Wednesday, August 3, 2011

Post Ramadhan ...(Quick update)

Bismillahirrahmanirrahim ,
alhamdulillah bersyukur kehadratnya kerana akhirnya berjaya kita sampai ke Madrasah ramadhan



"Ramadhan Kareem wallahu akram"

Bulan ramadhan
ada yg gembira,
ada yg biasa-biasa sahaja
ada juga yg lesu setiap masa ..

Semuanya kembali kepada persediaan dan kesungguhan kita didalam bulan mulia ini ...

InsyaAllah sebelum bertolak ke kaherah pada esok pagi
ada beberapa pesanan yg saya kira perlu kiranya utk kita ingati bersama ...

Berdasar pemerhatian saya yg terbatas ..
Rata-rata umat Islam gembira dengan kehadiran Ramadhan
alhamdulillah , semoga dikurniaakan rahmat , pengampunan dan pelepasan daripada api neraka ...

Satu kesilapan yg kita sering lakukan dari tahun ke tahun adalah
gagal meletakkan matlamat..
gagal meletakkan matlamat sebenarnya ialah meletakkan kegagalan dia akhir perjalanan ...

Mungkin ada diantara kita cukup bersemangat
pada awalnya tetapi bila tiba di pengakhiran terasa lemah dan pabila ramadhan sudah pula tamat  berlalu timbul pula kekecewaan ..

Kegagalan meletakkan matlamat biasa berlaku kepada jiwa2 yg kurang pasti tujuan hidupnya ..
Semoga dalam [post ringkas ini mampu memandu saudara2 semua tentang erti sebenar Ramadhan ...



Ramadhan merupakan rahmat buat ummat Islam ..
Kenapa ?
Ummat terdahulu sebelum Rasulullah s.a.w. memp[unyai umur yg panjang , ada yg umurnya mencecah hingga ribuan tahun ..Peluang yg luas dan cukup kiranya utk beribadah kepada Allah sebanyak-banyaknya melayakkan diri masuk ke Syurga yg kekal abadi ...

Ummat Muhammad pula pendek umurnya , dan disebabkan itulah di kurniakan pahala berlipat2 kali ganda .. Pahala sunat 'diupgrade' menjadi pahala amalan wajib , pahala amalan wajib pula diganda 70 kali ganda , dan dikurniakan juga Lailatul Qadr yg lebih baik daripada seribu bulan ..

"WOW" sungguh banyak dan hebat tawaran yg diberikan
hanya orang yg kurang siuman mampu menolak ganjaran seperti ini jika ganjaran ini dikurniakan Allah s.w.t secara jelas dan nyata , tetapi Allah s.w.t menjadikan ganjaran ini Ghaib kerana apa .. hanya orang yg benar2 beriman dan bertaqwa sahaja yg mampu mengimani "Perkara Ghaib" yg dijanjikan Allah dan jauh daripada sifat 'hipokrit'

Beberapa amalan yg mampu kita amalkan insyaAllah ..(dan mampu direalisasikan dengan izinNya)

1. Memberi makan utk orang berbuka puasa (dengan cara berbuka puasa bersama2 rumah ke rumah)



 فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)

* Lihat betapa mudahnya mendapat pahala yg tiada tandingnya , hanya dengan memberi makan orang berpuasa walaupan sebiji kurma dan segelas air

2. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia
(orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim) 



* perbanyakkan amalan zikir dan tilawatul quran


3. Sabda Rasulullah s. a. w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." - Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi


* Perbanyakkanlah berdoa utk diri , keluarga , rakan2 dan ummat Islam seluruhnya ...


setakat ini sahaja
semoga mampu memandu amal kita sementara Ramadhan masih muda

Selamat Beramal
-Islahmujahidin-


* Berusahalah menjadikan ramadhan ini ramadhan yg terbaik ..kerana kita tak pasti samaada masih lagi berpeluang ataupun tidak merasainya lagi pada tahun2 kehadapan ...

No comments: