Sunday, March 21, 2010

Luxor Aswan Trip ...(Part 1)

Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillah , akhirnya ada juga kesempatan untuk menulis
Saya memohon maaf dan benar2 meminta maaf kerana tidak dapat mengupdate blog ini
sekerap yg mungkin...
Kerana mungkin juga kebelakangan ini lebih disibukkan dengan tugas2
dan peranan
sebagai seorang pelajar , ahli bait , hamba Allah, seorang Muslim, ketua ,orang bawahan, ahli persatuan , seorang anak , seorang abg , seorang adik dan sebagainya sehingga terabai tugas saya sebagai seorang ahli masyarakat (dalam memberi sesuatu) untuk meng'update' blog yg tidak seberapa ini


Terus terang saya katakan ,
bahawa kadang-kadang, masa untuk mengulangkaji pelajaran juga agak singkat
dan terpaksa juga menggunakan masa seperti di dalam tram dan waktu2 sambilan lain
yg boleh dimanfaatkan..
apatah lg utk pergi ke "carefour" atau "san steffano" terpaksa berfikir 2,3 kali
tetapi Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada ALLAH
kerana memberi ni3mat dalam ketika ini
iaitu "memanfaatkan masa"
(Baru dalam 2 hari ni rasa free sikit..sebab ada kerja yg dah tersiap)

Sebenarnya saya juga menunggu-nunggu,
penulisan2 yg menceritakan kepada tirp Luxor dan Aswan
mungkin dengan ini sedikit "Ibrah" dapat diceritakan dan di kongsikan
bersama-sama sahabat2 lain yg tidak berpeluang ke sana...
walaupun pada mulanya tujuan awal ke sana adalah untuk menikmati makanan yg dikatakan sgt sedap
Disamping berehat-rehat dan menghabiskan beberapa pembacaan yg belum lg habis
selain bertepatan dengan ayat al-Quran

" Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebihkuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri."  (surah ar-ruum ayat 9)

Tetapi rupa-rupanya saya telah terjumpa sebutir permata yg mampu
dikongsi bersama-sama utk semua

Dalam Post kali ini,
insyaAllah saya akan ceritaka serba sedikit "Ibrah" ataupun beberapa permata kecil
yg mampu kita ambil nilainya pada kehidupan seharian kita...insyaAllah

_________________________________________________________________________________

Hari-hari awal selepas tamatnya sem ke-3
Telah kami manfaatkan dengan rehlah ke Pantai Mumtazah dan Port Said..
aktiviti2 di Plan oleh Aiman Khalifah
Alhamdulillah, satu pengalaman yg menarik
dan ianya satu usaha yg menarik dalam merapatkan ukhuwah
dan merupakan aktiviti2 yg sememangnya patut diteruskan .......

Hari awal2 cuti ke Port Said

(Port Fuad)

(rehlah pantai mumtazah)

(ya syabab, maza taf'al ?)

(makan seafood)

Terus kepada trip Luxor dan Aswan..
Perjalanan bermula pada 1 ptg (2hb March)
Destinasi pertama kami ialah Giza (tempat menaiki keretapi utk terus ke Aswan)
Peristiwa menarik juga telah berlaku seawal perjalanan ini
Kerana kami tidak menjangka bahawa perjalanan ke Giza mengambil masa lebih daripada 5 jam..
Kerana perjalanan yg tidak dijangkakan begitu lama,
maka kami tidak bersedia utk Solat Jama3 terlebih awal...
maka berlakulah dialog berikut...(simplified dialogue and kita amik mafhumnya je .. :D)

Saya     : Encik x, can we stop at any place or mosque to perform prayer ?
Encik x : No, you can pray when we reach there ..
saya     : (tgk jam skjp) ...hmm, no it gonna be late, we want to perform Asar prayer (not maghrib)
Encik x : No, we cannot stop..if we stop , we will miss the train ..

(sambil memandang masjid2 dari tingkap di tepi2 jalan..berfikir , mengapalah Muslim pada zaman ni memandang remeh pasal solat ini..sedih rasanya dan patutlah Muslim pada zaman ini dalam keadaan terhina..kerana lebih awal lg mereka menghinakan diri mereka dengan berlaku sombong kepada Allah - tiada kene mengena dengan Encik x kerana mungkin dia sudah bersolat awal2 lg)

Saya    : hmm, ok (berputus asa dan bg mengelakkan perdebatan yg sia-sia..kerana Bas tetap tidak akan berhenti jika kita marah bagaimana sekali pun..)
Encik x: And of course you can Pray on the Bus..

Terus menuju ke tempat duduk sambil menjelaskan berita buruk ini kepada sahabat2 lain..
Berfikir seketika , masalah wudu' pula mcm mana nak wudu'

Setelah berfikir panjang
disebabkan tiada air dan air yg ada mungkin tidak cukup untuk berwudu' yg sempurna,
tambahan lg air itu hanya cukup utk minuman...

Pentingkah solat ?

