg Bijak adalah manusia yg mengingati Mati" - Adakah kita manusia yg bijak ???

wallahu a'lam
-islahmujahidin-

No comments: