Thursday, July 28, 2011

Kering

( Kering kontang )

Teringat akan satu kata-kata daripada teman seperjuangan ..
"Apabila kita banyak bekerja, hati kita semakin lama akan menjadi kering , jadi kita perlu akan tazkirah dan peringatan bersama untuk membasahkan hati kita ..."

Bulan peperiksaan baru sahaja berakhir ,
namun masih lagi ada sahabat yg masih meneruskan perjuangan mereka
untuk membulatkan jawapan dan memenuhkan kertas jawapan
Semoga mereka diberi kekuatan oleh ALLAH s.w.t.

Kehidupan seharian semasa musim peperiksaan biasanya kurang terurus ,
bangun sahaja buku , bila makan teringat buku , bila tension teringat buku ..
dipermudahkan cerita , semua fikiran tertumpu kepada satu  nama iaitu "BUKU"
ya , manusia benar2 menjadi hamba kepada buku pada ketika ini ...

Masa yg lama berlalu sungguh membuatkan saya sendiri menjadi kering
bukan sahaja badan , fikiran dan hati juga mula kering
Buku ditelaah sampai lewat malam ,
sehingga sukar utk bangun malam  ...

Disaat ini saya mula menghargai segala jenis tarbiyyah
dan saya juga berfikir bagaimana pula dengan mereka-mereka yg masih bertemu dengan tarbiyyah
sudah pasti bertahun2 mereka kering
Semoga suatu hari nanti kita semua dapat memberikan hak-hak ini kepada mereka

Mari sama2 kita mulakan hidup baru menempuh hidup yang baru ,
menempuh Ramadan yg mulia
sehingga tiada lagi penyesalan selepasnya
ya , mari mengejar Redha Allah yg bersamanya ketenangan yg hakiki ~

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." - ( Surah al-mulk : ayat 30 )

Hanyalah Allah yg mampu membasahkan (menghidupkan hati kita semula)
marilah bersama2 berdoa padaNYA di bulan yg penuh berkat ini (Ramadhan)



Islahmujahidin
28 jul 2011

No comments: