Tuesday, May 22, 2012

Islam yang mana satu yang kita fahami ?

Wanita A : Sekurang-kurangnya aku pakai tudung , bukan macam dia tu , harap je solat tapi tudung tak pernah nampak lekat kat kepala .

Wanita B : Sejahat-jahat aku pun , walaupun aku selalu keluar dengan pakwe aku , aku solat jugak tau ..

Wanita C : Hmm , dia tu harap je pakai tudung , solat , puasa , tapi akhlak sikit pun xde . Tengok aku ni , walaupun baju aku macam ni , hati aku baik tau ..



Celaru ~
itulah satu2 nya perkataan yang saya mampu ungkapkan buat umat akhir zaman kini ..
Semua manusia mahu bertaqlid bahawa dialah sebenar-benar muslim apabila mampu memenuhi sesuatu kriteria seorang muslim dengan baik ..

Hari ini manusia pening dan bingung .

Apakah Islam ini hanyalah Agama akhlak ?
Apakah Islam hanya menyuruh umatnya hanya beribadah ?
Apakah Islam ini sekadar perlu mengucap dan kita boleh berbuat apa sahaja menurut suka ?

Hari ini manusia bersolat , berpuasa , berzakat dan menunaikan haji ..
tetapi masih lagi jauh kelihatan daripadanya ciri-ciri seorang muslim ..

Ada disebutkan dalam Kitab "Khulukul Muslim" karangan Syeikh Mohd Ghazali
bahawa golongan ini beribadah hanya ikut2 seperti kanak-kanak yang mengikut sahaja perlakuan orang lain tanpa mengetahui apa yg diperlakukan ..
Begitulah kita hari ini sebenarnya , jauh daripada Ruh Islami ..

"Wa'bud rabbaka hatta ya'tiyakal yaqin" - surah al-hijr : ayat 99
dan sembahlah tuhanmu sehingga datang kepadamu keyakinan ...
Semoga suatu hari nanti golongan seperti ini , akan sampai kepadanya keyakinan (sekirannya benar2 ikhlas dalam perjalanan mencari imannya)

Perbincangan yang utama untuk saya utarakan kali ini bukanlah untuk menuding jari kepada sesiapa atas kelemahan mereka ,
Namun apa yang ingin menjadi titik perbincangan adalah betapa jauhnya dari Manual kehidupan kita iaitu "Al-quranul kareem" sehingga kita mampu memahami makna Islam dengan salah apatah lagi kita berbangga (seperti dialog tiga wanita diatas *tiada kena mengena dengan hidup ataupun yg sudah meninggal dunia)



Al-Quran diturunkan adalah untuk memberi panduan kepada manusia ,
Tentang tujuan hidup Mereka ?
Siapa Tuhan mereka ?
Bagaimana kedudukan mereka selepas meninggal dunia ?
Apakah yang perlu dilakukan oleh mereka sebagai seorang Muslim ?
Ya, ia meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan...

Namun lihat hari ini ,
berapa orang dari kalangan kita yang mampu membaca alquran ?
daripada kalangan ini berapa orang pula yang mampu membaca al-quran dengan betul ?
daripada kalangan ini berapa orang pula yang mampu membacanya setiap hari ?
Seterusnya , berapa pula orang yang mampu membaca dan memahaminya ?
Daripada yang memahaminya , berapa pula orang yang mampu mengamalkannya ?
Seterusnya mengajarkannya , menghafaznya dan menjaganya didalam hati ?

Mari kita bermuhasabah kembali ..
ditahap manakah kita ?
betapa jauh kita daripada al-Quran ?
Sehingga kita sendiri terkadang terkeliru dan ragu-ragu dengan agama yang kita anuti bila berhadapan dengan puak Orientalis barat ..

"Al-Quran hudal lilmuttaqin " - Al-quran ini memberi petunjuk untuk orang yang bertaqwa

Saudaraku ,
hidup ini hanya sekali ,
Sekiranya kita mengabaikan hidup kita yang sekali ini ..
Tiada gantinya lagi ..

Oleh itu , marilah kita sama-sama tanamkan azam
untuk hidup bersama-sama quran
Jika dulu kita seorang yg membaca quran sambil lewa 
Kadang2 membacanya seperti bahasa Jerman (tanpa memahami maksudnya)
marilah kita jadikan jiwa kita menangkap setiap bait-bait Quran yang dipertuturkan ..
Kerana ianya merupakan kalam Sang Pencipta ,
yang menjadikan kita , yang mencukupkan kita dan yang bakal mengambil nyawa kita
dan yang mencampakkan kita sama ada di syurga mahupun neraka ..

Ayuh bangkitlah dari tempat dudukmu
Ambillah wudu' 
Dan mulakanlah bacaan al-Quranmu ..

-Islahmujahidin-

1 comment:

Siti Norshuhadah said...

nak share tau..best sangat!!