Tuesday, April 13, 2010

TerUJI

Hidup semakin x teratur..
walaupun jadual dah dibuat tapi masih x dapat2 nak ikut..
Masa Study ?
- hmm, kene pandai2 cari sendiri



Maybe x berapa lg pandai nak "manage" masa dengan baik kot..
xpe2 boleh cuba lg...

Bukan xnak amik orang bawah utk bantu buat kerja
tp kalau boleh nak cuba untuk elakkan amik
supaya orang lain boleh fokus utk "study"
dan tiada lg alasan utk gagal dan sebagainya...

Xdapat fokus buat sesuatu kerja..
itulah masalah paling utama
nak fokus utk A,B,C dan D dalam suatu masa..
ya Allah, perlukan kekuatan ...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kuliyyah Tafseer...
- Banyak boleh dapat dalam majlis ilmu macam ni...
- Berminat dengan kuliyyah syeikh Ibrahim Zidan , Penuh dengan kehambaan
- Segala yg disampaikan , dan diminta terus diamalkan walaupun satu perkataan (drpd al-quran)


Sedikit Perkongsian (Kuliyyah Minggu lepas)

Salah satu ayat menerangkan tentang taubat (Nabi Adam bertaubat kepada Allah sehingga Taubat diterima)


--Peringatan Utk diri kita
Sekiranya kita penuh dengan dosa, terus "bertaubat kepada Allah"
- Azab yg paling besar sekali di dunia kerana berbuat dosa adalah "semakin mudah utk membuat dosa" dan Allah menutup pintu hati kita..

Sebuah Kisah
Seorang hamba bertemu dengan seorang ulama' (kalau x silap), dia bertemu dengan ulama' tersebut dan berkata bahawa dia telah membuat dosa.. 

Apakah yg perlu dilakukan? -tanyanya
Jawab ulama' tersebut - "bertaubat"

dan datang lagi dia untuk kali kedua bertanyakan soalan yg sama


"Balik dan bertaubat" - ulama'

Datang pula utk kali ketiga dan juga bertanyakan soalan yg sama...

- "Bertaubat"
- "Sampai Bila ?"
- "Sampai syaitan sendiri berputus asa"

Kerana apa ?
-Tujuan utama syaitan membisikkan manusia adalah supaya manusia "berpaling jauh daripada Allah"
-Jadi jika seseorang itu telah bertaubat maksudnya "Dia telah kembali kepada rabbnya"
-Maka, tidak kisahlah berapa kali pun kita berbuat dosa, maka kita kene "tetap bertaubat kepadaNya"
- Supaya, matlamat syaitan itu tadi tidak tercapai ...



Sampai kepada sesi soal jawab..

Ada orang bertanyakan tentang khusyuk . Bagaimana untuk khusyuk ?
- Jawapannya, manusia itu tidak khusyuk dalam solatnya, mungkin kerana "dosa-dosanya yg berterusan..."
- Maksud khusyuk ini adalah "concentrate" dalam mengingati Allah secara berterusan dalam solat
- Solusinya ialah, Banyakkan juga "mengingati Allah di luar solat"
-Jika selalu "mengingati Allah diluar solat" maka lebih mudahlah untuk "mengingati Allah dalam ibadah khusus seperti solat"
- Cara yg lain juga adalah seperti solat di Masjid dan datang awal ..supaya kita sudah dapat menenangkan diri dan dpt meninggalkan sebentar memikirkan dunia...

Soalan Kedua . Bagaimana pula untuk Istiqamah ?
- Yang pertama sekali , Istiqamah itu bermula dengan "hati yg ikhlas kepada ALLAH"
- Yg kedua, dengan "menyampaikan dengan Lisan" (Supaya lebih mudah untuk igt dan amalkan)
- Yg ketiga , sudah pasti dengan "beramal dengan Amalan tadi dengan ikhlas dan berterusan"

P/s :-
- Penulis sendiri bukanlah seorang yg "sempurna" dan mungkin jauh lebih teruk daripada anda semua (Na3uzubillah)
- Niat hanya untuk menyampaikan agar penulis sendiri lebih tinggi keazamannya untuk beramal...

(Teringat saya akan ayat "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." - as-saff-ayat 2 &3 - ayat inilah yg akan saya ulang-ulangkan setiap kali selesai memberi tazkirah atau sebgainya, sambil tersengih2 dan mengejek diri sendiri jika xdapat melakukannya)


- Dan ini sahajalah ilmu yg cetek yg dapat dikongsikan bersama..penulis sendiri sedar bahawa dirinya "Seorang yg hina disisi ALLAH" terlalu banyak dosanya kepada Allah , secara sedar mahupun tidak sedar..semoga Allah memberi keampunan kepadanya...

- Sedarlah Manusia !!! Sedarlah !!! Sedarlah !!!
Bahawa kita sentiasa dalam perjalanan yg tidak pernah ada hentinya, jadi tugas kitalah utk menggerakkan stereng itu menuju ke matlamat yg benar (Syurga). Adapun kadang-kadang kita terpanggil2 dan terpulas stereng2 itu kekiri dan kekanan disebabkan betapa menariknya iklan2 di tepi kiri dan kanan kita (Hiasan dunia). Tempat akhir kita hanya kepada ALLAH tempat kembali segala makhluk..Mahukah kita kembali dalam keadaan yg tidak sedia ?

-Islahmujahidin-

5 comments:

Nadiah Arisya said...

kita bkn merancang untuk gagal tetapi kita gagal untuk merancang..

syakhsun~ said...

terime kasih atas perkongsian..

x pe,kite sume same2 berusehe menuju soleh/ah!![semangat2!!] :P

yg pntg jgn putus asa,kayh~

Allah yusahhil...

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

nice sharing akhi..jzkk..

islahmujahidin said...

~are-dy~ : Syukran2, atas nasihat

Abg Syak : :) semoga kita tergolong dalam orang yg disayangi Allah dan bukannya golongan munafik (Na3uzubilah)-> Ditujukan utk diri sendiri

Abg Zul : Syukran ziarah

Anonymous said...

terima kasih ^^