Tuesday, July 20, 2010

Cleopatra oh Cleopatra...

Hmm..
masuk hari ini, hampir sebulan menetap di Cleopatra...
Alhamdulillah, masih lg diberikan pelindungan tempat tinggal walaupun sementara..
Bersyukur tak terhingga ...



Kehidupan di Cleopatra mmg agak berbeza dari Kubri Gamaah..
Kubri Gamaah jauh lebih sesak daripada Cleopatra..
setiap hari pasti akan kedengaran bunyi hon kereta
ataupun bunyi trem yg berlari laju di landasannya...

Berbeza dengan Cleopatra , lebih tenang ...

Kehidupan di Mesir sentiasa membuatkan saya terus dan terus belajar tentang erti kehidupan..
terkadang rasa pedih, terkadang rasa gembara
dan terkadang juga rasa terharu...

Berbagai2 perkara jauh sekali di mata untuk melihatnya
sebelum berpeluang memijakkan kaki ke Bumi Bertuah ini...

Seorang tua yang bongkok, hampir2 90darjah bongkoknya,
berjalan dengan tongkat, perlahan-lahan menjaga langkahnya
supaya tidak jatuh ...
Saya perhati dan amati seawal tiba di Bumi anbiya' ini
Setiap pagi akan mendahului saya untuk solat Subuh di Masjid
disaat mula untuk mengadaptasi perubahan masa di Malaysia...
MasyaAllah, hampir setiap hari akan nampaknya solat di Saff hadapan
dengan solat secara biasa (berdiri)
kakinya cuba digagahkan...

Ada juga saya lihat,
seorang lelaki tanpa sebelah kaki
berusaha untuk solat berdiri
dengan bantuan tongkatnya...
alahai kuatnya azamnya bertemu Allah s.w.t.

Cuma kehidupan di kala ini
mempertemukan saya akan satu benda yg perlalu saya lalui
hadapi dan pelajari....

Jika di Camp Caesar..
saya akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada pergi ke kedai runcit
kepunyaan bukan Orang Islam
dengan harapan mampu membantu serba sedikit ekonomi umat Islam...

Tetapi,disini berbeza...
seawal subuh lagi
kedai runcit kepunyaan Encik dotdotdot yg beragama "Nasrani" akan bersedia menerima pelanggan..
bukan benci atau menyampah..
tetapi entah, cukup x selesa melihat gambar2 yg ditampal di dinding2 kedai mereka...
ada yg menyorokkannya ditepi2 supaya sukar pelanggan biasa melihatnya
ada juga yg terang2 meletakkannya di kedai-kedai mereka...
Gambar siapa yg mereka umpamakan
Entahlah , saya x tahu dan kalau boleh xmahu ambil tahu pun...

Sedar dan ambil tahu,
memang saya menyedari bahawa penduduk beragama "Nasrani"
sangat banyak di Alexandria ini ...


Cuma kadang2 terlihat ukiran "Tanda salib"
yg mereka biasa diukirkan pada tangan2 mereka..
pada tangan kanak2 kecil yg tidak berdosa dan tidak tahu apa2...
Sedih hati melihatnya, kerana mereka tanpa sedari
membuat penipuan terhadap Allah yg maha esa
tanpa mereka ketahui dan tanpa bukti yg jelas
"Na3uzubillahi min zalik..."
lebih2 kanak2 yg tidak berdosa
kerana dicorakkannya ibu bapa mereka untuk menjadi sedemikian...


Terasa beban sebagai seorang Muslim
namun tidak mampu berbuat apa2
dengan alasan musim peperiksaan
walaupun dikurniakan fizikal yg sempurna...

Menarik nafas dalam2..
Saya yakin Islam akan menang..
Meskipun begitu berat ujian2 menanti dihadapan
manusia2 yg bersedia untuk menegakkannya...

Cuma tidak pasti sama ada mampu atau tidak
untuk memanfaatkan masa sebulan berada di Malaysia..
Untuk sedikit sebanyak mengubah mentaliti Umat harapan ini...

Ya, "Perjuangan FIKRAH ini Perlu kita Menang"
insyaAllah, doakanlah supaya hati ini terus Thabat dan terus Ikhlas...



Hambamu yg lemah
-Islahmujahidin-

1 comment:

u know me.. said...

Ya ALLAH, tenangkanlah jiwa insan yang istimewa ini.. Jadikan hatinya tabah menghadapi pancaroba kehidupan. Jadikan jiwanya penuh kesabaran dan keikhlasan.. Agar bahagia dirinya walau ada ujian kesusahan di dunia dan agar bahagia selamanya di akhirat nanti... AMEEN.... :)