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan." Dan (katakanlah): "Luruskanlah muka (diri)mu di setiap sembahyang dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepada-Nya. Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan (demikian pulalah kamu akan kembali kepadaNya)."   (surah al-a'raaf ayat 29)
 
Dan kami terus bertayammum dan solat di atas Bas tersebut
dan bg mereka yg cukup bekalan air utk wudu' yg sempurna pula menggunakan air utk berwudu'
Alhamudlillah sebenarnya kerana diberikan perasaan
utk tidak meninggalkan solat dalam apa-apa jua keadaan
Bagi saya sendiri, inilah antara ni3mat2 terbesar dalam diri...
InsyaAllah dengan harapan dengan ni3mat ini juga mampu
menyelamatkan diri saya dan manusia lain dari Bakaran Api Neraka nanti..Nau2uzubillahi min zalik

Perjalanan Dari Giza ke Aswan pula mengambil masa kira2 13 -14jam..
alhamdulillah kerana pada kali ini
ada kemudahan tandas dan air supaya kami boleh berwudu'
dan menunaikan solat subuh....

Dan didalam Train ini juga
saya berpeluang utk berborak dengan seorang lg Muslim
yg memberi kesedaran betapa teruknya kejatuhan Islam sekian lama
dan betapa perlunya jiwa-jiwa syabab utk meng"islahkan" masyarakat pada hari ini..
Berikut adalah beberapa dialog yg telah di translate drpd bahasa Arab/english kepada bahasa Melayu...
(dengan seorang pemuda lingkungan 20-an)

Saya : kamu askar ke ? (cuba memulakan perbualan)
Mr Y : tak..saya polis , kamu nak ke Aswan ? oh itu kampung saya :D
Saya : ye =) .. Hmm , nak solat ke ? (kelihatan seperti mahu ke Tandas)
Mr Y :  oh, tak saya solat di rumah nanti
Saya : (pelik juga, 5jam lg baru sampai ke Aswan ..sempat ke nak solat ??) Kenapa x solat ke sini je ?
Mr Y : 3asyan(sebab) ni..sambil menunjukkan baju kemas berpakaian polis , baju dimasukkan ke dalam..
Saya  : (saya pun hanya mampu tertunduk dan cuba memaniskan muka)..oh , ok..

*sebenarnya saya amat sedih keadaan sebegini, kerana dalam semua keadaan, solatlah yg terpenting.. Dan saya amat memarahi seorang yg melalaikan solat..termasuk diri saya sendiri..wallahu a'lam..

Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal.(surah al-maaidah ayat 58)

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),  

(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezkikan kepada mereka.
(surah al-hajj ayat 34-35)


Perjalanan diteruskan..dipendekkan cerita..

(Temple pertama)

Kami pergi ke Temple yg pertama setelah ke "High dam" dan "check-in" di kapal
Cuaca di situ agak terik dalam masa yg sama kami terpaksa menaiki bot untuk ke sana..
Sesampainya di sana "Tour guide" pun mengambil peranannya menceritakan sejarah tentang temple itu..
Tidak berminat sambil dalam hati pun berbisik (bisikan syaitan kot)
"kenapalah nak cerita? cukup la kitorang amik gamba je kat sini dah la panas"-termonolog dalaman (kerana kurang minat dengan sejarah)

(Di akhirat jauh lebih mewah )

Kembali semula ke kapal yg diiktiraf "5 bintang" itu..
memang tidak dinafikan kemewahannya dan ternyata berbaloi jika dibandingkan dengan bayaran yg dikenakan...
Khabar angin tentang makanan2 yg sedap disini juga benar
Dan sambil bersembang2 ada juga yg mengatakan "kalau duduk lama2 kat sini boleh lupa diri oh"

(Ammar dengan buaya)


Cerita Atas Kapal
Atas kapal pun memang selesa utk berehat,
Tak kurang seperti bangunan hotel yg tidak bergerak (atas tanah)
Dan duduk bersama-sama dengan Encik Hasanin
Buat pengetahuan semua Hasanin adalah Pembekal Beras Filipina di Alex ini..
Bolehlah membuat tempahan kepada beliau jika mahu

ym- m_anin@yahoo.com .. blog - http://hasaninzaini.blogspot.com/



Alhamdulillah, kerana ditempatkan secara berdua-berdua
kerana dengan ini bolehlah kami bersolat secara berjemaah
yg insyaAllah pahalanya 27 kali ganda drpd solat bersendirian...

Suatu benda yg menarik di atas kapal ini adalah pengemudi kapal dan kelasi2nya..
yg ada perasaan "Izzah" dalam hati mereka ..
Solat secara berjemaah di bahagian hadapan kapal tanpa memikirkan pandangan
pelancong2 asing yg bukan beragama Islam..
Dan saya juga kerana seronok dengan itu, dengan "selamba" pergi solat bersama2 mereka
di kawasan sempit itu..
Selepas solat, ternyata mereka tidak marah , malah seronok dengan kehadiran saya..
Dan dengan basic bahasa Arab yg ada saya cuba berborak-borak dengan mereka..
ternyata orang yg menjaga solatnya..
hatinya mulia ...
 (Carrefour Nubian Island)

(walaupun xde DSLR..try2 jugak amik gambar)

(bersambung ... jika ada masa lapang)

No comments: