Thursday, March 11, 2010

Sambungan Cerita (Senyum itu sedekah)

Bismillahirrahmanirrahim...
InsyaAllah pada kali ini saya akan menyambung "sembang-sembang" kita dalam dewan kuliyyah td..
Saya tidak gemar menamakannya "Tazkirah" kerana biasanya
Tazkirah ini lebih sebagai kata2 peringatan
Dan saya sedar Tazkirah2 ini boleh didapati daripada Blog2 ustaz2 atau website2 Islamic
yg lebih tersusun penulisannya
Kerana apa yg ingin sampaikan dalam "Sembang2 ini" adalah
sesuatu yg boleh kita jadikan "amalan"
dan kurang "Thaqafah"
minta maaf atas kekurangan..
moga2 apa yg dalam penulisan ini boleh menjadi amalan kita seharian
kerana apa ?

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (surah al-mulk - ayat 2)

- Bukan "lebih banyak" amalannya atau "Lebih banyak ilmunya(tanpa diamalkan)" atau "lebih banyak kata-katanya"
-syukran kepada Afiq Fahimy kerana mengingatkan ini sebentar td

Sebenarnya, sememangnya saya memang kurang gemar
untuk bercakap dihadapan kelas atau di khalayak ramai
kerana saya akan kurang penghayatan apabila bercakap di khalayak ramai
kecuali tentang "Palestin" , insyaAllah fokus saya akan lebih disitu

Ok, kita sambung balik cerita yg x sempat habis di dewan kuliyyah td...


SENYUM
Apabila berkata tentang senyum atau memasamkan muka(kata lawannya)
sudah pasti kita akan terfikir akan surah 'abasa
di mana Rasulullah telah ditegur oleh ALLAH kerana memasamkan muka
kepada Orang Buta yg Tua
dan sudah pasti orang itu tidak nampak dan tidak kecil hati (kerana x nampak - Abdullah bin Ummi Maktum)
di sebabkan kesibukan Rasulullah berda3wah utk memastikan da3wah itu sampai kepada generasi2 hadapan

Dan Rasulullah sendiri telah mengaku kesalahannya
dan menegur akan ummatnya supaya tidak melakukan yg sedemikian rupa
(oh, indahnya ahlakmu ya Rasulullah)

Jika kita digalakkan menyebarkan salam...
kita juga digalakkan menyebarkan senyum
kerana dengan senyum itulah sebenarnya kunci Ukhuwah
yg mungkin kita terlupa untuk mengamalkannya...



Dengan "senyuman" itulah sebenarnya air sejuk yg mampu memadamkan api amarah
Dengan "senyuman " jugalah tali pengikat antara dua orang sahabat...

Saya mengambil contoh "Orang Arab" disini
mungkin kita lihat mereka kasar , penipu atau sebagainya..
jika kita lihat pada perspektif yg berbeza
mereka jugalah manusia yg lembut hatinya dan mudah utk bersahabat dengan kita
kuncinya = senyuman

Antara contoh dialog yg saya pernah gunakan utk berbaik2 dengan org2 arab
"entu min kuliyyat eh ?" - pakcik2 arab
"Tibb" - balas (dipendekkan dialog)
"Tibb ??? Tibb eh ya'ni takhassus, isnan wala basyari ?"
"ana ? ana min tibb gambari"
- Semua gelak dan mulalah titik perkenalan
(lebih menarik jika membaca kisah di dalam buku at-Tariq ilal qulub- karya Syeikh Abass sisi)
-lebih berbagai taktik digunakan utk memecah kesunyian kita dengan hanya membuat kerja masing2 sahaja

Tetapi dengan senyum juga orang boleh mengatakan kita gila (jika tidak kene tempatnya)
Maniskanlah muka apabila bertemu dengan Professor
tanda kita menunjukkan hormat kepadanya
Gunakanlah ni3mat ini ketika bersama-sama sahabat ketika bersama-sama
pasti terlupa kita sebentar akan masalah dunia..



Akan tetapi yang kedua..
Janganlah gunakan senjata ini untuk cuba-cuba mengocangkan
antara dua planet (Mars and Venus)
sudah pasti goncangannya amat kuat
sehingga kadang-kadang mampu menghancurkan
dan hanya meninggalkan debu-debu iman yg pernah dibinanya dalam satu jangka masa dahulu
ya, goncangannya amat kuat...dan saya sendiri mengakuinya

Tetapi janganlah terlalu syadid sehingga memasamkan muka
seperti seorang singa yg mahu menerkam mangsanya
sebaliknya gunakanlah reaksi biasa yg digunakan utk ajnabi2 lainnya
dan "cubalah utk menundukkan pandangan" (pesanan utk diri saya juga)

* P/s - Bukanlah dan saya tidak mahu jika sahabat2 pembaca mengambil saya sebagai contoh (kerana saya sendiri bnyk melakukan kesalahan dan kelalaian), sebaliknya contohilah Rasulullah s.a.w. yg diutuskan utk menjadi contoh kepada sekalian ummatnya...
* Kurangkan gelak berlebihan (seperti saya) -pesanan utk diri sendiri yg sedang cuba utk kurangkan gelak..sebaliknya banyakkan senyuman...hehe seperti ini =D , ini =) ataupun ini =P


Kematian (Sambungan)
Seperti yang kita tahu ummat nabi Muhammad ini pendek umurnya..
berbanding dengan ummat2 sebelumnya
sedar atau tidak sedar kita mungkin telah menghabiskan 1/3 daripada hidup kita (jika panjang umur kita)



Jadi apakah dengan ini kita perlulah beribadah selama 24 jam sehari semalam ?
- Jawapannya bukan begitu kerana badan, aqal dan ruh kita semuanya ada Haq masing2
jadi dengan ini perlulah kita beribadah dengan "Smart" seperti study juga

caranya gimana sih ?
ini adalah beberapa contoh terpilih yg mungkin mudah untuk kita amalkan..insyaAllah

1. Selalulah solat Berjemaah - kerana apa ?? Dengan solat berjemaah selama setahun dengan istiqamah kita mungkin mendapat ganjaran seperti orang yg mengerjakan solat selama 27 tahun (ganjaran solat berjemaah = 27 kali ganda)..jika ditambah pula dengan perjalanan ke masjid ? sudah berapa ?

2. Lakukan semua pergerakan dengan diniatkan kepada Allah..seperti ketika memakai baju, buka laptop , basuh baju (semuanya utk mendapatkan keredhaan Allah).. insyaAllah, ibadah yg smart -cadangan utk diri juga =)

3. Try amalkan solat sunat sebelum subuh kerana apa ?? "Solat sunat sebelum subuh itu fadhilatnya lebih besar daripada Dunia dan Segala isinya" (mafhum hadis)



Dan akhir sekali
saya ingin ajarkan
"Kalimatan Hafifatan alal lisan , Tsaqilatan fil mizan , Habibatan ilarrahman "
(kalimah yg ringan di lidah , Berat di neraca Mizan dan di sukai oleh Allah (Ar-rahman)

iaitu "Subhanalli wabihamdihi, subhanallahil azim"
sambil2 naik tramco, naik tram, sambil2 tunggu makan , atau sambil2 masak pun kita boleh amalkan
kerana ianya adalah besar disisi ALLAH (inilah ibadah smart namanya)

ataupun kalau kita takut terlupa nak baca
letak sahaja sebagai lagu di MP3 dan dengar ketika naik tram atau sbgnya...
[BOLEH DOWNLOAD DISINI]

sebagai khulasahnya,
kita ulang balik...
apa yg kita boleh amalkan
 1. Senyum dengan niat sedekah
 2. Solat berjemaah (selagi mana mampu/ sekadar termampu utk membiasakan diri utk awalnya)
 3. Tajdid niat setiap waktu
 4. Solat sunat sebelum subuh
 5. Amalkan tasbih "subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil azim,"

Sekian sahaja untuk sembang-sembang kali ini..
Selamat Beramal



mari sediakan bekalan...sebelum tiba masanya

insyaAllah
-islahmujahidin-

No comments: